Jumaat, Mei 30, 2014

Stevia, daun ajaib

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah mula cuti sekolah. Gembira rasa hati dapat balik kampung.

Kertas peperiksaan pelajar pun dah siap ditanda. Tinggal memuat naik dalam SAPS sahaja. Syukur.

Dua hari terakhir persekolahan saya pulang lewat. Hampir sama dengan masa guru sesi petang meninggalkan sekolah tetapi hasilnya sangat memuaskan kerana tak perlu mengusung skrip jawapan pelajar pulang ke kampung. Maka dapatlah cuti ini diisi dengan hati yang lapang dan bahagia
 (^_^)

Berbalik kepada topik asal, emm, hangpa pernah dengaq pasai stevia dak? (cewah, speaking kedah sat)


Gambar ehsan dari http://www.bio-asli.com/proteh/thmms.asp

Untuk pengetahuan hangpa, stevia ni rasa dia manis tapi kalau ambil secara terus dari pokok kadang-kadang dia ada rasa selepas yang macam payau sikit. Sebab tu tak ramai suka.

Namun, stevia ni baik sangat sebagai pengganti gula. Antara kelebihan dia:
- menurunkan kadar gula dlm darah sebab kalori dia sifar
- membantu pesakit diabetes
- mengurangkan keradangan
- melawaskan pembuangan air kecil dan besar
- sangat elok untuk orang berpenyakit kardiovaskular
- mengawal berat badan dan banyak lagi

Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan sebuah syarikat bumiputera yang menjual produk stevia ni. Mula-mula macam tak yakin je dan agak akan ada rasa tak berapa nak sedap tu. Tapi saya cuba juga.
Serius, sedap! Manis lebih daripada gula dan tiada rasa selepas yang payau tu.

Jadi, sekarang saya bertukar kepada stevia. Jatuh cinta wei!

Lagi menarik, syarikat ini turut menawarkan peluang bisnes yang boleh menjana pendapatan yang lumayan. Jadi, kalau berminat, klik link ini http://www.rcc2u.biz/dr_basya daftar dahulu secara percuma dan boleh juga layari website ini untuk dapatkan sedikit info tentang produk syarikat ni. Modal permulaan hanya RM 120 dan hangpa akan dapat 3 botol stevia.

Kalau tak jadi ahli, sebotol kecik tu harga dia RM 50! Nampak kecik, tapi gunanya sangat lama sebab setitis atau dua titis sudah memadai. BOleh digunakan untuk masakan juga dan percayalah, ia lebih sedap!



Kalau berminat nak jadi ahli, boleh je kunjungi stokis terdekat dengan hangpa, tapi jangan lupa letak nama saya sebagai penaja tau..anggap sedekah..hihi..

ni nama penaja:  drbasya
no tel: 013-5819100

Nak tau lebih lanjut atau nak saya daftarkan pon boleh sms atau whatsapps ye. Saya akan tolong sampai hangpa berjaya. Jom jadi sihat, kaya dan berjaya!

Wassalam.

Isnin, Mei 26, 2014

Hadiah

Assalamualaikum

Jumaat lepas hari lahir suami tersayang.

Cuma mampu hadiahkan kek je...




Yang terharunya saya pula dapat hadiah dari suami



Setelah 7 tahun setia dengan laptop lama..nampaknya hari ini laptop tersebut dibersarakan dari tugas rasmi. Maka, bermulalah tugas rasmi laptop baru. Ni yang lagi semangat nak bekerja ni.

Alhamdulillah. Terima kasih abang!(^_____^)

Wassalam.

Jumaat, Mei 23, 2014

Liebster Award From Cik Su

Assalamualaikum

Kena tag oleh si shima, terima kasih ye shima yang comel..http://shiemacma.blogspot.com , utk tak menghampakan cikgu join je la ye..hihi..

Jom semak peraturan dia:

Rules 1: Berterima kasih kepada orang yang nominated korang. Korang juga kena letakkan link blog dia dalam blog korang
Rules 2: Letakkan gambar Liebster Award dalam blog korang
Rules 3: Jawab 11 soalan yang dikemukan oleh orang yang nominated korang.
Rules 4: Senaraikan 11 fakta pasal diri korang secara rawak
Rules 5: Calonkan 5 ke 11 blog yang korang rasakan layak dan mempunyai kurang daripada 1000 followers.
Rules 6: Senaraikan 11 soalan baru untuk blogger yang korang nominated kan
Rules 7: Senaraikan kembali rules ni dalam blog korang
Rules 8: Beritahu orang yang korang nominated tu dan sertakan sekali link entry korang!
 


