Seo Services

SALAM AIDILFITRI 1432H..MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selasa, Ogos 30, 2011
Salam semua...

Apa khabar iman dan islam anda hari ini? Semoga sama-sama menyambut kemenangan setelah sebulan berjaya mengharungi dugaan berpuasa di bulan ramadan..

Entri hari ni ringkas sahaja..saya menulis sekadar untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua rakan blogger dan di kesempatan ini juga berjuta-juta kemaafan saya pohon andai ada di antara entry yang mungkin menyinggung perasaan mana-mana pihak..

Semoga lebaran tahun ini bermakna buat kita semua..Sambutlah lebaran penuh kesederhanaan dan kayakan ia dengan puji-pujian buat yang maha Esa kerana memberi kita nikmat meraikannya lagi pada tahun ini..

Wassalam

SALAM AIDILFITRI 1432H..MAAF ZAHIR DAN BATIN SALAM AIDILFITRI 1432H..MAAF ZAHIR DAN BATIN Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Ogos 30, 2011 Rating: 5

Sehari lagi...

Isnin, Ogos 29, 2011
Salam semua...

Apa khabar islam dan iman anda hari ini? Semoga kesihatan mereka semakin bertambah dari sehari ke sehari..

Sedar tak sedar tinggal sehari sahaja lagi umat islam akan meraikan hari lebaran..tetamu kita ramadan telah bersedia untuk berangkat pergi membawa bersama-samanya segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini..Semoga semua amalan kita diterima Allah hendaknya..

Bau rendang dan ketupat dari dapur mula membangkitkan semangat untuk berhari raya..Dalam kegembiraan kita jangan lupa insan yang kurang bernasib baik..Semoga kita dapat memberi sedikit sumbangan sesama insan bagi mengubati segala kesedihan yang dialami..

Apa-apapun raikan lebaran dengan sederhana dalam masa yang sama berhati-hatilah apabila menjamah makanan..kasihan perut kita yang sebulan berpuasa (mengembalikan kesihatannya) tiba-tiba diterjah bertubi-tubi..Semoga kegembiraan lebaran kita tidak berakhir dalam kesedihan..

Wassalam...(ehh..entri ni terganggu sket sebab hubby kat sebelah sibuk je dok baca..huhu..)
Sehari lagi... Sehari lagi... Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 29, 2011 Rating: 5

CUTI RAYA PON BERMULA...YAHOO!!!!

Jumaat, Ogos 26, 2011
Salam semua...


Hari ni hari terakhir persekolahan sebelum menyambut lebaran..sebagaimana yang telah saya jangka..kehadiran pelajar pada hari ini sangatlah kurang..daripada 26 pelajar, hanya 10 orang yang sudi hadir memeriahkan kelas dan mengambil kuih raya (kertas soalan) daripada guru sebagai ole2..alhamdulillah..ada juga yang sudi..

Saya pun tak berniat nak menulis panjang..maklumlah dalam hati telah berbunga2 riang kerana petang ni kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung halaman..menjadi musafir dan insyaAllah akan berbuka puasa dalam perjalanan..Semoga perjalanan kami diberkati Allah dan selamat tiba ke kampung lama ditinggalkan bertemu ibu bapa yang sangat dirindui dan dicintai..amin..

Kepada rakan-rakan blogger yang lain terutama yang bakal bertolak ke kampung halaman pada hari ini juga seperti saya, pandulah kenderaan anda dengan cermat dan berhati-hati..mulakan perjalanan dengan doa dan semoga kita semua selamat tiba ke destinasi yang ingin dituju..biar lambat asalkan selamat..Buat rakan-rakan yang telah sampai ke kampung halaman, semoga hari raya tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran...raikan dengan insan tersayang dan bersyukurlah dengan segala nikmat tuhan yang masih dapat kita kecapi pada hari ini..

Akhir kata dari saya, "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Wassalam...
CUTI RAYA PON BERMULA...YAHOO!!!! CUTI RAYA PON BERMULA...YAHOO!!!! Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 26, 2011 Rating: 5

SEMANGAT RAYA

Rabu, Ogos 24, 2011
Salam semua...

