Khamis, Januari 30, 2014

PitaM..

Assalamualaikum

Disebabkan terlupa membawa bekalan kopi masad ke kantin, saya 'terpesan' pula teh tarik di pagi hari..

Akibatnya..debuk..jatuh pitam diserang angin..



Huhu...

Wassalam

Sabtu, Januari 25, 2014

Sabtu yang Pendek

Assalamualaikum

Hari ni hari persekolahan berganti..Cepat pulak masa berjalan..Esok dah Ahad..

Sehari je cuti

Mood? Letih...


Jom pekena kopi masad..bg tambah tenaga sket

Wassalam (^_^)

Khamis, Januari 16, 2014

Kejohanan Merentas Desa 2014 peringkat sekolah!!!

Assalamualaikum

Tarikh: 16 Januari 2014
Masa: 7.30 - 11.30 pagi
Tempat : Padang SMKSA dan desa (^_^)

Let the picture do the talking..wahaaha..speaking you!










Wassalam

Isnin, Januari 13, 2014

Kek Keju Meleleh D.I.Y (Versi Murah)

Assalamualaikum

Sejak kenaikan harga barang ni..selera cikgu sekeluarga makin besar plak..Nak membeli yang siap mahai berdengung..

Hari tu cikgu teringin sangat kek keju meleleh yang coklat, belila sebekas..harga dia RM22..sekali hadap je dah abes..Klu nak beli hari2 mau botak kepala laki cikgu tau..(Abg,jgn mara aaa..hehe)

So, jom kita buat sendiri yang murah

Bahan-bahan:

1. Kek coklat segera (beli kat giant dah siap RM 5 je)


2. creme cheese (beli kat TF RM 6.99)


3. Susu pekat (Beli kat KR1M RM1.35)


Cara-cara:

1. Putarkan creme cheese dengan setengah tin susu..klu suka manis boleh tambah lebih ye.Kalau takdak mixer boleh gak pukul guna tangan..yg penting sebati..tapi mau letih dulula..huhu (T T)


2. Sementara keju tu sebati dgn susu, bolehla menyusun kek yang dipotong ke dalam bekas. Klu kek Giant tu muat dua bekas saiz kat bawah ni.





3. Mulakan letak lapisan pertama keju dgn susu tu macam kat bawah ni.




4. Pastu letak selapis lagi kek coklat tu.Potong nipis baru sedap tau..jgn tebal sangat!




5. Pastu letak lapisan terakhir keju tu dan bolehla hias dgn parutan keju cheddar..klu nak jimat tak letak pon xpa..cuma tabur je 'chocolate rice' warna warni..cun sket..hehe..





Tadaa..dah siap!!

Disebabkan bekas pat sagi tu ada satu je,satu lagi cikgu boh dalam bekas bulat dan satu lagi dlm pinggan je sebab suami cikgu dak tak sabar nak makan..hehe (sekali lagi..jgn mare je abg..(^_^))









P/S: Moral of the story ialah...dengan modal tak sampai RM 15 dah boleh makan puas-puas..Yang penting mesti rajin tau!!

Wassalam


Khamis, Januari 09, 2014

Jom p Check up!!!

Assalamualaikum

Anak sulung saya bulan 3 tahun ni akan masuk 4 tahun umur dia manakala sang adik baru mencecah usia 1 tahun 3 bulan pada Januari 2014 ni..



Namun...

Saya tetap akan berkunjung ke klinik kesihatan utk buat pemeriksaan rutin. Ramai antara kita yang suka 'skip' pemeriksaan ini apatah lagi apabila tgk anak tu sihat je tak bermasalah..tapi..

Tau tak,kita bukan sekadar timbang berat, ukur tinggi anak tapi dalam masa yang sama pemeriksaan ni penting utk tgk samada anak kita tu normal dan pembesaran mental dan fizikal dia sesuai dgn usianya.

Bagi yang berduit, apalah salahnya pergi ke klinik swasta atau pakar kanak-kanak utk tahu perkembangan anak. Anak kita tanggungjawab kita lah.. Takkan nak tunggu anak masuk sekolah baru dapat kesan masalah sang anak?

Wassalam

Rabu, Januari 08, 2014

Apa Pun Tak Boleh!!!

Assalamualaikum..

Hari ni kelas tak berapa banyak..saya merancang nak siapkan pelbagai kerja..sekali semua sistem yang nak buka pon tak boleh..memang sangat sadis dan sedih..

Huhu..Mood hilang melayang-layang terus..Bukan senang nak ada masa 'free'..Hope sistem akan ok pasni..

Sabor jela..

Last-last baik renung wajah yang menyejukkan hati ni..hehe..

Wassalam

Isnin, Januari 06, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum..

Maaf lama x update..mmg sangat sibuk menguruskan pelbagai kerja..Razin pun dah masuk PASTI..

Semoga tahun ini lebih baik berbanding tahun sebelum ni. Ringkasan tugas tahun ini:
a. Penyelaras tingkatan 5
b. Penyelaras kelab/persatuan akademik
c. Guru Biasiswa
d. Penasihat Kelab Olahraga
e. Guru Rumah Sukan Syahbandar
f. Guru Fizik 5 Sina, 4 As-syafie
g. Guru Sains 5 Taimiah, 5 Khawarizmi

Tu je setakat yang baru dapat ni. Yang lain belum tahu lagi...


 Razin hepi sgt leh mula belajar..semoga menjadi anak soleh..(^_^)

Wassalam