Rabu, Ogos 29, 2012

Kelas tambahan malam..apa pendapat anda?

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan2 blogger hari ni?Semoga sihat walafiat..Hari ni cikgu saja nak tanya pendapat rakan2 tentang isu kat atas tu..

Ok ke kelas tambahan di sekolah pada waktu malam? Dijalankan pada setiap hari sepanjang pelajar-pelajar menghadapi percubaan sehinggalah peperiksaan sebenar?

Kalau cikgu dulu, tak suka diganggu malam2 tambah2 kalau esok tu dah nak peksa..berserabut otak rasanya..anda semua macamana plak? Cer bagi pendapat sket sebagai pelajar, guru, ibu bapa ataupun pandangan sendirila..tak kisahla..komen positif atau negatif diterima..cuma nak tahu pendapat je..(^_^)

Wassalam..


Selasa, Ogos 28, 2012

Mari puasa sunat syawal..(^_^)

Assalamualaikum..

Sihat hari ni?Alhamdulillah..Hari ni cikgu dan mr hubby insyaAllah mula berpuasa enam hari di bulan syawal..Bukan sennag nak dapat pahala puasa macam puasa setahun kan..jom kita tgk sedikit info pasal puasa enam ni..

NIAT PUASA 6 DI BULAN SYAWAL | PANDUAN BERPUASA 6 | Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan puasa 6 atau qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat. Jika mahu berniat puasa 6 syawal :

“sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Menurut sunnah yang sahih, seseorang hendaklah berpuasa enam hari di bulan syawal. Bagi yang mempunyai puasa qada’ (ganti), afdal mendahulukan qada’ puasanya yang ditinggalkan, kemudian diikuti puasa sunat syawal. Ini kerana, puasa qada’ adalah wajib sedangkan puasa enam syawal adalah sunat. Menurut kaedah usul, perkara wajib hendaklah di dahulukan berbanding perkara sunat.

Selain itu, tidak disyaratkan seseorang berpuasa enam secara terus menerus. Dia boleh memisahkan antara hari-hari tersebut kerana tidak ada dalil yang jelas menunjukkan perbuatan salafussoleh berpuasa secara terus menerus. Namun, tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan begitu.

Ada juga yang menyuarakan persoalan hukum membaca niat dua kali. Niat dua kali sebenarnya bukan niat yang kena baca dua kali tetapi kita berniat puasa ganti dan Allah memberi kita pahala atau dua kebaikan iaitu pahala qada puasa dan juga pahala sunat puasa 6.

Bagi orang perempuan, bolehlah mengganti atau mengqada puasa ramadhan kita dengan awal, tak perlulah menunggu sampai tibanya bulan rejab/ syaaban tahun hadapan pula. Semoga amalan puasa qada dan puasa sunat kita tahun ini diterima Allah S.W.T. Paling penting jangan lupa supaya meng’qada’kan puasa terlebih dahulu sebelum berpuasa sunat 6 yea. Wallahualam. Selamat menjalankan ibadah.

SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/niat-puasa-6-di-bulan-syawal-panduan-berpuasa-6/#ixzz24nyXegjx



Isnin, Ogos 27, 2012

Kembali ke sekolah..

Assalamualaikum..

Hmm..sudah betul cikgu nak menaip sekarang ni...nak pulak mat razin dah cabut keypad laptop ni jenuh nak mencari huruf2..huhu..nasib badan..

Nak beli baru..belum termampu..pakai jela..

Hari ni mula ke sekolah seperti biasa walaupun mood raya masih menebal..pagi2 lagi cikgu dah minta kebenaran ke klinik kesihatan sebelah sekolah untuk hadiri rutin checkup biasa ibu mengandung..syukur alhamdulillah semuanya ok cuma berat badan naik 2.5kg dalam masa 2 minggu..penangan raya ni..hehe..

OKlah..pasni nak buat perancangan SOU untuk budak2 kelas cikgu ni..esok diorang mula trial..harapnya mereka buat yang terbaik..

Buat semua pelajar SPM yang bakal menghadapi percubaan, buat yang terbaik ye dan cikgu doakan anda semua berjaya..Amin..

Dalam maksudnya kartun ni..hehe..

Jumaat, Ogos 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah cikgu sekeluarga dah selamat tiba di Kedah petang semalam..Jalan pun masih lancar dan tak sesak lagi..Seronok betul Mat Razin bila sampai ke kampung..

Di kesempatan yang ada ini, cikgu nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI buat semua yang mengenali cikgu..Maafkan segala salah dan silap (andai ada)..dan jemputlah datang beraya di rumah cikgu di Kota Sarang Semut, Kedah..

Esok ada cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham..Cerita yang sangat sedih dan menyentuh hati..setiap kali tengok pun mesti tangkap leleh punya..Hehe..

Selamat hari raya buat semua rakan blogger dan buat yang baru nak bertolak ke kampung hari ini, pandu dengan cermat dan berhati-hati..Semoga anda semua selamat tiba di destinasi yang ingin ditujui dan menyambut lebaran dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran..



Wassalam..

Isnin, Ogos 13, 2012

Susahnya nak tukar duit..

Assalamualaikum..

Mood raya sudah datang..Tup-tup masalah pulak nak tukar duit raya..ada kawan kat sekolah ni, tiap2 tahun tolong tukarkan duit tapi tak sangka plak tahun ni duit raya RM 1 dan RM 2 tak dapat..habis awal katanya..yang ada cuma RM 5 dan RM 10..RM 20 tak plak orang tanya..hehe..