Apa khabar iman dan islam anda hari ini? Harap semakin kukuh hendaknya..

Pagi ni melangkah ke kelas, saya amat terkejut!!! kenapa yer? Pelajar-pelajar saya yang berjumlah 26 orang itu berkurang menjadi 14 sahaja!ini beerti seramai 12 org pelajar telah me'monteng'kan diri..mungkin menyambut raya lebih awal..daripada 12 org itu, seorang pelajar telah bersemuka dengan saya terlebih awal memohon izin untuk bercuti..budak ni memang baik..pelajar kesayangan cikgu..hehe..masalahnya cikgu mana boleh bagi cuti..kesian pulak saya jadinya..

Seingat saya masa kecik2 dulu, raya selalu jatuh time cuti sekolah..maka seronok sangat sambut raya..lama sangat balik kampung dan boleh makan dan bermain puas-puas..tapi apakan daya..rezeki pelajar saya tahun ni terutamanya calon SPM dan STPM, peperiksaan percubaan akan dijalankan sejurus selepas cuti hari raya..kesian mereka..saya dengan berat hati dan terpaksa memberi oleh-oleh kuih raya berupa kertas soalan sebagai latihan kepada mereka dengan ucapan "sambil makan kuih raya jawaplah soalan-soalan ini sebagai ulangkaji"..sabar ye pelajar-pelajarku..pengorbanan pada hari ini menjanjikan kemanisan pada masa mendatang..insyaAllah..

Apa-apapun semoga erti Hari Raya selaku hari kemenangan dapat kita hayati dalam erti kata sebenar..kemenangan menangkis godaan hawa nafsu dan bersabar di atas segala dugaan dan cabaran..Doa saya setiap hari sebelum waktu berbuka puasa(antara waktu yang amat mustajab untuk berdoa..rakan2 sila amalkan yer..), semoga semua pelajar saya yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun akan mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi insan yang soleh dan solehah demi kemaslahatan ummah..Amin..

Kepada rakan-rakan blogger yang telah bersiap-siap untuk pulang berhari raya, pandulah dengan cermat dan mulakan perjalanan anda dengan doa semoga perjalanan selamat menemui keluarga yang tercinta di kampung halaman..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN...
SEMANGAT RAYA SEMANGAT RAYA Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 24, 2011 Rating: 5

KAD RAYA VS SMS

Isnin, Ogos 22, 2011
Salam semua..

Apa khabar iman dan islam anda hari ini? hmm...bangun pagi tadi saya tetiba teringat insiden yang berlaku kepada saya 2 hari lepas..jeng..jeng..jeng..hmm..jgn silap ingat kata saya kemalangan pulak yer..begini sebenarnya..

Dua hari lepas saya ke Teluk Intan bagi mencari keperluan membuat kuih raya dan beberapa keperluan keluarga yang lain..setelah selesai saya memasuki sebuah kedai buku yang sering saya kunjungi..niat di hati nak mencari kad raya..

Sedang asyik membelek beberapa keping kad raya..baru saya perasan bahawa kad yang dijual semakin kurang dan boleh dikatakan seolah-olah 'recycle' tahun-tahun yang sudah..tetiba ada pula suara di sebelah (suara suami) : "Eh, nak hantar kad raya ke? Dah lambat la ni..dahla sekeping Rm0.80 sekarang.."

Terpana saya mendengar ayat tersebut..betullah..sekarang dah masuk 20 hb..mesti posmen tak sempat pos kan..huhu..tapi ayat yang belakang tu buat saya tersentak..80 sen?mahalnya! seingat saya dulu 20sen je kalau pos kad raya..terus saya meletakkan semula kad tersebut dan berkata kepada suami : "kalau macam tu, nnt sms atau telefon sajalah ucap selamat hari raya"..sambil dalam hati saya menangis..kenapalah mahal sangat nak pos kad saya kat orang sekarang?patutlah orang dak tak mau pos kad..lama2 luputlah trend hantar kad raya ni..

