Sabtu, Disember 31, 2011

Selamat tinggal 2011...

Assalamualaikum..

Apa khabar anda semua hari ini? Semoga sihat dan ceria dalam rahmat Allah S.W.T..

Sudah beberapa hari cikgu tidak menulis entry baru.. Sengaja menunggu sehingga hari ini baru menulis..Lagipun cikgu nak beri masa kepada rakan-rakan pembaca blog supaya dapat baca entry yang lepas2..hehe..alasan..

Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2011 ini..Maka mari kita ucapkan selamat tinggal kepada 2011..Bawa semua kenangan manis dan tinggalkan segala kenangan pahit yang berlaku ke atas diri kita.. Segala kesilapan yang dilakukan pada tahun ini tidak akan diulang lagi pada tahun hadapan..mudah-mudahan..

Jadi pada hari ini mari kita tanam azam dan tekad baru supaya tahun hadapan akan menjadi tahun yang lebih baik buat diri, keluarga, agama, bangsa dan negara kita..Segala yang keruh kita jernihkan, segala yang kotor kita sucikan..Semoga kita menjadi insan yang lebih baik di sisi masyarakat amnya dan di sisi Allah khususnya..
Amin..

Antara kenangan indah tahun ini

Sabtu, Disember 24, 2011

CHECKLIST!!!

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?Semoga sihat dan gembira hari ini..Dalam 10 hari lagi sekolah akan bermula..mari kita buat'checklist' sama-sama ye..

Untuk pelajar:



1. Baju seragam sekolah - telah diseterika dan lengkap dengan kasut dan aksesori wajib

2. Beg sekolah - Ada kotak pensil, buku latihan kosong dan beberapa buku teks (untuk elak bosan hari pertama di sekolah..boleh baca masa lapang..persediaan awal katakan..), buku latihan dengan latihan yang telah disiapkan (ingat balik kerja sekolah yang diberi guru sebelum cuti..kalau ada..)

3. Buku latihan tambahan @ buku kerja - Ada sesetengah sekolah dah maklumkan kepada pelajar tentang buku yang perlu dibeli untuk sesi persekolahan sebelumnya..jadi kalau dapat siapkan dari awal tahun lebih baik untuk pelajar memberi tumpuan semasa di dalam kelas..cikgu pun kuranglah marah nnt..(^_^)

4. Mental dan fizikal - ni paling penting!!Mesti tanam tekad untuk jadi pelajar yang lebih baik untuk tahun ni..sediakan mental untuk terima segala ilmu yang dicurahkan oleh para guru..fizikal pula dah cukup rehat..pastikan malam sebelum mula sesi persekolahan tu, tidur awal sikit dari biasa..

Untuk guru: (special for me,myself and me again..huhu)


1. Pakaian - pilih pakaian yang paling ceria untuk menimbulkan mood baik dan tak mudah marah pada hari pertama sesi persekolahan..hehe

2. Buku rancangan mengajar - Ni penting ni..mesti lengkap diisi sewajarnya..mana tau jpn, ppd turun hari pertama tu..selalu gak berlaku ni..

3. Latihan pelajar - Ingat balik kerja rumah yang diberi kepada pelajar untuk elak pelajar terlalu rileks dan bertenang..nanti mereka culas plak sepanjang tahun..huhu

4. Mental dan fizikal - mesti sentiasa bersedia untuk menerima pelbagai ragam pelajar pada tahun ini..bersedia fizikal untuk menghadapi tugas-tugas yang pelbagai selaku doktor, kerani, penjaga budak, jururawat, pelayan dan sebagainya..

Tu je untuk hari ni...Cikgu nak pi tenangkan fikiran sementara masih ada cuti ni..see you all later..babai!(^_^)

Sabtu, Disember 17, 2011

Aku yang rugi kalau..

Aku yang rugi kalau..

1. Tak ingat nak bersyukur kat tuhan sebab dapat hidup sehari lagi tup2 esok mati..amacam?

2. Tak kucup tangan mak dan ayah mohon maaf selagi mereka masih ada..kalau dah takdak,,menangis air mata darah pon tak dapat kembalikan mereka ke dunia ini..huhu

3. Tak hargai suami/isteri sebelum dia dikebas orang lain atau sebelum dia dipanggil menghadap Illahi..

4. Tak solat betul2 @ tak khusyuk sebelum itu menjadi solat yang terakhir..menyesal tak sudah beb!

Kalau kita baby tak perlu nyesal kalau mati..kompom syurga..

5. Tak ingat nak 'check' akaun bank sebelum ber'shopping'..tengok2 dah pokai sebelum hujung bulan..aiyok!!

6. Tak hargai dan tunaikan permintaan anak atau yang tersayang..tengok2 tu permintaan terakhir..kompom hidup diselubungi duka dan kekesalan..(teringat antara isi ceramah ustaz kazim pasal anak mintak bubur..)

7. Pulun diet bagai tengok2 dapat penyakit terus tak lalu makan..amik kau!Tapi berpada2lah jugak time makan tu takut dapat penyakit pon sebab terlebih makan..huhu..

8. Tak telefon sahabat lama walaupun dok terkenang2kan dia sejak dua tiga hari lepas tiba2 dapat tau yang kawan tu baru meninggal dunia..kena pulak pernah buat salah kat dia dulu..pergh..kompom nyesal tak mintak maaf..tanggungler nnt kat akhirat..huhu

9. Tak bayar hutang PTPTN tup2 takleh kuar negara nak pi tunai haji ke umrah ke jalan2 ke..pastu kena lak blacklist nama..ayoyo..ni macam iklan PTPTN je..

10. Tak buat ibadat banyak2..tak bayaq zakat, tak setel hutang tengok2 dah mati..oh tidak!!azab kubur dok tunggu tu!!

Sekadar ingatan buat diri sendiri dan kengkawan semua..jangan sibuk sangat bertenet sampai lupa perkara yang penting..mana tau saat ini saat terakhir kita sebelum dijemput pergi menghadapNya..

Wallahua'lam...

Jumaat, Disember 16, 2011

10 tanda kita bersyukur..

Assalamualaikum..

Apa khabar pagi ni?sihat dan ceria? Hari ni cikgu nak bagi 10 ciri org bersyukur dari pandangan mata dan minda cikgula yer..kalau nak tambah lagi, boleh ke ruangan komen nanti:

1. Bangun pagi, terus ucap syukur kepada tuhan sebab masih diberi peluang untuk lihat dunia lagi


eh...tetiba ada gambar baby cute ni plak..ohoho..

2. Sentiasa bersangka baik dengan orang

3. Suka menderma

4. Tak rasa sedih atau terkilan takleh guna 'gadget' terkini macam kawan-kawan

5. Menggunakan wang gaji ke arah yang betul

6. Makan dan minum seadanya..tak banyak komplen..nak sedap masak je sendiri..ni macam kena batang hidung sendiri je sebab komplen banyak kat restoren ayam penyet semalam..huhu

7. Tak kutuk-kutuk blog orang lain dan suka tinggal komen baik-baik kat orang yang datang ke blog kita..

8. Tak menangis bila tengok follower blog ciput je..

9. Sentiasa ceria apabila datang masalah sebab tu tanda Allah ingat kat kita

10. Menerima segala yang datang pada setiap hari dengan dada yang lapang..

Tu je untuk pagi ni..

Wallahua'lam...

Rabu, Disember 14, 2011

Kembali menulis...

Salam semua..

Apa khabar?Semoga iman dan islam semakin kukuh di sanubari..

Agak lama cikgu tak kemaskini blog..sibuk memanjang..cuti sekolah ni banyak benar agendanya..Minggu lepas sahaja ke Selangor menguruskan hal keluarga..Minggu ni pun banyak urusan keluarga di Kedah perlu diuruskan..Minggu depan pula perlu kembali ke Perak untuk mendengar taklimat SBPA..hmm...

Pejam celik..pejam celik..cuti sekolah sudah berbaki tidak sampai sebulan lagi..Para ibu dan bapa pastinya sudah mula membuat persiapan serba sedikit bagi anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan 2012..Semoga dengan persiapan awal ini tidaklah tergesa-gesa di saat akhir dan tertipu dengan pelbagai promosi kembali ke sekolah yang kadang-kadang menganiaya para pengguna tanpa sedar..


Kepada para pelajar pula terutama yang bakal menghadapi peperiksaan besar pada tahun 2012 ini, eloklah mula menelaah semula buku yang lama dibiarkan..Tinggalkan seketika 'mukabuku' dan 'cinta mukabuku' dan belek-beleklah semula nota-nota pelajaran supaya tidak ketinggalan dan menjadi terpinga-pinga apabila buka sekolah kelak.

Okla..rasanya setakat ini dulu celoteh cikgu kali ini..Entah bila akan ada kelapangan untuk menulis lagi..Jangan segan dan silu berkunjung ke blok cikgu..dan sudi-sudikanlah klik apa yang patut yer..(^_^)

Akhir kalam, manfaatkan baki cuti anda dengan perkara yang berfaedah kepada diri, keluarga, bangsa, negara dan agama...

Wallahua'alam...

Sabtu, Disember 03, 2011

Program di cuti sekolah

Assalamualaikum..

Apa khabar iman dan Islam sahabat sekalian hari ni? Semoga bertambah kukuh dengan hidayah dan rahmat daripada Allah..

Semalam cikgu dengar radio IKIM.fm dan tertarik dengan satu isu yang dibincangkan oleh DJ bersama-sama tetamu jemputannya..kalau tak silap cikgu ustaz Hisham yang pernah jadi mudir imam muda musim pertama..tajuknya tentang merancnag cuti sekolah anak-anak..

Cikgu setuju sangat dengan pandangan seorang pendengar tu memberi saranan kepada ibu bapa agar mengisi masa terluang anak dengan menghantar mereka mendalami ilmu agama..apa salahnya untuk bagi anak-anak fokus pula kepada agama setelah 10-11 bulan bertungkus lumus mengisi ilmu akademik..Janganlah terlalu berkira-kira apabila hendak menghantar anak ke program-program pengisian rohani berbanding mengeluarkan belanja yang banyak untuk program-program akademik sebelum ini..lagipun kalau anak pandai baca doa dan al Quran yang bahagia tu kita juga..nanti-nanti yang nak tolong doakan kita selepas mati pun anak yang pandai baca doa dan al Quran inilah..


Jadi di kesempatan ini..cuti sekolah pun masih berbaki hampir sebulan lagi, cikgu menyeru kepada ibu bapa di luar sana untuk mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti rohani..kalau tak mampu nak bayar untuk kem-kem rohani, hantarlah dan ajaklah anak mendekatkan diri ke masjid-masjid mahupun ke surau-surau berhampiran..bak kata pepatah..melentur buluh biarlah dari rebungnya..jangan dah jadi buluh tak leh nak lentur nanti patah dia..kita juga yang menyesal..lagi baik kita juga libatkan diri dengan setiap program rohani ni..baru seronok..

Harap rakan-rakan blogger juga beri saranan atau tips-tips yang sesuai dilakukan oleh para ibu bapa dan anak-anak di musim cuti ni..selain sibuk bermuka buku dan berinternet saja..tv pun jangan ngadap semberono..cuba tengok cerita-cerita keagamaan dan memberi afedah..maklumlah zaman sekarang ni dugaan semakin berat..banayk disiarkan artis-artis dengan pakaian yang tak cukup kain di sana-sini..

Wallahua'lam..

Jumaat, November 25, 2011

Siri teladan 5 : Kisah si sopak, si botak dan si buta

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan2 blogger sekalian? Semoga sentiasa sihat dan ceria dalam rahmat Allah S.W.T..

Hari ni cikgu nak sambung siri cerita teladan..Masih daripada buku yang pernah cikgu baca zaman kecil dulu..Jom layan..

**********************************************************************************

Di sebuah kampung, tinggal 3 sahabat. Mereka ini berlainan keupayaan daripada orang biasa. Seorang buta, seorang lagi botak manakala yang terakhir menghidap penyakit sopak.

Mereka dipinggirkan oleh orang kampung disebabkan kelainan yang ada pada diri mereka itu.

Pada suatu hari, ketiga-tiga mereka didatangi oleh seorang lelaki berjubah putih. Lelaki tersebut bertemu dan berbicara dengan mereka seorang demi seorang.