11 jwpn utk soalan shima  :- 
1)Assalammualaikum (jawab tau)
Waalaikumsalam
2)Suka atau tak suka anda ditag utk entri2 mcm ni?
Bolehla..bolehla..(baca dlm nada jarjit upin dan ipin).
3)Marah tak kalo cma yg tag anda utk selesaikan entri ni?
 Bolehla..bolehla..(baca dlm nada jarjit upin dan ipin).
4)Ehehe suka makan coklat?
Bolehla..bolehla..(baca dlm nada jarjit upin dan ipin).
5)Warna kegemaran?
Semua warna pon saya suka
6)Makan Megi tak? Peberet Perisa ape ye?
Sekali sekala..perisa kari yang paling saya suka.
7)Buku terkahir yg anda baca?- baru je kejap tadi tu
Tetamu istimewa karya Cikgu Mohd Helmi Ahmad
8)Jenama Smartphones yg anda miliki?
Nokia cokia je
9)Ucapan utk mereka yg mula2 create award ni?
 Terima kasih ye..rajin-rajinla buat lagi..hihi (>_<)
10)1 doa & kata2 semangat utk pasangan yg masih belum menimang cahaya mata.
 Ya Allah, kurniakan mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Usaha, doa dan tawakkal..Jangan putus asa.
11)1 Doa utk saye & family..
Ya Allah, berkatilah shima dan keluarganya. Rahmatilah mereka dan berilah kebaikan buat mereka di dunia dan di akhirat.

Okla, nak tag sapa ek? Cikgu pilih 5 blogger je ye..jgn marah-marah tau..Tak wajib pon bi..Anggap sesi taaruf je.

11 soalan dari cikgu..jawab ek..pleaseeeee..

1. Apa khabar?

2. Asal mana?

3. Dah kahwin?

4. Kerja apa ek?

5. Pernah buat reunion sekolah x?

6. Eh, sekolah mana ek dulu?

7. Dulu cita-cita nak jadi apa?

8. Macamana leh kerja macam sekarang ni ek?

9. Kerja kat mana tu?

10. Bos garang tak?

11. Suka tak kerja situ? Klu x suka, nak kerja apa ek?

Ok, sapa yang kena ek?

1. anak askar pencen : http://anakbekasperajurit.blogspot.com/

2. lyd yang comel : http://lydsunshine.blogspot.com/

3. kak cetusan minda : http://lydsunshine.blogspot.com/

4. cikgu laguna merbok : http://lagunamerbok.blogspot.com/

5. incik apan yang awesome : http://kongsakongsi.blogspot.com/

Selamat menjawab ye kawan2..(^_^)

Wassalam

Khamis, Mei 22, 2014

Ankle Sprain?

Assalamualaikum

"Kebanyakan orang telah dipintal buku lali pada satu ketika dalam hidup mereka. Tetapi jika buku lali anda mendapat bengkak dan pedih selepas anda twist , anda mempunyai kemungkinan besar ia terseliuh . Ini bermakna anda telah diregangkan dan mungkin koyak ligamen di buku lali anda .
Walaupun keseleo pergelangan kaki camera.gif adalah biasa, mereka tidak sentiasa kecederaan kecil. Sesetengah orang yang keseleo berulang atau teruk boleh mengalami sakit jangka panjang bersama dan kelemahan. Merawat buku lali terseliuh boleh membantu mencegah masalah buku lali .Apa yang menyebabkan keseleo buku lali?
Kebanyakan jenis keseleo pergelangan kaki camera.gif berlaku apabila anda membuat pergerakan peralihan pesat dengan kaki anda ditanam, seperti apabila anda bermain bola sepak atau mendapatkan ditangani dalam bola sepak. Selalunya buku lali gulung ke luar dan kaki bertukar masuk . Ini menyebabkan ligamen di luar buku lali untuk meregangkan dan lusuh . Kurang kerap, buku lali gulung masuk dan kaki bertukar ke luar. Ini merosakkan ligamen di bahagian dalam buku lali.
Satu terseliuh buku lali boleh berkisar dari sederhana kepada teruk, bergantung kepada bagaimana teruk ligamen rosak dan berapa banyak ligamen tercedera . Dengan terseliuh ringan, buku lali yang berkenaan tender , bengkak, dan sengit. Tetapi ia biasanya berasa stabil, dan anda boleh berjalan dengan sakit yang sedikit . Satu terseliuh lebih serius mungkin termasuk lebam dan kelembutan di sekitar buku lali , dan berjalan menyakitkan. Dalam terseliuh buku lali yang teruk, buku lali adalah tidak stabil dan mungkin merasa " goyah. " Anda tidak boleh berjalan , kerana buku lali memberikan keluar dan boleh sangat pedih.Apakah tanda-tanda ?
Dengan kebanyakan keseleo, anda merasa sakit merta di lokasi air mata . Selalunya buku lali mula membengkak dengan serta-merta dan boleh meremukkan camera.gif . Kawasan buku lali biasanya tender untuk menyentuh , dan ia menyakitkan untuk menggerakkannya.
Dalam kes yang lebih teruk, anda boleh mendengar dan / atau berasa sesuatu yang lusuh, bersama-sama dengan pop atau snap . Anda mungkin akan mengalami kesakitan melampau pada mulanya dan tidak akan dapat berjalan atau meletakkan berat badan pada kaki anda. Biasanya , sakit yang lebih dan bengkak yang anda ada, yang lebih teruk terseliuh buku lali anda adalah dan lebih lama ia akan mengambil masa untuk sembuh.Bagaimana adalah terseliuh buku lali didiagnosis ?






Doktor anda akan meminta anda bagaimana kecederaan itu berlaku dan jika anda mempunyai buku lali menyakiti anda sebelum ini. Beliau akan memeriksa kaki dan buku lali , kaki yang lebih rendah anda, dan juga lutut anda untuk melihat jika anda sakit di tempat lain.
Jika terseliuh adalah sederhana , doktor anda tidak boleh memerintahkan X -ray. Tetapi dengan keseleo yang lebih teruk, anda mungkin perlu sinar-X untuk menolak tulang patah di pergelangan kaki atau kaki. Ia adalah mungkin untuk memecahkan tulang di kaki atau buku lali anda pada masa yang sama seperti terseliuh a.
Dalam kebanyakan kes , doktor memerintahkan X -ray pada kanak-kanak yang mempunyai simptom yang terseliuh buku lali. Ini kerana ia adalah penting untuk mencari dan merawat apa-apa kerosakan kepada plat pertumbuhan tulang yang menyokong buku lali"


info ehsan http://www.webmd.com/a-to-z-guides/ankle-sprain-overview terjemahan pakcik google.

 Aik? mesti korang pelik tetiba saya cerita pasal ni kan? Why?????

Sebabnya..saya 'mc' semalam akibat ni..huhu..

Maka, xleh wakil pskpp main bola jaring..huhuhuhu..



Wassalam

Selasa, Mei 20, 2014

Pengemis

Assalamualaikum

Semalam baru cakap pasal letrik, tetiba suami bagitau bil baru sampai..RM13X.XX..huhu..

What the fish????

Kami cuma 4 beranak, ekon baru satu, peti sejuk satu, mesin basuh satu, lampu dan kipas bukannya pasang 24 jam..huhu..tu belum lagi letrik naik taraf tu..(T T)

Oh, kerajaan Malaysia yang tercinta, tolonglah simpati kepada nasib rakyat marhaen macam kami ni..

Sadis..Adakah suatu hari nanti kita akan jadi pengemis di negara sendiri?


Wassalam

Isnin, Mei 19, 2014

Oh, elektrik!

Assalamualaikum

Hujung tahun lepas, saya dan suami mengawas SPM.

Keputusan SPM 2013 sudah hampir sebulan diumumkan.

Yang menariknya, tuntutan pengawasan sampai kini belum diterima.

Pelik tapi benar.

Kenapa jadi macam ni ye? Ada tak yang kena macam saya ni?

Lagi tak seronok apabila dengar tarif elektrik akan dinaikkan lagi. Apakah????


