Seo Services

Chicken Pie dan FPEI..

Assalamualaikum

Semalam tengok forum perdana ehwal Islam di TV1 RTM..Menarik topiknya iaitu berkaitan Ibu.

Memang boleh tangkap nangisla masa tengok tu. Cuma ada beberapa isu yang menjadikan saya selaku penonton kurang berpuas hati..Sila teruskan membaca.

1. Ustaz moderator dengan selambanya mengatakan.."jadi cikgu tak sibukkan?" kepada seorang penyoal yang juga merupakan seorang guru.

Tersentap hati saya mendengarnya..Hanya cikgu yang tahu betapa sibuknya tugas guru sekarang ni..Masa tu mulalah saya berfikir, agaknya inilah persepsi semua orang, kerja cikgu tak sibuk,banyak cuti. Tambahan lagi, baru-baru ni keluar suratkhabar kata PBS dikaji semula dan beban guru berkurangan sebanyak 70peratus..Kurang?Poooodah!! Mana ada! Mai jadi cikgu tengok! Geramla ni..huhu..(T T)

2. Ustaz moderator memprovok seorang penyoal yang bertanyakan soalan berkaitan rakannya yang tidak dipedulikan ibu sejak kecil.Dengan selamba ustaz kata, "ni rakan ke diri sendiri?".

Pada saya, tindakan tersebut telah menjatuhkan air muka penanya tersebut. Lantakla dia nak kiaskan orang lain ke. Takkan nak canang satu dunia keburukan sendiri. (T T) nangis!

3. Salah seorang penceramah wanita pada malam tersebut berpakaian agak mencolok mata dan menampakkan anak rambutnya.

Saya memang dah tak berapa suka ustazah tersebut tapi pemakaian dia semalam menambahkan rasa x suka saya itu.Adakah patut seorang ustazah berpakaian dan ber'make up' serta menampakkan anak rambut dalam sesi ceramahnya?Astaghfirullahalazim..

Ok, di sebalik saya memberi komentar ini, ada yang baik pada isi kandungan forum semalam antaranya kita perlulah menghargai ibu kita selagi mereka masih ada. Takkan terbalas jasa mereka kepada kita. Juga, seorang ibu menjaga anaknya dengan harapan utk anak itu membesar dengan sihat sedangkan sang anak menjaga ibu dengan harapan ibu itu cepat mati. Nauzubillahiminzalik.

Oklah, bagi memenuhi tajuk entry di atas, di bawah ini disajikan pai ayam yang dijual budak katering sekolah saya dengan harga sebiji, empat puluh sen a.k.a patkupang.



Jangan marah-marah ye..Nanti cepat tua.

PEACE NO WAR!

Wassalam.
Chicken Pie dan FPEI.. Chicken Pie dan FPEI.. Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Mei 09, 2014 Rating: 5

6 ulasan:

  1. ye la..perasan tak ustazah tu duduk pun boleh nampak perut dia berlapis.nampak sangt tudung tak cukup labuh..semata2 tutup dada tapi pinggang tetap nak tunjuk..hahhah

    BalasPadam
  2. Itu lah masalah sekarang ni kata nak masuk tv kene la bagi promo kata nyer.. kene make up bagai.. baju kene fesyen tak boleh nak out dated sangat..

    Sesetengah ustaz pun main cakap lepas suara macam tu.. tapi apa oleh kita buat.. berdoa la moga orang lain tak mengikut jejak mereka ...

    Salam Kenal :D - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-8-buckingham.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan time traveller..(^_^)

      Terima kasih sudi singgah blog ni

      Padam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.