Sedih pula bila mengenangkan satu lagi budaya kita sudah terhapus..sekarang orang main sms dan emel saja kan?raya seolah-olah semakin hilang pula seri bila tiada kad raya..tapi apa nak buat..zaman dah berubah..kesian pulak bila memikirkan abang2 posmen diluar sana kurang kerja mereka nak menghantar kad raya..harapnya kalau kerja kurang..jgn orang pon kurangla..nanti luput mata pencarian mereka..begitu juga dengan syarikat-syarikat yang selama ini mengaut keuntungan mencetak kad-kad raya..nampaknya terpaksalah mereka memikirkan teknik terbaik untuk meneruskan mata pencarian mereka..mungkin lebih ke arah digital..maklumlah..dunia tanpa sempadan..

Walau apapun ada kad ke tak der kad ker..yang penting hubungan silaturrahim sesama insan terus dipupuk dan tidak dilupakan..semoga dengan semakin moden dan maju kita ini semakin kita mengukuhkan silaturrahim sesama manusia amnya dan umat islam khususnya..

Wassalam
KAD RAYA VS SMS KAD RAYA VS SMS Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 22, 2011 Rating: 5

SEKADAR TERKENANG

Jumaat, Ogos 19, 2011
Salam semua...

Apa khabar iman dan islam anda hari ni? Makin bertambah ke makin berkurang? Adakah hari ini amalan kita lebih baik berbanding semalam? Ataupun sama saja? Atau mungkin lebih teruk berbanding semalam? Nauzubillah.. Nabi kita pernah bersabda bahawa beruntunglah orang yang hari ini lebih baik berbanding semalam dan rugilah bagi orang yang hari ini sama saja dengan semalam..semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang beruntung..

Sedar tak sedar..sudah 19 hari kita berpuasa..Tetamu kita Ramadan telah mula mengemas untuk pergi meninggalkan kita..Sudahkah kita menyediakan ole-ole untuk diberikan kepadanya sebelum dia pulang menemui yang Esa? Sedih rasa hati mengenangkan ramadan tahun ini sudah semakin menuju ke penghujungnya..entah berpeluang atau tidak diri ini untuk bertemu dengannya lagi pada tahun hadapan...

Terkenang semula puasa zaman persekolahan..dapat bertarawikh bersama-sama dengan rakan asrama di surau sekolah merupakan kenangan manis yang sukar dilupakan..Bersahur dan berbuka dengan menu asrama juga umpama baru semalam semua itu berlaku..seronok sangat..andai boleh diputarkan semula masa..ingin rasanya saya kembali ke saat-saat indah itu..

Anda di luar sana bagaimana? Mesti rasa nak juga kembali ke saat-saat indah yang pernah dilalui kan? Begitu juga andai kita boleh memutar masa memperbetul segala kesilapan lalu tentu semua itu akan dilakukan..Apa-apapun hidup mesti diteruskan dan beribadahlah dengan sehabis baik semoga Allah mengampunkan segala dosa yang pernah dilakukan dan memberi ganjaran setimpal dengan amalan yang dibuat hanya keranaNya...

Wassalam..


SEKADAR TERKENANG SEKADAR TERKENANG Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Ogos 19, 2011 Rating: 5

KARIPAP DAGING

Selasa, Ogos 16, 2011
Salam semua..

Hari ni masih 'mood' nak berkongsi resepi..maklumlah semenjak dua menjak ni rajin turun ke dapur memasak kuih muih untuk berbuka..maklumlah..memasak ni salah satu terapi minda..bak kata kak cik..hehe..hilang sket stres kerja..alhamdulillah..

Maka jadinya resepi yang akan dikongsi hari ni ialah karipap daging..eleh..mesti korang kata senang je kan..memangla senang tapi nak menguli tu susah tau..hehe..patutlah orang jual sebiji 30 - 40 sen..hehe..padanla..tapi apabila kita buat sendiri puas memakannya..leh letak daging banyak-banyak..isi banyak2..dan buat banyak2..makan sampai kembung perut..huhu..eh..dah ikut sifat syaitan pulak..nauzubillah..makan masa berbuka berhenti sebelum kenyang..hehe


BAHAN-BAHAN

Bahagian kulit
-1 1/2 cawan tepung gandum
-2 sudu mentega
-1/2 sudu garam
-1 1/2 sudu gula
-air secukupnya

