Jumaat, November 25, 2011

Siri teladan 5 : Kisah si sopak, si botak dan si buta

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan2 blogger sekalian? Semoga sentiasa sihat dan ceria dalam rahmat Allah S.W.T..

Hari ni cikgu nak sambung siri cerita teladan..Masih daripada buku yang pernah cikgu baca zaman kecil dulu..Jom layan..

**********************************************************************************

Di sebuah kampung, tinggal 3 sahabat. Mereka ini berlainan keupayaan daripada orang biasa. Seorang buta, seorang lagi botak manakala yang terakhir menghidap penyakit sopak.

Mereka dipinggirkan oleh orang kampung disebabkan kelainan yang ada pada diri mereka itu.

Pada suatu hari, ketiga-tiga mereka didatangi oleh seorang lelaki berjubah putih. Lelaki tersebut bertemu dan berbicara dengan mereka seorang demi seorang.

Lelaki berjubah : Wahai pemuda botak, apakah yang kau inginkan daripada tuhanmu?

Lelaki botak : Rambut yang cantik di atas kepalaku.

Lelaki berjubah menyapu kepala si botak. Maka dengan izin Allah, rambut yang cantik tumbuh di atas kepala lelaki itu. Si botak merasa sangat gembira. Lelaki berjubah menyambung pertanyaannya lagi.

Lelaki berjubah : Apakah binatang yang kau ingin ternak?

Lelaki botak : Unta.

Maka lelaki berjubah itu menghadiahi si botak seekor unta betina yang sedang bunting. Lalu dia pun berlalu pergi sambil menitipkan pesanan:

Lelaki berjubah : Peliharalah unta ini dan ambillah manfaat daripadanya. Suatu hari nanti aku akan kembali dan mengambil semula daripada kamu.

Lelaki berjubah berlalu pergi dan bertemu pula dengan si sopak.

Lelaki berjubah : Wahai pemuda sopak, apakah yang kau inginkan daripada tuhanmu?

Lelaki sopak : Kulit yang cantik dan bersih.

Lelaki berjubah menyapu badan lelaki sopak. Maka dengan izin Allah, lelaki tersebut sembuh daripada penyakit sopak. Si sopak merasa sangat gembira. Lelaki berjubah menyambung pertanyaannya lagi.

Lelaki berjubah : Apakah binatang yang kau ingin ternak?

Lelaki buta : Lembu.

Maka lelaki berjubah itu menghadiahi si sopak seekor lembu betina yang sedang bunting. Lalu dia pun berlalu pergi sambil menitipkan pesanan:

Lelaki berjubah : Peliharalah lembu ini dan ambillah manfaat daripadanya. Suatu hari nanti aku akan kembali dan mengambil semula daripada kamu.

Lelaki berjubah berlalu pergi dan bertemu pula dengan si buta.

Lelaki berjubah : Wahai si buta, apakah yang kau inginkan daripada tuhanmu?

Lelaki buta : Semoga Allah dapat menyembuhkan penyakit buta yang kuhidapi sejak lahir ini.

Lelaki berjubah menyapu mata lelaki buta. Maka dengan izin Allah, lelaki tersebut dapat melihat kembali. Si buta merasa sangat bersyukur dan gembira dengan kurniaan itu. Lelaki berjubah menyambung pertanyaannya lagi.

Lelaki berjubah : Apakah binatang yang kau ingin ternak?

Lelaki buta : Kambing.

Maka lelaki berjubah itu menghadiahi si buta seekor kambing betina yang sedang bunting. Lalu dia pun berlalu pergi sambil menitipkan pesanan:

Lelaki berjubah : Peliharalah kambing ini dan ambillah manfaat daripadanya. Suatu hari nanti aku akan kembali dan mengambil semula daripada kamu.

50 tahun berlalu, ketiga-tiga lelaki tersebut telah berubah kehidupan daripada susah kepada mewah. Ternakan mereka membiak sehingga memenuhi bukit dan lembah.

Lelaki berjubah yang pernah mengunjungi ketiga-tiga rakan itu kembali menemui mereka seorang demi seorang sebagaimana dijanjikan. Lelaki itu menemui dahulu si botak.

Lelaki berjubah : Wahai lelaki botak, aku ingin menuntut semua harta yang telah kupinjamkan kepadamu dahulu.

Lelaki botak: Siapa lelaki botak? Aku bukan lelaki botak. Semua harta ini adalah daripada warisan keluargaku..Aku tidak meminjam daripada sesiapa.

