Jumaat, Oktober 30, 2009

Kesibukan membuat kita lupa...

Hmm..lama betul tidak menulis dalam blog ini..Seperti tajuk di atas ni kesibukan memang membuat kita lupa kepada pelbagai perkara.Tapi sibuk dengan apa ye?Tu kena tanya diri sendiri.Kebelakangan ni saya selalu meluangkan masa dengan membaca buku-buku motivasi dan menyelesaikan sudoku yang mudah. Kalau yang susah-susah tu pasti makin menyesakkan kepala. Apa yang penting kita mesti sentiasa gembira dengan apa yang kita lakukan.Tapi walaupun sibuk dan lupa banyak perkara, dua perkara yang paling penting tidak boleh dilupakan adalah tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Allah dan khalifah di muka bumi ini. Walau sibuk macamana pun, dua perkara itu seboleh-bolehnya kita sediakan ruang dan masa untuk melaksanakannya..

Isnin, Julai 27, 2009

Kepentingan menulis diari

Diari..seringkali dipandang enteng oleh setiap orang khususnya remaja.."Ah!malaslah nak tulis diari..nanti kakak atau abang baca"..itu antara keluhan jawapan yang sering saya terima setiap kali menasihati pelajar saya untuk menulis.Ya, diari merupakan rahsia hidup kita yang seboleh-bolehnya tidak ingin kita hebahkan kepada sesiapapun dan kita akan berasa malu sekiranya ia terlepas ke tangan pihak yang boleh mempergunakannya ke atas diri kita..Justeru diari seharusnya dijaga umpama kita menjaga diri kita sendiri."Apa faedahnya menulis diari?"Seringkali soalan itu juga yang terpacul dari bibir pelajar saya. Banyak faedah menulis diari ini sebenarnya. Bagi seorang pelajar, dengan menulis diari, tekanan belajar, tekanan hidup serta segala masalah dapat disalurkan dalam bentuk yang positif..Pelajar dapat mengelakkan diri daripada dilanda kemurungan. Iyalah, siapalah yang larat mendengar segala luahan kita sehari-hari? Malahan, tidak semua perkara kita ingin hebahkan atau kongsi dengan orang lain. Diari bakal menjadi rakan kita paling akrab.Ia dapat menyimpan rahsia kita dengan baik selagi mana kita pandai pula menyimpannya di tempat yang terbaik.Teknik penulisan juga dapat diperbaiki melalui catatan-catatan yang dibuat sehari-hari.Dalam Islam kita digalakkan sentiasa muhasabah diri. Menulis diari juga boleh dikatakan sebagai satu cara untuk kita muhasabah diri dan memperbaik diri ke arah yang lebih sempurna."Macamana nak tulis diari?Tiada ideala...".Itu juga antara keluhan pelajar saya.Jangan memaksa diri..mulakan dengan menulis perkara yang anda sukai, perkara yang anda tahu mahupun aktiviti yang anda lakukan pada hari tersebut. Jangan risau penggunaan bahasa anda di dalamnya..maklumlah..hanya anda yang akan membaca diari anda.Luahkan apa yang anda tidak dapat luahkan secara lisan..Hati manusia sentiasa bermonolog.Maka, keluarkan monolog itu secara tulisan. Ingat petua ini, apa yang dipendam di dalam hati akan menjadi makin parah jika tidak diluahkan. Kongsikan perasaan anda jika tidak dengan manusia, diari sentiasa menanti anda. Cubalah menulis hari ini juga!Selamat mencuba!(^_^)

Rabu, Julai 15, 2009

Pengurusan Masa

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
  1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

* MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG MASA BELAJAR WAKTU SUBUH.

Lain-lain masa yang perlu diurus.

  1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
  2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
  3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
  4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
  5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
  6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
  7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
  8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.


Sabtu, Julai 11, 2009

Kursus pembinaan laman web dan blog dalam PnP

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..Hari ini di SMK Sultan Abdullah telah diadakan suatu kursus pembinaan laman web dan blog dalam PnPyang disampaikan oleh Encik Sharuddin Yusuf dari PPG Selekoh..Kursus ini bertujuan membantu para guru menghasilkan blog dan mengadaptasikannya dalam PnP..Selamat berjaya buat semua!!