Rasa macam kenaikan tarif elektrik ni hadiah hari guru pula.

Sedih pula hari ni. Oh, Malaysia tanah airku!

Wassalam.

Ahad, Mei 18, 2014

Pasar malam mini Chikus

Assalamualaikum

Pernah tak jumpa pasar malam yang hanya ada 6 gerai?

Kat Chikus ni, ada satu..saya rasa lebih sedap dipanggil pasar petang kot..sebabnya pasar ni akan tutup sebelum maghrib. Pasar ni akan dibuka setiap petang Ahad. So, petang ni ada la..Sapa nak p, jom kita jumpa kat sana..Hehe..



Dulu ada banyak jugak peniaga tapi sejak akhir-akhir ni tambahan musim hujan pada waktu petang, peniaga yang ada pon makin kurang.

Tapi, kami sekeluarga suka je datang. Sebabnya..saya akan cari air cendol. Razin pula akan dapat sosej dan bebola cucuk. Si abah dan adik akan makan keropok lekor.

Sambil menikmati cuaca petang di kawasan kampung.

Kampung anda ada?

(^_________________^)

Wassalam.


Sabtu, Mei 17, 2014

Petua tambah susu dan tambah tenaga ibu (^_^)

Asslamualaikum

Ada ibu menyusu di sini?

Stok susu merudum?

Jangan stress..Rileks..

Jom try ni!



Kedua-dua ini saya amalkan sejak dalam pantang sampai sekarang. Rafif dah hampir 1 tahun 8 bulan. Susu badan masih banyak dan badan juga kurang letih.

Harga untuk Madu Masad tu RM 65 untuk 190ml manakala kopi masad ni cuma RM18 untuk 20 sachet. Kos pos adalah percuma. Nak dapat harga lebih murah, jom jadi ahli. Kalau berminat, emel kepada saya di dr_basya@yahoo.com atau wassap 013-5819100. Hanya wasap atau emel je ye. Telefon mungkin tidak dilayan. Tambahan pula anak-anak kecik ni.

Wassalam.

Jumaat, Mei 16, 2014

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum

Kata cikgu saya dulu, "kalau nak rasa susah atau senang jadi cikgu, cubalah kamu jadi cikgu".

Sekarang, saya mengerti kata-kata itu. Hanya guru yang tahu susah dan senang menjadi seorang guru.

Mulianya hati cikgu, walau ditekan, ditindas, dibuli, diarah bagai orang gaji, cikgu masih ikhlas mengajar dan mendidik tanpa jemu. Jangan anda perlekeh tugas guru, kalau anda tak pernah jadi cikgu!

Selamat hari guru buat rakan-rakan seangkatan dengan saya. Terima kasih buat semua guru saya yang mendidik saya sehingga kini saya sendiri bergelar guru. Al-Fatihah buat arwah guru-guruku yang telah terlebih dahulu menghadap Illahi. Semoga Allah ampunkan dosa cikgu dan tempatkan cikgu dalam kalangan hambaNya yang soleh. Amin.

Di bawah ini, sajak hari guru yang sentiasa membuat saya gembira dan senang menjadi guru. Semoga semangat ini berterusan walau badai datang menjulang.


Ucapkanlah , "TERIMA KASIH CIKGU!"

Wassalam

Khamis, Mei 15, 2014

Hantu Mempelam (-__-)

Assalamualaikum

Ahad lalu saya ke TF bersama suami dan anak-anak. Tak banyak yang dibeli tapi yang paling berat sekali ialah buah mempelam nokmai atau nama glamer di pasaraya dia 'water lily'. Hampir 3kg, buah itu diborong oleh saya!

Saya memang suka makan buah mempelam. Tak sangka kegilaan saya itu diturunkan kepada kedua-dua hero saya ni ..



(>__________<)

Cuma, kami hanya berminat terhadap mempelam yang masak sahaja. Kalau yang muda, kurang disentuh. Baru-baru ni saya bawa pulang mempelam muda dari kampung, saya seorang sahaja yang makan. Tu pun setelah hampir kesemua buah tersebut disedekahkan kepada rakan-rakan di sekolah. Tinggal baki beberapa biji itupun jenuh nak dihabiskan.

Berbeza dengan buah mempelam nokmai yang baru dibeli ini, habis dalam masa tak sampai 3 hari! Kalau ikut hati, rasanya sekali hadap pon boleh habis semua tu...

