Selasa, Januari 29, 2013

Ketam oh ketam...

Assalamualaikum..

Cuba perhatikan sikap ketam..



Kalau seekor dimasukkan ke dalam bakul, mesti dia boleh panjat keluar dengan senang..

Tapi kalau 10 ekor dimasukkan, mesti dia takkan boleh keluar sebab yang lain akan tarik kaki kawan dia apabila cuba panjat keluar..

Macam tu juga kita manusia ni..apabila nak berubah ke arah kebaikan, klu kawan-kawan sekeliling masih tak elok, silap2 kita pun akan ditarik semula ke arah keburukan..

Tapi..kalau diaplikasikan kisah ketam ni secara baik pun boleh,kalau kawan nak buat jahat, sama2 kita tarik dia ke arah kebaikan..betoi tak?

Sekadar renungan bersama..

Wallahua'lam..

Selasa, Januari 15, 2013

Kisah Kilang Kasut...

Assalamualaikum..

Semasa menegur pelajar tingkatan 4 dalam kelas fizik hari ni, saya menceritakan kepada mereka sebuah cerita..



Alkisah...

Sebuah kilang kasut yang terkenal menghantar dua orang pekerjanya untuk membuat 'survey' di Afrika..Tujuan 'survey' adalah untuk mencari jenis kasut yang sesuai dijual di sana..

Selepas sebulan, kedua-dua orang pekerja ini pulang membuat laporan masing-masing kepada syarikat.

Pekerja A: " Negara Afrika merupakan sebuah negara yang tidak sesuai untuk syarikat kita menjual kasut. Hal ini kerana, rata-rata rakyat di sana tidak memakai kasut dalam kehidupan sehari-hari."

Pekerja B: "Syarikat kita patut meluaskan pasaran di Afrika dengan pelbagai jenis kasut kerana rakyat di sana tidak berkasut.Sekiranya kita menjual produk kita, nescaya kita akan mendapat keuntungan yang besar"

Kisah tamat.

Jadi, fikir-fikirkan apa yang anda dapat dari kisah di atas ni..Jangan malu-malu tinggal komen ye..

P/S: Kredit to my hubby, Muhammad Nasron for sharing this idea..(^_^)

Wassalam..

Isnin, Januari 14, 2013

SErabut.........

Assalamualaikum..


Baru hari isnin dah tulis entry macam ni kan?tapi nak buat macam mana?kerja banyak sangat..tangan dah jadik macam sotong plak..huhu..itu nak buat ini nak buat..

oklah, nak sambung keja balik..

Wassalam..

Rabu, Januari 09, 2013

Oh..la...la..

Assalamualaikum..

Apa khabar rakan2 semua? Maaf lama tak 'update' blog ni..sibuk je manjang..

Hari ni pun masih sibuk walau tak banyak kelas..sempat juga minta kebenaran bos untuk keluar kejap hantar anak pergi cucuk 3 bulan..alahamdulillah..dah besaq anak mama ni..

Tadi masa kat klinik, cepat juga dilayan selepas bagitau dekat misi yang saya keluar dengan kebenaran masa bekerja dan tak boleh lama-lama..Rafif pula syukur tak banyak meragam..nangis pun kejap sangat masa kena cucuk tu..lagi syok dia sempat meng'qada' hajat lagi masa tengah kena soal dengan misi..hehe..Hari ni baru saya tahu yang rupa-rupanya si abangnya pun kena juga datang 'check up'..Manalah nak tahu kalau tak tanya kan? Kena pulak takdak tarikh temujanji diberi masa kali terakhir 'check up' kat klinik dulu..Kalau tak silap awal tahun lepas..ker dua tahun lepas ntah..lupa sudah..huhu..

Tahun ni akhirnya dapat juga lepaskan diri dari jadi Ketua Panitia..Cuma masih kekal sebagai guru biasiswa dan penyelaras tingkatan..Harapnya dapat buat yang terbaik tahun ini..InsyaAllah..

Wassalam..

Pesanan penaja: Aman rasa hati bila tengok dua beradik berdua ni tidoq..

Rabu, Januari 02, 2013

PIZZA DI AMBANG 2013

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru buat semua rakan blogger..Pasti ramai yang tanam azam baru dan pastinya semua orang berharap tahun 2013 ini menjanjikan yang terbaik buat diri masing-masing..