Lelaki berjubah terus dihina dan diherdik. Dia terus berlalu dari situ tanpa berkata apa-apa.

Tanpa disangka-sangka, rambut yang tumbuh di atas kepala si botak gugur dan dia menjadi botak semula. Semua ternakannya diserang penyakit misteri lalu mati seekor demi seekor. Si botak kembali miskin.

Lelaki berjubah meneruskan perjalanan lalu bertemu pula dengan si sopak yang telah menjadi orang kaya dan hidup mewah.

Lelaki berjubah : Wahai lelaki sopak, aku ingin menuntut semua harta yang telah kupinjamkan kepadamu dahulu.

Lelaki botak: Siapa lelaki sopak? Aku bukan lelaki sopak. Semua harta ini adalah daripada usahaku sendiri..Aku tidak meminjam daripada sesiapa.

Lelaki berjubah terus dihina dan diherdik. Dia terus berlalu dari situ tanpa berkata apa-apa.

Tanpa disangka-sangka,kulit si sopak kembali bersopak. Semua ternakannya diserang penyakit misteri lalu mati seekor demi seekor. Si sopak kembali miskin.

Lelaki berjubah meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula si buta yang telah hidup mewah.

Lelaki berjubah : Wahai lelaki buta, aku ingin menuntut semua harta yang telah kupinjamkan kepadamu dahulu.

Lelaki botak: Ambillah segala harta ini. Allah lah yang memberiku kemewahan dan keizinan melihat bumi yang indah ini. Dia juga berhak mengambil semula segala yang dipinjamkan kepadaku.

Lelaki berjubah : Simpanlah semua harta ini. Aku kembali hanya untuk menguji sejauh mana kau mensyukuri nikmat tuhanmu. Alhamdulillah kau seorang yang bersyukur berbeza dengan dua lagi rakanmu. Semoga hidupmu akan terus diberkati Allah.

Lelaki berjubah itu pun berlalu pergi..

*************************Tamat kisah***************************

Ok, amacam cerita kat atas? Menarik tak? Abaikan sebarang kesilapan bahasa ye. Cikgu pun ingat-ingat lupa cerita tu, jadi ada sedikit penambahan dan pengurangan dalam plot cerita tu..hehe..Apa-apa pun mari kita bincangkan moral daripada cerita tadi..

Pengajaran:
1. Manusia mudah lupa dan kurang bersyukur dengan nikmat tuhan.
2. Manusia yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan tuhan akan hidup bahagia tak kira di dunia mahupun di akhirat.
3. Kita jangan sombong dengan segala kelebihan yang kita ada. Semua tu Allah yang punya dan Dia berhak mengambilnya kembali pada bila-bila masa yang disukai.
4. Jangan menghina dan memandang rendah kekurangan orang lain. Di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan yang Allah kurniakan buat mereka. Mungkin iman mereka lebih kuat dan kedudukan mereka di sisi Allah lebih baik daripada kita..
5. Fikir sendiri ye dan jangan lupa komen kat bawah macam biasa.

Setakat ni sahaja untuk kali ni. Wassalam.

Rabu, November 23, 2011

Hari ni paper fizik dan sains!!!

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?Semoga sihat dan ceria dalam rahmat Allah..

Hari ni SPM kertas Sains dan Fizik..Dua-dua subjek yang cikgu ajar..Risau sangat..Bangun pagi dok teringat2..Tidur sampai termimpi2..Macam mana agaknya budak2 tu jawab? Susah ke senang ke soalannnya? Semoga pelajar2 cikgu dapat jawab dengan baik..Aminnn..

Ingat hari ni nak post pasal kisah teladan tapi hati dok teringat2 kat anak murid cikgu kat Perak nun..Hanya doa cikgu dapat dititipkan untuk kalian..Semoga lulus dengan cemerlang semuanya..Amin...

Sabtu, November 19, 2011

Cuti sekolah dah mula!!!

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat sekalian?Semoga sihat dan ceria hendaknya..

Hari ni cuti sekolah dah mula..Seronoknya!!!

Cikgu akan mula mengarang semula siri cerita teladan lepas ni..InsyaAllah apabila ada kelapangan dan tiada gangguan..

Hati rasa sangat berbunga-bunga riang..Esok nak balik kampung!!

Yea!!!

