Seo Services

UDANG GALAH MASAK KUNYIT

Jumaat, Julai 29, 2011
Salam semua..

Hari ni saya nak bercerita tentang makanan pula..
Maklumlah..baru-baru ni salah seorang anak didik saya menghadiahkan saya dengan 4 ekor udang galah..khas dari sungai Perak, katanya..Thanks to Mohd. Syafiq from 5MPV1..

Termenung dulu sambil tgk udang galah ni..nak buat apa ye?


Fikir punya fikir..nak buat apa udang galah ni ye? hari tu dah buat pedas..kali ni masak simple2 je la..maka datanglah resepi ini..maka saya kongsikan cara-caranya ye..kalau tuan/puan tiada idea nak masak apa dengan udang galah..maka bolehlah mencuba resepi ni..ringkas, mudah, cepat dan sedap (bagi sayalah..hehe...kang kata masuk bakui angkat sendiri lak..)

Tadaa..sudah siap..

Bahan -bahan:

- 4 ekor udang galah
- serbuk kunyit
- serbuk lada hitam
- garam
- lada benggala
- brokoli
- tomato
- sawi putih
- gula (kalau tak nak gula, gunakan serbuk perasa..saya 'prefer' gula..lebih selamat daripada bahan pengawet dan bahan kimia berbahaya..hehe)
- bawang putih dan bawang merah untuk menumis
- minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Udang galah dipotong di bahagian hujung dan ekornya sedikit dan dibelah belakang, kemudian dibersihkan
2. Gaulkan udang galah dengan garam, kunyit dan serbuk lada hitam
3. Goreng udang galah dengan minyak yang sederhana sehingga kemerahan..kemudian angkat(jangan lama sangat)..nnt isi melekat dengan kulit..tak best..
4. KUrangkan sedikit minyak menggoreng udang galah tadi..tinggal sikit saja..
5. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
6. Masukkan sayur-sayur dan goreng seketika.
7. Masukkan udang galah serta perasakan dengan gula dan garam secukup rasa..
8. Sedia untuk dihidang dan dimakan...mudah kan?kan?kan?

SELAMAT MENCUBA!!!
UDANG GALAH MASAK KUNYIT UDANG GALAH MASAK KUNYIT Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 29, 2011 Rating: 5

KISAH KELAS 5 IBNU KHALDUN (PART 2)

Khamis, Julai 28, 2011
Salam semua..

Hari ni saya tunaikan janji dengan menayangkan beberapa gambar kelas yang saya pegang pada tahun ini..Gambar ni setelah kelas dihias cantik..

Jam kat depan kelas

Pandangan dari belakang

Pandangan dari depan

Dah pasang tirai

Go GREEN!!!



MUla-mulanya budak-budak ni tak mau hias kelas depa..sebabnya depa rasa dah tak lama lagi nak amik SPM dan tinggalkan sekolah tapi atas nasihat dan hasutan saya, maka mereka pon akhirnya menghias kelas dengan cantik dan ceria..

Sekarang baru nampak semangat nak belajar dan suasana yang lebih ceria berbanding sebelum ni..bukannya apa..pelajar ni bila dah naik sekolah menengah semua pon jadi makin malas ya amat..dah tu nak hias kelas pon berkira..orang kedah kata 'balogh liat'..huhu...maka dengan inisiatif yang ditunjukkan..paling tak tahan cikgu kena mula dlu..baru depa nak buat..kalau tunggu depa..mau berzaman tak 'settle' hias kelas ni..

Semoga dengan 'terindahnya' kelas depa ni..maka depa lebih semangat belajar dan dapat skor dalam SPM hujung tahun ni..Amin..

To all my students, please keep up all the good works!!Chaiyokk!!Lempaqla penyakit malas hampa tu ke tepi..
KISAH KELAS 5 IBNU KHALDUN (PART 2) KISAH KELAS 5 IBNU KHALDUN (PART 2) Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 28, 2011 Rating: 5

SENANG KE JADI CIKGU?

Rabu, Julai 27, 2011
Salam semua..

Hari ni saya nak berkongsi sedikit pendapat saya tentang profesion yang sangat saya cintai ini..

Ramai orang berpendapat tugas guru mudah, sedikit cabarannya berbanding kerja lain..masa bertugas yang singkat, gaji cukup bulan, banyak cuti dan lain-lain lagi..

