Isnin, Julai 25, 2011

C.I.N.T.A

Salam..
Hari ni saya nak bincangkan suatu topik
tentang cinta..
topik ini menarik perhatian saya kerana sejak akhir-akhir ini saya dapati ramai pelajar saya yang agak 'down'...
apabila dirisik-risik tahulah saya yang perubahan sikap mereka itu ada kaitannya dengan cinta..

Pernah suatu hari saya berdiskusi dengan pelajar-pelajar saya

Saya: "kamu percaya tak kalau cikgu bagitau kamu yang cikgu tak pernah bercinta semasa di bangku sekolah?"

Pelajar: "ye ke? cikgu tipulah"
Saya : Sabar jela..budak-budak ni..luku kepala kang baru tau..(dalam hati je..)

Saya : "Betul...tak nak percaya sudah..saya dulu bercinta cuma dengan buku dan berkasih-kasihan cuma dengan keluarga, rakan dan guru..sebab tu saya boleh 'excellent'..bukan macam kamu"
(sempat lagi saya memulangkan 'paku buah keras' kepada mereka..padan muka)

Pelajar : "Tak bosan ke cikgu?ke..cikgu jual mahal tak pun takdak orang nak kat cikgu..hahaha!" (Sempat lagi mereka memperlekehkan saya..ni nak kena ceramah agama ni..juga dalam hati je..sabar..sabar..)

Saya: "Bukan tak de orang nak..tapi zaman cikgu dulu..sikit sangat yang menggatal nak bercinta macam kamu ni..kami semua matang dari segi pemikiran..kami tahu bercinta ni lagi banyak yang mendatangkan buruk dari baik..kami tekad dalam hati..belajar pandai-pandai..jodoh tu Allah dah tetapkan..kalau bercinta bagai nak rak pastu putus..frust..gagal dalam periksa..sapa yang rugi?remaja zaman sekarang ni tak fikir panjang..frust bercinta je terus menyiksa diri..tulis dalam fb ler..langsung tak tau malu..tak rasa nak jaga maruah diri dan keluarga langsung..saya pulak yang rasa malu bila baca apa yang diorg tulis dalam fb tu..ni la petanda betapa rendahnya mentaliti orang kita zaman sekarang ni..ceteknya iman di dada..(hurai saya panjang lebar melepas segala yang terbuku di dada selama ni..hmm..puas hati..)

Pelajar: "Betul tu cikgu..tapi kalau tak dak 'couple' tak best cikgu..tak semangat nak belajar..nanti jadi andartu.."

Saya: "Semangat ke..nafsu bertunjangkan syaitan?Berapa banyak kita baca dalam surat khabar..bayi dibuang di tong sampah, kaki jalan, surau dan banyak lagi tempat..banyak juga anak luar nikah..ni semua hasil 'semangat' yang dikatakan tadi tu le..mula-mula 'i love you..you love me'..pastu pegang-pegang tangan pastu mula jadi yang pelik-pelik..kamu ingat diorng ni memang dah rancang nak ada anak tu ke?ni semua asal dari cinta tadi la..cinta bertunjangkan nafsu..tak perlu nak kata risau jadi andartu la..apa la..jodoh di tangan Allah..kalau bercinta tapi putus..bercinta dapat anak luar nikah..bercinta merosakkan diri dapat dosa buat apa..baik lagi jadi andartu..sepatutnya cinta mendekatkan diri kita kepada Allah..

Pelajar: " Macamana pulak tu..tadi larang bercinta tup-tup bercinta dapat dekatkan diri kepada Allah pula?"

Guru : "Bukan saya larang bercinta..cinta itu fitrah..cinta yang tulus lahir dari hati..cinta datang dari Allah..kembalikannya kepada Allah..macamana?Bercinta ikut landasan yang ditentukan Allah..apabila tiba waktunya..bernikahlah dengan orang yang kamu cintai..tak perlu 'dating', jumpa dll..terus bernikah..cinta akan datang selepas berkahwin dan itulah kemanisan cinta yang sebenar..Apabila kamu bercinta dengan pasangan yang telah halal buat kamu dan menjalankan tanggungjawab kamu buat pasangan yang dicintai..dari sanalah akan datangnya pahala buat kamu..bercintalah kerana Allah..cinta kerana Allah paling teguh dan luhur..Cinta manusia kerana Allah akan membawa bahagia yang berkekalan bukan sahaja di dunia tetapi sehingga ke akhirat..faham?"(ulas saya panjang lebar)

Pelajar : "faham cikgu.."

Saya : "Saya harap apa yang kita bincangkan ini akan lekat di minda dan di hati kamu..berhati-hatilah dengan cinta..cinta Allah membawa pahala..cinta nafsu merana akhirnya.."

Saya harap pelajar-pelajar saya akan mendapat sedikit sentuhan hati dari apa yang kami bincangkan..semoga mereka akan menjadi generasi yang terus mencari cinta Illahi dalam cinta mereka kepada manusia..

C - cuma
i - ingat
n - nak
t - takut
a - Allah


diskusi ilmiah membawa muhibbah

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan