Seo Services

Terbabas...

Selasa, Ogos 18, 2015
Assalamualaikum

Pagi tadi berlakulah satu insiden yang menyayat hati..

Setelah sekian lama berjaya menempatkan diri sebagai guru dengan kehadiran awal dan bagus ke sekolah (ewah..perasan!), pagi tadi, i'm late!!!!!!

Ni semua salah dak gemok yang dah tak berapa nak gemok sekarang ni..Disebabkan dia mengigau sepanjang malam siap mimpi dan tendang2 lagi,makanya bunyi loceng telefon yang selalu mengejutkan di awal pagi langsung tak didengari. Terjaga pon disebabkan rasa lama sangat tidur..dan ternampak cahaya mentari pagi..huhuhuhuhu... (T_________________________T)

Pesalah yang memakai baju putih di belakang tu ye..gambar terbaru tidak sempat dirakam..Yang pasti sudah tidak segemuk dahulu. Yang di depan masih mengekalkan kemontelannya.

Dengan gaya ultraman taro, cepat2 bangun bersilat mandi seadanya, solat subuh gajah dan zaaaaaassss memandu ke sekolah. Syukur sempat sampai sebelum jam 8.00 pagi. Dah gaya orang kerja opis gayanya..hohohohohoh...

Okes, pagi tadi minum air gula ok..minggu depan berdebar menunggu keputusannya plak. Kali ni dah baik sket masa minum tu. Tapi sempat gak muntah se'round' kat sekolah. Gila ke hapa, perut kosong minum ayaq gula..Jangan marah ye para misi dan para doktor.. Memang dah cenggitu kekdahnya kan..Ku redho jela..Peace no war.

Tu je la..hari ni kelas bermula petang. Pagi ni selesaikan kerja2 sampingan lain. Next week dah mula peksa.

Wassalam.


Terbabas... Terbabas... Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Ogos 18, 2015 Rating: 5

Kambing punya cerita

Isnin, Ogos 17, 2015
Assalamualaikum

Semenjak dah lalu makan ni, tekak ni suka sangat makanan barat..yang peliknya kambing yang menjadi idaman..

Tengok ayam dah naik jemu dan loya tekak rasanya.

Satu set 'lamb chop' di restoren berharga antara rm15-rm20.. Aduss..boleh kapak macam ni.

Nak 'marinate' sendiri tak lalu rasanya..kang daripada rasa nak makan jadi xlalu plak nak makan.

Semalam ke pasaraya Giant, kebetulan ada kambing yang dah sedia diperap..ambil satu set..suami yang tlg panggangkan..tu pon baunya buat kepala naik pusing.

Bahaya tak ye kalau ibu mengandung makan daging kambing hari-hari?

credit kpd web ni http://www.9lucu.com/foto-lucu-kambing/

Wassalam
Kambing punya cerita Kambing punya cerita Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Ogos 17, 2015 Rating: 5

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Khamis, Ogos 13, 2015
Assalamualaikum

Esok merupakan hari terakhir di bulan Syawal.
Harapnya belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog 'Anak Kedah'. Maaf sekiranya ada tulisan yang mengguris hati, perasaan mahupun terambil gambar dan info2 dari mana2 blog dan lupa untuk memberi kredit kepada penulis asal. Maafkan segala kekhilafan saya.

Maaf zahir dan batin dari saya.

Kosong-kosong ye

(^______________________)


Gambar sekitar majlis sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Kalau terer cuba cari saya kat mana..hehe..

Wassalam.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Ogos 13, 2015 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.