Tapi tahukah kalian betapa tugas seorang guru bukanlah semudah yang disangkakan?

Waktu bekerja yang dikatakan hanya 8 jam sehari itu boleh menjangkau 12 jam sehari malahan mungkin lebih..dengan kokurikulum, kelas tambahan sekolah (percuma yer..bukan dibayar)..program-program sampingan sekolah dan bukan sekolah (program menumpang)..biasalah..sekolah ni tempat tumpangan..masalahnya guru selalu turut dipinjamkan untuk program-program sebegini..(juga percuma tanpa bayaran)..tapi baiknya guru..bekerja tanpa keluhan..kami yang menurut perintah..andai dikira gaji guru sebulan dibahagikan dengan masa kami bertugas..gaji yang kami dapat hanyalah lebih kurang RM10 sejam..kalau setiap hujung minggu ada program lagi..gaji itu semakin berkurang ke RM5 sejam..tapi andai ada guru mengeluh pasti pelbagai tohmahan diberi..eleh..cikgu..keja senang pon nak berkira..

Senang ke? masa guru diambil sesuka hati sampai masa berkualiti guru dengan keluarga sendiri pon terjejas..maka tidak hairanlah kenapa pada masa kini,ramai anak guru sendiri kurang cemerlang dan bermasalah sebaliknya anak didik pula yang lebih cemerlang berbanding anak sendiri..seperti kata pepatah.."kera di hutan disusukan,anak di rumah mati kelaparan"..huhu..tolonglah berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata wahai kalian yang bukan guru..sedangkan mendidik seorang anak pon susah apatah lagi guru perlu mendidik lebih dari 30 orang anak dalam satu kelas???

Namun begitu pelbagai gelaran diberi guru..makan gaji butala..dll..sampai hati..itu belum dicampur tugas di sekolah yang bukan saja mengajar, mendidik, menjaga, merawat, menjadi setiausaha, menjadi buruh kasar (tugas-tugas memperindah kawasan sekolah, kelas, dewan dll terutama apabila ada program)..senang kata..apa kerja yang bukan dilakukan guru?semua pon boleh..hebatkan guru?senang ke rasa-rasanya?

Guru juga terpaksa bersedia mengajar subjek bukan opsyen terutama apabila subjek opsyen guru telah penuh diajar di sekolah..maka tidak hairanlah apabila kita ke sekolah dan dapati guru agama turut mengajar PJPK, guru matematik mengajar Bahasa Inggeris, guru sains mengajar Sejarah, Bahasa Melayu dan lain-lain..Senang ke?

Pernahkah anda terfikir betapa tersiksanya minda dan hati guru yang terpaksa mengajar subjek yang bukan opsyen setelah sekian lama mengabdikan diri mempelajari subjek opsyen yang diminati dan dijiwai..maka mulalah wujud istilah "tiada keihklasan dalam mengajar" dan "tiada hati terhadap ilmu yang diajar"..

Saya tidak menafikan bahawa ada segelintir rakan guru yang tidak bersungguh-sungguh mengajar, sambil lewa dan tidak menjalankan tugas yang ditanggungjawabkan dengan penuh amanah..tapi berapa ramai sangat..dari beratus ribu guru yang bermasalah tidak sampai 10% pon..namun yang buruk itulah yang dicanang-canang..kebaikan yang dilakukan guru yang lain semuanya dilupakan..kebajikan guru kurang dipelihara..kerusi dan meja di bilik guru banyak yang telah buruk dan rosak tidak berganti..namun guru gagahi juga..aircond juga ada yang berfungsi dan ada yang tiada..kipas pon begitu..belum lagi di dalam kelas..meja dan kerusi guru kadang-kadang ada..kadang-kadang langsung tiada..memanglah guru diminta berdiri semasa mengajar tapi bayangkanlah andai guru terpaksa mengajar 4 masa berturutan..1 masa = 45 minit..berapa jam guru perlu berdiri tanpa duduk..fikir-fikirkanlah..tidak semua guru perlu berhadapan dengan masalah seperti saya ini namun saya yakin majoriti guru berhadapan dengan masalah yang serupa..senang ke?