Lelaki berjubah : Wahai pemuda botak, apakah yang kau inginkan daripada tuhanmu?

Lelaki botak : Rambut yang cantik di atas kepalaku.

Lelaki berjubah menyapu kepala si botak. Maka dengan izin Allah, rambut yang cantik tumbuh di atas kepala lelaki itu. Si botak merasa sangat gembira. Lelaki berjubah menyambung pertanyaannya lagi.

Lelaki berjubah : Apakah binatang yang kau ingin ternak?

Lelaki botak : Unta.

Maka lelaki berjubah itu menghadiahi si botak seekor unta betina yang sedang bunting. Lalu dia pun berlalu pergi sambil menitipkan pesanan:

Lelaki berjubah : Peliharalah unta ini dan ambillah manfaat daripadanya. Suatu hari nanti aku akan kembali dan mengambil semula daripada kamu.

Lelaki berjubah berlalu pergi dan bertemu pula dengan si sopak.

Lelaki berjubah : Wahai pemuda sopak, apakah yang kau inginkan daripada tuhanmu?

Lelaki sopak : Kulit yang cantik dan bersih.

Lelaki berjubah menyapu badan lelaki sopak. Maka dengan izin Allah, lelaki tersebut sembuh daripada penyakit sopak. Si sopak merasa sangat gembira. Lelaki berjubah menyambung pertanyaannya lagi.

Lelaki berjubah : Apakah binatang yang kau ingin ternak?

Lelaki buta : Lembu.

Maka lelaki berjubah itu menghadiahi si sopak seekor lembu betina yang sedang bunting. Lalu dia pun berlalu pergi sambil menitipkan pesanan:

Lelaki berjubah : Peliharalah lembu ini dan ambillah manfaat daripadanya. Suatu hari nanti aku akan kembali dan mengambil semula daripada kamu.

Lelaki berjubah berlalu pergi dan bertemu pula dengan si buta.

Lelaki berjubah : Wahai si buta, apakah yang kau inginkan daripada tuhanmu?

Lelaki buta : Semoga Allah dapat menyembuhkan penyakit buta yang kuhidapi sejak lahir ini.

Lelaki berjubah menyapu mata lelaki buta. Maka dengan izin Allah, lelaki tersebut dapat melihat kembali. Si buta merasa sangat bersyukur dan gembira dengan kurniaan itu. Lelaki berjubah menyambung pertanyaannya lagi.

Lelaki berjubah : Apakah binatang yang kau ingin ternak?

Lelaki buta : Kambing.

Maka lelaki berjubah itu menghadiahi si buta seekor kambing betina yang sedang bunting. Lalu dia pun berlalu pergi sambil menitipkan pesanan:

Lelaki berjubah : Peliharalah kambing ini dan ambillah manfaat daripadanya. Suatu hari nanti aku akan kembali dan mengambil semula daripada kamu.

50 tahun berlalu, ketiga-tiga lelaki tersebut telah berubah kehidupan daripada susah kepada mewah. Ternakan mereka membiak sehingga memenuhi bukit dan lembah.

Lelaki berjubah yang pernah mengunjungi ketiga-tiga rakan itu kembali menemui mereka seorang demi seorang sebagaimana dijanjikan. Lelaki itu menemui dahulu si botak.

Lelaki berjubah : Wahai lelaki botak, aku ingin menuntut semua harta yang telah kupinjamkan kepadamu dahulu.

Lelaki botak: Siapa lelaki botak? Aku bukan lelaki botak. Semua harta ini adalah daripada warisan keluargaku..Aku tidak meminjam daripada sesiapa.

Lelaki berjubah terus dihina dan diherdik. Dia terus berlalu dari situ tanpa berkata apa-apa.

Tanpa disangka-sangka, rambut yang tumbuh di atas kepala si botak gugur dan dia menjadi botak semula. Semua ternakannya diserang penyakit misteri lalu mati seekor demi seekor. Si botak kembali miskin.

Lelaki berjubah meneruskan perjalanan lalu bertemu pula dengan si sopak yang telah menjadi orang kaya dan hidup mewah.

Lelaki berjubah : Wahai lelaki sopak, aku ingin menuntut semua harta yang telah kupinjamkan kepadamu dahulu.

Lelaki botak: Siapa lelaki sopak? Aku bukan lelaki sopak. Semua harta ini adalah daripada usahaku sendiri..Aku tidak meminjam daripada sesiapa.

Lelaki berjubah terus dihina dan diherdik. Dia terus berlalu dari situ tanpa berkata apa-apa.

Tanpa disangka-sangka,kulit si sopak kembali bersopak. Semua ternakannya diserang penyakit misteri lalu mati seekor demi seekor. Si sopak kembali miskin.

Lelaki berjubah meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula si buta yang telah hidup mewah.

Lelaki berjubah : Wahai lelaki buta, aku ingin menuntut semua harta yang telah kupinjamkan kepadamu dahulu.

Lelaki botak: Ambillah segala harta ini. Allah lah yang memberiku kemewahan dan keizinan melihat bumi yang indah ini. Dia juga berhak mengambil semula segala yang dipinjamkan kepadaku.

Lelaki berjubah : Simpanlah semua harta ini. Aku kembali hanya untuk menguji sejauh mana kau mensyukuri nikmat tuhanmu. Alhamdulillah kau seorang yang bersyukur berbeza dengan dua lagi rakanmu. Semoga hidupmu akan terus diberkati Allah.

Lelaki berjubah itu pun berlalu pergi..

*************************Tamat kisah***************************

Ok, amacam cerita kat atas? Menarik tak? Abaikan sebarang kesilapan bahasa ye. Cikgu pun ingat-ingat lupa cerita tu, jadi ada sedikit penambahan dan pengurangan dalam plot cerita tu..hehe..Apa-apa pun mari kita bincangkan moral daripada cerita tadi..

Pengajaran:
1. Manusia mudah lupa dan kurang bersyukur dengan nikmat tuhan.
2. Manusia yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan tuhan akan hidup bahagia tak kira di dunia mahupun di akhirat.
3. Kita jangan sombong dengan segala kelebihan yang kita ada. Semua tu Allah yang punya dan Dia berhak mengambilnya kembali pada bila-bila masa yang disukai.
4. Jangan menghina dan memandang rendah kekurangan orang lain. Di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan yang Allah kurniakan buat mereka. Mungkin iman mereka lebih kuat dan kedudukan mereka di sisi Allah lebih baik daripada kita..
5. Fikir sendiri ye dan jangan lupa komen kat bawah macam biasa.

Setakat ni sahaja untuk kali ni. Wassalam.

Rabu, November 23, 2011

Hari ni paper fizik dan sains!!!

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?Semoga sihat dan ceria dalam rahmat Allah..

Hari ni SPM kertas Sains dan Fizik..Dua-dua subjek yang cikgu ajar..Risau sangat..Bangun pagi dok teringat2..Tidur sampai termimpi2..Macam mana agaknya budak2 tu jawab? Susah ke senang ke soalannnya? Semoga pelajar2 cikgu dapat jawab dengan baik..Aminnn..

Ingat hari ni nak post pasal kisah teladan tapi hati dok teringat2 kat anak murid cikgu kat Perak nun..Hanya doa cikgu dapat dititipkan untuk kalian..Semoga lulus dengan cemerlang semuanya..Amin...

Sabtu, November 19, 2011

Cuti sekolah dah mula!!!

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat sekalian?Semoga sihat dan ceria hendaknya..

Hari ni cuti sekolah dah mula..Seronoknya!!!

Cikgu akan mula mengarang semula siri cerita teladan lepas ni..InsyaAllah apabila ada kelapangan dan tiada gangguan..

Hati rasa sangat berbunga-bunga riang..Esok nak balik kampung!!

Yea!!!

Jumaat, November 18, 2011

Maka bertemu dan berpisahlah kita kerana Allah..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Hari ni cikgu rasa agak sedih kerana akan berpisah tempat kerja dengan seorang rakan yang cikgu dah anggap macam adik cikgu sendiri..Selamat Tinggal Cikgu Farlini..semoga dapat bertugas dengan lebih cemerlang di sekolah baru, SMK Sri Enggang, Sik...

Kenangan bersama takkan kulupa..

Di sini cikgu titipkan sedikt lagu nasyid yang cikgu masih ingat-ingat lupa:

Pertemuan kita di suatu hari,
Menitipkan ukhuwah yang sejati,
Bersyukur ku ke hadrat Illahi,
Di atas jalinan yang suci..

Namun kini perpisahan yang terjadi,
Dugaan yang menimpa diri,
Bersabarlah di atas ujian,
Kau tetap pergi jua..

Kan ku utuskan salam ingatanku,
Dalam doa kudusku sepanjang waktu,
Ya Allah bantulah hambaMU,
Di atas perpisahan ini..
Semoga tuhan berkatimu,
Kenangku di dalam doamu..

P/S : Maafla kalau cacamarba sikit..ingat2 lupa je ni..Jangan lupa doakan akak dapat pindah pulak tahun depan..

Khamis, November 17, 2011

Kerana RM 100..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria hendaknya..


Semasa entry ini ditulis, rakan-rakan cikgu sedang sibuk membuat persediaan bertemu ibu-bapa dan wakil pelajar bagi program mengagih-agihkan wang RM100 bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 4 termasuklah pelajar pendidikan khas..

Cikgu selaku guru tingkatan 5 tidak terlibat secara langsung dengan program ini. Maka masa yang ada ini cikgu gunakan untuk menyiapkan sijil-sijil pelajar dan tugasan lain akhir tahun..Namun dalam masa yang sama cikgu menjadi pemantau tidak rasmi bagi program ini..hehe..

Walaupun program dijadualkan bermula jam 9.30 pagi, namun pada jam 9.00 pagi sudah kelihatan ramai ibu bapa yang datang menanti di dataran..Dataran yang besar kelihatan penuh dan bersesak-sesak..Hmm..kalau program sekolah yang lain terutama mesyuarat PIBG, sambutan tak pernah sehangat ini..(Harap-harap dapat fahamla maksud di sebalik ayat cikgu ni ye..)

Oklah,cikgu takmau ulas lebih lanjut..Semoga wang yang diterima nanti digunakan untuk kebaikan dan pendidikan anak-anak,bukan ke arah yang tidak sepatutnya.. Harap-harap tahun depan budak-budak semua dapat beli buku kerja dan belajar dengan lebih rajin lagi..Amin..

Rabu, November 16, 2011

Mari selesaikan tugas akhir tahun..

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat dan ceria dengan hidayah daripada Allah..

Hari ni hari ke-3 pelajar tingkatan 5 berperang dengan SPM..semoga mereka dapat membuat yang terbaik..

Bagi guru-guru pula sibuk menyelesaikan tugas-tugas di akhir tahun..Sayajuga tidak terkecuali daripada perkara tersebut.Selaku guru tingkatan 5, sijil berhenti pelajar dan sijil kokurikulum perlu dibereskan, tugas sebagai guru biasiswa pula mewajibkan saya mengemaskini senarai penerima dan menyemak buku akaun pelajar serta fail-fail yang berkaitan..Itu belum dikira tugas sebagai ketua panitia perlu melengkapkan fail2 berkaitan dan melakukan perancangan untuk tahun hadapan..menyiapkan sijil peka bagi pelajar tingkatan 5 dan macam2 lagilah..

Oklah, jom kita buat kerja!!

Isnin, November 14, 2011

Maka bermulalah SPM..

Selamat Berjaya kepada semua pelajar di SMK Sultan Abdullah khasnya dan pelajar-pelajar di Malaysia amnya...Buat yang terbaik demi masa depan anda...

edit by Suami Teacher Basariah

Jumaat, November 11, 2011

Alamak!!Kena TAG plak..

Assalamualaikum..

Hmm..tgk belek2 kat peti jerit2 tgk ada jeritan cik mala men'TAG' cikgu..maka terpaksalah ikut rules..huhu..layan je la ye..hehe..