Jumaat, November 18, 2011

Maka bertemu dan berpisahlah kita kerana Allah..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Hari ni cikgu rasa agak sedih kerana akan berpisah tempat kerja dengan seorang rakan yang cikgu dah anggap macam adik cikgu sendiri..Selamat Tinggal Cikgu Farlini..semoga dapat bertugas dengan lebih cemerlang di sekolah baru, SMK Sri Enggang, Sik...

Kenangan bersama takkan kulupa..

Di sini cikgu titipkan sedikt lagu nasyid yang cikgu masih ingat-ingat lupa:

Pertemuan kita di suatu hari,
Menitipkan ukhuwah yang sejati,
Bersyukur ku ke hadrat Illahi,
Di atas jalinan yang suci..

Namun kini perpisahan yang terjadi,
Dugaan yang menimpa diri,
Bersabarlah di atas ujian,
Kau tetap pergi jua..

Kan ku utuskan salam ingatanku,
Dalam doa kudusku sepanjang waktu,
Ya Allah bantulah hambaMU,
Di atas perpisahan ini..
Semoga tuhan berkatimu,
Kenangku di dalam doamu..

P/S : Maafla kalau cacamarba sikit..ingat2 lupa je ni..Jangan lupa doakan akak dapat pindah pulak tahun depan..

Khamis, November 17, 2011

Kerana RM 100..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria hendaknya..


Semasa entry ini ditulis, rakan-rakan cikgu sedang sibuk membuat persediaan bertemu ibu-bapa dan wakil pelajar bagi program mengagih-agihkan wang RM100 bantuan persekolahan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 4 termasuklah pelajar pendidikan khas..

Cikgu selaku guru tingkatan 5 tidak terlibat secara langsung dengan program ini. Maka masa yang ada ini cikgu gunakan untuk menyiapkan sijil-sijil pelajar dan tugasan lain akhir tahun..Namun dalam masa yang sama cikgu menjadi pemantau tidak rasmi bagi program ini..hehe..

Walaupun program dijadualkan bermula jam 9.30 pagi, namun pada jam 9.00 pagi sudah kelihatan ramai ibu bapa yang datang menanti di dataran..Dataran yang besar kelihatan penuh dan bersesak-sesak..Hmm..kalau program sekolah yang lain terutama mesyuarat PIBG, sambutan tak pernah sehangat ini..(Harap-harap dapat fahamla maksud di sebalik ayat cikgu ni ye..)

Oklah,cikgu takmau ulas lebih lanjut..Semoga wang yang diterima nanti digunakan untuk kebaikan dan pendidikan anak-anak,bukan ke arah yang tidak sepatutnya.. Harap-harap tahun depan budak-budak semua dapat beli buku kerja dan belajar dengan lebih rajin lagi..Amin..

Rabu, November 16, 2011

Mari selesaikan tugas akhir tahun..

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat dan ceria dengan hidayah daripada Allah..

Hari ni hari ke-3 pelajar tingkatan 5 berperang dengan SPM..semoga mereka dapat membuat yang terbaik..

Bagi guru-guru pula sibuk menyelesaikan tugas-tugas di akhir tahun..Sayajuga tidak terkecuali daripada perkara tersebut.Selaku guru tingkatan 5, sijil berhenti pelajar dan sijil kokurikulum perlu dibereskan, tugas sebagai guru biasiswa pula mewajibkan saya mengemaskini senarai penerima dan menyemak buku akaun pelajar serta fail-fail yang berkaitan..Itu belum dikira tugas sebagai ketua panitia perlu melengkapkan fail2 berkaitan dan melakukan perancangan untuk tahun hadapan..menyiapkan sijil peka bagi pelajar tingkatan 5 dan macam2 lagilah..

Oklah, jom kita buat kerja!!

Isnin, November 14, 2011

Maka bermulalah SPM..

Selamat Berjaya kepada semua pelajar di SMK Sultan Abdullah khasnya dan pelajar-pelajar di Malaysia amnya...Buat yang terbaik demi masa depan anda...

edit by Suami Teacher Basariah

Jumaat, November 11, 2011

Alamak!!Kena TAG plak..

Assalamualaikum..

Hmm..tgk belek2 kat peti jerit2 tgk ada jeritan cik mala men'TAG' cikgu..maka terpaksalah ikut rules..huhu..layan je la ye..hehe..