Tugas guru bukanlah mudah..cabaran yang paling besar dihadapi guru adalah "memanusiakan anak manusia"..andai tiada redho guru, tiadalah keberkatan hidup seorang anak manusia itu yang pernah berguru..dan sebaik-baik guru bagi setiap insan ialah tuhan sekalian alam,Allah Rabbul A'lamin..

Sampai sini sahaja dulu,andai semua yang nak ditulis di sini, rasanya 7 hari 7 malam pon tak habis baca..biarlah hanya Allah yang memahami dan mendengar sepenuhnya suara hati seorang pendidik..Semoga Allah menerima semua amalan yang dilakukan..

Saya menulis bukan untuk mengeluh tetapi cuma ingin melunaskan apa yang terbuku di dada..semoga tidak menyakiti hati mana-mana pihak..Andai ada silap dan salah, saya memohon jutaan kemaafan..

"Ya Allah, ampunilah hambaMU ini andai ada kesilapan yang dilakukan..ikhlaskan hati hambaMU ini untuk berbakti kepada nusa dan bangsa dengan penuh kesungguhan..Amin.."

SENANG KE JADI CIKGU? SENANG KE JADI CIKGU? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 27, 2011 Rating: 5

C.I.N.T.A

Isnin, Julai 25, 2011
Salam..
Hari ni saya nak bincangkan suatu topik
tentang cinta..
topik ini menarik perhatian saya kerana sejak akhir-akhir ini saya dapati ramai pelajar saya yang agak 'down'...
apabila dirisik-risik tahulah saya yang perubahan sikap mereka itu ada kaitannya dengan cinta..

Pernah suatu hari saya berdiskusi dengan pelajar-pelajar saya

Saya: "kamu percaya tak kalau cikgu bagitau kamu yang cikgu tak pernah bercinta semasa di bangku sekolah?"

Pelajar: "ye ke? cikgu tipulah"
Saya : Sabar jela..budak-budak ni..luku kepala kang baru tau..(dalam hati je..)

Saya : "Betul...tak nak percaya sudah..saya dulu bercinta cuma dengan buku dan berkasih-kasihan cuma dengan keluarga, rakan dan guru..sebab tu saya boleh 'excellent'..bukan macam kamu"
(sempat lagi saya memulangkan 'paku buah keras' kepada mereka..padan muka)

Pelajar : "Tak bosan ke cikgu?ke..cikgu jual mahal tak pun takdak orang nak kat cikgu..hahaha!" (Sempat lagi mereka memperlekehkan saya..ni nak kena ceramah agama ni..juga dalam hati je..sabar..sabar..)

Saya: "Bukan tak de orang nak..tapi zaman cikgu dulu..sikit sangat yang menggatal nak bercinta macam kamu ni..kami semua matang dari segi pemikiran..kami tahu bercinta ni lagi banyak yang mendatangkan buruk dari baik..kami tekad dalam hati..belajar pandai-pandai..jodoh tu Allah dah tetapkan..kalau bercinta bagai nak rak pastu putus..frust..gagal dalam periksa..sapa yang rugi?remaja zaman sekarang ni tak fikir panjang..frust bercinta je terus menyiksa diri..tulis dalam fb ler..langsung tak tau malu..tak rasa nak jaga maruah diri dan keluarga langsung..saya pulak yang rasa malu bila baca apa yang diorg tulis dalam fb tu..ni la petanda betapa rendahnya mentaliti orang kita zaman sekarang ni..ceteknya iman di dada..(hurai saya panjang lebar melepas segala yang terbuku di dada selama ni..hmm..puas hati..)

Pelajar: "Betul tu cikgu..tapi kalau tak dak 'couple' tak best cikgu..tak semangat nak belajar..nanti jadi andartu.."

Saya: "Semangat ke..nafsu bertunjangkan syaitan?Berapa banyak kita baca dalam surat khabar..bayi dibuang di tong sampah, kaki jalan, surau dan banyak lagi tempat..banyak juga anak luar nikah..ni semua hasil 'semangat' yang dikatakan tadi tu le..mula-mula 'i love you..you love me'..pastu pegang-pegang tangan pastu mula jadi yang pelik-pelik..kamu ingat diorng ni memang dah rancang nak ada anak tu ke?ni semua asal dari cinta tadi la..cinta bertunjangkan nafsu..tak perlu nak kata risau jadi andartu la..apa la..jodoh di tangan Allah..kalau bercinta tapi putus..bercinta dapat anak luar nikah..bercinta merosakkan diri dapat dosa buat apa..baik lagi jadi andartu..sepatutnya cinta mendekatkan diri kita kepada Allah..

