Seo Services

Rumah tuan terbakar!!

Seorang lelaki datang kepada Abu Darda' dan berkata, "Wahai Abu Darda', rumah tuan telah terbakar!"

Namun Abu Darda' dengan tenang berkata: "Rumahku tidak akan terbakar."

Tidak lama kemudian, seorang lelaki lain mengatakan perkara yang sama. Namun Abu Darda' tetap berkata:"Rumahku tidak akan terbakar."

Lalu seorang lelaki berkata:"Aku perhatikan api membakar setiap rumah yang ada di sekitar rumah tuan.Namun, apabila sampai ke rumah tuan,api itu terpadam."

Abu Darda' berkata:"Aku yakin Allah tidak akan membiarkan rumahku terbakar."

Orang ramai bertanya:"Mengapa?"

Beliau menjawab:" Kerana aku selalu membaca kalimah yang diajarkan oleh Rasulullah. Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi,maka dia tidak akan ditimpa musibah pada waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang, dia tidak akan ditimpa musibah hingga pagi."

Doa itu ialah:

Allaahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta ‘alaika tawakkaltu wa anta robbul ‘arsyil ‘adhiim. Maa syaa allaahu kaana wamaa lam yasya’ lam yakun walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim. A’lamu annallaaha ‘alaa kulli syain qadiir, wa annallaaha qad ahaatha bikulli syain ‘ilmaa. Allaahumma innii a’uudzu bika min syarri nafsii wa min syarri kulli daabbatin anta aakhidzun binaashiyatihaa inna robbii ‘alaa shiroothin mustaqiim.

“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.

Doa copy dari sini
Credit: Al Ustaz volume no.28

P/S: Alhamdulillah Gaza telah menang dalam perang kali ini. Teruskan berdoa agar Palestin dibebaskan dari cengkaman Israel.
Rumah tuan terbakar!! Rumah tuan terbakar!! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Ogos 28, 2014 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.