Here's the rules :
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6. No tag back
7. No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people


11 perkara mengenai TEACHER BASARIAH

1) Dah kawin pon
2) Ada seorang anak yang sedang aktif
3) Bila mengajar suka buat lawak
4) Suka mengajar tapi tak suka membebel
5) Tak suka orang yang kurang ajar(biadap) dan tak jaga hati orang lain bila bercakap
6) Dulu sangat keras hati tapi bila dah ada anak ni cepat je 'touching'
7) Anak bongsu dari 5 orang adik beradik
8) Impian nak jadi anak yang taat kepada mak ayah dan cuba bahagiakan mereka semampu boleh
9) Kalau marah, akan diam je dan tak suka cakap sebab akan bergenang air mata dan kebarangkalian nak nangis sangat tinggi..huhu
10) Suka masak dan makan makanan yang dimasak sendiri (perasan makanan sendiri tu sedap..haha)
11) Seorang yang sangat suka bagi hadiah kat orang dan sangat hargai hadiah yang org bagi walaupun kecik..

meh cikgu nak jawap soalan CIK MALA kita nie.....
1) APA KORANG TENGAH BUAT SEKARANG NIE?
-tgk tv dgn hasben sambil layan anak yang tgh aktif

2) DENGAN SIAPA(SAMBUNGAN SOALAN DI ATAS)?
- macam dah jawab kat atas tadi..huhu

3) KAT MANA(SAMBUNGAN SOALAN DI ATAS)
- kat umah di langkap(umah sewa)

4) BOS KORANG BAIK TAK?
- sangat rileks..okla..

5) KORANG PEKERJA/ PELAJAR YANG MACAMANA?
-insyaAllah berdedikasi dalam setiap yang dibuat dan ditugaskan..

6) KORANG SUKA APE ERK?
-ketenangan, kedamaian, masa lapang, rezeki yang tak putus2..hehe

7) SELALU MASAK TAK?
-of course..boleh kata hari2..

8)BERAPA KALI SEBULAN KORANG BASUH JAMBAN?
-erm..tu hubby buat..hehe

9) RUMAH KORANG ADA LIFT/ TANGGA TAK?
-tak dak..risau anak main tangga

10) PERANGAI BURUK KORANG ?
-suka menyusahkan hubby kot..hehe

11) BERAPA KALI SEBULAN KORANG TENGOK WAYANG?
-tak pernah seumur hidup sebab ustazah kat sekolah rendah kata tempat tu banyak maksiat..nnt tuhan jatuhkan bala semua kena..huhu..


soalan CIKGU untuk korang yang di TAG
1) NAMA SEBENAR SAPER EK?
2) KEJA KAT MANA?
3) DAH KAWIN?
4) IMPIAN SEBELUM DAN SELEPAS KAWIN?
5) DULU ZAMAN SEKOLAH SUKA CIKGU MANA?
6) PERNAH TAK GADUH DGN CIKGU?
7) MANA DATANG NAMA BLOG KORANG YE?
8) BERAPA KALI DALAM SEMINGGU LIPAT KAIN?
9) KALAU MASUK SYURGA, APA YANG KORANG NAK MINTA MULA2 SEKALI?
10) IMPIAN 10 TAHUN AKAN DATANG?
11) BERAPA KALI DALAM SETAHUN BETUL2 PERGI BERCUTI?

Jadinya sekarang cikgu nak TAG nama-nama dibawah..sila jawab yer..
1. kak cik seroja
2. cikgu badaruddin
3. remyhaza
4. pemuda titi besi
5. soutul mujahid
6. norli
7. cetusan minda
8. empayar utama
9. nadhi
10. princess
11. ukhtisyikin

Selamat menjawab!!!

11.11.11

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria dalam rahmat Allah..

Nampak tarikh kat atas tu? Cantik kan? Mesti ramai yang merancang untuk buat sesuatu pada hari ini supaya tarikh dapat terpahat..Mungkin ada yang merancang untuk bernikah hari ini..Baguslah tu..Jatuh pula hari Jumaat..Mungkin ada juga yang merancang nak melahirkan anak hari ini (terutama yang melahirkan melalui pembedahan)..Walau apa pun yang kita rancangkan, pastikan perancangan kita itu tidak menyeleweng daripada tuntutan agama dan berdoalah kepada Allah agar segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar..Jangan lupa sebut, "InsyaAllah.."..