Here's the rules :
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6. No tag back
7. No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people


11 perkara mengenai TEACHER BASARIAH

1) Dah kawin pon
2) Ada seorang anak yang sedang aktif
3) Bila mengajar suka buat lawak
4) Suka mengajar tapi tak suka membebel
5) Tak suka orang yang kurang ajar(biadap) dan tak jaga hati orang lain bila bercakap
6) Dulu sangat keras hati tapi bila dah ada anak ni cepat je 'touching'
7) Anak bongsu dari 5 orang adik beradik
8) Impian nak jadi anak yang taat kepada mak ayah dan cuba bahagiakan mereka semampu boleh
9) Kalau marah, akan diam je dan tak suka cakap sebab akan bergenang air mata dan kebarangkalian nak nangis sangat tinggi..huhu
10) Suka masak dan makan makanan yang dimasak sendiri (perasan makanan sendiri tu sedap..haha)
11) Seorang yang sangat suka bagi hadiah kat orang dan sangat hargai hadiah yang org bagi walaupun kecik..

meh cikgu nak jawap soalan CIK MALA kita nie.....
1) APA KORANG TENGAH BUAT SEKARANG NIE?
-tgk tv dgn hasben sambil layan anak yang tgh aktif

2) DENGAN SIAPA(SAMBUNGAN SOALAN DI ATAS)?
- macam dah jawab kat atas tadi..huhu

3) KAT MANA(SAMBUNGAN SOALAN DI ATAS)
- kat umah di langkap(umah sewa)

4) BOS KORANG BAIK TAK?
- sangat rileks..okla..

5) KORANG PEKERJA/ PELAJAR YANG MACAMANA?
-insyaAllah berdedikasi dalam setiap yang dibuat dan ditugaskan..

6) KORANG SUKA APE ERK?
-ketenangan, kedamaian, masa lapang, rezeki yang tak putus2..hehe

7) SELALU MASAK TAK?
-of course..boleh kata hari2..

8)BERAPA KALI SEBULAN KORANG BASUH JAMBAN?
-erm..tu hubby buat..hehe

9) RUMAH KORANG ADA LIFT/ TANGGA TAK?
-tak dak..risau anak main tangga

10) PERANGAI BURUK KORANG ?
-suka menyusahkan hubby kot..hehe

11) BERAPA KALI SEBULAN KORANG TENGOK WAYANG?
-tak pernah seumur hidup sebab ustazah kat sekolah rendah kata tempat tu banyak maksiat..nnt tuhan jatuhkan bala semua kena..huhu..


soalan CIKGU untuk korang yang di TAG
1) NAMA SEBENAR SAPER EK?
2) KEJA KAT MANA?
3) DAH KAWIN?
4) IMPIAN SEBELUM DAN SELEPAS KAWIN?
5) DULU ZAMAN SEKOLAH SUKA CIKGU MANA?
6) PERNAH TAK GADUH DGN CIKGU?
7) MANA DATANG NAMA BLOG KORANG YE?
8) BERAPA KALI DALAM SEMINGGU LIPAT KAIN?
9) KALAU MASUK SYURGA, APA YANG KORANG NAK MINTA MULA2 SEKALI?
10) IMPIAN 10 TAHUN AKAN DATANG?
11) BERAPA KALI DALAM SETAHUN BETUL2 PERGI BERCUTI?

Jadinya sekarang cikgu nak TAG nama-nama dibawah..sila jawab yer..
1. kak cik seroja
2. cikgu badaruddin
3. remyhaza
4. pemuda titi besi
5. soutul mujahid
6. norli
7. cetusan minda
8. empayar utama
9. nadhi
10. princess
11. ukhtisyikin

Selamat menjawab!!!

11.11.11

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria dalam rahmat Allah..

Nampak tarikh kat atas tu? Cantik kan? Mesti ramai yang merancang untuk buat sesuatu pada hari ini supaya tarikh dapat terpahat..Mungkin ada yang merancang untuk bernikah hari ini..Baguslah tu..Jatuh pula hari Jumaat..Mungkin ada juga yang merancang nak melahirkan anak hari ini (terutama yang melahirkan melalui pembedahan)..Walau apa pun yang kita rancangkan, pastikan perancangan kita itu tidak menyeleweng daripada tuntutan agama dan berdoalah kepada Allah agar segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar..Jangan lupa sebut, "InsyaAllah.."..

Hari ni di sekolah, merupakan hari terakhir sebelum pelajar-pelajar mula bertempur dengan SPM pada minggu hadapan..Maka berebut-rebutlah pelajar berjumpa guru meminta ampun dan maaf serta restu supaya mudah mereka menjawab peperiksaan nanti..Sebagai guru yang mengajar 4 kelas tingkatan 5 ni, rasa sayu juga ahati melayan ucapan2 maaf pelajar..ingat tak mau nangis, tup2 termenitik juga air mata tambah2 apabila seorang pelajar lelaki daripada salah satu kelas itu datang meminta maaf sambil menangis..Sedih dan syahdu sekali..

Oklah, setakat tu dulu entry saya pada hari ini..Buat semua pelajar cikgu, cikgu halalkan ilmu yang cikgu ajarkan kepada kalian..Semoga dapat menjawab segala soalan dengan cemerlang..Amin..

Khamis, November 10, 2011

Another year in Perak...

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga iman dan islam makin berkembang kuat di hati..

Hari ni keputusan permohonan pertukaran sudah keluar melalui internet..Mana-mana rakan guru bolehlah menyemak status permohonan di apps.moe.gov.my/epgo/ @ egtukar..
Saya juga memohon tukar pada tahun ini, malangnya tidak diluluskan..Nampaknya rezeki kami anak beranak masih di negeri Perak ini..

Surat yang menyayat hati..huhu..

Buat rakan-rakan guru yang juga mohon bertukar namun tidak berjaya..La tahzan (jgn bersedih), insyaAllah segala yang berlaku ada hikmahnya..Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah lah yang terbaik..Tahun depan kita cuba pohon lagi..hehe..

Tu sahaja untuk hari ini..Maka tabahlah wahai hati..

Wassalam..

Selasa, November 08, 2011

Hujan rahmat 12 Zulhijjah..

Assalamualaikum...

Apa khabar rakan-rakan semua..hari ni saya menulis dari kg titi besi, kepala batas.. Hujan turun mencurah-curah sejak semalam..Acara korban yang dilakukan di kg bukit besar semalam pun dijalankan dalam keadaan hujan..Namun, syukur ke hadrat illahi segalanya masih berjalan lancar..

Tahun ni tahun yang bersejarah buat saya kerana hari lahir saya jatuh pada hari semua umat islam menyambut hari raya aidiladha, 10 zulhijjah = 6 November..Allahuakbar! Terkenang semasa pergi menunaikan haji bersama bonda tercinta pada tahun 2007..Betapa berdilnya diri ini di sisi Mu, Tuhan..Tersemat azam di hati untuk pergi menjejaki bumi suciMu sekali lagi..Murahkan rezeki buat hambaMU ini, ya Allah..Rasa sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang menikmati segala kurnianya di muka bumi ini dan dapat menunaikan haji dalam usia yang masih muda dan kuat..syukur ya Allah.. Semoga tahun ini akan memberi nafas baru buat diri ini dan menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa berbanding tahun-tahun sebelum ini..

Semoga hujan rahmat yang turun sepanjang meraikan hari raya aidiladha yang berkat ini menyapu pergi segala dosa-dosa yang dilakukan sepanjang hidup ini di muka bumi tuhan selama 28 tahun..Allahuakbar!Allahuakbar!Walillahilham!!!

Rabu, November 02, 2011

Semoga Rohnya dicucuri rahmat..

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan2 blogger sekalian? Semoga sihat dan ceria selalu...

Seperti biasa menjelang hujung-hujung tahun ni sekolah mula sibuk dgn pelbagai program..cikgu sendiri pun tidak terlepas tempiasnya..

Dalam kesibukan itu, tanpa disangka-sangka, seorang sahabat cikgu telah pergi menemui Illahi pada pagi sabtu yang lalu..rasa umpama baru semalam bersembang dengan beliau..subhanallah..semoga roh beliau dicucuri rahmat..

Paling sedih apabila menziarahi jenazah dan melihat anak-anak allahyarhamah yang masih kecil menangis sambil memanggil-manggil 'ibu'..tidak tertahan air mata mengalir tatkala membaca yasin dan talkin buat allahyarham..semoga segala dosanya diampunkan dan ditempatkan dalam kalangan hamba yang soleh di sisi Allah..

Hati seorang ibu rasa sangat tersayat dan mula menggambarkan bagaimana agaknya kalau yang terbujur kaku itu adalah diri ini..semoga Allah mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan di muka bumi ini..

Al- Fatihah buat Allahyarhamah Zariati Asyikin..

Wassalam..

Rabu, Oktober 26, 2011

Siri teladan 4 : Daging dan darah

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga hari ini lebih baik berbanding sebelum ini.. Sempena cuti Deepavali ni cikgu ada sebuah cerita baru untuk kalian..Jom layan..

Di sebuah bandar kecil terletak di benua Eropah lebih kurang 200 tahun yang lalu, ada seorang lelaki yang sangat berjaya dalam perniagaannya. Namanya Munir (bukan nama sebenar). Walaupun Munir seorang yang sangat kaya, namun dia bukanlah seorang yang kedekut dan sombong. Dia sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya.

Kehidupan Munir dilimpahi kekayaan dan keharmonian. Dia mempunyai isteri yang cantik dan anak-anak yang comel dan bijak. Walaupun ramai yang menyenangi Munir, masih ada beberapa orang yang menyimpan perasaan iri hati terhadap Munir.

Suatu ketika, Munir yang menjalankan perniagaan perkapalan telah diduga oleh Tuhan. Dia telah membuat pinjaman wang dengan salah seorang yang memusuhinya dalam diam. Tanpa Munir sedari, di dalam surat perjanjian terselit pernyataan bahawa andai Munir tidak dapat menyelesaikan hutangnya dalam masa yang tertentu daging badannya sebanyak 1 kg akan dilapah.

Apabila tiba waktu yang ditetapkan, maka Munir dikehendaki menjelaskan hutang-hutangnya. Malang menimpa apabila kapal-kapal dagangan Munir tidak tiba pada masa sepatutnya bagi membolehkan MUnir menjelaskan hutangnya. Beberapa bot nelayan yang tiba telah menyampaikan berita buruk bahawa kapal-kapal Munir terkandas di dalam ribut yang teruk di laut. Semua harta Munir telah digadai untuk membayar hutang tersebut namun tidak mencukupi. Keluarga Munir terpaksa merempat dalam keadaan sehelai sepinggang.

Munir ditangkap dan dibawa ke mahkamah untuk dipenjarakan. Lelaki yang memusuhi Munir tersenyum riang. Hasratnya untuk menghancurkan hidup Munir hampir menjadi nyata.

Munir yang malang tidak mampu untuk mengupah peguam yang hebat mewakilinya. Dia tiada wang untuk tujuan itu. Dia hanya merelakan dirinya untuk dibawa ke mahkamah sambil meninggalkan anak dan isterinya dalam perasaan yang hiba. Munir hanya mampu berdoa kepada tUhan untuk membantunya di saat itu.

Isteri Munir merupakan seorang wanita yang bukan sahaja cantik, namun bijak. Tanpa diketahui oleh Munir, isteri Munir mempunyai asas sebagai peguam. Dia telah menyamar sebagai lelaki dan mencari segala maklumat yang diperlukan bagi membantu suaminya. Setelah mendapatkan maklumat yang cukup, dia bertemu dengan Munir di dalam tahanan dan menawarkan diri sebagai peguam bagi mewakili MUnir. Munir yang tidak mengenali isterinya yang telah menyamar itu bersetuju sahaja.

Tiba hari perbicaraan, isteri Munir yang bertindak sebagai peguam itu telah mengutarakan perihal 'DARAH' dalam hujahnya. Menurutnya andai orang yang memberi hutang untuk Munir ingin melapah daging Munir, dia perlulah memastikan tiada walau setitik darah pun yang keluar. Andai perkara itu berlaku, dia pula perlu dikenakan hukuman yang berat.

Hujah yang diutarakan diterima baik oleh para juri dan paling penting hakim. Orang yang memberi hutang tadi terkejut dengan kepintaran peguam yang mewakili Munir lalu memutuskan untuk memberi peluang kepada MUnir sekali lagi menjelaskan hutangnya dalam masa 2 minggu. Dia takut untuk dihukum kerana mana mungkin melapah daging tanpa menitiskan darah walau sedikitpun. Perbicaraan ditangguhkan dan dengan budi bicara hakim, Munir dibebaskan dengan ikat jamin yang dibayar oleh peguamnya itu.

