Jumaat, Disember 24, 2010

demam campak

hmm..tetiba je terlintas nak tulis pasal hal ni di blog..baru-baru ni Razin kena demam campak buat kali kedua..orang tua-tua kata campak sekam..omputih kata 'measle' kot tapi yang pastinya bukan 'chicken pox' sebab aku tgk yang kuar dari badan dia bintik-bintik merah macam ruam dan tak nampak plak kandung air..kalau 'chicken pox' atau cacar air mesti besar dan kandung air..rasanya la..tapi simptom nak kena ni aku dah dapat agak berdasarkan pengalaman kali pertama hari tu..mula-mula Razin akan panas sket badan dia macam nak demam gitu..pastu dia akan merengek lebih..pastu pada malamnya suhu dia akan tinggi sangat..klu sukat mau dekat 40 darjah gitu..huhu..risau gak takut kena tarik tapi syukur alhamdulillah tak da apa2..aku dan suami pon dah ambil langkah jaga-jaga berdasarkan pengalaman yang pertama dengan cara menjerlum kepala razin dengan air yang dicampur dengan asam jawa(petua daripada internet) dan juga meletakkan cool fever yang boleh didapati di kedai runcit..alhamdulillah ok..nak tulis lagi tapi razin ngamuk lak..esok aku sambung len yer..

Rabu, Disember 15, 2010

semalaman di rumah baru..

syukur alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati hari yang indah sekali lagi..menghirup udaranya yang nyaman dan melihat pemandangan yang diciptakan Allah..semalaman berada di rumah baru memberi perasaan kelainan dan puas yang tidak terkira..syukur kepada-Mu ya Allah..anakanda Razin pun semakin pulih dari demam dan kelihatan ceria dan gembira tidur di rumah baru, atas katil dan tilam yang baru..aku yang semalaman berasa badan kurang sihat pun bangun dengan perasaan yang luar biasa segar dan sihat..syukur atas segala nikmat kurniaan Illahi..terima kasih buat suami tercinta yang bersungguh-sungguh berusaha memberi keselesaan dan kegembiraan buat kami berdua..i love you, hubby..

Isnin, Disember 06, 2010

Awal Muharram 1432H

Alhamdulillah aku diberi peluang menikmati tahun baru sekali lagi..semoga dengan kehadiran tahun baru ini bertambah rahmat dan hidayah daripada Allah, bertambah sihat, bertambah bahagia, bertambah gembira dan berkurang dosa..amin ya rabbal alamin..

Rabu, Disember 01, 2010

penyakit hati

kenapa bangsa Melayu susah nak maju?kenapa bangsa melayu susah nak berjaya?kenapa bangsa melayu layu seperti namanya?adakah suatu hari nanti bangsa Melayu akan hilang di dunia dan hanya tinggal sebagai suatu lipatan sejarah?jika diteliti dan dikaji kita pasti perasan suatu sikap yang sentiasa ada dalam bangsa melayu ini..HASAD DENGKI, IRI HATI dan SUKA MELIHAT KEJATUHAN BANGSANYA SENDIRI..sikap ini bukan sahaja ada pada bangsa kita malahan mungkin dalam bangsa-bangsa lain juga..sikap yang memang ada dalam diri manusia terutama yang suka membiarkan dirinya berdamping dengan syaitan dan tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.sudah diketahui sikap syaitan yang buruk,busuk serta menjijikkan.kerjanya saban hari hanya menyesatkan anak adam dan mencari teman yang akan menemaninya di dalam neraka..jadi macam mana caranya kita hendak membuang sikap-sikap ini?berikut mungkin beberapa tips yang ringkas namun agak sukar untuk diikuti:

1. mengucap dua kalimah syahadah dan menghayati maksudnya dengan sedalam-dalamnya..kita mengaku Allah itu tuhan kita dan nabi muhammad itu pesuruhnya tetapi mengapa kita masih melanggar suruhan tuhan dan tidak mengikut tatatertib modelnya yang diturunkan kepada kita?

