Sabtu, Oktober 31, 2015

M.O.N.E.Y

This is a good one!

Money has different names!!!

In temple or church, it's called donation.

In school, it's fee.

In marriage, it's called dowry.

In divorce, alimony.

When you owe someone, it's debt.

When you pay the government, it's tax.

In court, it's fines.

Civil servant retirees, it's pension.

Employer to workers, it's salary.

Master to subordinates, it's wages.

To children, it's allowance.

When you borrow from bank, it's loan.

When you offer after a good service. it's tips.

To kidnappers, it's ransom.

Illegally received in the name of service, it's bribe.

The question is, "when a husband gives to his wife,what do we call it???"

ANSWER:
Money given to your wife is called DUTY, and every man has to do his duty
because wives are not DUTY FREE

Jumaat, Oktober 30, 2015

Jumaat yang indah

Kata Imam al-Syafie. Seorang yang berhemah tinggi itu dapat dilihat dalam empat perkara.

1. Menyembunyikan kemiskinannya.
Sehingga manusia menyangka bahawa dia antara mereka yang mendapat banyak nikmat.

2. Menyembunyikan kemarahannya.
Sehingga manusia menyangka bahawa dia menerima segalanya.

3. Menyembunyikan kesakitan.
Sehingga manusia menyangka bahawa dia sihat.

4. Menyembunyikan kesusahan.
Sehingga manusia menyangka hidupnya senang.


Khamis, Oktober 29, 2015

Konsep rezeki

Assalamualaikum

Saya menerima whatapps drp seorang rakan tentang konsep rezekinyang sgt menarik. Jom kita baca dan hayati sama-sama (^_^)

KONSEP REZEKI ..

.. Konsep Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

.. Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.

Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.

Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

.. Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.

Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

.. “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?

.. Konsep Rezeki Keempat

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?

Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

.. Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.

Allahumma solli ala sayyidina muhammad
#muhasabahdiri

Rabu, Oktober 28, 2015

Kesian cikgu.. (T T)... eh sayalah tu! huhu

Assalamualaikum

ULASAN Di Parlimen semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid diminta menyatakan langkah kerajaan bagi mengurangkan bebanan kerja luar hakiki bagi lebih 500,000 guru supaya tugasan hakiki sebagai pendidik tidak terjejas.

Beliau menjawab, kerajaan melaksana projek rintis untuk mengambil pembantu guru Gred N17 di Melaka dan Kedah, hasil penubuhan sebuah jawatankuasa kaji beban guru pada 2010.

Walaupun jawatankuasa ini telah ditubuhkan lima tahun dulu, tetapi pengambilan pembantu ini menerusi projek rintis hanya dilaksanakan di dua buah negeri – Kedah dan Melaka setakat ini.

Apabila ditanya lebih lanjut, Menteri Datuk Seri Mahdzir menjawab, program ini hanya akan dilaksanakan ke seluruh negara jika mendapat kelulusan menteri kewangan.

Jika melihat trend pemotongan peruntukan dana bidang pendidikan dalam Belanjawan 2016 , kita wajib khuatir dengan komitmen perdana menteri merangkap menteri kewangan dalam mengutamakan pendidikan anak-anak kita.

Justeru, saya bimbang para guru akan terus terbeban gara-gara keutamaan menteri kewangan yang terpesong.

Warga pendidik kini terjejas akibat bebanan akibat pelaksanaan dasar dan program yang tidak tepat atau tidak cekap.

‎Sebelum ini Bank Dunia telah mengeluarkan sebuah laporan yang bertajuk 'Malaysia Economic Monitor: High Performing Education.'

Antara lain laporan itu telah menyimpulkan bahawa, di Malaysia, guru bukan sahaja diharapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), malah ditugaskan untuk menjalankan aktiviti ko-kurikulum, aktiviti pembangunan profesional, dan program penglibatan ibu bapa.

Warga pendidik negara dibebankan dengan tugasan kerja setinggi 57 jam seminggu. Pun begitu, peruntukan masa untuk aktiviti P&P di Malaysia hanyalah di antara 2.4 dan 2.9 jam di dalam bilik darjah.

Jumlah masa ini adalah 40 peratus lebih rendah dari masa purata bagi negara Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).

Sebagai perbandingan, guru di New Zealand dan Indonesia mempunyai masa P&P setinggi 5 jam sehari, dan di Korea Selatan mempunyai masa P&P 4.1 jam setiap hari.

Selain itu, guru-guru juga terpaksa melaksanakan tugas-tugas perkeranian seperti mengisi kad laporan pelajar, memantau kedatangan pelajar dan juga mengisi data dalam sistem.

Kerja pentadbiran menggunakan sehingga 30 peratus daripada masa para guru. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula memaksa guru-guru bersengkang mata untuk memasukkan data pelajar.

