Seo Services

Penyakit misteri

Assalamualaikum

Korang ingat tak dulu saya pernah cerita saya kena gastrik? Hmm..beberapa minggu lepas,masa yang saya kurang update blog tu, saya diserang sakit yang seperti gastrik sekali lagi.

Masa kena serangan tu dalam perjalanan pulang ke Perak. Sejak kena serangan sakit tu, badan rasa lemah, loya dan mengalami sakit yang lebih teruk drp gastrik biasa sehinggakan saya ingat saya kena serangan jantung.

2 buah klinik dan hospital saya kunjungi. Masing-masing menyatakan gastrik saya tidaklah terlampau teruk namun kesakitan yang saya rasa ini membuatkan saya rasa hampir mati! Atas nasihat seorang teman, saya pergi berurut. Anehnya, dalam masa berurut tu sekali pon saya tidak kentut, sendawa mahupun keluarkan angin sehinggalah tukang urut tersebut akhirnya membuatkan saya air penawar. Kesakitan yang saya alami masih tidak berkurangan. Saya hampir pasrah dan redho andai itu kesudahan hayat saya..(T T)

Menjelang petang hari yang sama, sakit saya semakin teruk. Suami saya akhirnya mengambil keputusan untuk membawa saya bertemu dengan rakannya, seorang pengamal perubatan Islam. Anak-anak kami tinggalkan di rumah jiran.

Sesi perubatan dijalankan selepas Isyak. Dua orang ustaz membacakan ruqyah dan memulakan proses rawatan dengan diperhatikan oleh suami saya. Proses berjalan hampir 3 jam.

Syukur,alhamdulillah sakit saya semakin pulih selepas itu. Menurut Ustaz, ada yang menumpang di badan saya. Mungkin ada masa saya terleka dan terlalai dari mengingati Allah, maka makhluk halus tersebut datang dan mengganggu. Saya dan suami dinasihati untuk sentiasa membaca ayat-ayat suci serta kami perlu datang lagi menyambung perubatan. Ada beberapa perkara yang masih perlu diselesaikan.

Alhamdulillah, sejak hari tersebut kesihatan saya semakin pulih. Kini, kami masih menyelesaikan beberapa perkara yang diminta Ustaz sebelum sekali lagi bertemu mereka untuk menyambung rawatan. Apa yang pasti rawatan yang dijalankan mengikut landas syariat Islam dan tidak pula meletakkan bayaran yang mahal. Ikut seikhlas hati sahaja.

P/S; Apabila dah sakit, kalau ada segunung emas pon sanggup digadai asalkan sembuh..huhu

Wassalam
Penyakit misteri Penyakit misteri Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 27, 2014 Rating: 5

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah Basariah.. dah sembuh.. akak pun mengalami sakit mcm gastrik ni.. dah puas mkn ubat.. rasanya akak pun perlu pergi berubat dgn cara perubatan Islam ini juga.. kita perlu ikthiarkan.. yg menyembuhkan hanya Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak..betul..mmg kita kena berusaha berubat.smg akak pon sembuh nnt. (^_^)

      Padam
  2. Assalamualaikum puan...

    Lama betul saya tak jalan2 hari ini baru ada kelapangan...insya Allah puan dh sembuh...meremang bulu roma sy bila baca info...betul tu, sy pn baru2 ni kena sakit pinggang mcm nak patah, pergi berurut rupa2nya angin, Alhamdulillah skrg dh sembuh, sejak akhir2 ni bila nk period mcm2 jadi, masa muda2 dulu cuma senggugut jer. Betul kata puan kalau dh sakit segunung emas pun sanggup digadai asalkan sembuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam.betul tu,usia semakin meningkat,penyakit2 pon mula menjenguk..sekarang makan pon dah kena berpantang.tak macam muda2 dulu.huhu

      Padam
  3. betul tu tecer...sihat adalah nikmat yang lebih berharga sari wang ringgit

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.