( T_________________T)

Ada hantu mempelam yang turut membaca blog saya ni? Sekarang ni tengah musim mempelam di Kedah.

Oh, nak balik Kedah!!!!

Wassalam

Selasa, Mei 13, 2014

Teringin jadi penulis

Assalamualaikum

Sambil membelek sehelai demi sehelai naskhah kapsul nurani yang dibeli tempoh hari, terdetik di hati keinginan untuk kembali menulis.

Cukuplah sekadar tulisan yang pendek-pendek sahaja. Cerpen barangkali?

Dulu, semasa masih bergelar seorang siswazah, acapkali juga saya berlegar-legar di kawasan berlangsungnya jualan buku. Setiap kali ada pesta buku berdekatan terutamanya di dalam kampus, sanggup saya berdiri di situ membelek satu persatu buku yang ada sambil menemuramah para penulis yang muncul mempromosi buku masing-masing.

Paling tak tahan, siap ambil nombor telefon, isi borang itu ini dan sebagainya kononnya akan menghantar karya untuk dinilai satu hari nanti. Tapi,sampai kini borang-borang termasuk nombor telefon itu tidak pernah dihubungi. Entah hilang ke mana , saya pun tak tahu.

Banyak idea ingin ditulis namun idea itu kerap pula hilang tatkala jari jemari ligat menaip papan kekunci. Baru sahaja memegang pen untuk mencatat idea, yang tercatat akhirnya senarai tugas dan kerja yang perlu diselesaikan. Hmm..kalau ingin beralasan, sampai bila pun takkan berjaya.

Mungkin, satu hari nanti kalian akan memegang naskhah tulisan saya. Cuma, waktu itu sukar untuk ditentukan.

(^_______________________________________________________________________^)

"Ada cerita apa bro?"- Alia (anak saudara saya)

Apa-apapun,hidup perlu diteruskan dengan riang dan gembira. Bak kata empayar utama, ada cerita, ceritalah..hehe..

Wassalam

Isnin, Mei 12, 2014

Hari-hari Hari Ibu..(^_^)

Assalamualaikum

Ibu, insan yang paling bermakna dalam hidup seorang anak.

Tanpa ibu, mana mungkin ada anak di dunia ini kecuali seorang je..nabi Adam (^_^)

Tapi, kita takleh sambut hari ibu sekali je tau dalam setahun sebab..................

Ibu kita berharga untuk kita setiap hari..

Jadi, hari-hari adalah hari ibu!!

Selamat hari ibu buat kedua-dua mak yang disayangi..

Semoga mak berdua akan sentiasa sihat, bahagia dan gembira dunia dan akhirat..Aamiinn..




Nota kaki: Tiada kek nak bagi mak tapi culik je gambar kek sempena majlis penutup bulan sains dan teknologi yang lalu (T T)..Anggap jela ni kek hari ibu ye..huhu

Wassalam

Sabtu, Mei 10, 2014

Anak tak minum susu tepung?Rileksla...(^_^)

Assalamualaikum

Taktau nak letak tajuk apa..sesuka hati saya letak tajuk kat atas tu.

Alkisahnya macam ni...

Saya seorang ibu yang memang berniat nak BF anak sehingga usia dua tahun genap..Alhamdulillah Razin dulu berjaya cuma masa dia masuk setahun tu saya dah malas perah, jadi di rumah pengasuh, Razin minum jugalah susu formula walaupun tak banyak

Sejak melahirkan Rafif ni,alhamdulillah susu badan masih banyak dan mula2 tu sangatlah rajin saya perah sehinggalah bulan lepas apabila dia sudah berusia 1 tahun 6 bulan, saya jadi terlalu sibuk sampai dah tak sempat nak pergi perah susu pun.

Disebabkan itu, stok susu jadi kurang dan saya pon mula hantar susu formula ke rumah pengasuh. Tapi apabila di rumah,Rafif masih menyusu badan sepenuhnya.

Semalam pengasuh pulangkan susu formula tu.Katanya Rafif langsung tak minum susu tu. Puas dia buat helah pelbagai termasuk cammpurkan milo, letak dlm cawan dan lain-lain. Tetap tak disentuh oleh si Rafif. Dia sanggup tunggu saya balik sekolah untuk menyusu. Padanla, sepanjang perjalanan balik asyik merengek je..lapaq rupanya anak mama..hehehe..