Akibatnya, guru-guru di Malaysia bekerja di antara 40 hingga 80 jam seminggu sehinggalah sistem bertukar kepada versi "offline".

Sistem pendidikan negara hanya boleh dipertingkatkan jika guru dapat kembali mengajar. Hanya pendidikan yang mampu memacu Malaysia mencapai sasaran untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.

Frederico Gil Sander, Pakar Ekonomi Bank Dunia mendukung kenyataan ini dengan menyatakan bahawa masalah pendidikan di Malaysia adalah jauh lebih parah daripada masalah peningkatan hutang isi rumah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib wajib melunaskan segala permohonan kementerian pendidikan untuk mengembalikan kegemilangan pendidikan negara, bukannya menumpukan belanjawan hanya di bawah jabatannya sendiri yang meningkat saban tahun.

Kembalikan tugas hakiki warga pendidik. Para guru adalah para pengajar. Masa depan negara tergantung dengan kualiti guru yang akan mewarnai kualiti generasi anak-anak Malaysia.

Selasa, Oktober 20, 2015

Kesibukan hujung tahun kembali

Assalamualaikum

Sekejap je rasa dah semakin menuju ke hujung tahun 2015.

Di sekolah, ini merupakan fasa getir terutama bagi kami guru sekolah menengah. Sebaik selesai PT3, persediaan untuk pecutan SPM dan STPM pula menyusul.

Dalam masa-masa kritikal inilah pula munculnya pelbagai program yang menyesakkan otak dan dada serta mencuri lagi masa yang umpama telur di hujung tanduk ini.

Ok, jom sambung kerja.


Wassalam.

Sabtu, Oktober 17, 2015

Minyak asma/lelah mujarab..in shaa Allah

Assalamualaikum

Lama tak update blog ini..sibuk dgn urusan di sekolah dalam masa yg sama menguruskan beberapa cabang perniagaan yang menambah baik nilai hidup sendiri dan insan lain..in shaa Allah..

Hari ini saya nak kongsikan satu produk daripada supplier ubat resdung herba mujarab saya.. produk ini mendapat maklum balas yang positif daripada para pelanggan saya setakat ini..syukur alhamdulillah..semoga dapat membantu anda yang lain di luar sana (^_^)

Kisah benar~

Saya ingin kongsikan cerita semasa anak saya berumur 2 tahun mengalami batuk dan lelah yang kuat sehingga terpaksa sedut dengan mesin Nebulizer seminggu sekali di hospital.

Doktor membuat rawatan sedut lendir, nebulizer, ubat-ubatan dan lain-lain. Selepas itu, kesihatannya alhamdulillah sihat. Namun, bila umurnya 3 tahun lebih, anak saya diserang batuk dan seterusnya muntah beberapa kali. Bila di bawa ke klinik, doktor beritahu ianya lendir dan batuk biasa.

Doktor terus-menerus memberikan nebulizer kerana katanya bahaya bila semput. Oksigen boleh terhenti ke otak. Dari saat itu baru saya sedar yang anak saya ada semput.

Kebetulan pada hari saya bawa anak saya untuk sedut di hospital, ada seorang nurse simpati sangat melihat anak saya. Dia pun ceritakan pengalaman anak dia pun pernah mengalami situasi yang sama.

Dia suruh saya cuba ubat kampung. Dia hadiahkan pada saya satu botol minyak kampung tradisional, mana tahu minyak ini sesuai dengan anak awak, katanya. Sebab sebelum ini anak dia pun pakai minyak ini. Alhamdulillah dah tak semput lagi.

Tanpa fikir panjang sebab terlalu risau dengan kesihatan anak saya. Saya ambil dan ucapkan ribuan terima kasih kepada Nurse itu.

Dipendekkan cerita dalam masa seminggu secara istiqamah saya pakai pada anak saya, setiap kali lepas mandi. Pakai di dada, leher, tengkok, belakang dan tapak kaki. Alhamdulillah lelah anak saya semakin berkurang.

Dari seminggu sekali anak saya datang lelah, kini beransur ke sebulan sekali dan kini Alhamdulillah sudah semakin pulih sepenuhnya, dan tak perlu lagi ke hospital untuk sedut gas dengan mesin Nebulizer. Syukur sangat-sangat kepada Allah kerana minyak ini sesuai dengan anak saya.

Jika anak-anak kita batuk, sapu saja minyak akar kayu ini di atas tengkuk. Insya Allah baik… Semuanya dengan izin Allah samada minyak ini sesuai atau tidak dengan anak-anak kita.

Alhamdulillah anak saya sudah baik sepenuhnya dari batuk dan lelah (asma) yang teruk. Yang penting kita sebagai ibu bapa jangan putus berusaha berdoa dan ikhtiar untuk pastikan anak-anak kita sihat sejahtera.