Bahagian inti

- 300 gram / setengah kati daging (cincang halus2)
- 3 biji kentang (potong dadu kecik2)
- 1 biji bawang besar (potong dadu kecik2)
- 1 ulas bawang putih dan bawang merah (diricik halus untuk menumis)
- 1 paket serbuk kari ayam dan daging
- 3 sudu gula
- 1 sudu garam (kurangkan kalau takut masin)
- sos cili secukup rasa (kalau nak tambah pedas)
- 3 sudu minyak masak

CARA-CARA

a.Untuk membuat bahagian inti

1. Tumis bawang dengan minyak sehingga naik bau
2. Masukkan daging dan sedikit air
3. Masukkan rempah kari ayam dan daging
4. Masukkan pula kentang..Gaul dan pastikan semua yang telah dimasukkan sebati..Tambah sedikit air andai terlalu kering..
4. Masukkan gula, garam, sos cili dan masak sehingga daging dan kentang empuk
5. Masukkan bawang besar dan biar lembut sedikit atau sehingga kuah menjadi kering
6. Tutup api biar suam sedikit sebelum memulakan proses membuat karipap

b.Untuk membuat bahagian kulit


1. Campur semua bahan-bahan (tepung, marjerin, gula, garam dan air) serta uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat dibekas)
2. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit andai doh masih melekat

c. Mencantum kulit dan inti

1. Taburkan sedikit tepung di atas dulang pencanai, alat pencanai dan juga dulang untuk mengisi karipap (bagi mengelak karipap melekat pada bekas lalu menyukarkan apabila ingin digoreng)
2. Gempalkan doh menjadi bulatan kecil-kecil sebesar penumbuk kanak-kanak lalu dicanai..(cam pelik je arahan ni..hehe)
3. Letak atas bekas karipap (beli kat kedai 'hardware' dalam RM 1 satu..kalau tiada..sila kelim sendiri karipap anda)..lalu isikan inti dan kepitkan..Pastikan inti tidak diletak terlalu banyak sehingga apabila mengepit terkepit inti tadi (bagi mengelakkan karipap terbuka apabila digoreng)
4. Goreng dalam minyak yang tidak terlalu panas (guna api perlahan dan sederhana sahaja..kalau tak karipap jadi menggerutu dan tidak cantik..)


Tips:
- karipap yang telah siap (belum digoreng) boleh disimpan di bahagian dingin beku dan akan tahan sehingga 2-3 hari..
- hanya goreng setakat kuantiti yang ingin dimakan sahaja,selebihnya simpan dalam peti sejuk..sedap dimakan panas-panas tau..


Razin yang hepi setelah rambut dipotong oleh mama dan abah pada hari yang sama membuat karipap..huhu..

SELAMAT MENCUBA!!!
KARIPAP DAGING KARIPAP DAGING Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Ogos 16, 2011 Rating: 5

BAKED SARDINE ROLLS..

Isnin, Ogos 15, 2011
Salam semua..

Bagi meredakan ketensenan saya semenjak dua menjak ni sata nak cerita pasal makanan pula..bosan bila cerita pasal pelajar..sakit jiwa rasanya..huhu..Ya Allah kuatkanlah iman dan kesabaran hambaMu ni..

Maka saya telah menghasilkan satu menu sihat untuk berbuka beberapa hari lepas..erm..selalunya orang suka goreng roti sardin gulung ni kan? Tapi roti yang digoreng biasanya makan minyak dan menyebabkan kita pon rasa nak naik minyak..hehe..saja tambah je yang last tu..so saya try bakar roti gulung ni dan nampaknya hasilnya tidak mengecewakan..sedap..




BAHAN-BAHAN


Bahan A

5 keping roti sardin
1 tin kecil sardin
2 sudu cili boh
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa..

Bahan B
3 sudu tepung gandum
Garam dan air secukup rasa

CARA-CARA

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau..
2. Masukkan cili boh..
3. Masukkan sardin beserta sosnya dan perisakan dengan gula dan garam secukup rasa
4. Apabila sudah masak, lenyek isi ikan sardin
5. Seterusnya bahan B dicampur dalam satu bekas (kecik pon cukup) dan pastikan pekat sedikit daripada bancuhan jemput2..
6. Gelek roti putih dan kemudian letakkan isi sardin ke atasnya dan gulung..
7. Gunakan bahan B yang telah dibancuh tadi sebagai gam
8. Sedia untuk dibakar selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius..