So, moral of the story, adakah patut saya risau?

Jawapannya TIDAK!!

Why?

Sebab, Rafif dan boleh makan nasi, minum air biasa dan masih menyusu dengan riang gembira apabila sampai di rumah. Yang paling penting, alhamdulillah dia sangat sihat dan lasak..Lebih sihat dan jarang sakit berbanding abangnya.

Ok, tu je nak cerita. Jadi, ibu-ibu yang ada masalah yang sama macam saya ni, jangan risau-risau ye..Cool je..

Selagi anak masih menyusu badan dan dapat makan makanan dengan selera,in shaa Allah dia dapat khasiat yang cukup..

Nota kaki: 

Razin pon dah berhenti minum susu formula. Rupa-rupanya dia ni 'lactose intolerence'. Bila minum susu je,mula nak muntah. Jadi, saya gantikan susu dengan makanan lain yang boleh bagi sumber kalsium untuk dia. Jadi ibu ni kena lebih kreatif. Yang penting, bagi je anak-anak makan asalkan makanan itu sihat dan berkhasiat.


Wallahua'lam.

Jumaat, Mei 09, 2014

Chicken Pie dan FPEI..

Assalamualaikum

Semalam tengok forum perdana ehwal Islam di TV1 RTM..Menarik topiknya iaitu berkaitan Ibu.

Memang boleh tangkap nangisla masa tengok tu. Cuma ada beberapa isu yang menjadikan saya selaku penonton kurang berpuas hati..Sila teruskan membaca.

1. Ustaz moderator dengan selambanya mengatakan.."jadi cikgu tak sibukkan?" kepada seorang penyoal yang juga merupakan seorang guru.

Tersentap hati saya mendengarnya..Hanya cikgu yang tahu betapa sibuknya tugas guru sekarang ni..Masa tu mulalah saya berfikir, agaknya inilah persepsi semua orang, kerja cikgu tak sibuk,banyak cuti. Tambahan lagi, baru-baru ni keluar suratkhabar kata PBS dikaji semula dan beban guru berkurangan sebanyak 70peratus..Kurang?Poooodah!! Mana ada! Mai jadi cikgu tengok! Geramla ni..huhu..(T T)

2. Ustaz moderator memprovok seorang penyoal yang bertanyakan soalan berkaitan rakannya yang tidak dipedulikan ibu sejak kecil.Dengan selamba ustaz kata, "ni rakan ke diri sendiri?".

Pada saya, tindakan tersebut telah menjatuhkan air muka penanya tersebut. Lantakla dia nak kiaskan orang lain ke. Takkan nak canang satu dunia keburukan sendiri. (T T) nangis!

3. Salah seorang penceramah wanita pada malam tersebut berpakaian agak mencolok mata dan menampakkan anak rambutnya.

Saya memang dah tak berapa suka ustazah tersebut tapi pemakaian dia semalam menambahkan rasa x suka saya itu.Adakah patut seorang ustazah berpakaian dan ber'make up' serta menampakkan anak rambut dalam sesi ceramahnya?Astaghfirullahalazim..

Ok, di sebalik saya memberi komentar ini, ada yang baik pada isi kandungan forum semalam antaranya kita perlulah menghargai ibu kita selagi mereka masih ada. Takkan terbalas jasa mereka kepada kita. Juga, seorang ibu menjaga anaknya dengan harapan utk anak itu membesar dengan sihat sedangkan sang anak menjaga ibu dengan harapan ibu itu cepat mati. Nauzubillahiminzalik.

Oklah, bagi memenuhi tajuk entry di atas, di bawah ini disajikan pai ayam yang dijual budak katering sekolah saya dengan harga sebiji, empat puluh sen a.k.a patkupang.



Jangan marah-marah ye..Nanti cepat tua.

PEACE NO WAR!

Wassalam.

Khamis, Mei 08, 2014

KAPSUL NURANI

Assalamualaikum

Anda suka baca novel?

Tiada masa baca novel? Cerpen suka?

Klu suka, teruskan membaca
.
.
.
.
.