Masa anak pertama saya kena lelah dulu memang tak sanggup nak tengok, muntah-muntah hinggakan terpaksa letak mangkuk di tempat tidurnya.

Apa-pun saya nak ucapkan jutaan terima kasih Nurse itu sebab kenalkan saya minyak tradisional ini. Sekarang minyak ini wajib ada dalam rumah saya. paling tidak pun 10 botol utk semua anak-anak. Kerana minyak ini sesuai untuk bayi baru lahir hingga ke peringkat dewasa.

P/S: Minyak Akar Kayu Lelah Atau Asma Ini Dijamin Halal Dan Selamat. Kerana Ianya Diproses Oleh Seorang Pakcik Di Kampung Yang Sentiasa Mengamalkan Perubatan Tradisional Asli.

Jika berminat untuk dapatkan minyak ini..boleh hubungi saya melalui whatapss 0135819100


Isnin, Oktober 05, 2015

Jerebu..hikmah atau musibah?

Assalamualaikum

Sekadar perkongsian yang diperolehi melalui whatapps seorang teman..jom baca..semoga beroleh manfaatnya..


"Teringat pada ucapan himpunan mingguan (khutbah jumaat) oleh khatib di Masjid As-Solihin Padang Jawa pada 18 September yang lalu, "Kita sibuk mencari siapakah yang bertanggungjawab membakar hutan di Indonesia akan tetapi kita tidak menghiraukan siapakah yang mengawal angin membawa asap hingga ke Malaysia, siapakah yang menentukan bencana, siapakah yang berkuasa ke atas setiap ketentuan; iaitu Allah swt". Khatib yang menyampaikan khutbah tanpa teks tersebut juga mengaitkan suasana semasa dengan peristiwa yang tercatit dalam Surah Ad-Dukhan (Surah Asap). "Jerebu adalah bala daripada Allah dan bukan sekadar fenomena alam biasa", ayat-ayat tersebut masih lagi segar walaupun setelah 9 hari.
.
Sukar untuk diterima, namun hakikatnya manusia masa kini (khususnya umat Islam) semakin jauh dari cara hidup sebenar (Islam). Dari sudut Sains dan ilmu pengetahuan yang berfokuskan fakta sebab dan akibat, memang tidak dinafikan asap jerebu tebal disebabkan pembakaran hutan luas dan terbuka seterusnya Malaysia turut menerima kesan jerebu diakibatkan oleh pergerakan angin. Dari sudut pandang ilmu pengetahuan tersebut, amat mudah untuk kita terus menyalahkan mereka yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan tersebut.
.
Namun demikian, tidaklah lengkap ilmu pengetahuan tanpa ilmu pengenalan. Bertepatan dengan pandangan Syed Naquib al-Attas terhadap ilmu yang perlu dilengkapi dengan husul (tiba makna dalam diri) dan wusul (tiba diri pada makna), umat manusia beruntung kerana dapat  al-Quran, "kitab yang tiada keraguan padanya" (2:2), sebagai sumber utama dalam menghadirkan diri pada makna.
.
Berbalik kepada konteks ilmu pengenalan mengenai jerebu, kejadian ini merupakan satu bala, ancaman dan peringatan dari Allah azza wa jalla. Ucapan ceramah daripada Almarhum Ustaz Fadzil Noor pada 2 dekad lepas antara teks mengenai bala jerebu yang popular dikongsi di internet. Beliau yang dalam ucapannya telah menghuraikan kisah kaum terdahulu di dalam Surah ad-Dukhan, turut menyimpulkan kejadian jerebu berpunca daripada kemaksiatan dan kederhakaan manusia dalam menuruti perintah Allah.
.
Justeru, kita seharusnya saling menasihati dan mengingati untuk kembali kepada cara hidup Islam dari segala aspek termasuk kemasyarakatan, politik, perundangan dan kewangan.
.
Adakah kita yakin mengikuti Islam andai fitnah/syak/mengumpat menjadi buah mulut dan andai status/pangkat/bangsa menjadi penghalang silaturrahim?
Adakah politik kita menepati Islam andai khianat dan pecah amanah menjadi kebiasaan serta penipuan menjadi perkara halal?
Adakah perundangan kita mengikuti syariat Allah andai hukum Islam tidak digazetkan dan andai terdapat golongan yang kebal daripada perundangan?
Adakah kewangan kita menuruti Islam sepenuhnya jika melakukan transaksi dengan perusahaan patuh syariah tanpa menggunakan matawang dinar?
.
.
(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama. Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan. (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!. [Ad-Dukhan 44:9-12]
.
Jerebu bukan hanya bala, ia juga sebagai peringatan. Andai kita tidak mengambil iktibar, tunggulah saat jerebu yang berlarutan sehingga 40 hari."