Selasa, Februari 28, 2012

Fobia..

Assalamualaikum..

Apa khabar kengkawan blogger sekalian? Semoga bertambah iman dan islam..

Pagi tadi sepatutnya saya ke klinik jam 8.00 pagi untuk minum air gula..tapi disebabkan kelas berakhir jam 8.50 pagi, maka pukul 9.00 baru saya ke sana.tapi dengan niat tak mau minum air gula pun..sebaliknya nak minta tukar dengan BSP atau yang seangkatan dengannya..Masih teringat2 rasa air gula masuk dalam tekak dan membuatkan saya hampir pitam semasa mengandungkan anak pertama dulu..

Pelik pula rasanya, kandungan baru nak masuk 8 minggu dah kena minum air gula...bukankah masih terlalu awal? ni yang malas nak pi buat kad awal..tapi mengenangkan faktor2 risiko yang ada saya pergi juga buat kad minggu lepas..rasa menyesal pun ada ni..

Berbalik kepada kes pagi tadi, saya berjaya melepaskan diri daripada minum air gula dengan syarat esok pagi, jam 8.00 pagi saya perlu ke klinik untuk ambil darah dan kemudian makan sebungkus nasi lemak dan air milo yang dibawa sendiri bagi menggantikan air gula.kemudian ambil darah lagi pada jam 10.00 pagi..yea!lega rasanya!walaupun tekak sekarang tak mampu makan nasi tapi kedengaran idea tersebut lebih dapat diterima akal saya..Semoga hari esok dapat dihadapi dengan riang dan jayanya..Kalau pening, MC la jawabnya..huhu..

Selain fobia minum air gula..lipas pun membuat cikgu fobia..huhu

Jumaat, Februari 24, 2012

Sangat..sangat..penat..

Assalamualaikum..

Apa khabar blogger2 sekalian? Semoga sihat dan ceria selalu..

Minggu ni kesabaran dan ketahanan fizikal dan mental cikgu memang teruji..dengan perangai pelajar di sekolah termasuk melayan plak keletah anak yang semakin lincah di rumah..mungkin sebab nak dapat adik dia jadi macam tu..maka cikgu sangat penat..setiap malam pasti akan melepek atas katil dan terpaksa membiarkan anakanda Razin diuruskan abahnya seorang diri..

Buat para ibu yang mengandung dan pernah mengandung..ada tak petua nak kurangkan alahan dan tambah stamina terutama di trimester yang pertama ini? Kalau ada harap dapatlah dikongsikan bersama di ruangan komen..tak terdaya rasanya..kesian plak bila tgk pelajar2 kat sekolah..cikgu makin tak larat..nak menulis di papan putih pun rasa jenuh aja..pls help me..

Ahad, Februari 19, 2012

Lama-lama hilang gigi dia..

Assalamualaikum..

Apa khabar kengkawan semua? Semoga sihat dan ceria sentiasa..

Cuti hujung minggu ni saya dan suami rasa sangat penat melayan anakanda yang seorang ni..lasak sangat..pastu yang paling geramnya sebab dia payah sangat nak gosok gigi tapi dah pandai makan benda manis2..

Tengok gigi dia dah kuning..saja bagi effect gambar kuning gak..huhu

Ni masa gigi masih cantik..

Kalau tak bagi mulalah nak mengamuk..Tapi kalau nak gosok gigi menangis tak ingat dunia sampai muntah2..pening kepala memikirkan perangai si razin ni..

Kengkawan ada petua tak macamana nak ajar anak supaya mudah gosok gigi..Rasa dia dah kena karies gigi ni..Tgk dah kuning dan ada dua batang dah macam nak reput..huhu..sian razin..bulan depan baru nak masuk 2 tahun..Jom kongsi tips..

Wassalam..

Khamis, Februari 16, 2012

Aduhai anak..

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian? Semoga sihat dan gembira dengan limpahan rahmat tuhan..

Terdetik di hati ini nak menulis entry baru hari ni.. Macam mana nak mula ye? Hmm..

Sejak dua menjak ni..dengan kata lain..bermula tahun ni, cikgu tengok kehadiran pelajar ke sekolah semakin merosot..Tapi cikgu tak pastilah bagaimana halnya dengan sekolah lain..tapi inilah situasi di sekolah cikgu sekarang ni..Senang kata minggu ni saja, dalam setiap kelas yang cikgu masuk pasti akan ada pelajar yang tidak hadir..bukan seorang dua tapi kadang2 sehingga mencecah 10 orang..macam mana nak buat ye? Daripada 10 orang tu, seorang atau dua memang diketahui tidak sihat tetapi yang selebihnya tidak dapat dikesan sebab musabab tidak hadir ke sekolah..

Gambar ihsan dari http://msredcheesecake.blogspot.com/2011/05/anak-sape-la-yang-suka-ponteng-sekolah.html

Cikgu rasa risau pula apabila memikirkan masa depan pelajar-pelajar ini..Apa komen rakan-rakan blogger? Rasanya nak buat macam mana ye nak tarik minat mereka ni ke sekolah?Kalau tahun lepas, banyak masalah disiplin terutama dari segi melawan cakap guru tapi tahun ni lain pula masalahnya..tidak melawan secara terang tetapi protes mungkin dalam diam..terus tak datang ke sekolah.Langsung tak hirau tertinggal pelajaran..

Sekarang yang dapat cikgu buat sekadar menasihati dan mendoakan mereka semoga terbuka pintu hati untuk cintakan ilmu..

P/s: Bukan berniat mengejar dunia tetapi mengharap mendapat ganjaran yang baik di akhirat kelak hasil usaha di dunia..Amin..

Selasa, Februari 14, 2012

Terima kasih En.Nang...

Assalamualaikum...

Seronok sangat hari ni..alhamdulillah cek yang pertama dari nuffnang dah sampai..memang en.nang tak tipu la kiranya..tenkiu2..gembira sangat walau tak banyak mana..ingatkan takkan dapat..tapi memang tempoh memprosesnya sangat lama..penantian itu suatu penyiksaan..hehe..pasni kena tunggu banyak2 baru nak redeem..hehe..terima kasih ye en.nang..lain kali bagi banyak2 lagi..hehe..

Ni yang menambah semangat nak berblogging terus ni..