Hari ni nak memperkenalkan sebuah buku kompilasi 50 cerpen daripada 50 penulis yang bagi saya sangat berbakat.

Tadaaaaaaa



Ni salah seorang penulis cerpen yang turut termuat dalam buku ini, Cikgu Huzaini Harun, guru Bahasa Melayu di sekolah saya.

Berminat dengan buku ini? Boleh dapatkan di kedai buku terpilih berhampiran anda atau boleh juga melalui saya..Harga? RM 25.00 je sebuah. Sangat berbaloi-baloi.

Tak percaya? Dapatkan satu sekarang! (^_^)

Wassalam

Rabu, Mei 07, 2014

Apa jadi kalau M.A.L.A.S?

Assalamualaikum

Pagi tadi, masa memandu ke sekolah, saya terfikir tentang tajuk di atas.

Agak-agaknya, apa akan jadi kalau semua orang di dunia ni MALAS?

Orang utara biasanya menyebut malas dengan perkataan SEGAN...Tapi perkataan segan ni ada dua maksud, satu lagi membawa maksud malu. Jadi, sebelum mengecam seseorang itu malas, kena fahami konteks ayat dia dulu.

Kembali kepada topik, cuba anda bayangkan kalau semua orang atas dunia ni malas..agaknya apa akan jadi?

-Nak berjalan malas
-Nak bangun makan malas
-Nak memasak pon malas
-Nak belajar pon malas
-Nak b***k malas

Senang kata,serba serbi pon malas..Rasanya mungkin kita takkan jumpa populasi manusia atas muka bumi ni kalau semua manusia ditakdirkan malas..

Adakah malas suatu penyakit?

Ya!!!Saya yakin malas adalah suatu penyakit. Jadi, kalau dia penyakit mesti ada ubatkan?Betul tak?


Apa ubat malas?

Bagi saya ubat bagi penyakit malas berbeza-beza bagi setiap orang. Ada orang penyakit malasnya sembuh melalui CINTA..Dan rasanya ini ubat yang paling mujarab bagi setiap orang. Cinta dan kasih sayang..

Contohnya,

Penyakit malas beribadat akan sembuh apabila seorang hamba memperoleh cinta atau jatuh cinta kepada Penciptanya..Betul?

Kalau malas belajar macam mana pula?

Jatuh cinta dengan ilmu atau dengan cikgu..hehe..


 Biar betul mama ni?Hmm..Jatuh cinta dengan cikgu?isk!isk!

Oklah, nak sambung kerja.

Wassalam

Selasa, Mei 06, 2014

PERGINYA SEBUTIR BINTANG...

Assalamualaikum

Tiba sahaja di sekolah pagi tadi, saya dikejutkan dengan wasap seorang sahabat.

Takziah buat keluarga Allahyarham Aziz Sattar..Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah.



p/s : Ketiga-tiga seniman di atas sangat berbakat. Sampai sekarang saya masih mengulang tengok lakonan mantap allahyarham bertiga. Semoga segala dosa mereka diampunkan Allah.

Al Fatihah buat seniman Aziz Sattar, Shamsuddin dan P. Ramlee


Wassalam

Isnin, Mei 05, 2014

Petua rawat anak menangis malam

Assalamualaikum

Ada kat sini yang anaknya suka menangis tengah malam?

Dah cek pampers anak,perut tak kembung, gusi tak merah, badan tak panas, tapi masih menangis lagi?

Jom cuba ikhtiar dengan kasturi emas





Tak tau mana nak cari? Cuba dapatkan dari wakil-wakil berhampiran anda..klik SINI

Untuk anak kecil, disyorkan kasturi silver edition a.k.a kasturi putih..baunya lebih lembut dan sesuai utk kulit bayi yang sensitif. Sapukan ke seluruh bahagian nadi anak termasuk di ubun-ubunnya.

Semoga bermanfaat.

Wassalam.

Online Biasiswa BKP/BKPU 2014

Assalamualaikum

Minggu ni akan berlangsung drama Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014.

Pengumuman penting!!!

Khas buat guru biasiswa zon 3, minggu ini minggu kritikal untuk mengisi permohonan BKP/BKPU secara dalam talian

Jom isi di link berikut:

Aplikasi pengurusan bantuan..klik sini : ISI ONLINE!!


Wassalam