Rabu, Julai 27, 2011

SENANG KE JADI CIKGU?

Salam semua..

Hari ni saya nak berkongsi sedikit pendapat saya tentang profesion yang sangat saya cintai ini..

Ramai orang berpendapat tugas guru mudah, sedikit cabarannya berbanding kerja lain..masa bertugas yang singkat, gaji cukup bulan, banyak cuti dan lain-lain lagi..

Tapi tahukah kalian betapa tugas seorang guru bukanlah semudah yang disangkakan?

Waktu bekerja yang dikatakan hanya 8 jam sehari itu boleh menjangkau 12 jam sehari malahan mungkin lebih..dengan kokurikulum, kelas tambahan sekolah (percuma yer..bukan dibayar)..program-program sampingan sekolah dan bukan sekolah (program menumpang)..biasalah..sekolah ni tempat tumpangan..masalahnya guru selalu turut dipinjamkan untuk program-program sebegini..(juga percuma tanpa bayaran)..tapi baiknya guru..bekerja tanpa keluhan..kami yang menurut perintah..andai dikira gaji guru sebulan dibahagikan dengan masa kami bertugas..gaji yang kami dapat hanyalah lebih kurang RM10 sejam..kalau setiap hujung minggu ada program lagi..gaji itu semakin berkurang ke RM5 sejam..tapi andai ada guru mengeluh pasti pelbagai tohmahan diberi..eleh..cikgu..keja senang pon nak berkira..

Senang ke? masa guru diambil sesuka hati sampai masa berkualiti guru dengan keluarga sendiri pon terjejas..maka tidak hairanlah kenapa pada masa kini,ramai anak guru sendiri kurang cemerlang dan bermasalah sebaliknya anak didik pula yang lebih cemerlang berbanding anak sendiri..seperti kata pepatah.."kera di hutan disusukan,anak di rumah mati kelaparan"..huhu..tolonglah berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata wahai kalian yang bukan guru..sedangkan mendidik seorang anak pon susah apatah lagi guru perlu mendidik lebih dari 30 orang anak dalam satu kelas???

Namun begitu pelbagai gelaran diberi guru..makan gaji butala..dll..sampai hati..itu belum dicampur tugas di sekolah yang bukan saja mengajar, mendidik, menjaga, merawat, menjadi setiausaha, menjadi buruh kasar (tugas-tugas memperindah kawasan sekolah, kelas, dewan dll terutama apabila ada program)..senang kata..apa kerja yang bukan dilakukan guru?semua pon boleh..hebatkan guru?senang ke rasa-rasanya?

Guru juga terpaksa bersedia mengajar subjek bukan opsyen terutama apabila subjek opsyen guru telah penuh diajar di sekolah..maka tidak hairanlah apabila kita ke sekolah dan dapati guru agama turut mengajar PJPK, guru matematik mengajar Bahasa Inggeris, guru sains mengajar Sejarah, Bahasa Melayu dan lain-lain..Senang ke?

Pernahkah anda terfikir betapa tersiksanya minda dan hati guru yang terpaksa mengajar subjek yang bukan opsyen setelah sekian lama mengabdikan diri mempelajari subjek opsyen yang diminati dan dijiwai..maka mulalah wujud istilah "tiada keihklasan dalam mengajar" dan "tiada hati terhadap ilmu yang diajar"..

Saya tidak menafikan bahawa ada segelintir rakan guru yang tidak bersungguh-sungguh mengajar, sambil lewa dan tidak menjalankan tugas yang ditanggungjawabkan dengan penuh amanah..tapi berapa ramai sangat..dari beratus ribu guru yang bermasalah tidak sampai 10% pon..namun yang buruk itulah yang dicanang-canang..kebaikan yang dilakukan guru yang lain semuanya dilupakan..kebajikan guru kurang dipelihara..kerusi dan meja di bilik guru banyak yang telah buruk dan rosak tidak berganti..namun guru gagahi juga..aircond juga ada yang berfungsi dan ada yang tiada..kipas pon begitu..belum lagi di dalam kelas..meja dan kerusi guru kadang-kadang ada..kadang-kadang langsung tiada..memanglah guru diminta berdiri semasa mengajar tapi bayangkanlah andai guru terpaksa mengajar 4 masa berturutan..1 masa = 45 minit..berapa jam guru perlu berdiri tanpa duduk..fikir-fikirkanlah..tidak semua guru perlu berhadapan dengan masalah seperti saya ini namun saya yakin majoriti guru berhadapan dengan masalah yang serupa..senang ke?

Tugas guru bukanlah mudah..cabaran yang paling besar dihadapi guru adalah "memanusiakan anak manusia"..andai tiada redho guru, tiadalah keberkatan hidup seorang anak manusia itu yang pernah berguru..dan sebaik-baik guru bagi setiap insan ialah tuhan sekalian alam,Allah Rabbul A'lamin..

Sampai sini sahaja dulu,andai semua yang nak ditulis di sini, rasanya 7 hari 7 malam pon tak habis baca..biarlah hanya Allah yang memahami dan mendengar sepenuhnya suara hati seorang pendidik..Semoga Allah menerima semua amalan yang dilakukan..

Saya menulis bukan untuk mengeluh tetapi cuma ingin melunaskan apa yang terbuku di dada..semoga tidak menyakiti hati mana-mana pihak..Andai ada silap dan salah, saya memohon jutaan kemaafan..

"Ya Allah, ampunilah hambaMU ini andai ada kesilapan yang dilakukan..ikhlaskan hati hambaMU ini untuk berbakti kepada nusa dan bangsa dengan penuh kesungguhan..Amin.."

4 ulasan:

  1. Jadi cikgu kena banyak kesabaran kan?

    BalasPadam
  2. bukan sng jadi cikgu.. kena byk bersabar dgn karenah murid2 zaman skrg ni

    BalasPadam
  3. Ibu bapa juga terpaksa bersabar dengan kerenah guru yang tidak mahu memberi kerjasama, tidak berfikiran terbuka dan tidak berkelakuan profesional di sekolah. Sahsiah dan kesopanan diabaikan. Amat memalukan. Inilah permasalahan melanda guru-guru Melayu yang tipikal. Bangsa tidak akan maju dengan guru sebegini.
    Guru sekolah Cina sanggup meluang masa berdiskusi dengan ibu bapa tentang maklumat sekolah, sistem pembelajaran, permasalahan anak-anak di sekolah dan pembelajaran anak-anak walaupun tiada bayaran ekstra tetapi mereka lakukan kerana cintakan bangsa dan mahu majukan anak-anak bangsa mereka.
    Sekolah kebangsaan yang majoritinya Melayu begitulah perangai kebanyakan mereka yang selalunya negatif. Pemalas. Guru besar atau pengetua hanya tahu melindungi perbuatan mereka. Perlu ke sampai ke peringkat Pejabat Daerah atau Negeri baru mahu menghormati ibu bapa?

    BalasPadam