Pelajar: " Macamana pulak tu..tadi larang bercinta tup-tup bercinta dapat dekatkan diri kepada Allah pula?"

Guru : "Bukan saya larang bercinta..cinta itu fitrah..cinta yang tulus lahir dari hati..cinta datang dari Allah..kembalikannya kepada Allah..macamana?Bercinta ikut landasan yang ditentukan Allah..apabila tiba waktunya..bernikahlah dengan orang yang kamu cintai..tak perlu 'dating', jumpa dll..terus bernikah..cinta akan datang selepas berkahwin dan itulah kemanisan cinta yang sebenar..Apabila kamu bercinta dengan pasangan yang telah halal buat kamu dan menjalankan tanggungjawab kamu buat pasangan yang dicintai..dari sanalah akan datangnya pahala buat kamu..bercintalah kerana Allah..cinta kerana Allah paling teguh dan luhur..Cinta manusia kerana Allah akan membawa bahagia yang berkekalan bukan sahaja di dunia tetapi sehingga ke akhirat..faham?"(ulas saya panjang lebar)

Pelajar : "faham cikgu.."

Saya : "Saya harap apa yang kita bincangkan ini akan lekat di minda dan di hati kamu..berhati-hatilah dengan cinta..cinta Allah membawa pahala..cinta nafsu merana akhirnya.."

Saya harap pelajar-pelajar saya akan mendapat sedikit sentuhan hati dari apa yang kami bincangkan..semoga mereka akan menjadi generasi yang terus mencari cinta Illahi dalam cinta mereka kepada manusia..

C - cuma
i - ingat
n - nak
t - takut
a - Allah


diskusi ilmiah membawa muhibbah

Sekian
C.I.N.T.A C.I.N.T.A Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 25, 2011 Rating: 5

mati itu pasti

Sabtu, Julai 23, 2011
pagi2 saya dikejutkan dgn panggilan telefon salah seorg pelajar bgtau bapa kpd kwn mereka meninggal dunia..innalillahiwainnailaihirajiun..benar janji Allah..kematian itu pasti dtg cuma kita tak tahu cpt atau lambat..buat pelajar saya..mohamad norfitri bin abdullah sani..jgn putus asa..jgn sedih..doakan semoga roh ayahanda ditempatkan dlm klgn org beriman..belajar dgn bersungguh2..hadiahkan kejayaan buat keluarga yg sedg berdukacita..anda tmpt bergantung keluarga kini..kuatkan semangat..Allah bersama kita..


buat pelajarku yg masih mempunyai ibu bapa..hargailah dan sayangilah mereka..berbaktilah kpd mereka kerana kita tak tahu bila mereka akan dijemput menemui illahi..andai kita dijemput dahulu..semoga kt mendpt maqam sbg anak yg soleh disisi Allah...
mati itu pasti mati itu pasti Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Julai 23, 2011 Rating: 5

ordinary or extraordinary??

Jumaat, Julai 22, 2011
some things seen was not same as what we expected it is to be..it is on us to choose either being ordinary or extraordinary person..me...my self i choose to be ordinary person with extra ordinary skills in helping my students to get to the lesson and give extraordinary love which my students, my family and my friends surrounds me can feel and hopefully i will get it back as extraordinary as it is..hmm..thinking much?don't have to..work as much as i can to achieve my goal in this world and hereafter...


Allah always by my side...with me and all of us whether we notice it or not..
thanks Allah for your love..
ordinary or extraordinary?? ordinary or extraordinary?? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 22, 2011 Rating: 5

Bukit Merah..here we come..

Jumaat, Julai 22, 2011
Entry ni patutnya dah dimasukkan dua minggu lepas tapi disebabkan kekangan masa maka lambat baru sempat saya masukkan ..
tiga beranak..cuaca agak terik..panas rasanya..
.
.
.
sempena hari keluarga sekolah..kami diberi tiket percuma untuk ke ecopark di Bukit merah..syukur alhamdulillah..
suka tgk rumah atas air ni..best..