SELAMAT MENCUBA!!!
BAKED SARDINE ROLLS.. BAKED SARDINE ROLLS.. Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 15, 2011 Rating: 5

SEKOLAHKU HEBAT?

Khamis, Ogos 11, 2011
Salam semua...

Pelbagai perkara berlaku baru-baru ini yang menduga keimanan para guru
di sekolah saya dan juga kemungkinan besar di seluruh negara..Tapi yang
paling dahsyat dugaan di sekolah kami la agaknya..ramai guru ditukarkan
serta merta menjadikan para pelajar dan guru masing-masing dalam
keadaan bingung..lebih menyedihkan apabila pelajar yang terlibat
merupakan pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM pada tahun ini..
kasihan..nampaknya pihak pentadbiran terpaksa bekerja lebih keras
mengatur strategi mengatasi masalah yang berlaku..harapnya..

Saya sendiri sepanjang minggu ini hampir putus asa mengenang nasib yang
menimpa kami para guru..namun apabila melihat semula wajah para pelajar
yang dahagakan ilmu, maka saya kembali kuatkan semangat dan tanam dalam
hati tekad untuk membantu selagi terdaya..

Kadang-kadang pelajar ni apabila kita nak bantu dia pula buat perangai..
disebabkan sikap beberapa 'orang' yang belum berjaya di'manusia'kan ini
maka kadang-kadang saya jadi berputus harapan..benar kata pepatah..
'akibat nila setitik..rosak susu sebelanga..'..tapi mujurlah Allah membantu
disaat getir mengingatkan semula saya tentang perjanjian yang telah dibuat
untuk mendidik anak bangsa dengan sesungguh hati..

Apatah lagi apabila memikirkan andai anak saya yang berada di situasi
pelajar lain yang tidak bermasalah..alangkah kasihannya dia diperlakukan
seolah-olah dia juga turut membuat masalah..nak tak nak..saya pekakkan
telinga dan kuatkan semangat teruskan mengajar membiarkan suara2 sumbang
lalat..ops pelajar yang bermasalah tadi terus dengan sikapnya..andai ditegur
makin menjadi-jadi pula dia..biarlah..sambil dalam hati sentiasa berdoa
semoga Allah memberikan hidayah dan keinsafan serta melembutkan hatinya..
Amin..

Anda yang lain bagaimana?pernah berhadapan dengan situasi yang hampir
membuat kita berputus asa dan harapan?kongsikan di ruangan komen semoga
meningkatkan lagi semangat saya dan mungkin rakan-rakan lain yang senasib
dengan saya di luar sana..insyaAllah..

SEKOLAHKU HEBAT? SEKOLAHKU HEBAT? Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Ogos 11, 2011 Rating: 5

DEMAM PANAS AKIBAT TUMBUH GIGI???

Rabu, Ogos 10, 2011
Salam semua..

Kali ni saya cuba untuk meluangkan masa bercerita sedikit tentang
demam yang melanda bayi saya..saya pun sampai sekarang masih keliru apa
penyebab demam tersebut..doktor pun belum dapat mengesahkan tapi setakat
ni dirasakan mungkin disebabkan nak tumbuh gigi..mana taknya..4 gigi geraham
tumbuh serentak..

Kalau kita yang dewasa ni tumbuh geraham bongsu pun boleh demam..apatah
lagi bayi yang masih kecil..apa yang saya lakukan sepanjang bayi demam ni
ialah:

1) tanggalkan pakaian bayi
2) basahkan kepala dan badan bayi dengan air sejuk
3) buka kipas kuat-kuat
4) bagi bayi minum banyak air masak..saya campur glukos
5) meneruskan penyusuan susu badan
6) beri minum air nasi - untuk bantu kurangkan cirit
7) 3 kali bawa ke klinik ambil ubat..huhu..janji sihat

Ada cadangan lain x? selain makan ubat, mungkin ada petua yang boleh
dikongsi? Sila tinggalkan komen yer...
DEMAM PANAS AKIBAT TUMBUH GIGI??? DEMAM PANAS AKIBAT TUMBUH GIGI??? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 10, 2011 Rating: 5

DUGAAN DI BULAN RAMADAN

Selasa, Ogos 09, 2011
Salam semua..

