Selasa, Februari 17, 2015

Tips marketing 11-20

Assalamualaikum

Maaf lama menyepi. Sejak menceburi bisnes stevia ni, masa untuk berblog sangat terhad.

Syukur alhamdulillah hari ni saya secara rasmi telah menjadi stokis mobile untuk produk dr RCC GLOBAL Sdn.Bhd. bagi kawasan Teluk Intan. Layari www.rcc2u.com utk maklumat produk atau whatapps/pm saya di talian 0135819100 utk keterangan lanjut produk.

Dalam masa yang sama saya masih lagi pengedar sah produk wangian muslim dari Kasturi Emas, ubat resdung herba buatan muslim kemboja dan pengedar produk berasas madu dan habbatussauda dari syarikat PRM Global.

Mesti ada yang kata..amboi cikgu, x ganggu tugas mengajar ke?

Okes..tugas rasmi di sekolah dijalankan dengan sepenuh hati dan in shaa Allah saya masih lagi guru biasiswa sekolah saya dan menguruskan biasiswa untuk 233 orang pelajar setakat hari ini. Syukur kepada Allah yang memudahkan segala tugas dan memberikan masa yang cukup untuk saya menjalankan semua ini.

Antara tips untuk mendapat kelapangan masa:

1. Amalkan solat Dhuha
2. Kerap membaca surah Al-Waqiah
3. Sentiasa membaca dan mentadabbur al-quran
4. Solat awal waktu

Jom pakat amalkan!


Ok, berbalik kepada tajuk..ini salah sambungan tips marketing bagi yang baru menjinakkan diri dalam bisnes..saya catatkan di sini juga untuk panduan saya agar tidak lupa (^_^)

11) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga
Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.
 

12) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu di talian: 
Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.
 

13) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain
Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi "bersama-sama" anda setiap hari?
 

14) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: 
 Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.
 

15) Berikan jaminan wang dikembalikan: 
Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
 

16) Berkawan dengan selebriti radio atau TV: 
Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran.
 

17) Tukar mesej telefon anda :  
Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon anda daripada "Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!", tukarkan kepada "Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05pagi nanti!"

18) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan:  

Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.

19) Lancarkan kempen untuk membuat sesuatu perubahan: 

Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.

20) Menawarkan perundingan atau memberikan ucapan: 

Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.


Dr. Azizan Osman

Nantikan tips seterusnya.

Wassalam

Isnin, Februari 09, 2015

Tips marketing (wajib tahu!)

Assalamualaikum

Sempena tahun 2015 ni yang dijangkakan ekonomi akan semakin merosot, ramai yang mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes. Termasuklah yang menulis 'entry' ini..hehe..

Sebenarnya saya memang minat bisnes dan minat itu semakin bercambah semasa saya memegang Kelab Usahawan Muda sekolah beberapa tahun lepas (boleh rujuk entry tahun 2011 dan 2012)

Okes, hari ni saya nak kongsikan sedikit tips marketing. Jom kita belek sama-sama!

Ini adalah senarai 50 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-

1)Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: 
Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.

Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.

2) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: 

Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju "cheong-sam" serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem "Harry Porter" di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem "Harry Porter" pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan "menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?

Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan "Transformer" dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!




3) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: 
Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

4) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa :  

Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling "power" di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

5) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: 

Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan "database" pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program "Seminar Marketing Power" saya nanti.

6) Tambah maklumat baru di laman web anda:  

Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

7) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog.  

Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: 

 Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

9) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : 

Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya".

10) Rakamkan video anda di YouTube:
 

Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

Perkongsian ilmu daripada Dr Azizan Osman

Nak tahu lebih lanjut?

Tunggu 'entry' seterusnya ye (^_^)

P/s: Sapa berminat nak tahu lebih lanjut tentang bisnes stevia (modal ciput untung ribut) jom whatapps saya(0135819100-basariah)..saya bimbing anda sampai berjaya, in shaa Allah (^_^)





Wassalam



Rabu, Februari 04, 2015

Pengalaman operate (Akhir)

Assalamualaikum

Saya dah janji hari tu nak cerita pengalaman pertama kali di Hospital Pantai Ipoh. Okes, ni nak tunaikan janji.

Sebaik kami sampai di hospital tu, kami anak beranak ni memang sangat 'blur'. Syukurlah pekerja di bahagian pertanyaan sangat peramah dan baik. Saya diminta ke bahagian kecemasan untuk berjumpa doktor di situ.

Dari situ, saya dihantar untuk bertemu doktor pakar pembedahan, Doktor Sumithra di tingkat 2. Okes..kat sini dah mula rasa berdebar-debar. Anak-anak saya yang tak tahu apa tu, seronok main dan membisingkan aras 2 tu..Sabar je la..(T T)

Jumpa doktor, tunjuk tempat sakit dan memang dia kata perlu dibedah. Dia tanya saya samada dah makan atau belum dan sanggup tak tunggu sampai Isnin. Of course not! Saya nak p sekolah lagipun dah sakit sangat..tak sanggup nak tunggu.