Beberapa hari selepas itu, kapal-kapal dagangan Munir telah selamat tiba. Munir berjaya menjelaskan segala hutangnya. Munir bebas daripada hukuman. Dia ingin berterima kasih kepada peguamnya dan menawarkan sejumlah wang yang besar. Tiba-tiba peguam tersebut menunjukkan dirinya yang sebenar. Munir segera memeluk isterinya dengan penuh rasa kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana doanya telah dimakbulkan.

****Tamat Kisah****

Pengajaran:

1. Dalam kehidupan kita ni, walau bagaimana baik pun kita terhadap orang dan kita rasa dah buat yang terbaik, pasti akan ada juga orang yang tak sukakan kita. Kita takkan mampu menyenangkan hati semua orang, Jadi, jangan rasa terlalu sedih apabila ada orang yang benci kita tanpa sebab. Mungkin mereka cemburu saja tu.

2. Sentiasalah berdoa kepada Allah tak kira semasa senang atau susah. Jangan hanya ingat berdoa masa susah sahaja!! Hanya Allah yang sentiasa mengasihi kita dan menerima diri kita setiap masa seadanya. Tapi kita perlu lakukan yang terbaik untuk menjadi hambaNya yang terbaik.

3. Setialah kepada pasangan tidak kira semasa susah atau senang. Jangan hanya sanggup bersama-sama semasa senang sebaliknya meninggalkannya semasa dia sangat memerlukan kita. Contohnya, kalau isteri dah tua, tak cantik, gemuk, berpenyakit dll, suami perlu sentiasa ada di sisi untuk memberi sokongan dan menggembirakan hati isteri, bukan cari isteri baru yang lebih muda dan cantik. Begitu juga buat para isteri. Hargailah pasangan anda seadanya dan sayangilah dia. Semoga dapat menempuh hari-hari tua bersama-sama dalam keadaan gembira dan memahami satu sama lain.

4. Seperti biasa, sila fikir-fikirkan pengajaran yang anda dapat dan kongsikan di ruangan komen di bawah.

Wassalam...

Ahad, Oktober 23, 2011

Siri teladan 3 : Kisah budak genius..

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat sekalian? Hari ni cikgu nak bercerita kisah yang lain pula..Kali ni kisah tentang seorang budak yang cerdik..Mungkin ada di antara sahabat blogger yang pernah baca cerita ni, jadi ni kira sebagai 'flash back' sajalah ye.. Jom layan..

Pada zaman dahulu, ada seorang budak yang sangat cerdik atau genius kata orang zaman sekarang. Usianya lebih kurang 7- 8 tahun. Dia sangat cepat mengingat sebarang ilmu yang diajarkan kepadanya.

Ketika itu, ahli sihir @ pendeta diraja telah tua dan ingin mencari pengganti untuk diajarkan ilmu-ilmunya. Maka, raja mengerahkan para pengawal istana untuk mencari seorang budak yang memenuhi kriteria yang diinginkan oleh pendeta tersebut. Maka, budak cerdik tadi telah dipilih..

Setiap hari, budak tersebut akan berulang dari rumahnya yang jauh ke istana untuk belajar ilmu daripada pendeta diraja itu sehinggalah pada suatu hari ketika dia melintasi sebuah kampung, dia terdengar syarahan agama daripada seorang alim ulama. Budak tersebut tertarik dengan ucapan alim ulama tersebut yang jauh berbeza dari apa yang dipelajarinya daripada pendeta selama ini lalu memutuskan untuk berguru dengan alim ulama tersebut. Dia akan berjumpa alim ulama tersebut setiap kali dalam perjalanan pergi dan pulang dari istana.

Pendeta berasa sangat hairan kerana sejak kebelakangan itu, budak itu sering datang lambat ke istana untuk berguru lalu budak tersebut akan didenda. Apabila pulang ke rumah, ibu budak itu pula akan memarahinya kerana lambat tiba di rumah. Perkara ini menyebabkan budak itu berasa tertekan sedangkan dia sangat suka berguru dengan alim ulama tersebut. Lalu dia mengadu masalahnya kepada alim ulama itu.

Budak
: "Guruku, aku sering dimarahi pendeta diraja kerana lewat ke istana. Manakala ibuku pula sering memukulku kerana lewat tiba di rumah. Sedangkan aku sangat meminati ajaranmu. Jadi bagaimana patut aku lakukan selepas ini?"

Alim ulama
: "Wahai anak muridku yang bijak, selepas ini andai kau dimarahi oleh pendeta itu, kau katakan bahawa keluargamu menahanmu dari datang awal ke istana. Manakala andai kau dimarahi keluargamu, kau katakan bahawa pendeta menahanmu dari pulang. Namun jangan kau ceritakan tentangku kepada mereka kerana aku khuatir akan terjadi perkara yang buruk kepada kita berdua sehinggalah keadaan mendesakmu untuk bercerita perkara yang sebenarnya."

Budak itu gembira dengan cadangan alim ulama tersebut lalu melakukan sebagaimana yang disuruh. Segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah pada suatu hari, ketika dalam perjalanan ke istana, budak tersebut terserempak dengan seekor gajah yang sedang mengamuk dan memusnahkan sebuah kampung.

Budak itu berfikir: "Inilah masanya untuk aku menguji apa yang kupelajari hari ini dan menguji kebenaran ajaran di antara pendeta dan alim ulama".

Lalu budak tersebut mengambil sebiji batu dan berkata : "Wahai tuhanku, andai apa yang kupelajari daripada pendeta itu benar, kau matikan gajah ini daripada lontaran batu ini". Namun tiada apa-apa yang berlaku.

Budak tersebut mengambil sebiji batu yang lain lalu berdoa pula : "Wahai tuhanku andai apa yang kupelajari daripada alim ulama ini benar, maka kau matikanlah gajah yang mengamuk ini". Setelah dilemparkan batu tersebut kepada gajah, dengan tidak semena-mena gajah tersebut jatuh menggelepur lalu mati pada saat itu juga. Budak tersebut berasa gembira kerana selama ini dia memang merasakan ajaran alim ulama itu suatu ajaran yang benar.

Apabila tiba di istana, budak tersebut bertemu pendeta seperti biasa. Rupa-rupanya berita budak itu melawan gajah telah diketahui oleh pendeta.

Lalu pendeta bertanyakan kepada budak itu : " Adakah engkau membunuh gajah itu menggunakan ilmu yang kuajarkan kepadamu?"

Budak : "Tidak sama sekali. Yang membunuh gajah itu adalah tuhanku. Aku tidak berkuasa sama sekali ke atas apa yang berlaku."

Pendeta: "Adakah tuhan yang kau maksudkan itu raja kita?" (pada masa itu, raja dianggap tuhan dan disembah)

Budak : "Tidak. Tuhanku dan tuhan mu adalah sama iaitu Allah. Dialah tuhan sekalian alam."

Jawapan budak itu menjadikan si pendeta tersentak. Berkali-kali dia mengajukan soalan yang sama namun jawapan yang sama juga diberikan oleh budak itu. Akhirnya dia memutuskan untuk menyampaikan berita tersebut kepada raja.

Raja mengarahkan pengawal istana untuk menangkap dan mendera budak tersebut sehinggalah dia memberitahu guru yang mengajarkan ilmu yang lain daripada yang diajarkan oleh pendeta istana itu. Setelah penat disiksa, budak itu akhirnya menceritakan tentang gurunya di alim ulama.

Raja mengarahkan alim ulama itu ditangkap. Alim ulama dan budak itu dibawa ke sebuah padang untuk dihukum.

Raja : "Mengakulah bahawa aku ialah tuhanmu."

Alim ulama: " Tuhanku dan tuhanmu adalah satu iaitu Allah yang Esa."

Berkali-kali soalan yang sama ditanya namun jawapan yang sama diberikan. Lalu raja memenggal leher alim ulama tersebut. Matilah alim ulama itu sebagai seorang syahid.

Seterusnya tiba giliran budak cerdik itu. Ditanya soalan yang sama namun jawapannya sama seperti alim ulama itu. Lalu raja mengarahkan kepada pengawalnya untuk membawa budak itu ke sebuah gunung lalu menolaknya dari gunung itu andai jawapan yang diberikan olehnya masih sama.

Tiba di atas gunung itu, budak itu berdoa kepada Allah. Maka ketika itu gunung bergoyang lalu semua pengawal itu jatuh dan mati. Hanya budak itu terselamat.

Budak cerdik itu kembali ke istana. Raja sungguh marah lalu mengarahkan pula dia dibawa ke tengah laut dan dilemparkan ke dalam laut andai masih berdegil dengan jawapannya.

Tiba di tengah laut, budak itu berdoa kepada Allah. Tiba-tiba datang ombak yang besar lalu menenggelamkan kapal yang membawa budak itu. Semua penumpangnya mati kecuali budak itu.

Budak cerdik itu kembali ke istana. Dia bertemu dengan raja. Raja terkejut melihat budak itu masih hidup.

Budak: "Tuanku tidak boleh membunuh saya sehinggalah tuanku melakukan perkara yang berikut."

Raja
: "Baiklah. Ceritakan kepada beta."

Budak : "Tuanku perlu mengumpulkan seluruh rakyat jelata negeri ini di suatu padang yang luas supaya mereka semua dapat menyaksikan hukuman mati yang dikenakan ke atasku. Kemudian, tuanku letakkan busur panah tuanku tepat di dadaku dan katakan : "Dengan nama Allah, tuhan budak ini.". Maka selepas itu barulah aku akan mati."

Raja bersetuju dengan cadangan budak itu kerana merasakan dia akan mendapat keuntungan dan seluruh rakyat akan lebih takut kepadanya. Maka dia mengarahkan pengawal istana mengumpulkan seluruh rakyat tanpa mengira usia di suatu kawasan yang luas.

Tiba hari yang dijanjikan, raja bersedia melakukan hukuman tersebut. Dia meletakkan busur panahnya tepat di dada budak itu sambil melaungkan : "Dengan nama Allah tuhan budak ini." Budak itu syahid pada saat itu juga.

Tanpa disangka-sangka oleh raja, seluruh rakyat bangun lalu melaungkan : Kami beriman dengan Allah tuhan budak itu!!Kami beriman dengan Allah tuhan budak itu!!"

Pengawal tergesa-gesa mencari raja lalu memaklumkan bahawa semua rakyat memberontak dan telah beriman dengan tuhan budak yang dibunuh tadi. Perkara yang paling ditakuti oleh raja telah berlaku. Lalu raja mengarahkan pengawalnya mengorek sebuah lubang bear lalu dipasangkan api didalamnya. Setiap rakyat yang tidak mahu mengakui dia sebagai tuhan akan ditolak dan dibakar hidup-hidup di dalam api itu.

Seorang demi seorang rakyat telah ditolak ke dalam api lalu dibakar hidup-hidup kerana tidak mahu menukar keimanan mereka. Tibalah giliran seorang ibu dengan anak yang masih kecil di dalam pelukannya.

Ibu tersebut teragak-agak di depan api tersebut apatah lagi memandangkan anaknya yang masih kecil. Tiba-tiba anak kecil itu bersuara:"Jangan takut wahai ibuku. Sesungguhnya kita berada di pihak yang benar."

Maka seluruh rakyat dibakar hidup-hidup. Mereka merasai sakit yang hanya sekejap sedangkan syurga yang indah menanti mereka selaku syahid di jalan Allah.

Tidak lama selepas itu, raja dan para pengikutnya dilanda bencana dan mereka semua mati dalam keadaan yang lebih mengaibkan dan bakal diazab pula oleh Allah dengan azab yang dahsyat. Subhanallah..

******Tamat kisah******

Pengajaran daripada kisah :

1. Kita haruslah berani menegakkan kebenaran.
2. Carilah ilmu yang benar (terutama ilmu agama) sebagai penyuluh hidup kita.
3. Menggunakan akal fikiran dan bukan nafsu dalam menyelesaikan masalah serta sentiasa memohon petunjuk Allah dalam menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi
4.Macam biasa, korang fikir-fikirkanlah dan jangan lupa komen kat ruangan komen kat bawah nanti...

