Isnin, Januari 30, 2012

Pernah tak?

1. Tengah sibuk-sibuk memasak teringat nak ambil sesuatu kat dalam peti sejuk tapi bila dah buka peti sejuk tetiba dah lupa nak ambil apa..patah balik ke dapur dengan tangan kosong..hmm..(situasini juga mungkin berlaku kat tempat kerja dan dimana-mana termasuk masa membeli belah)

ihsan dari http://syuwaistory.blogspot.com/2011/12/pelupa.html
2. Tengah memandu pagi-pagi atau malam tiba-tiba ada kabus tebal kat depan..terus cuak dan terbayang akan masuk ke suatu dimensi lain..atau kembali ke masa silam mahupun masa akan datang..berangan la ni kiranya..

3. Beria-ria bawak balik kerja ke rumah dengan harapan boleh buat tapi tup2 langsung tak sentuh..bengang ja rasa..buat berat beg ja..

4. Bersemangat nak bersenam kuruskan badan atau mengurangkan makan tapi tertunda apabila asyik berdepan dengan makanan yang sedap2 lagi menyelerakan ataupun terpengaruh dengan cerita tv yang best terus tak mau keluar rumah..hehe..


5. Rasa nak jadi orang lain bila tengok orang tu hepi sangat dengan hidup dia..nak tukar dirila kononnya..tambah2 bila tgk tv..pengaruh filemla ni..

6. Bangun pagi dan rasa tak percaya tu diri korang apatah lagi teangok cermin..lain macam je rasanya muka aku ni...oh, aku dah tua!!!Tidak!!

7. Rasa apa yang korang sedang alami ni macam mimpi dan berharap korang akan segera bangun dari mimpi terutamanya bila korang buat sesuatu yang teruk hari tu..

Rasamacam mimpi ja..tiba2 dah besar si razin ni..

Jumaat, Januari 20, 2012

Bengang tak kalau..

1) Tengah sedap-sedap 'drive' di pagi hari yang kelam atau malam hari tetiba datang kereta dengan lampu 'highbeam' dari depan atau 'follow' dari belakang? Berpinau-pinau mata jadinya..

Ihsan dari : http://faizfoze.blogspot.com/2011/10/high-beam-and-high-way-road.html

2) Situasi macam kat atas tapi lampu tu kaler biru @ putih yang mencucuk mata menyebabkan rasa bersilau dan hampir tak cam jalan buat sementara..huhu

3) Baru nak keluar selekoh, tiba-tiba ada plak sebuah kereta atau lori 'parking' sedap punya kat tepi jalan tu sampai tak nampak kereta yang datang dari seberang..Bila nak melintas je tup2 ada kereta dan kena hon sekali daa..
ihsan dari: http://gen2merah.blogspot.com/2010/08/aku-gerun-dekat-lori-ni.html

4) Tengah bawak elok2 tiba-tiba ada motor keluar atau menyelit 'out of no where' dan hampir2 je melanggar kereta kita..kelam kabut gila la 'time' tu..

5) Tiba-tiba ada sebiji kereta atau lori 'parking' tengah jalan..Jenuh nak lalu..

6) Dengan sengaja dan dengkinya orang 'parking' belakang kereta kita dan kena tunggu dengan penuh kesabaran dia datang alih kereta dia..huhu

Korang bengang tak?

Isnin, Januari 16, 2012

Adakah pening en.nang ini?

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria hendaknya..

Dua tiga hari ni cikgu perasan en.nang macam ada 'slow' sikitla..pastu macam tak di'update'kan data blog..kenapa ke?Rakan2 yang lain jadi macam tu tak?

Lagi satu, sapa yang pernah dapat cek dari en.nang sila angkat tangan!Ha, awak! Lama tak cek tu sampai? Kenapa cek cikgu tunggu tak sampai2 lagi ni?Hurm..sabor jela..ke salah alamat ek?huhu..


Oklah, malas nak fikir..baik pi buat kerja lain dulu..macamler banyak sangat en.nang nak bagi kat cikgu..huhu..

Sebenarnya, bukan ada idea nak tulis, tu yang saja je buat entry ni..jangan marah yer..nanti cepat tua..(^_^)

Wassalam..

Khamis, Januari 12, 2012

Penat..

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Hari ni dan semalam rasa sangat penat sampai malas rasanya nak menaip..tu yang keluar gambar helang tu..biar mata saja tajam memandang..Hampir hilang suara semalam..Semua kelas kena bercerita..huhu..Walaupun Sains dan Fizik tapi apabila nak memahamkan budak ni kena banyak bercerita dan membuat analogi2..makanya rasa sangat penat..

ihsan dari http://pembina.com.my/anda-kepenatan/

Syukur alhamdulillah balik sekolah semalam, Razin mau plak tidur..maka dapatlah mamanya merehatkan badan seketika..Bila penat-penat ni, leher mula rasa keras..oh,alangkah bestnya kalau ada mesin urut ogawa kat rumah..huhu..