Makanya, saya disediakan untuk dibedah pada hari tersebut juga. Mula-mula saya dihantar ke bilik menunggu. Segala barang kemas dan pakaian ditanggalkan dan saya perlu pakai pakaian hospital. Masa ni kesian tgk suami saya yang terpaksa melayan dua anak saya yang 'cergas' tersebut, terutama yang kecik. Nampak gaya, dia terpaksa cari hotel utk bermalam dengan mereka kerana saya terpaksa bermalam di wad untuk satu malam.

Tidak lama menanti, saya diusung dengan kerusi roda untuk ke bilik bedah. Mula berdebar-debar dah masa ni. Dari kerusi roda, dipindah pula ke atas katil. Masa berbaring menunggu giliran tu, mulut memang tak lekang dari zikir dan doa..Huhu..rasa dekat sangat dengan tuhan masa tu.

Ok, masanya telah tiba. Saya ditolak masuk ke bilik bedah. Hidung dan mulut ditutup dgn alat pernafasan dan saya mula mengantuk dan ok..gelap..Opps..sempat mengucap sebelum tutup mata tu..in case dah tak bangun lagi dah..huhu..

Sedar sahaja, saya terbaring di atas katil menanti untuk dipindahkan ke wad. Blur sangat masa ni. Kepala rasa pening dan berpusing-pusing. Badan rasa sangat letih nak angkat tangan pon x larat.

Sampai di wad, memang saya terus tidur. Dalam fikiran (walaupun mata pejam) antara ilusi dan fantasi asyik fikir pasal belum solat. Huhu..nanti kena qada. Terjaga dalam pukul 4 kot, nak ke tandas rasa pening terpaksa panggil nurse utk papah. Nampak bintang-bintang banyak betul masa tu.

Pukul 6 macam tu datanglah anak-anak dan suami. Terus riuh wad tu. Saya ditempatkan wad yang ada 4 katil. Masa anak-anak sampai tu saya baru selesai makan nasi dan makan ubat. Kesian betul tgk suami masa tu. Letih dia. Anak saya yang kecik naik atas katil dan menyusu. Untuk info,anak kecik saya ni walaupun dah 2 tahun 3 bulan, masih menyusu badan.

Dalam pukul 7mlm macam tu depa pun beredar. Maka tinggallah saya di wad dengan 3 pesakit lain. Dua cina, seorang melayu. Memang tiada mood nak bersembang masa tu sbb rasa sakit dan pening. Saya terus tertidur keletihan.

Pukul 10 malam saya terjaga dan rasa segar. Masa tu cuma ingat nak solat. Saya bangun ke tandas dan ambil wudhuk. Dan saya solat jamak takhir (sebab dah niat sblm tertidur). Sambung tidur semula.




Tetiba saya terjaga sebab terdengar kekecohan. Segera saya tengok jam di telefon (suami hantar telefon) petang selepas selesai operate tu. Baru jam 4 pagi! Nurse datang cek tekanan darah dan suruh makan ubat. Mati-mati saya ingat dah subuh. Saya sambung tidur.

Bunyi bising orang bercakap mengejutkan saya sekali lagi.Tengok jam dah pukul 8 pagi! Allahuakbar! Saya terlepas solat subuh. Huhu..menangis saya dalam hati (T T) Saya kena qada solat lagi.

Nurse datang kemaskan katil. Selepas mereka selesai, saya ke tandas dan bersihkan diri. Dalam pukul 10 pagi doktor datang dan periksa luka serta keadaan saya. Doktor buat 'dressing' baru dan bagitau saya dah boleh keluar pada hari itu juga.

Saya yang gembira sangat segera telefon suami dan bagitau yang saya dah boleh keluar. Sumai pun datang dengan anak-anak. Rupa-rupanya..kena tunggu bill siap pula dan pengesahan dari pihak insuran. Katanya dalam 2-3 jam.

Saya teman suami dan anak-anak makan di kafe hospital. Kemudian saya naik semula ke wad. Mereka pula kembali ke hotel untuk bersiap dan check out.

Makanan tengahari dihidang sekitar jam 12. Saya makan dan tunggu lagi samada bil dah sedia. Suami saya tiba jam 2 petang bil masih belum sedia. Maka dia pergi dan uruskan juga untuk kami boleh pulang segera. Kami perlu bayar deposit tambahan rm200. Lupa nak bagitau, masa masuk hari tu kena juga bayar deposit rm200. Makanya, total kami bayar rm400.

Kami selamat sampai ke rumah hampir jam 7 malam.Letihnya saya terus baring dan berehat.

Keesokannya, barulah hospital telefon dan bagitau bil dah sedia! Bayangkan, kalau kami tunggu, mmg kena bermalam semalam lagi..huhu..sabar jela.

Insuran hanya cover 90%, kami perlu bayar 10%. Seluruh proses ni melibatkan rm3k++..maka kami perlu tambah rm300++ yang akan ditolak terus daripada wang deposit.

Kami terima baki wang kami tu selepas temujanji dengan doktor pakar tersebut pada hari Sabtu minggu seterusnya.

Ok, selesai (^_^)

Kesimpulannya mcm ni..hmm..

Layanan jururawat: 3/5 bintang
Layanan doktor: 3/5 bintang
Kebersihan dan faciliti hospital: 4/5 bintang
Layanan kaunter: 3/5 bintang

Wassalam