Seo Services

Pecut..jangan tak pecut..

Rabu, Jun 27, 2012
Assalamualaikum..

Pejam celik,pejam celik dah nak masuk bulan tujuh ni..Sepatutnya silibus pun tinggal sehelai dua je lagi nak habis..Tapi masalah sedang melanda ni..Untuk subjek fizik tingkatan 5 ada lagi 2 bab nak kena cover..sains pulak lagi 3 bab..erk!!sempat ker?semput je rasa ni..

Cikgu dah mula nak menjalankan sesi pecutanla ni..target minggu ni dapat cover habis bab 3 fizik dan bab 5 sains, tup2 latihan sukanla..'rehearsal'la..mesyuarat la..huhu..tergendala lagi...Nampaknya minggu depan memang pecutan menggila ler..Ingatkan subjek cikgu jer, tanya2 subjek lain pun rupa-rupanya 2x5 je..cuma subjek2 bahasa je kot yang rileks sket sebab benda tu macam ulang2 je..huhu..risau dah tahap gaban cikgu ni..Tak sanggup nak tinggal anak2 didik terkontang kanting masa cikgu cuti bersalin nanti..

Moga-moga Allah mudahkan urusan dan cikgu dapat habiskan silibus sebelum bersalin..Kurang sket rasa bersalah tinggalkan mereka berjuang nnt..Semoga juga Allah buka luas-luas hati dan minda pelajar-pelajar ni supaya dapat serap dengan cepat dan lekat diingatan apa yang diajarkan..Amin...

Jom PECUT!!!

Pecut..jangan tak pecut.. Pecut..jangan tak pecut.. Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Jun 27, 2012 Rating: 5

Cuci sawang...

Selasa, Jun 26, 2012
Assalamualaikum..

Alamak,dah bersawang blog cikgu ni!!!nampak sangat betapa lama cikgu tinggai blog ni..sian kat dia..nak buat macam mana..sibuk sket sekarang ni..

Ni pun sibuk dengan program hari sukan sekolah..minggu depan hari koperasi plak..hmm..bila nak leh balik kampung jenguk mak ni?hmmm....sabar je la..nasib baik ada telefon pengubat rindu..

oklah, ni update pertama untuk minggu ni..kalau sempat nnt cikgu update lagi..wassalam..

Cuci sawang... Cuci sawang... Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Jun 26, 2012 Rating: 5

"Gitat"

Sabtu, Jun 09, 2012
Assalamualaikum...

Cuti sekolah semakin ke penghujungnya..petang ni kami sekeluarga akan berangkat pulang ke Perak..Nampaknya musim 'adventure' Razin di kampung bakal berakhir..sunyila rumah wan dan tok pasni..

Sepanjang cuti ni Razin dah belajar banyak perkataan baru tapi dia masih selalu tersasul bila nak bagitau dia kena gigit nyamuk..mula2 tu tak perasan bila dia datang dan tunjuk badan dia sambil menggaru2.."mama,nyamuk gitat..."..pelik saya..tanya lagi..barulah saya faham rupa2nya gitat=gigit..maka bertungkus lumus pulalah saya dan abahnya Razin membetulkan perkataan tersebut..tapi kadang2 dia tersasul juga..

Razin pun selamat menjalani operasi memendekkan rambut sempena cuti sekolah..Rasanya macam dah jadi aktiviti wajib plak tiap kali cuti..hehe..apa2 pun jom kita layan rambut baru Razin sebelum dan selepas..hehe..


Gaya rambut lama..


Gaya terbaru sempena cuti sekolah Mei-Jun 2012

Oklah, tu je setakat 'update' musim cuti ni..

Wassalam..
"Gitat" "Gitat" Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Jun 09, 2012 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.