Maaf sebab lama menyepi diri..anakanda tercinta diserang demam panas, cirit birit dan muntah sejak hari Khamis minggu lepas..ni pun dia masih belum sembuh sepenuhnya..jadi lambat sedikit untuk saya update entry terbaru..insyaAllah apabila anak saya sudah sembuh sepenuhnya saya akan kembali..terima kasih kepada semua yang sudi menziarahi blog ini..

Wassalam
DUGAAN DI BULAN RAMADAN DUGAAN DI BULAN RAMADAN Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Ogos 09, 2011 Rating: 5

PUDING PERMATA

Khamis, Ogos 04, 2011
Salam semua,

Hari ni nak cerita pasal menu juadah berbuka semalam..Dah lama tak buat menu ni..tetiba teringin nak makan maka buatlah..semoga dapat memberi idea kepada rakan-rakan yang tengah 'blur' tak tau nak masak apa..tapi ni menu untuk pencuci tekak la yer..hehe

PUDING PERMATA


BAHAN-BAHAN
- 1 tin susu cair
- 2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 5 sudu tepung kastard
- 1 tin koktel buah-buahan
- 1 paket jeli mangga segera (nak tukar perisa pon boleh..saya suka mangga)
- secubit garam

CARA-CARA
1. Campur susu cair, air, gula dan tepung kastard dalam periuk..Gaul sehingga sebati dan kemudian masak sehingga pekat dan mendidih..jgn biar mendidih lama sangat yer
2. Masukkan dalam bekas..masukkan separuh ja..kalau bekas penuh, isi dalam bekas lain..

3. Seterusnya tabur buah-buahan koktel di atas puding tadi..Pastikan tapis air koktel tu yer..jgn masuk sekali


3. Masak jeli mangga segera mengikut arahan dan kemudian tuang perlahan-lahan ke atas buah-buahan kontel tersebut..bagi nampak buah-buahan tu timbul-timbul sket..baru macam permata..hehe


4. Masukkan dalam peti sejuk..sedap dimakan sejuk..


**Tips:
- kalau nak guna susu tepung pon boleh tapi bancuhkan dulu susu tersebut ..satu gelas dalam 7 sudu susu..
- boleh kurangkan gula kalau risau terlalu manis..sebabnya jeli segera selalunya memang manis..

SELAMAT MENCUBA!!!


Hepi main dengan abah sementara tunggu mama masak
PUDING PERMATA PUDING PERMATA Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Ogos 04, 2011 Rating: 5

OH KASIHAN...

Rabu, Ogos 03, 2011
Salam semua

Dalam kesibukan dua tiga hari ni saya mengambil sedikit kesempatan untuk menulis bagi meluahkan apa yang terbuku di dada..

Lupakan seketika bab pantau memantau ni..walaupun dengar kata hari ni nazir plak nak datang pantau..tawakkal sahajala..janji saya dah buat sehabis baik..

Ni bab biasiswa..selaku guru biasiswa kat sekolah ni kadang2 terkilan sedikit rasa hati ni apabila mendapati kakitangan kerajaan seolah-olah dianak tirikan apabila nak mendapat biasiswa..Memanglah pendapatan keluarga sudah dinaikkan ke RM1500 ke atas..tapi andai anak 8,9 orang..manakan cukup..RM2000 pon belum pasti cukup..Kesian..

Saya menulis ni apabila mendapati anak salah seorang staf di sekolah saya yang berpendapatan hanya lebih RM70 daripada syarat layak tidak boleh memohon sedangkan anaknya ramai..wang zakat pon tidak boleh diberikan..sudahlah isteri tidak bekerja..anak kecil2..namun itulah hakikat dunia..tapi rezeki Allah buatnya, semua anaknya hebat dan berjaya dalam pelajaran (setakat hari ini)..bagi saya itu lebih baik berbanding mendapat pelbagai bantuan tetapi tidak digunakan dengan baik..