Oklah, tu saja untuk kali ni..Tapi satu persoalan yang berada di benak cikgu (korang pun mungkin terfikir), kenapa semua cerita cikgu ni bermula dengan 'pada zaman dahulu'..macam kisah dongeng plak..huhu..cikgu pun tak tau..tapi tulah permulaan yang cikgu rasa paling sesuai untuk kisah-kisah yang cikgu tulis ni..huhu..Apa-apapun segala yang baik daripada Allah, yang buruk tu daripada cikgu sendiri..Semoga bermanfaat kepada semua..

Wassalam

Khamis, Oktober 20, 2011

Siri teladan 2 : Kisah penunggu gua..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga sentiasa sihat dan ceria hendaknya..

Hari ni cikgu nak cerita sebuah lagi kisah yang cikgu baca zaman kecik-kecik dulu..kisahnya begini..

Pada zaman dahulu, ada tiga orang lelaki yang bersahabat baik. Mereka tinggal di kampung yang sama dan melakukan pekerjaan yang sama.

Suatu hari, salah seorang daripada lelaki-lelaki itu mengajak untuk meneroka suatu tempat. Katanya, tempat itu kelihatan menarik dan seolah-olah belum pernah dikunjungi orang.

Maka ketiga-tiga sahabat itu bersetuju dan merancang untuk pergi melihat tempat tersebut. Tempat yang dimaksudkan itu ialah sebuah gua di kaki gunung.

Keesokan harinya ketiga-tiga sahabat tersebut menuju ke tempat yang dimaksudkan. Mereka berasa sangat teruja dan tidak sabar-sabar masuk ke dalam gua yang kelihatan sangat cantik itu.

Dengan menggunakan beberapa peralatan yang dirasakan sesuai mereka memulakan ekspedisi mereka dan mula meneroka ke dalam gua. Belum sempat mereka melangkah lebih dalam tiba-tiba tanah seperti bergoyang.Broom!!! Keadaan di dalam gua menjadi gelap gelita.

Pemuda 1
: "Tanah runtuh!!!"

Ketiga- tiga pemuda itu mula panik. Mereka cuba mencari jalan keluar dari gua tersebut. Rupa-rupanya sebuah batu yang besar telah jatuh lalu menutup pintu gua itu. Hanya ada sedikit ruang untuk udara masuk.

Ketiga-tiga pemuda tersebut berusaha mengalihkan batu besar tersebut. Berkali-kali mereka mencuba namun masih gagal. Mereka akhirnya kepenatan dan memutuskan untuk berehat.

Pemuda 2 : "Apa yang perlu kita lakukan sekarang? Telah puas kita berusaha namun malangnya kita tidak mampu menggerakkan batu itu walau sedikit pun. Jeritan kita juga tidak didengari orang. Saya khuatir kita akan mati andai terus begini."

Pemuda 3 : " Marilah kita berdoa kepada Allah dengan menceritakan amalan baik yang pernah kita lakukan. Semoga amalan yang ikhlas kita lakukan kerana-Nya akan membantu kita di saat-saat kesukaran begini."

Ketiga-tiga pemuda tersebut bersetuju dengan cadangan itu. Maka mereka mula berdoa kepada Allah.

Doa Pemuda 1 : " Ya Allah, aku mempunyai dua orang ibu-bapa yang telah tua. Setiap pagi aku akan keluar rumah memerah susu lembu bagi santapan seluruh ahli keluargaku. Aku akan pastikan ibu dan bapaku akan menjadi insan pertama yang menjamah hasil perahan susu lembu tersebut. Pernah suatu hari anakku menangis kerana laparkan susu, sedangkan ibu dan bapaku belum bangun daripada tidur. Namun aku tetap bertegas dan menunggu ibu dan bapaku untuk bangun dan minum dahulu susu tersebut. Apabila selesai mereka minum, barulah aku berikan kepada anakku yang lapar tadi. Ya Allah, andai apa yang aku lakukan ini adalah perkara yang baik, maka aku memohon kepada-Mu agar batu besar yang menghalangi pintu gua ini dialihkan."

Tiba-tiba batu besar yang menutupi pintu gua itu bergerak sedikit, namun masih belum mampu untuk pemuda-pemuda tersebut meloloskan diri.
Maka pemuda kedua pula berdoa.

Doa Pemuda 2 : "Ya Allah, aku menyukai seorang wanita. Namun malangnya wanita ini telah berkahwin. Pada suatu hari, wanita ini datang berjumpaku untuk meminjam sejumlah wang. Dia dalam keadaan yang terdesak untuk membantu suaminya yang kesusahan. Aku memberinya sejumlah wang tetapi dengan syarat dia sanggup tidur denganku. Wanita tersebut bersetuju. Apabila tiba saat yang dijanjikan, aku pergi ke rumah wanita tersebut untuk mendapatkan janjinya. Aku berasa sangat gembira kerana aku akan mendapat tubuhnya. Tiba-tiba, wanita tersebut bertanyakan kepadaku : "Tidakkah engkau takut dengan Allah?". Aku tersentak lalu berlari keluar dari rumah wanita tersebut.Aku menghalalkan sahaja wang yang kupinjamkan kepadanya. Aku sangat takut dengan azab-Mu ya Allah. Wahai tuhanku, andai segala yang aku lakukan semata-mata demi mendapatkan keredhoanMu, maka aku memohon kepada Mu agar dialihkan batu besar yang menutupi pintu gua ini."

Sekali lagi batu besar itu bergerak sedikit namun masih belum mampu untuk pemuda-pemuda itu keluar dari situ. Seterusnya giliran pemuda ketiga pula untuk berdoa.

Doa pemuda 3 : "Ya Allah, suatu masa dahulu aku mengupah seorang lelaki untuk membantuku melakukan sedikit pekerjaan. Namun apabila tiba masa untuk aku membayar upahnya, lelaki tersebut menghilangkan diri dan tidak mengambil wangnya. Aku menggunakan wang tersebut untuk membeli beberapa ekor kambing sebagai ternakan. Dari sehari ke sehari, jumlah kambing-kambing tersebut semakin banyak sehingga memenuhi kandang. Aku tidak pernah menjual mahupun makan daging kambing tersebut. Pada suatu hari, lelaki pekerja itu datang menuntut upahnya. Aku tunjukkan dia kesemua kambing yang telah berkembang biak hasil daripada wang upahnya yang aku belanjakan. Dia berasa sangat terkejut namun gembira lalu mengambil kesemua kambing-kambing itu sebagai upahnya yang tergendala dahulu. Aku juga berasa sangat tenang sesudah itu. Ya Allah, andai segala yang aku lakukan ini ikhlas untuk mendapatkan keredhoanMu semata-mata, maka kau gerakkanlah batu besar yang menutupi gua ini agar kami dapat keluar daripadanya."

Maka dengan izin Allah batu besar itu bergerak lagi sehingga akhirnya ketiga-tiga pemuda tersebut dapat keluar dari situ.

***Tamat Kisah***


Pengajaran daripada cerita ini:

1. Kita mestilah menghormati dan berbakti kepada kedua ibu dan bapa kita seandainya mereka masih hidup dan terus mendoakan kesejahteraan mereka andai mereka telah meninggal dunia.

2. Kita haruslah sentiasa ingat kepada Allah terutama apabila melakukan berniat melakukan perkara maksiat. Jika kita takut Allah mesti kita akan jauhi maksiat dan dosa..betoi dak?

3. Hutang mesti dibayar..Tak kira cepat ke lambat ke, bayar mesti bayar..kalau dah terlalu lama tu, nilaikan semula wang yang pernah kita pinjam dengan nilai semasa..Kalau rasa nak selamat, minta halal kat orang yang kita berhutang tu kalau terkurang dan seumpamanya.

4. Cikgu pun tak tau nak tulis apa lagi..Korang komen je la kat bawah ni nanti..

P/S : Ayat cerita digubah semula 100% oleh cikgu berdasarkan ingatan yang ingat-ingat lupa ni.. Salah silap harap dimaafkan..

Wassalam..

Selasa, Oktober 18, 2011

Utk mengetahui mukasurat juzuk dalam al quran

Assalamualaikum..

Hari ni cikgu dapat info menarik dari seorang kawan..

Kaedah untuk mengetahui mukasurat setiap juzuk dalam al quran ( ni susunan resam usmani - yang biasa kita guna sekarang)

1. Bil juzuk tolak 1 : Cth : Juz 13 -1 = 12

2. Darab hasil dengan 2 : Cth : 12 x 2 = 24

3. Tambah dengan nombor 2 dibelakang hasil darab tadi : Cth : 242

Maka, juzuk 13 dapat dibaca di mukasurat 242...

Cubalah yer..

Sila komen bila dah cuba!!(^_^)

Isnin, Oktober 17, 2011

Siri teladan 1 : Kisah hutang

Assalamualaikum..

Apa khabar iman dan Islam anda hari ni?Semoga lebih baik berbanding

hari-hari yang telah berlalu..


Hari ni cikgu nak bercerita sebuah kisah yang pernah cikgu baca masa

kecik-kecik..Cikgu ingat-ingat lupa ja cerita ni..Bukunya pun dah

hilang masa keluarga cikgu berpindah dari Pulau Pinang ke Kedah..huhu..

Ceritanya begini..


Pada zaman dahulu (tak ingat zaman nabi mana..) ada seorang lelaki yang

sangat terdesak dan mahukan wang untuk membiayai perniagaannya yang

sedang bermasalah.Dia mencari-cari orang yang mahu meminjamkannya wang.

Wang yang diperlukan olehnya bukanlah sedikit tetapi sebanyak 1000

dinar.

Puas dia ke sana dan ke mari sehinggalah dia bertemu dengan seorang

lelaki yang hanya bekerja sebagai tukang kayu. Dia mencuba nasibnya

untuk meminjam wang daripada lelaki terbabit.

Peminjam : Saya dalam keadaan yang sangat terdesak untuk menyelamatkan

perniagaan saya sekarang. Bolehkah saudara meminjamkan saya sedikit

wang?

Tukang Kayu : Saya bukanlah orang kaya tetapi andai saya dapat membantu

insyaAllah saya akan membantu saudara. Tetapi berapakah wang yang

saudara perlukan?

Peminjam : Saya memerlukan 1000 dinar.

Tukang kayu diam sejenak sambil berfikir..Dia mempunyai wang tersebut

setelah bersusah payah mengumpulnya sedikit demi sedikit setiap hari.

Dia juga mempunyai perancangan dengan wang tersebut namun melihatkan

kegelisahan dan kesusahan lelaki tersebut dia merasa perlu membantu dan

mampu menangguhkan perancangannya dengan wang yang ada.

Tukang kayu : Setahu saya anda bukanlah orang dari kawasan ini

(peminjam merupakan seorang pedagang yang datang dari jauh)

Peminjam : Benar. Saya seorang pedagang. Saya memerlukan wang ini untuk

menyelesaikan masalah perniagaan saya di sini. InsyaAllah saya akan

pulangkan wang saudara apabila saya telah mendapat untung nanti.

Tukang kayu : Kalau demikian, bawakan kepada saya seorang penjamin.

Peminjam : Cukuplah Allah sebagai penjamin saya.

Tukang kayu
: Bawakan pula kepada saya seorang saksi.

Peminjam : Cukuplah Allah sebagai saksi bagi diri saya.

Tukang kayu : Kalau begitu, saya akan pinjamkan wang sebanyak 1000

dinar dan saya terima Allah selaku penjamin dan saksi dalam urusan

kita ini.

Peminjam : Alhamdulillah. Semoga Allah memudahkan urusan saya untuk

membayar semula wang saudara.

Peminjam pun berlalu dari situ dan menyelesaikan urusannya.
Masa terus berlalu namun peminjam belum melunaskan wang tukang kayu

kerana belum berjaya mendapat untung sebagaimana yang diperlukan untuk

memulangkan wang tukang kayu sehinggalah dia kembali ke tempat asalnya

yang jauh. Setelah beberapa tahun, peminjam telah berjaya dalam

perniagaannya dan mendapatkan banyak keuntungan.

Pada masa tersebut, dia telah teringat perjanjiannya dan kembali ke

tempat tukang kayu untuk menyelesaikan hutangnya. Malang nasibnya

apabila mendapati tukang kayu telah berpindah dan tidak lagi menetap di

tempat itu. Peminjam berjalan ke hulu dan ke hilir mencari mana-mana

orang yang mengetahui tempat tukang kayu berpindah namun gagal.