Oklah, nak sambung kerja yang melambak2 tu..Babai..

Isnin, Januari 09, 2012

Tudung plastik..

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Semoga sihat dan sejahtera hendaknya..

Hari ni cikgu memang nak tergelak bila masuk satu kelas tu..Ramai pulak ninja kepala hitam tiba-tiba..Tapi dengan muka selamba..cikgu terus bagi arahan: "Cepat masuk makmal!"..Terkulat-kulat bebudak ni..hehe..

Ninja pon ninjalah..janji boleh belajaq..

Rugi rasanya tak 'snap' gambaq budak-budak tu..Memang cutela rasanya depa..Tu la padahnya sengaja pakai tudung singkat nak mendedah aurat tak tentu hala kat sekolah ni..Bijak betoi geng-geng cikgu disiplin cari idea nak bagi bebudak ni insaf..Confirm esok tak pakai dah tudung singkat lagi..hehe..

Tu je la update hari ni..Sok kalau ada lagi ninja kepala hitam, cikgu nak 'snap' gambaq dan upload dalam blog ni..mesti glamer gitu..hehe..

Wassalam..

Jumaat, Januari 06, 2012

KUTERIMA SEADANYA..

Assalamualaikum...

Apa khabar rakan2 blogger sekalian? Semoga sihat dan ceria dalam rahmat Allah...

Hari ketiga persekolahan diteruskan dengan penuh cabaran..hehe..nampak banyak muka-muka baru tahun ni..dari kalangan pelajar(sudah semestinya) dan guru-guru juga..tapi nampaknya ramai yang dah puan berbanding cik lagi..hehe..

Minggu akan menyaksikan perubahan lagi dalam jadual cikgu..Nampaknya cikgu tak ajar PJK lagi macam yang diberi sebelum ni(saja je nak bagi cikgu tambah berat badan..huhu) sebaliknya akan lebih bertungkus lumus dengan pelajar2 tingkatan 5..3 kelas sains tingkatan 5(macam tahun sudah juga..bila nak tukaq ni?hmm..), satu kelas fizik tingkatan 5 dan satu kelas fizik tingkatan 4..hmm..yang agak mencabar bagi cikgu mungkin datang dari kelas fizik tingkatan 5 sebab ni tahun pertama bawa mereka betul2 dari awal tahun(memang kira anak didik dari tahun lepas...sebelum ni dok ambil kelas orang je..) manakala tingkatan 4 pula fizik akan diajar dalam bahasa melayu pula tahun ni..erm..terkebil2 jugalah mata dan minda nak 'tune' balik dari BI ke BM..Semoga Allah mudahkan..


credits to..http://storiesbyprincess.blogspot.com/

Apa2pun, cikgu terima seadanya dan akan cuba buat yang terbaik, InsyaAllah..

Isnin, Januari 02, 2012

Selamat datang 2012..

Assalamualaikum..

Apa khabar kawan2 hari ni? Semoga sihat dan ceria selalu..

Tak sempat nak buat entry baru semalam..maka hari ni baru dapat terbitkan entry baru..Cikgu dah mula terasa bahang sesi persekolahan 2012 ni.. Sekarang tengah sibuk melengkapkan buku rekod dengan penuh semangat..hehe..

Tahun ni cikgu diberi mandat mengajar cuma 2 kelas peperiksaan besar..sains dan fizik untuk tingkatan 5..selebihnya 1 kelas fizik tingkatan 4 dan kelas PJPK tingkatan 3 dan 5..hehe..ada harapan untuk cuba kuruskan badanla pasni..Tapi taktau sampai bila jadual ini akan bertahan..Dengar khabarnya akan ada rombakan lagi..Apa2 pun, azam tahun baru ni nak buat betul2(bukannya tahun lepas buat main2..cuma nak lebih baik tahun ni tau..jangan nak kutuk2 lak kat belakang tu..)..nak pastikan pelajar2 cikgu lebih bersedia untuk peperiksaan sejak awal lagi..Semoga azam cikgu tahun ini tercapai..Amin..

Oklah, nak pi sambung lengkapkan buku rekod..see you all later..


Selamat memulakan sesi persekolahan pada esok hari buat para guru dan pelajar2 di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu dan lusa buat negeri yang tidak sewaktu dengannya..hehe..Semoga tahun ini kejayaan bersama-sama kita semua..

Wassalam..