Di saat kita kesusahan, hanya Allah yang memberi jalan..

Kadang-kadang hairan dengan sikap manusia yang suka sangat minta bantuan walaupun tidak diperlukan..ada yang pendapatan sudah mencukupi dan berlebihan lagi namun tetap memohon bantuan dan siap mendapatkan cop pengesahan ketua kampung lagi..mereka macam ni memang susah nak kesan..maklumlah kerja sendiri dan kerja kampung..orang ingat gaji sedikit tup2 pergi menjengah rumah..banglo macam istana..subhanallah..kesian kepada yang bertul-betul memerlukan tetapi terpaksa berhadapan dengan karenah birokrasi..

Malas nak ulas panjang2..semoga Allah membantu hambaNYa yang beriman, berusaha, bertawakkal dan berharap kepadaNya..

Wassalam..
OH KASIHAN... OH KASIHAN... Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 03, 2011 Rating: 5

PANTAU OO PANTAU..

Selasa, Ogos 02, 2011
Salam semua..

Dalam kesibukan semua umat Islam menyambut tetamu kita Ramadan pada minggu ini..kami di sekolah berkali-kali ganda sibuknya melayan tetamu daripada JPN dan PPD..Sangat menduga kesabaran para guru..Mana-mana guru yang belum menyiapkan buku rekod kelam kabut menyiapkan dengan segera..Semalam sahaja telah berlaku beberapa insiden tidak diingini yang membuatkan para guru di sekolah termasuk saya sendiri menjadi cuak..

Hmm..itu baru pemantau dari kalangan manusia..kenapa agaknya kita ni takut sangat dengan manusia?Patutnya kita sedar setiap hari pun kita dipantau oleh Allah berserta para malaikat-Nya..Sepatutnya dengan kesedaran itu kita sentiasa membuat kerja dengan sehabis baik..tak perlu tunggu pemantau dari kalangan manusia datang baru nak kelam kabut..tapi biasalah..nama pun manusia..pelupa..perlu ada yang mengingatkan..

Semoga peristiwa dan cabaran yang dilalui pada minggu ni menjadi pengajaran kepada semua untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada..mungkin inilah tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Allah kepada kami semua warga pendidik di awal ramadan ini..

Syukur ya Allah..kami terima semua ini dengan penuh redha..
Alhamdulillah..
PANTAU OO PANTAU.. PANTAU OO PANTAU.. Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Ogos 02, 2011 Rating: 5

RAMADAN DATANG LAGI!!

Isnin, Ogos 01, 2011
Salam semua

Maaf sebab dua hari menyepi diri..famili dari Kedah datang bertandang..sibuk melayan tetamu maka blog dilupakan buat sementara..

Tup-tup tanpa sedar kita juga baru didatangi tetamu yang hanya berkunjung setahun sekali..ya Ramadan..tetamu khas diutus Allah untuk membantu kita mengejar sebanyak mungkin pahala dan ganjaran yang dijanjikan Allah diakhirat kelak.

Mari bertarawikh..


Marilah sama-sama kita hayati dan manfaatkan tetamu kita ini dengan sebaik mungkin..Isilah masa terluang dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan jauhilah diri kita daripada melakukan dosa di bulan yang penuh barakah ini..

Di entry ini juga saya ingin titipkan sebuah sajak daripada pamplet Badan Dakwah Sekolah saya berkaitan tetamu kita, Ramadan Al-Mubarak..

BULAN RINDU

"Ahlan wa sahlan, Ramadan"
Kau bulan kerinduan,
Hadirmu dinantikan,
Penyiram jiwa gersang,
Membersih dosa bersarang,
Oh, Ramadan,
Hadirmu penuh keberkatan,
Melimpah nur kabaikan,
Memancar cinta Ar-Rahman,
Ramadan..
Setahun ku merindu,
Kau kini milikku,
Kuatkanlah aku ya Rahman,
Mengaut segala ganjaran

Sehingga bertemu lagi..Wassalam
RAMADAN DATANG LAGI!! RAMADAN DATANG LAGI!! Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 01, 2011 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.