Sempena mengakhiri tahun 2012 dan memulakan tahun 2013, cikgu telah menjalankan satu projek khas bersama seorang member cikgu..Hehe..Alhamdulillah apa yang kami usahakan selama 4 jam berjaya dan tidak menghampakan..Semoga tahun ini menjanjikan sesuatu yang terbaik..

Jom kita 'check out' resepi Pizza tahun baru..insyaAllah jadi..
p/s: credit to sis norasyikin from SMKSA and chef wan(tgk rancangan roti dia..haha)

                                                          PIZZA DI AMBANG 2013



                                                Siap untuk 'delivery' kepada rakan-rakan..hehe

Bahan Roti:
1 kg tepung protein tinggi
2 paket mauripan gold
2 sudu minyak zaitun
Sebiji telur
1 1/2 sudu gula
1 sudu kecil garam
1 gelas air suam
1 sudu 'shortening' atau pelembut roti

Bahan Topping:
1 paket daging burger
3 ulas bawang putih
1 paket sosej
2 biji bawang besar (sebiji dipotong dadu, sebiji dihiris panjang)
1 biji lada benggala
1 biji tomato
1 tin cendawan butang
1 tin nenas (ni cikgu tak letak)
1 paket keju craft single
1 paket keju mmozarella (ni cikgu tak letak, jadi takdakla efek tarik2 tali tu..hehe)
Minyak zaitun secukupnya
** Tumis bawang putih kemudian masak daging burger yang telah diramas dan campur dengan bawang besar dipotong dadu sehingga kering airnya..yang ni nnt akan jadi 'main' topping

Bahan Sos:
1 botol sos tomato
1/2 botol sos cili
2 sudu sos lada hitam atau BBQ
1 sudu gula
**Dicampur semua sekali dan diratakan

CHARA-CHARA(BACA DENGAN GAYA P.RAMLEE)

Cara untuk roti:
1. Bancuh gula, minyak zaitun dan mauripan@yis dgn air suam(jgn panas sgt,nnt yis tu meninggal dunia), kemudian biarkan selama 5 minit untuk mengaktifkan yis yang sedang tidur itu
2. Tepung digaul dahulu bersama garam dan telur serta 'shortening' atau pelembut roti
3. Masukkan air beryis tadi ke dalam tepung dan mulakan senaman tangan anda (menguli) sehingga tepung tadi tidak melekat di jari..macam nak buat karipap tu..kalau rasa kering, tambah air masak sikit2..
4. Bulatkan kecik2 (sebesar bola tenis) kemudian tutup dgn kain lembap lebih kurang 30 minit (sampai adunan tu nampak naik)
5. Uli sekali lagi dengan cara tumbuk2 keluarkan angin..kemudian ulang langkah 4.
6. Ulang langkah 4 dan 5 beberapa kali..lagi lama dan banyak kali kita uli dan perap, semakin lembut doh tersebut..semakin gebu roti pizza tu..nyum2..

Cara untuk jadikan pizza:
1. Doh yang dibulatkan dan telah dilanyak2 tadi digelek sehingga setebal lebih kurang 1 inci..Diameter pizza ikut jenis ketuhar yang digunakan dan keinginan di hati dan di mata..kalau pizza mini boleh dapat dalam 15 keping.
2. Cucuk2 guna garpu atas permukaan doh untuk keluarkan angin kemudian sapukan dengan minyak zaitun secukupnya..
3. Oleskan sos secukup rasa dan pastikan rata di semua bahagian pizza
4. Letakkan 'main topping' iaitu daging burger yang telah dimasak
5. Letakkan bahan2 lain iaitu sosej, lada benggala, cendawan butang, tomato, bawang besar dan nenas secukupnya
6. Akhiri dengan menaburkan keju2..makin banyak keju makin melekat kuat topping dan makin sodaplah ia..
7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 15 - 20 minit bergantung kepada ketebalan. Pastikan guna api bawah dahulu sehingga nampak doh naik barulah gunakan api atas dan bawah..
8. Apabila dah masak, makanlah panas2..insyaAllah sedap..

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT TAHUN BARU 2013..

Wassalam..