Seo Services

Percutian yang hmmm..sukar digambarkan!!!

Khamis, Oktober 30, 2014
Assalamualaikum

Tak tau nak buat tajuk entry kali ni. Tu yang keluar tajuk pelik macam kat atas tu.

Lepas kami sekeluarga panjat Putrajaya tu, kami singgah bermalam di Shah Alam. Kononnya nak bawak anak-anak jalan-jalan tgk lampu kat I-City.

Rupa-rupanya malam tu hujan lebat..so, pekena nasi arab kat Giant dan kemudian bwk budak berdua tu shopping dlm Giannt je..Huhu..mmg sadis!

Harap maaf, gambar-gambar tidak dapat disiarkan atas masalah teknikal.

Majulah nasi arab untuk perut.

P/s: Jeruk pelam dgn asam boi tu mmg betul-betul sedap ek?

Percutian yang hmmm..sukar digambarkan!!! Percutian yang hmmm..sukar digambarkan!!! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 30, 2014 Rating: 5

Anak-anak Kedah ke Putrajaya

Rabu, Oktober 29, 2014
Assalamualaikum

Tahun ini saya dan suami nekad panjat ke Putrajaya untuk mohon pertukaran ke Kedah. Semoga usaha kami tersebut berhasil.

Sebenarnya ni gambar-gambar sekitar perjalanan kami minggu lalu (^_^)








Doakan yang baik-baik ye untuk kami sekeluarga..Semoga hasrat bertugas di negeri kelahiran sendiri setelah 8 tahun merantau diluluskan. Aamiiiin.

Wassalam.
Anak-anak Kedah ke Putrajaya Anak-anak Kedah ke Putrajaya Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 29, 2014 Rating: 5

Fitnah

Isnin, Oktober 20, 2014
Assalamualaikum

Korang perasan tak yang zaman sekarang ni fitnah dan penipuan berleluasa?

Hari-hari kita terima maklumat, gambar, berita hatta kata-kata yang sesetengahnya disandarkan kepada alim ulama mahupun nabi walhal benda tu tak pernah pon diucapkan oleh insan terbabit. Astaghfirullahalazim.

Paling mengerikan apabila tangan kita laju je tekan butang 'share' atau 'forward' sedangkan kesahihan perkara tersebut belum pasti.

Sama juga halnya kita menyebarkan gambar-gambar yang kurang enak dipandang dengan alasan semoga menjadi ikhtibar.

Benarkah untuk peringatan? Atau halwa mata semata-mata?

Nauzubillahiminzalik!

Jomlah kita sama-sama bertaubat dan semoga kita dijauhkan dari golongan yang digambarkan melakukan dosa lebih besar daripada seorang pembunuh!


Wassalam.
Fitnah Fitnah Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Oktober 20, 2014 Rating: 5

Rambut sama hitam,hati?

Khamis, Oktober 16, 2014
Assalamualaikum

Rambut sama hitam, hati?

Korang rasa sama tak?

Semoga hati-hati kita sentiasa bersama-sama ingat Allah sentiasa.

(^_______________^)

Selamat bekerja semua!


Rambut sama hitam,hati? Rambut sama hitam,hati? Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 16, 2014 Rating: 5

Rabu yang blues..

Rabu, Oktober 15, 2014
Assalamualaikum

Semalam member bagitau, dia lalu restoran Mc D tengok dah ramai orang balik. Dulu lengang je..

Aik? Korang dah stop boikot ke?

Rasanya yahudi ni tunggu je kita ralit..nanti dia 'ngap' balik umat Islam di Palestin dan negara-negara Islam yang lain. Tunggu je la klu tak percaya.

Apa-apa pun, yang penting jangan berhenti berdoa. Doa itu senjata mukmin yang paling ampuh.

Wassalam.

Rabu yang blues.. Rabu yang blues.. Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 15, 2014 Rating: 5

Alhamdulillah..

Selasa, Oktober 14, 2014
Assalamualaikum

Setelah sekian lama kegersangan CPUV, dia datang lagi.

Baru dua kali blog saya yang suam-suam kuku ni terima CPUV..Hoho..Malunya >_<

Kawan-kawan jemput klik ye kalau iklan dia keluar. Terima kasih banyak-banyak.

(^_____________________________^)


Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya. Jemput datang lagi setiap hari ye.

Wassalam.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Oktober 14, 2014 Rating: 5

Buah-buahan yang semakin pupus

Isnin, Oktober 13, 2014
Assalamualaikum

Semalam masa dalam perjalanan dari Gopeng pulang ke Langkap, saya terperasan sejenis buah yang sudah lama saya tak lihat dan makan.

Buah tampoi. Sapa yang pernah makan buah ni?