.
.
.
dapat juga jejak kaki ke sana..dah lama dok ajak mr hubby..akhirnya..dapat jugak..bukannya saya teringin nak mandi manda tu..lebih kepada nak tgk suasana alam kat sana..puas hati gakla..tambah tgk anakanda Razin hepi main dengan binatang2 comel dlam taman tu..
terpaksa selamatkan arnab dari menjadi mangsa Razin yang geram dengan depa..

penat dah dia..
Bukit Merah..here we come.. Bukit Merah..here we come.. Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 22, 2011 Rating: 5

Brown sugar muffin (resepi utk 6 biji)

Khamis, Julai 21, 2011
Menu utk minum petang..tapi yang ni mgg lepas punya..sedap coz kurang manis bila guna gula perang ni..cubalah..

ni keratan rentasnya..huhu..maaf kotak belakang tu nyibuk

panas..panas..nyum..nyum..


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula perang
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil ovalette (tak letak pon takpa)
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
Coklat rice untuk hiasan

Cara-cara:
1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
2. Masukkan minyak masak dan teruskan pukul sehingga kembang..
(untuk muffin..pukul dengan tangan pon dah ok..tak payah guna mixer)
3. Masukkan tepung, soda bikarbonat,serbuk penaik dan ovalette dan teruskan pukul sehingga sebati..kalau agak2 keras..tambah minyak sedikit lagi..
4. Masukkan kertas muffin ke dalam dulang pembakar..masukkan adunan tadi sehingga hampir penuh dan tabur coklat rice
5. Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah celsius selama 15-20 minit..
6. Enak dimakan semasa masih panas dan suam..

SELAMAT MENCUBA!!!
Brown sugar muffin (resepi utk 6 biji) Brown sugar muffin (resepi utk 6 biji) Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 21, 2011 Rating: 5

Tenaga pemuda dan pemudi

Rabu, Julai 20, 2011
Alhamdulillah setelah beberapa kali request kat hubby tlg transfer gambar dalam lappy ni..maka dapatlah saya siarkan gambar anak didik saya pelajar kelas 5 Khaldun yang bertungkus lumus mencuci kelas masa gotong royong sekolah yang lepas..terima kasih diucapkan..sekarang ni kelas kami dah berseri-seri..diorang pon bagitau semakin semangat nak belajar sekarang..tu la..klu dengaq cakap cikgu dari awai lagi baik..kalau dari awai tahun hias kelas cantik-cantik..kompem takdak pelajar yang memonteng kelas dan sekolah je..

ni klu belajar tak semangat macam ni
ada gak yang mengelat
leh buat menantu ni
dahle mengelat..leh wat 'peace' lagi tu..
inilah semangat yang kita mahu..chaiyok2!!

ok..nnt saya akan masukkan gambar kelas yang terbaru..yang dah 'glitter2' tu..hmmm..
tunggu!!!!!!!!!
Tenaga pemuda dan pemudi Tenaga pemuda dan pemudi Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 20, 2011 Rating: 5

Mini pizza (easy express)

Selasa, Julai 19, 2011
seriously suggested to all readers..memang mudah,cepat, senang dan menjimatkan...tryla buat kat umah yer..


.....
kecik sangat tray nyer..huhu
.....

....
masa baru masuk oven
....

....
tada...dah masak dah dia..nyum2..bon appetite
....


Bahan-bahan:


-2 keping roti nan (beli yang siap kat supermarket)**selalu sepeket ada 4 keping, harga dalam Rm4 lebih
-sosej (kuantiti banyak ikut suka hati..potong bulat2 nipis yer)
-jejari ketam (x letak pon takpa)
-lada benggala (kalau tak suka tak payah letak..potong dadu)
-bawang besar (hiris nipis)
-sos lada hitam
-sos cili
-sos tomato
-keju mozarella (ni kalau suka feel tarik2 tu)
-keju 'shreddar' (ni kalau suka rasa krim bersusu)
-minyak masak

Cara-caranya:

1. Oles sedikit minyak atas dulang pembakar dan juga di atas permukaan roti nan..letak dalam dulang pembakar
2. Oleskan sos lada hitam, sos cili dan sos tomato ada roti nan
3. Taburkan sosej, jejari ketam, bawang dan cili benggala..nak letak tomato yang dipotong dadu pon boleh..lagi sedap..
4. Taburkan keju mozarella atau keju 'shreddar' tu..ikut kesukaan nak banyak mana..lagi banyak lagi sedap
5. Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah celsius selama 15-20 minit
6. Sedia untuk dihidang dan dimakan..makan panas2 sedapppppppp sangat..