Hari ni di sekolah, merupakan hari terakhir sebelum pelajar-pelajar mula bertempur dengan SPM pada minggu hadapan..Maka berebut-rebutlah pelajar berjumpa guru meminta ampun dan maaf serta restu supaya mudah mereka menjawab peperiksaan nanti..Sebagai guru yang mengajar 4 kelas tingkatan 5 ni, rasa sayu juga ahati melayan ucapan2 maaf pelajar..ingat tak mau nangis, tup2 termenitik juga air mata tambah2 apabila seorang pelajar lelaki daripada salah satu kelas itu datang meminta maaf sambil menangis..Sedih dan syahdu sekali..

Oklah, setakat tu dulu entry saya pada hari ini..Buat semua pelajar cikgu, cikgu halalkan ilmu yang cikgu ajarkan kepada kalian..Semoga dapat menjawab segala soalan dengan cemerlang..Amin..

Khamis, November 10, 2011

Another year in Perak...

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga iman dan islam makin berkembang kuat di hati..

Hari ni keputusan permohonan pertukaran sudah keluar melalui internet..Mana-mana rakan guru bolehlah menyemak status permohonan di apps.moe.gov.my/epgo/ @ egtukar..
Saya juga memohon tukar pada tahun ini, malangnya tidak diluluskan..Nampaknya rezeki kami anak beranak masih di negeri Perak ini..

Surat yang menyayat hati..huhu..

Buat rakan-rakan guru yang juga mohon bertukar namun tidak berjaya..La tahzan (jgn bersedih), insyaAllah segala yang berlaku ada hikmahnya..Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah lah yang terbaik..Tahun depan kita cuba pohon lagi..hehe..

Tu sahaja untuk hari ini..Maka tabahlah wahai hati..

Wassalam..

Selasa, November 08, 2011

Hujan rahmat 12 Zulhijjah..

Assalamualaikum...

Apa khabar rakan-rakan semua..hari ni saya menulis dari kg titi besi, kepala batas.. Hujan turun mencurah-curah sejak semalam..Acara korban yang dilakukan di kg bukit besar semalam pun dijalankan dalam keadaan hujan..Namun, syukur ke hadrat illahi segalanya masih berjalan lancar..

Tahun ni tahun yang bersejarah buat saya kerana hari lahir saya jatuh pada hari semua umat islam menyambut hari raya aidiladha, 10 zulhijjah = 6 November..Allahuakbar! Terkenang semasa pergi menunaikan haji bersama bonda tercinta pada tahun 2007..Betapa berdilnya diri ini di sisi Mu, Tuhan..Tersemat azam di hati untuk pergi menjejaki bumi suciMu sekali lagi..Murahkan rezeki buat hambaMU ini, ya Allah..Rasa sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang menikmati segala kurnianya di muka bumi ini dan dapat menunaikan haji dalam usia yang masih muda dan kuat..syukur ya Allah.. Semoga tahun ini akan memberi nafas baru buat diri ini dan menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa berbanding tahun-tahun sebelum ini..

Semoga hujan rahmat yang turun sepanjang meraikan hari raya aidiladha yang berkat ini menyapu pergi segala dosa-dosa yang dilakukan sepanjang hidup ini di muka bumi tuhan selama 28 tahun..Allahuakbar!Allahuakbar!Walillahilham!!!

Rabu, November 02, 2011

Semoga Rohnya dicucuri rahmat..

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan2 blogger sekalian? Semoga sihat dan ceria selalu...

Seperti biasa menjelang hujung-hujung tahun ni sekolah mula sibuk dgn pelbagai program..cikgu sendiri pun tidak terlepas tempiasnya..

Dalam kesibukan itu, tanpa disangka-sangka, seorang sahabat cikgu telah pergi menemui Illahi pada pagi sabtu yang lalu..rasa umpama baru semalam bersembang dengan beliau..subhanallah..semoga roh beliau dicucuri rahmat..

Paling sedih apabila menziarahi jenazah dan melihat anak-anak allahyarhamah yang masih kecil menangis sambil memanggil-manggil 'ibu'..tidak tertahan air mata mengalir tatkala membaca yasin dan talkin buat allahyarham..semoga segala dosanya diampunkan dan ditempatkan dalam kalangan hamba yang soleh di sisi Allah..

Hati seorang ibu rasa sangat tersayat dan mula menggambarkan bagaimana agaknya kalau yang terbujur kaku itu adalah diri ini..semoga Allah mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan di muka bumi ini..

Al- Fatihah buat Allahyarhamah Zariati Asyikin..

Wassalam..