Seo Services

PANTAU OO PANTAU..

Salam semua..

Dalam kesibukan semua umat Islam menyambut tetamu kita Ramadan pada minggu ini..kami di sekolah berkali-kali ganda sibuknya melayan tetamu daripada JPN dan PPD..Sangat menduga kesabaran para guru..Mana-mana guru yang belum menyiapkan buku rekod kelam kabut menyiapkan dengan segera..Semalam sahaja telah berlaku beberapa insiden tidak diingini yang membuatkan para guru di sekolah termasuk saya sendiri menjadi cuak..

Hmm..itu baru pemantau dari kalangan manusia..kenapa agaknya kita ni takut sangat dengan manusia?Patutnya kita sedar setiap hari pun kita dipantau oleh Allah berserta para malaikat-Nya..Sepatutnya dengan kesedaran itu kita sentiasa membuat kerja dengan sehabis baik..tak perlu tunggu pemantau dari kalangan manusia datang baru nak kelam kabut..tapi biasalah..nama pun manusia..pelupa..perlu ada yang mengingatkan..

Semoga peristiwa dan cabaran yang dilalui pada minggu ni menjadi pengajaran kepada semua untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada..mungkin inilah tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Allah kepada kami semua warga pendidik di awal ramadan ini..

Syukur ya Allah..kami terima semua ini dengan penuh redha..
Alhamdulillah..
PANTAU OO PANTAU.. PANTAU OO PANTAU.. Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Ogos 02, 2011 Rating: 5

2 ulasan:

  1. Memang ternyata - manusia lebih takut sesama manusia daripada takutkan Pencipta. Begitu juga manusia lebih takutkan hantu daripada TUHAN.

    BalasPadam
  2. Masa mendatang tidak mendewaskan pemikiran manusia Islam amnya..

    Kita di gempurkan perkara-perkara sia-sia sahaja

    Allah dan Rasul telah dijauhkan dengan jiwa oleh manusia..

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.