Masa penyediaan : 15 minit
Masa memasak : 15 minit

**setengah jam dah leh makan pizaa..lagi sedap dari yang kat kedai

SELAMAT MENCUBA!!!
Mini pizza (easy express) Mini pizza (easy express) Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 19, 2011 Rating: 5

finally i'm relieved

Selasa, Julai 19, 2011
alhamdulillah..hari sudah semakin lapang..ku terima segala ketentuan ini dengan seadanya..syukur dikurniakan ketenangan oleh Allah..
finally i'm relieved finally i'm relieved Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 19, 2011 Rating: 5

SERABUT...

Isnin, Julai 18, 2011
pagi-pagi hari dah serabut rasanya kepala ni bila ingat nak kena ajaq fizik ting 5 last2 minit ni..belum bersedia mental apalagi fizikal..
kalau dari awai tahun mmg ajaq tingkatan 5 takpa jugak..ni tup2
dengaq berita nak kena ajaq pulak..pening kepala memikirkannya..
mana nak pikiaq nasib anak2 didik sains ting 5 lagi..kesian kat depa..huhu..dahla lama tak sentuh topik2 fizik tingkatan 5 ni..menggeletar rasanya nak kena studi balik..dahla dulu time belajaq pon rasa tak minat topik2 tu..semoga Allah mudahkan apabila ada niat nak mengajaq org lain ni..sabar je la..aku yakin akan ada kesenangan selepas kesusahan...Janji Allah pastikan benar untuk setiap hambaNya..Ya Allah kuatkan semangatku dan mudahkanlah segala urusanku..amin..


help me!!!
SERABUT... SERABUT... Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 18, 2011 Rating: 5

makhluk halus..

Isnin, Julai 18, 2011
sejak dua menjak ni kat sekolah dah tak berapa aman..
ada makhluk halus kerap bertandang..
pelajar2 pon dah tak boleh nak belajar dengan tenang..
kesian...
semoga masalah yang melanda ini cepat dipulihkan..
amin..
makhluk halus.. makhluk halus.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 18, 2011 Rating: 5

AISKRIM GORENG..NYUM..NYUM

Isnin, Julai 18, 2011
Semalam saya merajinkan diri ke dapur buat minum petang..kesnya terbaca buku resepi yang baru dibeli kawan..menarik sangat resepinya dan nampak sangat mudah nak dibuat. Bila try memang mudah dan sangat sedap..tapi biasalah..baru kali pertama buat..huduh sikitla rupanya..hehe..


yang ni rupa dari luar..huduhnya..tapi sedap


Ni bahagian dalamnya


Aiskrim goreng (Resipi untuk 2 biji)


Bahan-bahan:

Bahan A:
Aiskrim (perisa yang disukai)
Roti gardenia 4 keping(lain pon boleh janji lembut sng nak gelek)

Bahan B:
Tepung gandum (1/2 cawan)
Tepung jagung (1 sudu)
Susu tepung (2 sudu - x letak pon takpa..just nak tmbh krim)
Telur (1 biji)
Gula dan garam secukup rasa
Air (1/2 cawan)


Cara2:
1. Gelek roti gardenia sehingga penyek(guna 2 kpg utk sebiji)
2. Letak 2 scop aiskrim atas roti dan kepal menjadi bulat.
3. Balut dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sehingga membeku (dalam 4-5 jam)
**Selepas 5 jam, barulah bancuh bahan B (disarankan sediakan bahan
A pada waktu pagi kalau nak jadikan menu ni minum ptg)
4. Pukul telur kemudian masukkan semua bahan B. Kelikatannnya
macam nak buat pisang goreng tu..likat sikit ja..
5. Keluarkan gumpalan roti dengan ais tadi dari peti sejuk dan
juga dari plastiknya.
6. Celup dalam bancuhan tepung tadi.
7. Goreng dalam minyak yang panas..lagi elok kalau buat 'deep fry'

Tips penting:
- pastikan bancuhan tepung tak terlalu cair utk elak 'makan minyak'
- jangan goreng terlalu lama(nanti ais cair), just nampak dah kekuningan bolehlah diangkat
-klu nak cantik..pastikan buang dlu kerak roti yang bahagian tepi tu yer..