Makanya cikgu dengan segera terpaksa meng'kontek' mr hubby dan menggesanya segera ke bank untuk cari tukaran duit utk RM 1 dan RM 2 tu..tak meriahla raya nnt kan..hehe..

Semua orang pun berebut-rebut nak tayang duit baru...

Hari Rabu ni cikgu akan cuba habiskan silibus fizik ni..tinggal setengah bab je lagi..INsyaAllah sempat ni..

Khamis ni dah mula cuti raya..anda yang lain macamana? Apa-apa pun semoga tahun ni lebih baik daripada tahun yang sudah..Jom tingkatkan amalan tinggal 5 malam je lagi ni..(^_^)

Wassalam..

Jumaat, Ogos 10, 2012

Tak habis-habis..

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian?Posa tak hari ni? Alhamdulillah cikgu masih diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan berpuasa sehingga ke hari ini..Syukur Ramadhan..

Sehingga entry ini ditaip, cikgu masih giat menanda kertas pra percubaan SPM..huhu..last2 minit pengetua suruh buat gak test..dahla lepas raya nanti real punya percubaan..Rasa termengah2 nak menanda kertas budak ni..4 kelas plak tu..bukan satu paper..kalau fizik tu sampai 3 paper, sains plak sampai 2 paper..yang budak-budak ni tak habis2 kalau jumpa cikgu dok tanya markah depa..ingat cikgu ni robot ka?huhu..sedihnya..sabar..sabar...(hmm..tarik nafas..lepas..)

Minggu ni dan minggu depan cikgu bertekad dan berazam nak setelkan bab akhir fizik tingkatan 5 dengan budak2 ni..makanya, esok dengan rasminya cikgu akan buat kelas tambahan untuk depa..minggu depan plak jumaat dah cuti..pas je cuti dah percubaan..kena tingkatkan usaha ni..semoga pelajar-pelajar ni akan dapat jawab soalan peperiksaan dengan baik..kalau dah habis silibus ni, cikgu nak tinggai depa pun rasa lapang sket hati..

Oklah, cukupla cikgu membebel untuk hari ni..menu untuk petang ni dah ada..kuihnya popia (semalam buat ekstra dan simpan dalam peti),kalau larat satgi tambah dengan agar-agarla...penyejuk tekak..lauk taktau lagi..udang dan sotong mr hubby dah beli semalam..masak sempoi2 je kot..nak buat lebih-lebih pun tak larat..dah masuk 8 bulan ni, baby asyik bagi minor cointraction ja..kalau bagun tiba-tiba tu mesti sakit sangat2..

Seronok tgk mat razin lena..

Wassalam..

Jumaat, Ogos 03, 2012

Nak balik kampung!!!

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan-rakan hari ni? Cikgu rasa riang sangat hari ni walaupun kepenatan semalaman tak boleh tidoq pasai 'blackout'..huhu..

Cikgu nak balik kampung petang ni..Ada sapa-sapa nak ikut??Jangan jeles ye..Isnin ni cuti nuzul Quran..

Balik kampung..ooo..balik kampung..ooo..

Jom mengemas!!

Wassalam..

Khamis, Ogos 02, 2012

Air KATIRA

Assalamualaikum..

Perasan tak tajuk 'entry' kat atas? Hehe..Pernah dengar tak pasal air katira ni? Cikgu pun baru pertama kali dengar masa ke bazar ramadhan di Langkap minggu lepas..Masa tu tak tergerak langsung nak beli air tu..Tapi semalam, masa borak-borak dgn pembantu makmal, dia cerita tentang kesedapan air ni..makanya petang tu jugak cikgu minta mr.hubby yang baik hati tlg carikan dan beli..hehe..

cenggini la rupa air katira tu..ihsan dari blog

Erm..Rasa dia macam air bandung dengan cincau..katanya ada campuran kismis, kurma dan badam..tapi cikgu takler terasa sangat masa minum tu..mungkin dah dikurangkan 'urmph'nya sebab nak bagi harga murah..RM2.00 sebungkus..Tapi yang peliknya kaler dia hijau..Hari ni baru tau sebab pa hijau bila pembantu makmal bagitau dia ada letak perasa pandan sket..hmm..patutla..penat cikgu ngan mr.hubby fikir semalam..

OKlah, nak bersiap-siap balik rumahla..Tadi beli kuih batang buruk, kelab staf jual..malam ni bleh makan kalau ada mood..

Rabu, Ogos 01, 2012

Mana perginya ideaku???

Assalamualaikum..

Sepanjang bulan posa ni dah dua kali buat agar2..yang tu je rasa sedap masuk ke tekak..Buat kuih berbagai-bagai pun tak berapa ada mood nak makan..Last2 yang perabihnya mat razin dengan abahnya..

Makanya dengan rasa yang macam jitu, hari ni nak buat agar-agar lagi..tapi perisa apa plak ye? Ribena dah..milo dah..oren la plak kot..sedap ke agar2 oren?macam pelik je bunyinya..huhuhu..

Rasa macam nak buat cucur ikan bilis dan hidangan yang simple2 je petang ni..penat nak fikir..makan pun bukan banyak mana pun...ayam bakar semalam pun takdak selera nak makan...last2 terpaksa dibuang je..sib baik masak sendiri..kalau beli tobat mahal..huhu..Entah mengapa tekak ni makin tak terima ayam dan ikan tambah2 ikan termenung feveret mr.hubby..huhuhu..

Buat macam ni pun macam sedap ja..ihsan

OKlah, nak p jalan2 carik idea kat blog kawan-kawan..mungkin ada agar2 dan kuih yang best utk dicuba..

Wassalam..