Sabtu, Februari 26, 2011

Dugaan..dugaan..

Hari kHamis dan Jumaat lepas saya terpaksa MC dari sekolah..hari Khamis sebab perut rasa sakit memulas..macam nak period tapi tak period..dah siap pakai baju nak ke sekolah tapi tetiba badan tak bole gerak..huhu..maka pg tu berkejar ke klinik..last2 dpt ubat hormon..razin lak mulabatuk dan selesema..maka amikla ubat dia sekali..ingatkan prob dah setel..tetiba razin plak tak leh tidoq malam..selesema makin teruk dan dia teriak malam macam org nampak hantu..sejam sekali mesti bangun teriak..kami suami isteri punya risau..abahnya dah baca yasin sampai 2x..maka pagi jumaat mc lagi dan bawa razin ke klinik..dia demam..badan agak panas dan doktor kena masukkan ubat ikut bontot dia..kesian razin..kesian juga kat mama dan abah..saya amik mc manakala suami terpaksa amik crk utk jaga kami berdua..ptg jumaat razin dah ceria sikit walaupon badan masih panas..tapi masalah lain plak timbul..paip air pulak bocor sebab kesilapan teknikal cina yang datang pasang kabinet..haru biru jadinya..huhu..sib baik petang berjaya disettelkan oleh tkg paip berpengalaman yang turut menyumpah seranah tukang kabinet yang kurang pelajaran dan pengalaman itu..huhu

Selasa, Februari 22, 2011

razin..oo..razin


Sejak akhir-akhir ni badan selalu rasa penat dan sakit-sakit ja..Rumah pon tak habis kemas lagi..Tapi kalau kemas pon ada pula yang tolong memunggah balik..sapa lagi kalau bukan anakanda yang dikasihi, Razin..Minggu lepas belikan basikal mini untuk Razin dan nampaknya dia sangat seronok dan suka dengan basikal tersebut..Syukurlah..tak sia-sia mama dan abah belikan..Di Pekan Sabtu dapat pulak mainan baru tapi beli yang murah2 saja..3 mainan, RM 10..tapi berbaloi2..hehe

Rabu, Februari 16, 2011

RESEPI DONUT KAK NORMAH


Beberapa hari lepas, saya mencuba resepi donut yang diberikan oleh kakak 'cleaner' yang bekerja di sekolah.mengikut katanya resepi donut ni mudah dan insyaAllah menjadi..maka dengan rasa riang dan penuh semangat saya pon mencubalah..walaupun rupanya tak cantik tapi rasanya boleh tahan..Jadi bolehlah dikatakan menjadilah juga percubaan saya yang pertama ni..hehe..yang lagi menarik,biarpun ditinggal semalaman rasanya masih sama dan donut tidak keras..syukur alhamdulillah..jadi saya ingin kongsikan resepi donut tu di sini..kepada yang berminat,bolehlah mencubanya..

Bahan-bahannya:

Bahan A

4 cawan tepung
1/2 sudu garam

Bahan B
1 cawan air(guna air paip biasa ja,jgn air masak,air suam, mahupun air ais)
1 paket yis
3 biji telur
3 sudu mentega (saya guna cap 'planta')
2 sudu susu pekat
2 sudu gula

Cara-caranya:

1. Bahan A digaulkan sebati dan ketepikan
2. Bahan B dikisar(guna 'blender') sehingga kembang
3. Masukkan bahan B yang dikisar tadi dalam bekas dan campurkan bahan A sedikit demi sedikit (jangan masuk semua sekaligus)
4. Uli perlahan-lahan sampai semua sebati dan bak kata kak normah sampai tak lekat kat bekas n jari..(bab ni saya 'fail' sket sebab sampai ke sudah dok melekat jugak tapi masa uli nak jadikan doh tu campur tepung lagi maka dia pon dah ok..hehe)
5. Apabila doh dah menjadi, gelekkan di atas plastik (saya guna plastik beras), agak-agak tebal dalam 1/2cm, dan copkan guna cawan untuk bentuk bulat (ni nak bagi sama saiz dan cantik),klu malas macam saya tak gelek pon,main penyek2 dan agak-agak sama saiz dah kira ok la..hehe..pastu tebuk tengah tu menggunakan apa2 yang ada di dapur..saya guna penutup lada sulah (bekas plastik),tapi pastikan basuh dulula..
6. Selepas itu, goreng dalam minyak yang banyak(pastikan tenggelam)
7. Akhir sekali, gaulkan dalam gula(kisar sampai halus) dan sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!!

Cerita pindah (part 2)


Hmmm..ingatkan dah settle bab pindah randah ni..rupanya makan masa jugak..kesian kat encik Hubby yang kena pergi ke rumah lama hampir setiap malam untuk mengemas dan mengambil barang-barang yang tertinggal..makanya pada tanggal 13 Februari 2011 merupakan titik pengakhiran kepenatan encik Hubby kerana telah selesai mengemas rumah lama termasuk mencucinya..maka saya dengan segan silunya meminta encik Hubby mengambil sedikit gambar rumah lama sebagai kenang-kenangan..maklumlah..banyak sejarahnya setelah 2 tahun tinggal di sana..encik Hubby lagi lama..hampir 5 tahun..tapi tak nampak pula elemen sedih pada riak wajah beliau ketika meninggalkan rumah lama tersebut..yang pasti elemen penat dan puas lebih tergambar pada wajah beliau..apa2pun terima kasih banyak diucapkan kepada encik Hubby kerana bertungkus lumus demi memastikan mama dan Razin selesa dan gembira di rumah baru..Love u so much!

Sabtu, Februari 05, 2011

keajaiban 2011

~ Hebatnya 2011 ~
Tahun ini mempunyai 4 tanggal aneh: 1-1-11, 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11. Sekarang cuba ini: ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda dicampur dengan umur anda tahun ini.hasilnya pasti =111...nice , Subhanallah !! its... miracle , try it.....!! Hebat nya kuasa ALLAH SWT...

cerita pindah


minggu lalu merupakan minggu yang sangat sibuk buat saya dan suami kerana kami berpindah ke rumah sewa yang baru..kesian apabila tengok anakanda Razin sangat tidak selesa di rumah sewa lama yang kecil dan sempit..persekitaran rumah baru lebih selesa..semoga Razin akan membesar dengan sihat dan gembira di rumah baru dan persekitaran yang baru ini..

Memanfaatkan masa cuti

Masa cuti merupakan masa yang sentiasa dinanti2kan oleh semua yang bekerja..jadi macamana memanfaatkan masa cuti anda?kalau saya..mestilah masa ini digunakan untuk pulang ke kampung dan kadang kala pergi berjalan2 bersama keluarga..semoga aktiviti ini dapat menenangkan fikiran dan merehatkan badan yang letih bekerja..selain itu masa rehat dan santai beginilah paling sesuai untuk membaca buku atau majalah kegemaran di samping melayan karenah anak yang semakin membesar..sejak akhir2 ini saya semakin sibuk dengan pelbagai tugas di tempat kerja jadi kuranglah masa untuk mengarang blog dan menyambung artikel2 berkaitan penyusuan mahupun aktiviti seharian..insyaAllah andai ada kelapangan dan keadaaan mengizinkan saya akan menyambung penulisan saya ini dengan info yang semoga bermanfaat kepada semua..(^_^)