Akhirnya peminjam merasa penat dan tiba di kawasan pantai. Dia melihat

laut yang luas lalu menadah tangannya memohon petunjuk Allah. Tiba-tiba

dia terlihat sebatang kayu yang besar berada tidak jauh dari situ. Dia

mengambil kayu tersebut dan mendapati kayu itu berongga dan mampu

memuatkan wang yang dibawanya selama ini. Dia menulis nota di atas

sekeping kertas lalu memasukkan wang yang dihutangnya ke dalam kayu

tersebut. Seusai melakukannya dia menadah tangan dan berdoa :

" Ya Allah, aku telah menjadikan Engkau sebagai penjamin dan saksi bagi

urusan ini. Maka aku memohon kepada-Mu sampaikanlah wang ini kepada

insan yang meminjamkan wang ini kepadaku agar dapat aku melunaskan

hutangku. Amin"

Maka si peminjam pun menghanyutkan kayu tersebut ke laut.
.
.
.
.
Di suatu tempat, beratus-ratus batu daripada tempat si peminjam tadi,

kelihatan seorang lelaki sedang berjalan di tepi pantai melihat

keindahan alam ciptaan tuhan. Tiba-tiba dia terpandang sebongkah kayu

yang sangat cantik pada penglihatannya. Lelaki tersebut mengutip kayu

tersebut lalu dibawa pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, lelaki tadi membelek-belek kayu yang dibawanya

pulang sebentar tadi.Dia mendapati kayu tersebut kelihatan sangat aneh

lalu dia memutuskan untuk memebelah kayu tersebut.

Menggunakan sebilah kapak, lelaki tersebut menghayun tangannya ke arah

kayu tersebut. Pang...kayu tersebut terbelah dua dan berteraburan

wang-wang emas dari dalam kayu tersebut berserta sehelai kertas. Lelaki

tersebut lalu membaca tulisan yang tertulis di atas kertas tersebut..

" Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Dia-lah yang

menjadi penjamin dan saksiku atas urusniagaku dengan seorang tukang

kayu sebanyak 1000 dinar. Maka, dengan Allah selaku penjamin dan

saksiku, aku menghantar wang ini semoga sampai ke tangan insan yang

meminjamkan wang ini kepadaku. Semoga dengan ini lunaslah segala

hutangku kepadanya."

Lelaki yang membaca nota tersebut tadi tersentak sambil berulang-ulang

kali mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana wang yang dipinjamkannya

kepada lelaki yang pernah ditemuinya beberapa tahun yang lalu telah

dilangsaikan. Rupa-rupanya lelaki tersebut ialah tukang kayu yang telah

berpindah sebelum ini kerana rumahnya rosak teruk dipukul ribut

menjadikannya pula seorang perantau. Maka dengan wang yang

diperolehinya itu dia menyudahkan urusannya yang telah tertangguh

bertahun-tahun lamanya.

....Tamat kisah...

Moral cerita di atas:
1. Kita selaku orang yang berhutang mesti menjelaskan hutang kita tak

kira dengan apa cara sekalipun
2. Orang yang memberi hutang secara ikhlas pasti akan mendapat ganjaran

baik daripada Allah samada di dunia mahupun di akhirat
3. Bandingkan diri kita dengan tukang kayu dan peminjam..mampukah kita

menjadikan Allah sebagai penjamin dan saksi kita apabila melakukan

urusniaga dan berlaku telus dan jujur sesudahnya..
4. Fikir-fikirkan sendiri dan jangan lupa tulis komen yer..

Kisah ini digarap sepenuhnya berdasarkan imaginasi cikgu yang ingat-ingat lupa cerita ni..maklumlah dah hampir 20 tahun ni kisah ni cikgu baca..Masa cikgu sekolah rendah lagi..kalau ada salah dan silap harap maaf. Semoga pengajaran yang baik sahaja diambil..yang baik daripada Allah yang buruk tu daripada khilaf cikgu sendiri..

Wassalam..

Rabu, Oktober 12, 2011

Rileks jap..

Assalamualaikum..

Sedang mengorek-ngorek koleksi soalan dalam laptop ni terjumpa mutiara kata berikut..

BIRTH is the start of life
BEAUTY is the art of life
MYSTERIES and RISK are parts of life

BUT


A TEACHER is the heart of life


Maka...bersabarlah diri..


Wassalam..

Isnin, Oktober 10, 2011

Berdenyut-denyut kepala ni..

Assalamualaikum..

Entry sepantas kilat untuk hari ni..

Pagi-pagi masa 'drive' ke sekolah..teringat cerita kanak-kanak dulu..nak cerita tak sempat ag ni..so cikgu 'hold' dlu yer..nanti cikgu tulis bila masa mengizinkan..

Kepala tengah pening dan terasa berat sibuk memikirkan perihal soalan akhir tahun fizik budak tingkatan 4 yang tak siap ag dan pelbagai latihan yang bertubi-tubi nak bagi kat bebudak fizik dan sains tingkatan 5..huhu..yelah..sebelum pas soalan kat bebudak cikgu kena kaji dulu soalan2 dan tahap kesesuaian dengan pelajar..nak kena buat skema dulu..klu dah ada skema nak kena studi dlu baru leh 'discuss'..pening2..

Analisis 'trial' belum siap ag..so cikgu 'out' dlu yer..nnt dah free sket cikgu nak tulis cerita teladan zaman kanak-kanak dlu..hehe..Doakan cikgu tenang sket dicelah-celah kesibukan ini yer..

Wassalam..

Selasa, Oktober 04, 2011

Budak 14 tahun..

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian? Maaf sebab lama tak mengarang entry baru disebabkan kesibukan dengan hal-hal di sekolah..

Semalam cikgu masuk ke sebuah kelas untuk menggantikan guru mereka yang tidak hadir..kelas ni kelas kedua akhir dalam tingkatan dua..cikgu pernah dengar banyak guru yang komen tentang akhlak pelajar kelas ni..memang apabila masuk saja kita rasa akan mengakui kebenaran kata-kata tersebut..huhu..kesian..lama tak mengajar menengah rendah ni menjadikan cikgu rasa agak janggal dengan mereka..tapi cikgu cuba kecilkan jurang dengan cuba bersembang dengan pelajar-pelajar terbabit..

Cikgu : "Seronok ke kamu belajar dalam kelas ni?" (sambil memerhatikan persekitaran kelas yang agak muram, kusam dan penuh sampah sarap..sangat menyedihkan)

Pelajar 1 : "Tak seronok cikgu"

Cikgu : "Kenapa?"

Pelajar 1 : " Kelas ni budak-budak tak pandai..saya ni dulu kelas depan.."

Pelajar 2 : "Cikgu jangan percaya cakap dia..dia ni merapu saja tau"

Pelajar 1 : "Hehe..saya bukan pandai membaca pun cikgu.."

Cikgu : " Ye ke? Tak pandaila kena datang sekolah..kalau dah pandai buat apa datang lagi..sekolah kan tempat untuk kita menuntut ilmu..Kamu selesa ke belajar dalam kelas yang kotor ni? Ilmu tak masuk tau kalau kita belajar dalam tempat yang kotor..Syaitan sukalah kalau tempat ni kotor.."

Pelajar 2: "Bukan kami yang buat sampah tu cikgu..Budak-budak sesi petang yang buat"

Pelajar 1 : "Betul tu cikgu..Diorang tu memang pandai bagi kelas bersepah-sepah"

Cikgu : "Dah tu..kenapa kamu tak tolong kemaskan?Kamu lagi rela belajar dalam keadaan kotor ke?"

Semua pelajar terdiam seketika sebelum menyambung semula sesi menyembang dengan rakan-rakan..Pelajar perempuannya siap berjalan ke hulu ke hilir dan makan tanpa menghiraukan saya di depan..saya perhatikan sahaja telatah mereka..maklumlah..baru lepas rehat..mereka lapar agaknya..Selesai mereka makan, sampah dibiarkan sahaja di atas meja..

Cikgu : "Dah habis makan?"

Pelajar 3: (Hanya mengangguk)

Cikgu : "Sampah ni siapa nak buang?"

Pelajar 3 : " Ni bukan saya punya..ni dia yang punya..(sambil menunjuk kepada rakannya yang tak boleh duduk diam..sekejap ke hulu..sekejap ke hilir)"

Saya hanya menggelengkan kepala sambil berjalan ke hadapan..Apabila saya perhatikan sampah tadi telah lesap..Pandai pula budak-budak ni..tapi rasa-rasanya dah masuk bawah meja..huhu..

Kadang-kadang saya rasa lemah semangat melayan pelajar-pelajar yang sebegini tapi apabila dipandang dengan mata hati kesian pula rasanya..lalu saya melakar ruangan teka silang kata di depan dan berteka-teki dengan pelajar-pelajar tersebut..Mula-mula mereka seolah-olah tidak berminat namun apabila ada seorang rakan yang boleh menjawab teka-teki tersebut, pelajar lain mula menunjukkan minatnya..

Ramai orang ingat senang nak jadi cikgu tapi cabaran guru itu sangat besar..nak menarik minat pelajar..nak mendapatkan hormat pelajar..nak meningkatkan prestasi pelajar dan macam-macam lagi..letih jadi cikgu ni tapi itulah punca rezeki kami..pelajar kampung pun dah begini perangainya..dulu kalau ke kampung mesti terbayang betapa sopan santunnya pelajarnya..malu dan berbudi bahasa tetapi sekarang?hmm..sudah nak kata..masih ada yang berbudi bahasa namun semakin kurang..apa salahnya yer?hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih..ye tak? Semoga kerjaya yang menjadi punca rezeki ini juga menyumbang kepada pahala yang berterusan di kemudian hari..amin..

Sebenarnya cikgu taktau tajuk entry yang sesuai..main taram je..kira ok la kot yer..salah silap harap dimaafkan..

Wassalam..

Rabu, September 28, 2011

off keja..buat keja..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?Semoga sihat dan berbahagia hendaknya di muka bumi Allah ini..

Sekadar nak update blog je ni..Cikgu agak sibuk semenjak dua menjak ni..Maklumlah trial SPM baru habis..sibuk menanda kertas, buat analisis (dan karang jawapan kpd pihak pentadbir sebab musabab penurunan markah bebudak ni..uhuhu..), merangka program susulan utk bagi result kembali gempak(boleh ke ni??insyaAllah),so cikgu masih dalam kancah kesibukan..uhuhu..

Nanti bila kurang sket sibuk cikgu akan mengarang entry baru yang lagi best ye..macam pandai sangat mengarang..huhu..ok..off to class..

Wassalam..

Rabu, September 21, 2011

Selasa, September 20, 2011

Trial..oh..trial..

Assalamualaikum..

Apa khabar anda semua hari ni? Semoga iman anda kian bertambah..amin..

Cuti 3 hari yang lepas dimanfaatkan pulang ke kampung halaman..Razin pun dah dapat imej baru..saya dok panggil dia 'kojack' sebab dok teringat cerita omputeh zaman saya kecik-kecik dulu..hehe..

Ingat dah boleh rehat sikit la tapi nampaknya hanya dalam mimpi..Datang saja sekolah tengok fail kertas soalan percubaan pelajar menimbun-nimbun atas meja untuk disemak..huhu(menangis dalam hati ja)..


Budak-budak ni pulak pantang nampak cikgu je..mesti tanya: "Cikgu tanda dak lagi kertas kami?"..Ulang bilik guru 10 kali pon soalan tu jugak ditanyanya..Naik pening kepala cikgu..Ingat robot ka apa?

Okla..sibuk ni..nak p sambung tanda kertas plak..stress ni tapi terpaksa online sat bagi kureng sket stress...(^_^)

Jumpa lagi nanti..Wassalam..

Jumaat, September 16, 2011

Maka..selamatlah dia..

Assalamualaikum...

Apa khabar semua..

Sekadar mengemaskini blog untuk hari ini..

Acara : Membotakkan kepala Razin
Pelaku : Abah
Mangsa : Razin
Tempat : Perkarangan umah Wan dan Tok di Kepala Batas, Kedah
Masa mula : 9.30 pagi
Masa tamat : 10.00 pagi

Sebelum kejadian

Selepas kejadian

Sekian entry hari ni..

