Rabu, Mac 19, 2014

Kelab Penabung Muda BSN

Assalamualaikum

Pada hari Jumaat minggu lepas, pihak Bank Simpanan Nasional telah menghantar wakilnya untuk menyerahkan kad atm kepada penerima biasiswa terpilih. Dalam masa yang sama, suatu taklimat berkaitan Kelab Penabung Muda turut dijalankan.

Dengan simpanan sebanyak RM 150.00 sahaja di dalam akaun BSN, seorang murid layak untuk menjadi ahli Kelab Penabung Muda. Banyak keistimewaan yang bakal diperoleh selain perlindungan takaful bernilai sehingga 10 kali ganda nilai simpanan. Bagi ibu bapa yang ada anak berumur 7 - 20 tahun, bolehlah daftarkan anak sebagai ahli kelab ini. Wang tu pun bukannya tak boleh diambil semula.

Rasanya ramai yang tak tahu pasal ni. Saya yang baru tahu ni rasa tak sabar plak nak daftar anak-anak masuk kelab ni cuma belum layak je... Untuk tahu lebih lanjut, bolehla hubungi Bank Simpanan Nasional berhampiran anda ye..















Wassalam

Selasa, Mac 18, 2014

Pertandingan Mewarna PASTI Al-Ikhwan 2014 (^_^)

Assalamualaikum

Tanggal 16 Mac 2014 yang lalu, buat pertama kali dalam hidup Razin, dia mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna..Jom layan gambar aksi di PASTI tersebut..(^_^)





















P/S: yang menariknya, kami terpaksa pulang awal apabila Razin mengamuk nak bawak balik basikal yang pastinya tidak akan dimenangi olehnya itu..huhu..Dan lagi seronok, keesokannya masa pi sekolah, rupa-rupanya sekolah dia cuti..Tula..sapa suruh balik awai?Padan muka..kwang3x...(T T)

Wassalam