SELAMAT MENCUBA!!!!
AISKRIM GORENG..NYUM..NYUM AISKRIM GORENG..NYUM..NYUM Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 18, 2011 Rating: 5

sukan ooo sukan

Khamis, Julai 14, 2011
hari ni seharian melihat budak2 buat raptai sempena hari sukan..pastu ada
penyampaian hadiah sempena pra sukan yang lepas..
paling tak sangka..pagi2 dah hujan renyai2..hujan rahmat..
dah lama rasanya bumi chenderong balai ni tak hujan...
hmm...apa2 jela...entry ni mesti akan dibaca oleh suami yang tersayang..
(abg..nnt tlgla upload gambor2 hari tu ye..takleh nak boh dalam blog ni..huhu)
okla..ni je kot untuk hari ni..
lepas ni nak rajin2 masak dan upload gambar n resepi..
kan dah beli banyak majalah masak2 cuma malas opps tak sempat
nak upload gambar je..buat dah macam2..tak caya tanya mr.hubby..hehe


comel tak gambar lebah ni?alim kan dia..hehe
sukan ooo sukan sukan ooo sukan Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 14, 2011 Rating: 5

sempat ke tak sempat?

Rabu, Julai 13, 2011
antara sempat dan tak sempat ni nak gak letak entry baru
hahaha..sebenarnya teringin nak letak gambar dll yang best cam org len gak
tapi adoyai..tak sempat..
teringin nak explore tu ini..tapi tak sempat..
nanti2la..
nak share pengalaman dan pengetahuan..
especially dalam bidang pendidikan..
banyak betul angan2 ni tapi tak sempat..
jeles tgk org len banyak masa letak itu dan ini dalam blog memasing
saya yakin hari yang dinanti itu bakal menjengah jua..sabo je la..
heheh
sempat ke tak sempat? sempat ke tak sempat? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Julai 13, 2011 Rating: 5

dua dalam satu

Ahad, Julai 10, 2011
alhamdulillah seronok betul ke bukit merah..
yg jadi best tu tgk gelagat razin kagum melihat binatang
yang selama ni dalam bentuk katun jadi 'real' depan mata dia
hehehe...oklah..takda kena mengena pon dgn tajuk entry ni kan?
nantila sambung len..nak upload gambor pon lom sempat ag..
razin dah bangun laks..
sambung nnt..
dua dalam satu dua dalam satu Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Julai 10, 2011 Rating: 5

pening..pening..pening..

Jumaat, Julai 08, 2011
pening banyak keja kena buat
tpi syok sebab esok cuti sampai isnin..yahoo..
esok nak p Bukit Merah ada family day..
best..best..best..
pening..pening..pening.. pening..pening..pening.. Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 08, 2011 Rating: 5

i like........

Jumaat, Julai 08, 2011
i like to cook but..
i like to read but..
i like to study but..
i like to investigate but..
i like to motivate but..
i like to calculate but..
i like to write but..
i like to make money but..
i like to read poem but..
i like to study literature but..
i like to explore but..
i like to exercise but..
there are many things in this world that i like to do but
if i had more time and space..
Dear God, please help me!!
i like........ i like........ Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 08, 2011 Rating: 5

fesbook ooo fesbook..

Jumaat, Julai 08, 2011
macam2 orang tulis kat fesbook..happy tulis..sedih pon tulis
leh caya ke fesbook ni?
semakin kita terdedah dgn teknologi..
semakin kita mendedahkan diri kepada org luar terutama musuh kita..yahudi dan nasrani
tapi tgk ramai org ligat guna fesbook termasuk diri saya sendiri..
penangannya semalam saja dah berbelanja
lebih RM100 membeli melalui urusniaga di fesbook
huhu..kopak duit..
ni sambil tulis blog pon dok buka gak acc fb..huhu
dahla tu..jom wat keja..
adios..
fesbook ooo fesbook.. fesbook ooo fesbook.. Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Julai 08, 2011 Rating: 5

macam2 hal..