Wassalam

Selasa, September 13, 2011

Doodle cikgu..thanks to ninie..

thanks to Ninie..cikgu dapat doodle..hehe..

Aduh!Sakitnya!!!

" Ya Allah, berikanlah kepadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku. Ku bersyukur kepada-Mu ya Allah atas segala perkara. Aku memohon perlindungan-Mu daripada keadaan dan azab api neraka."

Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat sekalian? Beberapa hari ini saya agak sibuk sehingga tidak sempat menulis entry baru..hanya sempat berjalan-jalan dan membuat marathon kecil dari blog ke blog..syukur alhamdulillah masih dipanjangkan usia sehingga ke hari ini..
Semalam berlaku kemalangan kecil di rumah yang meninggalkan sedikit kesan kepada saya..Terjengket-jengket jadinya saya ke kelas..mujurlah masih mampu memandu kereta(auto je pun..kalau manual..mau ambil MC rasanya..)Perjalanan ke kelas yang paling jauh biasanya mengambil masa lebih kurang 5 minit menjadi hampir 15 minit..jauh dan lama benar rasanya..

Apabila nikmat kesihatan ditarik barulah terasa betapa berharganya nikmat yang Allah kurniakan..Sakit itu kifarah dosa dan dalam masa yang sama mendekatkan lagi diri kita kepada-Nya..Syukur ya Allah dengan peringatan ini..Benarlah kita patut berusaha beribadat sebelum berlakunya 5 perkara..sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, kenyang sebelum lapar dan hidup sebelum mati..

Rasanya setakat ini sahajalah entry pada kali ini..Elektrik pun tiba-tiba terhenti..panas saja rasanya(baru panas dunia dah bising..huhu)..baru sedikt nikmat ditarik telah terasa bebannya..andai udara, air, badan, pemikiran dan segala yang kita punyai ini dikenakan bayaran oleh Allah..pasti muflis kita..Subhanallah..Allah yang teragung..memberi segala kurnia-Nya walau hambaNya tidak ingat untuk bersyukur kepada-Nya...

"Aku tidak layak mengungkap ketaatan andai tiada padaku selautan keikhlasan" - Gen Q isu 1.

Wallahua'lam...

Jumaat, September 09, 2011

Maka bersabarlah...

Salam semua..

Apa khabar iman dan islam anda hari ni? Semoga bertambah baik dengan hidayah daripada Allah..

Hari ini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang berlaku pada zaman rasulullah..kisah ni memang seringkali dibaca oleh saya sedari kecil cuma baru teringin dikongsikan pada kali ini sejak terbacanya semula dalam majalah Gen Q..

Kisahnya begini..

Pada suatu ketika, tiba-tiba sahaja seorang Arab Badwi masuk ke dalam masjid dan membuang najis kecil di hadapan Rasulullah s.a.w. (Pada masa tersebut masjid bukan macam kita sekarang..hanya tanah sahaja lantainya)

Lalu para sahabat menghampirinya untuk menghalang perbuatannya. Namun Rasulullah s.a.w melarang sahabat-sahabat baginda dengan bersabda : "Jangan kamu putuskan kencingnya."

Kemudian setelah orang Arab Badwi itu selesai, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: "Bahawa masjid-masjid ini tidak patut untuk suatu kotoran, najis kecil dan najis besar."

Dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dekatilah dia, jangan kamu jauhkan."

Nampak tak? Betapa mulianya akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah kepada kita? Kalau kita ditempat baginda,agak-agak apa kita akan buat? kalau tak berani marah..mesti paling teruk pun kita akan kutuk dan maki orang tu kat belakang berbaldi2 kan? Astaghfirullahalazim..

Saya juga sempat menonton sebuah rancangan di TV Al-Hijrah bertajuk 'Lau ka Na Bainana' (Andai Rasulullah bersama-sama kita)..Sebuah rancangan realiti TV ala2 Candid Camera yang merakamkan gelagat manusia zaman kini dibandingkan dengan akhlak mulia yang cuba diterapkan oleh Rasulullah..

Dalam satu slot rancangan tersebut, hosnya ada mengimbau peristiwa di mana Rasulullah yang berada di masjid terlihat suatu tompok seakan-akan bekas ludah di dinding masjid..Baginda memandang tompokan tersebut dengan wajah yang sugul..Lalu datang seorang wanita yang perasan situasi itu, mengambil secebis kain lalu membersihkan tompokan tersebut..Serta merta wajah baginda ceria dan gembira..Betapa Rasulullah amat mencintai kebersihan..Subhanallah..

Berdasarkan dua kisah yang saya nukilkan hari ini, jelaslah betapa kita pada zaman sekarang ini sangat berbeza akhlak dengan Rasulullah..Sesama umat Islam pun asyik bertelagah..Anak-anak muda dan golongan pelajar kurang menghormati guru dan ibu-bapa..Masjid tempat kita berkumpul dan beribadat (sepatutnya rumah kedua) semakin dijauhi dan diabaikan..Tandas(terutama tandas awam) sangat kotor dan tidak terjaga kebersihan..Banyak lagila..Mari kita renungkan bersama..

Andai Rasulullah bersama-sama kita pada hari ini, rasa-rasanya kan apa baginda akan lakukan?

Tepuk dada tanya iman..

Sekadar peringatan buat diri kita yang mudah lupa..

Wallahua'lam

Rabu, September 07, 2011

Mencintai Keikhlasan...

Salam semua..

Apa khabar iman dan islam hari ni?

Pagi ni sambil menjaga budak2 menghadapi percubaan SPM sempat jugak saya membelek2 buku GEN Q isu 1..dah lama beli tapi baru pagi ni rasa nak luangkan masa membacanya..tajuknya macam tajuk entry ni la.."MENCINTAI KEIKHLASAN"..bagus sangat majalah ni..sesuai untuk remaja..tapi rasanya tak ramai remaja zaman sekarang yang suka layan majalah ilmiah macam ni..nak ngadap buku teks dan buku nak periksa pon jenuh dipaksa2..huhu..


"Seseorang yang ikhlas adalah seseorang yang tidak peduli akan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya walau seberat zarah sekalipun.Apa yang diinginkannya ialah reda Allah s.w.t.." - tulisan menyentak hati drp Sdr. Faiz M. Azhari

Mampukah kita mencapai darjat keihklasan yang sebenar?

"Ikhlas bukan dinilai melalui banyaknya amalan atau lafaz keikhlasan yang diucapkan,ia merupakah suatu sikap yang sangat sukar dicapai oleh umat Islam"
- Ustaz Muhammad Yusuf A.Kadir

Bagi saya, nak melafazkan perkataan ikhlas tu mudah namun nak melaksanakan sesuatu dengan ihklas sangat sukar..Hanya Allah dapat menilai keikhlasan hambaNYa..

Saranan saya kepada rakan blogger, andai ada anak remaja dirumah bolehlah diperkenalkan dengan majalah ini..Majalah ini agak padat dengan tulisan namun tetap diselitkan dengan ilustrasi yang kelakar dan menarik..maka peranan kita untuk mempermudahcara(boleh baca bersama-sama dan perjelaskan perkara yang mungkin agak sukar difahami atau terlalu tinggi bagi mereka) agar anak-anak remaja di luar sana dapat menghayati hasil penulisannya..Semoga kita mendapat sedikit manfaat daripadanya..

Wallahua'lam

Selasa, September 06, 2011

MARI MUHASABAH DIRI

Salam semua..

Apa khabar iman dan islam anda hari ini? Semoga bertambah kukuh dengan rahmat dan hidayah daripada Allah..

Hari ini bermulanya peperiksaan percubaan SPM peringkat negeri Perak..namun bukan semua pelajar terlibat..hari ni subjek yang diuji hanyalah Bahasa Arab Tinggi dan Sains Pertanian..Esok baru akan bermula ujian sebenar iaitu Bahasa Melayu dan seterusnya..

Dalam kemeriahan Syawal ini..kita mungkin terleka untuk muhasabah diri (ditujukan khas terutama buat diri sendri)..kadang2 tak sedar diri semakin menjauhiNya sedangkan Dia sentiasa ingat kepada kita..hinggalah diri diuji dengan musibah barulah tersedar daripada angan-angan dan mula kembali kepadaNya..

Dalam beberapa hari ini juga saya meluangkan sedikit masa untuk melawat dari blog ke blog untuk mencari input dan ilmu yang berguna..terdapat beberapa blog yang bagus isinya dan membuatkan saya tersedar dan tersentak daripada sifat bersenang lenang lalu mengabaikan tugas dan tanggungjawab selaku khalifah Allah di muka bumi ini..syabas buat tuan blog tersebut...Teruskan usaha berdakwah secara maya walaupun mendapat pelbagai tentangan dan cemuhan..

Kepada rakan-rakan blog yang lain..saya dengan rendah hati menjemput kalian menjengah ke beberapa blog ni semoga mendapat sedikit ilmu yang boleh dikongsikan bersama..


musafiran dunya


soutul mujahid

rumahku masjidku syurgaku

Wallahua'lam

Isnin, September 05, 2011

KEMBALI BERTUGAS

Salam semua..

Sedar tak sedar cuti sekolah telah berlalu..maka hari ini kembali menjalankan tugas mendidik anak bangsa..perasaan malas masih membelenggu namun terpaksa digagahi jua diri ini...


Masuk ke kelas nampaknya bukan saya saja yang masih dalam mood cuti..pelajar2 pun masih dalam mood cuti walaupun kehadiran jauh lebih baik bebanding sebelum cuti yang lalu..keghairahan bertemu rakan-rakan menjadikan mereka hampir terlupa yang percubaan SPM akan bermula esok..apabila dihidangkan dengan soalan-soalan berkaitan bekal kuih raya yang telah diberi barulah mereka seolah-olah tersedar dari mimpi..sabar jelah..

Hmm..beberapa hari ini pasti akan sunyi sedikit di rumah..suasana tidak lagi ceria berbanding sebelum ini..sejak habis tempoh berpantang semasa melahirkan razin dahulu belum pernah lagi rasanya berpisah lama dengan mr hubby..tapi nampaknya 3 hari senyi jugalah tanpa suami di sisi..syukurlah masih ada razin dan teman2 yang sudi datang menemani..semoga mr. hubby selamat dalam perjalannnya..selamat pergi dan selamat pulang..amin..

Jom kita bekerja!Kuatkan semangat..Teguhkan iman..


Ya Allah..bantulah hambaMu ini..Amin..

Selasa, Ogos 30, 2011

SALAM AIDILFITRI 1432H..MAAF ZAHIR DAN BATIN

Salam semua...

Apa khabar iman dan islam anda hari ini? Semoga sama-sama menyambut kemenangan setelah sebulan berjaya mengharungi dugaan berpuasa di bulan ramadan..

Entri hari ni ringkas sahaja..saya menulis sekadar untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua rakan blogger dan di kesempatan ini juga berjuta-juta kemaafan saya pohon andai ada di antara entry yang mungkin menyinggung perasaan mana-mana pihak..

Semoga lebaran tahun ini bermakna buat kita semua..Sambutlah lebaran penuh kesederhanaan dan kayakan ia dengan puji-pujian buat yang maha Esa kerana memberi kita nikmat meraikannya lagi pada tahun ini..

Wassalam

Isnin, Ogos 29, 2011

Sehari lagi...

Salam semua...

Apa khabar islam dan iman anda hari ini? Semoga kesihatan mereka semakin bertambah dari sehari ke sehari..

Sedar tak sedar tinggal sehari sahaja lagi umat islam akan meraikan hari lebaran..tetamu kita ramadan telah bersedia untuk berangkat pergi membawa bersama-samanya segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini..Semoga semua amalan kita diterima Allah hendaknya..

Bau rendang dan ketupat dari dapur mula membangkitkan semangat untuk berhari raya..Dalam kegembiraan kita jangan lupa insan yang kurang bernasib baik..Semoga kita dapat memberi sedikit sumbangan sesama insan bagi mengubati segala kesedihan yang dialami..

Apa-apapun raikan lebaran dengan sederhana dalam masa yang sama berhati-hatilah apabila menjamah makanan..kasihan perut kita yang sebulan berpuasa (mengembalikan kesihatannya) tiba-tiba diterjah bertubi-tubi..Semoga kegembiraan lebaran kita tidak berakhir dalam kesedihan..