2. mendirikan solat lima waktu..solat yang didirikan dengan sempurna akan mencegah perbuatan yang keji lagi mungkar..kita sering dengar ayat ini tetapi sejauh mana kita menghayati maknanya dan memastikan solat yang kita lakukan mampu mencegah perbuatan yang keji lagi mungkar?

3. mengeluarkan zakat..zakat mensucikan harta..harta yang berkat mampu menenangkan jiwa kerana melalui harta kita membeli makanan yang dimakan menjadi darah daging kita..bayangkan jika harta yang diperoleh itu bukan dari sumber yang halal..justeru bagaimanakah tingkah laku kita,pertuturan kita, hati kita,jiwa kita dan seterusnya?fikir-fikirkanlah..

4. berpuasa di bulan ramadhan..berpuasa mengosongkan perut..perut yang kosong menjadikan kita lebih sihat dan aktif..perut yang terlampau penuh menjadikan kita malas, letih dan susah ingin bergerak..berpuasa juga melatih diri kita melihat kesusahan orang lain dan menginsafinya..secara tidak langsung ia menjadi tarbiah hati agar tidak sentiasa berhasad dengki semata-mata

5. menunaikan haji bagi yang berkuasa..haji merupakan krmuncak bagi setiap yang telah dinyatakan di atas..semas menunaikan haji ini, fizikal dan mental perlu benar-benar bersedia dan bebas daripada belenggu syaitan..haji yang mabrur menjanjikan syurga buat pemiliknya serta pastinya hati yang suci serta tiada rasa iri hati terhadap hamba Allah yang lain..pemilik hati yang suci pasti inginkan semua manusia menjadi sepertinya...sama-sama mendapat keberkatan dan keredhoan daripada Allah dalam meneruskan perjuangan di muka bumi ini..

Andai diteliti, kelima-lima tips yang dinyatakan di sini adalah rukun Islam yang sangat ideal dan telah digunapakai sejak zaman Rasulullah..tetapi sejauh mana kita umat Islam terutama yang lahir dalam Islam mengadaptasikan segala yang telah disyariatkan kepada kita?Islamlah satu-satunya cara hidup yang terbaik..bukan US, UK, Jepun malahan mana-mana tamadun yang telah wujud di muka bumi ini..Islam mengajar kita kembali kepada fitrah..Fitrah itu bersih, suci dan lembut..jangan kita cemarinya dengan kebiadapan-kebiadapan yang berlambak-lambak di muka bumi ini..Ya Allah..ampunilah hambaMu ini andai ada dalam coretan ini yang menyalahi syariatmu...aku cuma ingin manusia insaf dan sedar dan kembali kepada Mu dengan hati yang kudus serta ikhlas..amin....

muda mudi kini

Sedihnya melihat keruntuhan akhlak muda mudi zaman ini..apa nak jadi?risau apabila memikirkan dunia ini semakin tidak selamat untuk diri, anak-anak dan keluarga.apa agaknya nasib anak-anak kita pada masa hadapan?kalau difikir-fikirkan...ish..macam serik nak beranak lagi sebab risau anak yang dilahirkan itu nanti akan terpengaruh dengan pelbagai gejala yang boleh merosakkan..namun itu semua kehendak tuhan..pasti ada hikmahnya di sebalik segala yang berlaku ini..jika difikirkan secara positif,anak yang dilahirkan jika dididik dengan baik dan diasuh dengan asuhan yang mengikut lunas Islam maka insyaAllah akan lahirlah generasi yang akan mengubah segala keburukan zaman ini..semoga akan wujud semula generasi seperti di zaman Khalifah ar-rasyidin..Ya Allah..jadikanlah anak-anakku ini khalifah terbaik di muka bumi ini dan jauhilah mereka daripada melakukan perkara-perkara syirik serta yang sesat lagi menyesatkan..amin..