Khamis, Julai 07, 2011
hari ni sy rasa sungguh penat..
tetiba dapat panggilan drp pengasuh beritahu dia kena ke sekolah
anak dia buat hal di sekolah
nasib baik sekolah dgn rumah pengasuh dekat
maka saya pergi ambil pengasuh termasuk anak saya bawa ke sekolah
kesian tgk pengasuh..nampak sangat dia susah hati
yang tak puas hatinya..nampak muka anak dia rilek saja
kesian kat emaknya..
apa nak jadi budak2 sekarang ni?
langsung tak fikir nak jaga hati emak bapak
saya ni tak pasal2 kena usung anak keliling sekolah..
paling kelakar sampai bawak masuk ke kelas sekali untuk mengajar
punyalah havoc..huhu..

bila dikenang-kenang balik..
rasanya zaman saya dulu takdak kes macam ni..
nakal2 budak pon tapi kalau cikgu masuk menikus saja..
ni dengan emak bapak tak takut dengan cikgu lagila..
tu takpa lagi..
dengan Allah pon depa tak takut..
Astaghfirullah..

Ya Allah..jadikanlah anak-anakku generasi yang soleh
penyejuk mata dan hati ibu bapa
menjaga iman dan pergaulan
tekun mendirikan solat dan menjadi hambaMu yang beriman
lindungilah mereka daripada tipudaya dan hasutan syaitan
jadikan mereka pemimpin Islam yang digeruni kafiruun

Ya Allah..tetapkan kami dalam iman
hidupkan kami dalam iman
matikan kami dalam iman
jadikan kami hambaMU yang bertaqwa

Amin ya rabbal a'lamin
macam2 hal.. macam2 hal.. Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Julai 07, 2011 Rating: 5

bila nak jadi rajin

Selasa, Julai 05, 2011


bila nak jadi rajin
macam-macam dugaan mendatang
ini tak boleh..itu tak boleh..

bila nak jadi rajin
hati terus berbisik
tunggulah dulu..rileksla..

bila nak jadi rajin
syaitan datang mengganggu
jangan..nanti..kejap ja..

bila nak jadi rajin
esok kot..lusa la..
tunggu masanya tak tiba-tiba

bila nak jadi rajin
datanglah si Razin
mama..mama..mama..

bila nak jadi rajin
kena menyanyi
Razin adik rajin..

sekian...
bila nak jadi rajin bila nak jadi rajin Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 05, 2011 Rating: 5

sabar jela..

Selasa, Julai 05, 2011
macam2 berlaku sejak akhir ini yang menuntut kesabaran..makanya..sabar jelah..
sabar jela.. sabar jela.. Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Julai 05, 2011 Rating: 5

betul ke ni?

Isnin, Julai 04, 2011
salam..
bulan tujuh ni dikira sebagai bulan yang agak sibuk..
tapi dalam kesibukan itu perlu pandai membahagikan masa untuk keluarga dan anak yang dicintai..
bulan ni kena siap tanda PEKA..pastikan biasiswa ting.6 setel..
umah kena kemas..manatau MIL and FIL nak datang..hehe..
baju raya diri n anak dah ditempah..
tapi risau tgk baju abahnya belum ditempah..abahnya wat rilek ja..
lelaki biasalah..last minit nanti baru nak kalut..
pastu ada ura2 bulan ni ketua bidang Sains merangkap satu2nya cikgu Fizik form 5
sekolah nak kena pindah..aduyai..musti kena 'take over' tugas dia ni..
pening gak.maklumlah dah lama tinggal silibus form 5 fizik ni..
tu belum kira nak kejor abiskan silibus sains form 5 sebelum Ogos ni..
tapi dengan tahap sekarang ni InsyaAllah sempat ag..
agenda nak masak sedap2 bulan ni pon agak terganggu dengan kesibukan ni..
so sekarang janji boleh makan dan kenyang..hehe..
balik umah memang langsung takleh nak ngadap kerja sekolah..
si kecik ni nak juga kita bagi perhatian kat dia..takmaunya berenggang..
makin cerdik dia..dahtu pandai jeles lak tu..hmm..nak adik tak?
nak..nak..sambil geleng kepala..nak ke tak ni?kompius2..hehe
betul ke ni? betul ke ni? Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Julai 04, 2011 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.