Wassalam...(ehh..entri ni terganggu sket sebab hubby kat sebelah sibuk je dok baca..huhu..)

Jumaat, Ogos 26, 2011

CUTI RAYA PON BERMULA...YAHOO!!!!

Salam semua...


Hari ni hari terakhir persekolahan sebelum menyambut lebaran..sebagaimana yang telah saya jangka..kehadiran pelajar pada hari ini sangatlah kurang..daripada 26 pelajar, hanya 10 orang yang sudi hadir memeriahkan kelas dan mengambil kuih raya (kertas soalan) daripada guru sebagai ole2..alhamdulillah..ada juga yang sudi..

Saya pun tak berniat nak menulis panjang..maklumlah dalam hati telah berbunga2 riang kerana petang ni kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung halaman..menjadi musafir dan insyaAllah akan berbuka puasa dalam perjalanan..Semoga perjalanan kami diberkati Allah dan selamat tiba ke kampung lama ditinggalkan bertemu ibu bapa yang sangat dirindui dan dicintai..amin..

Kepada rakan-rakan blogger yang lain terutama yang bakal bertolak ke kampung halaman pada hari ini juga seperti saya, pandulah kenderaan anda dengan cermat dan berhati-hati..mulakan perjalanan dengan doa dan semoga kita semua selamat tiba ke destinasi yang ingin dituju..biar lambat asalkan selamat..Buat rakan-rakan yang telah sampai ke kampung halaman, semoga hari raya tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran...raikan dengan insan tersayang dan bersyukurlah dengan segala nikmat tuhan yang masih dapat kita kecapi pada hari ini..

Akhir kata dari saya, "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Wassalam...

Rabu, Ogos 24, 2011

SEMANGAT RAYA

Salam semua...

Apa khabar iman dan islam anda hari ini? Harap semakin kukuh hendaknya..

Pagi ni melangkah ke kelas, saya amat terkejut!!! kenapa yer? Pelajar-pelajar saya yang berjumlah 26 orang itu berkurang menjadi 14 sahaja!ini beerti seramai 12 org pelajar telah me'monteng'kan diri..mungkin menyambut raya lebih awal..daripada 12 org itu, seorang pelajar telah bersemuka dengan saya terlebih awal memohon izin untuk bercuti..budak ni memang baik..pelajar kesayangan cikgu..hehe..masalahnya cikgu mana boleh bagi cuti..kesian pulak saya jadinya..

Seingat saya masa kecik2 dulu, raya selalu jatuh time cuti sekolah..maka seronok sangat sambut raya..lama sangat balik kampung dan boleh makan dan bermain puas-puas..tapi apakan daya..rezeki pelajar saya tahun ni terutamanya calon SPM dan STPM, peperiksaan percubaan akan dijalankan sejurus selepas cuti hari raya..kesian mereka..saya dengan berat hati dan terpaksa memberi oleh-oleh kuih raya berupa kertas soalan sebagai latihan kepada mereka dengan ucapan "sambil makan kuih raya jawaplah soalan-soalan ini sebagai ulangkaji"..sabar ye pelajar-pelajarku..pengorbanan pada hari ini menjanjikan kemanisan pada masa mendatang..insyaAllah..

Apa-apapun semoga erti Hari Raya selaku hari kemenangan dapat kita hayati dalam erti kata sebenar..kemenangan menangkis godaan hawa nafsu dan bersabar di atas segala dugaan dan cabaran..Doa saya setiap hari sebelum waktu berbuka puasa(antara waktu yang amat mustajab untuk berdoa..rakan2 sila amalkan yer..), semoga semua pelajar saya yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun akan mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi insan yang soleh dan solehah demi kemaslahatan ummah..Amin..

Kepada rakan-rakan blogger yang telah bersiap-siap untuk pulang berhari raya, pandulah dengan cermat dan mulakan perjalanan anda dengan doa semoga perjalanan selamat menemui keluarga yang tercinta di kampung halaman..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Isnin, Ogos 22, 2011

KAD RAYA VS SMS

Salam semua..

Apa khabar iman dan islam anda hari ini? hmm...bangun pagi tadi saya tetiba teringat insiden yang berlaku kepada saya 2 hari lepas..jeng..jeng..jeng..hmm..jgn silap ingat kata saya kemalangan pulak yer..begini sebenarnya..

Dua hari lepas saya ke Teluk Intan bagi mencari keperluan membuat kuih raya dan beberapa keperluan keluarga yang lain..setelah selesai saya memasuki sebuah kedai buku yang sering saya kunjungi..niat di hati nak mencari kad raya..

Sedang asyik membelek beberapa keping kad raya..baru saya perasan bahawa kad yang dijual semakin kurang dan boleh dikatakan seolah-olah 'recycle' tahun-tahun yang sudah..tetiba ada pula suara di sebelah (suara suami) : "Eh, nak hantar kad raya ke? Dah lambat la ni..dahla sekeping Rm0.80 sekarang.."

Terpana saya mendengar ayat tersebut..betullah..sekarang dah masuk 20 hb..mesti posmen tak sempat pos kan..huhu..tapi ayat yang belakang tu buat saya tersentak..80 sen?mahalnya! seingat saya dulu 20sen je kalau pos kad raya..terus saya meletakkan semula kad tersebut dan berkata kepada suami : "kalau macam tu, nnt sms atau telefon sajalah ucap selamat hari raya"..sambil dalam hati saya menangis..kenapalah mahal sangat nak pos kad saya kat orang sekarang?patutlah orang dak tak mau pos kad..lama2 luputlah trend hantar kad raya ni..

Sedih pula bila mengenangkan satu lagi budaya kita sudah terhapus..sekarang orang main sms dan emel saja kan?raya seolah-olah semakin hilang pula seri bila tiada kad raya..tapi apa nak buat..zaman dah berubah..kesian pulak bila memikirkan abang2 posmen diluar sana kurang kerja mereka nak menghantar kad raya..harapnya kalau kerja kurang..jgn orang pon kurangla..nanti luput mata pencarian mereka..begitu juga dengan syarikat-syarikat yang selama ini mengaut keuntungan mencetak kad-kad raya..nampaknya terpaksalah mereka memikirkan teknik terbaik untuk meneruskan mata pencarian mereka..mungkin lebih ke arah digital..maklumlah..dunia tanpa sempadan..

Walau apapun ada kad ke tak der kad ker..yang penting hubungan silaturrahim sesama insan terus dipupuk dan tidak dilupakan..semoga dengan semakin moden dan maju kita ini semakin kita mengukuhkan silaturrahim sesama manusia amnya dan umat islam khususnya..

Wassalam

Jumaat, Ogos 19, 2011

SEKADAR TERKENANG

Salam semua...

Apa khabar iman dan islam anda hari ni? Makin bertambah ke makin berkurang? Adakah hari ini amalan kita lebih baik berbanding semalam? Ataupun sama saja? Atau mungkin lebih teruk berbanding semalam? Nauzubillah.. Nabi kita pernah bersabda bahawa beruntunglah orang yang hari ini lebih baik berbanding semalam dan rugilah bagi orang yang hari ini sama saja dengan semalam..semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang beruntung..

Sedar tak sedar..sudah 19 hari kita berpuasa..Tetamu kita Ramadan telah mula mengemas untuk pergi meninggalkan kita..Sudahkah kita menyediakan ole-ole untuk diberikan kepadanya sebelum dia pulang menemui yang Esa? Sedih rasa hati mengenangkan ramadan tahun ini sudah semakin menuju ke penghujungnya..entah berpeluang atau tidak diri ini untuk bertemu dengannya lagi pada tahun hadapan...

Terkenang semula puasa zaman persekolahan..dapat bertarawikh bersama-sama dengan rakan asrama di surau sekolah merupakan kenangan manis yang sukar dilupakan..Bersahur dan berbuka dengan menu asrama juga umpama baru semalam semua itu berlaku..seronok sangat..andai boleh diputarkan semula masa..ingin rasanya saya kembali ke saat-saat indah itu..

Anda di luar sana bagaimana? Mesti rasa nak juga kembali ke saat-saat indah yang pernah dilalui kan? Begitu juga andai kita boleh memutar masa memperbetul segala kesilapan lalu tentu semua itu akan dilakukan..Apa-apapun hidup mesti diteruskan dan beribadahlah dengan sehabis baik semoga Allah mengampunkan segala dosa yang pernah dilakukan dan memberi ganjaran setimpal dengan amalan yang dibuat hanya keranaNya...

Wassalam..


Selasa, Ogos 16, 2011

KARIPAP DAGING

Salam semua..

Hari ni masih 'mood' nak berkongsi resepi..maklumlah semenjak dua menjak ni rajin turun ke dapur memasak kuih muih untuk berbuka..maklumlah..memasak ni salah satu terapi minda..bak kata kak cik..hehe..hilang sket stres kerja..alhamdulillah..

Maka jadinya resepi yang akan dikongsi hari ni ialah karipap daging..eleh..mesti korang kata senang je kan..memangla senang tapi nak menguli tu susah tau..hehe..patutlah orang jual sebiji 30 - 40 sen..hehe..padanla..tapi apabila kita buat sendiri puas memakannya..leh letak daging banyak-banyak..isi banyak2..dan buat banyak2..makan sampai kembung perut..huhu..eh..dah ikut sifat syaitan pulak..nauzubillah..makan masa berbuka berhenti sebelum kenyang..hehe


BAHAN-BAHAN

Bahagian kulit
-1 1/2 cawan tepung gandum
-2 sudu mentega
-1/2 sudu garam
-1 1/2 sudu gula
-air secukupnya

Bahagian inti

- 300 gram / setengah kati daging (cincang halus2)
- 3 biji kentang (potong dadu kecik2)
- 1 biji bawang besar (potong dadu kecik2)
- 1 ulas bawang putih dan bawang merah (diricik halus untuk menumis)
- 1 paket serbuk kari ayam dan daging
- 3 sudu gula
- 1 sudu garam (kurangkan kalau takut masin)
- sos cili secukup rasa (kalau nak tambah pedas)
- 3 sudu minyak masak

CARA-CARA

a.Untuk membuat bahagian inti

1. Tumis bawang dengan minyak sehingga naik bau
2. Masukkan daging dan sedikit air
3. Masukkan rempah kari ayam dan daging
4. Masukkan pula kentang..Gaul dan pastikan semua yang telah dimasukkan sebati..Tambah sedikit air andai terlalu kering..
4. Masukkan gula, garam, sos cili dan masak sehingga daging dan kentang empuk
5. Masukkan bawang besar dan biar lembut sedikit atau sehingga kuah menjadi kering
6. Tutup api biar suam sedikit sebelum memulakan proses membuat karipap

b.Untuk membuat bahagian kulit


1. Campur semua bahan-bahan (tepung, marjerin, gula, garam dan air) serta uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat dibekas)
2. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit andai doh masih melekat

c. Mencantum kulit dan inti

1. Taburkan sedikit tepung di atas dulang pencanai, alat pencanai dan juga dulang untuk mengisi karipap (bagi mengelak karipap melekat pada bekas lalu menyukarkan apabila ingin digoreng)
2. Gempalkan doh menjadi bulatan kecil-kecil sebesar penumbuk kanak-kanak lalu dicanai..(cam pelik je arahan ni..hehe)
3. Letak atas bekas karipap (beli kat kedai 'hardware' dalam RM 1 satu..kalau tiada..sila kelim sendiri karipap anda)..lalu isikan inti dan kepitkan..Pastikan inti tidak diletak terlalu banyak sehingga apabila mengepit terkepit inti tadi (bagi mengelakkan karipap terbuka apabila digoreng)
4. Goreng dalam minyak yang tidak terlalu panas (guna api perlahan dan sederhana sahaja..kalau tak karipap jadi menggerutu dan tidak cantik..)


Tips:
- karipap yang telah siap (belum digoreng) boleh disimpan di bahagian dingin beku dan akan tahan sehingga 2-3 hari..
- hanya goreng setakat kuantiti yang ingin dimakan sahaja,selebihnya simpan dalam peti sejuk..sedap dimakan panas-panas tau..


Razin yang hepi setelah rambut dipotong oleh mama dan abah pada hari yang sama membuat karipap..huhu..

SELAMAT MENCUBA!!!