Gambah ehsan dari http://yanml.wordpress.com/2013/01/05/buah-tampoi/

Gambar ehsan dari http://atika13b8341.wordpress.com/2014/02/19/buah-tampoi/

Sekali tengok nampak macam buah setoi tapi buah setoi ni kulit dia lembut dan boleh dimakan(setelah dikupas bhgn luar..sedap sangat kalau cicah dengan sambal belacan..yummy!). Isinya pula masam-masam manis. Berbeza dengan buah tampoi yang hanya isinya boleh dimakan dan rasanya lebih manis biasanya.

Ni gambar buah setoi.

Gambar ehsan dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19880.60

Kedua-dua buah ni memang semakin jarang dan sukar dijumpai. Generasi muda sekarang ni kalau sebut nama dua buah ni memang ramai yang garu kepala.

Anda dah pernah cuba?

Buah apa lagi yang makin pupus ye?JOm kongsikan dengan saya.

Wassalam.
Buah-buahan yang semakin pupus Buah-buahan yang semakin pupus Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Oktober 13, 2014 Rating: 5

Selamat Hari Lahir Permata Hatiku

Khamis, Oktober 09, 2014

Rasa macam baru semalam mama lahirkan anakanda.
9/10/2014 genap dua tahun usia anakanda tercinta. 
Syukur kepada Allah kita sekeluarga masih menghirup udara segar dan berpijak di bumi Allah ini.
Pantas sekali masa berlalu meninggalkan pelbagai kenangan yang indah-indah.
Semoga anakanda Muhammad Rafif Bin Muhammad Nasron membesar dengan sihat dan menjadi insan berperibadi mulia, mujahid pembela agama dan sentiasa mengamalkan suruhan Allah dan menjauhi larangan Nya. 
Selamat hari lahir sayangku.
Mama, abah dan abang sayang adik selalu.
 
Selamat Hari Lahir Permata Hatiku Selamat Hari Lahir Permata Hatiku Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 09, 2014 Rating: 5

Erti pengorbanan

Selasa, Oktober 07, 2014


Erti pengorbanan Erti pengorbanan Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Oktober 07, 2014 Rating: 5

Jumaat terakhir sebelum Aidiladha

Jumaat, Oktober 03, 2014


Apakah ertinya pengorbanan andai tidak didasari iman dan Islam?
 Semoga Allah bantu kita untuk terus berada di jalan-Nya. 
"Ya Allah, jadikan kami hamba MU yang sentiasa teguh keimanan kepada Mu dan jauhilah kami daripada terpesong dari landasan Islam. Jadikan kami hamba Mu yang bersyukur dan jangan kau jadikan kami penentu nasib kami sendiri walau sekadar sekelip mata. Terimalah doa kami ini ya Allah. Aamiiiin."

SALAM AIDILADHA DARI SAYA DAN KELUARGA.
SEMOGA PENGORBANAN KITA DITERIMA ALLAH YANG MAHA ESA.

Wassalam.

Jumaat terakhir sebelum Aidiladha Jumaat terakhir sebelum Aidiladha Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Oktober 03, 2014 Rating: 5

Tajamnya lidah

Khamis, Oktober 02, 2014
Assalamualaikum

Tahniah buat semua pengguna kenderaan bermotor..Minyak dah naik 20 sen..Alhamdulillah..

Bertambahlah pendapatan negara. Selepas ini pasti negara makin maju,aman dan sejahtera

krik..krik..krik..

Mesti korang baca dengan wajah meloya sambil letak tangan kat bahu..toi ke?hmmm

Bersabarlah..Semua ini ujian..huhuhu..(Sedang menangis semasa menaip)

(T ______________________________________ T)

Tengok tajuk pasal lidah..tapi apasal plak cerita pasal minyak ni? Sori..sori..ter'emo' sket..Yelah, kejutan poket sebab tetiba je harga minyak naik hari ni.

Semalam saya buat entry tentang keserabutan saya dan suami yang kena berpindah rumah ni dan betapa kami mengharapkan dapat berpindah ke Kedah.

Sebenarnya dah banyak tahun kami bersabar dengan mulut orang yang suruh rileksla..dudukla sini dulu..merantaula dulu..padahal depa sendiri langsung x pernah merantau. Dah boleh dok rumah sendiri, hutang tak banyak,memang syok je cakap kat orang. Macamla kita ni tak pernah bersabar.
Kata-kata ini memang makan dalam. Semakin disimpan semakin mencarik hati.huhu.

Sebab tulah orang kata lidah ni umpama pedang. Huhu.

Sedih.

 

Malasla nak layan benda negatif ni. Jom kita bermotivasi. Tutup telinga je.

Wassalam.



Tajamnya lidah Tajamnya lidah Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Oktober 02, 2014 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.