Rabu, November 18, 2015

Kisah Inspirasi

Seorang wanita bekerja di kilang daging. Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku, akan tetapi nasibnya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.
Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.

5 jam kemudian, sedang dia dalam helaan kesejukkan, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk beku itu. Nasibnya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Setelah itu, perempuan itu bertanya pak guard itu bagaimana dia boleh buka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.

Pakcik itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 30 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi awak adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari anda meninggalkan kerja. Kebanyakan dari mereka melayan saya seolah2 saya tidak pernah wujud.

Hari ini, sebagaimana anda bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas "Hello" atau "Assalamualaikum". Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan "Bye. Selamat Malam. Jumpa lagi esok". Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang.
Setiap hari saya akan mengharap sapaan dari anda kerana anda mengingatkan bahawa saya masih seorang insan. Dengan tidak mendengar ucapan selamat malam hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang terjadi.
Sebab itu, pakcik mencari awak di merata tempat.

Pengajaran untuk diri:
Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan. Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi.

Mari kongsi kepada semua untuk inspirasi...


Isnin, November 16, 2015

Marina Island Resort and Hotel

Assalamualaikum

Berkesempatan meluangkan cuti hujung minggu bersama keluarga di marina island ni..best rupanya tempat ni..

Pertama kali menjejak ke sini atas urusan kerja sang suami..dapatlah saya dan ank2 tumpang sekaki rehat sambil menikmati keindahan pulau buatan ini.

Bilik hotel merangkap apartment memang luas dan berbaloi dengan harga yang dikenakan. Tidak sukar juga untuk mencari tempat untuk menjamu selera lantaran restoran yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.

Ok, sekiranya anda mencari tempat untuk bercuti, bolehla cuba untuk ke sini.. (^_^)




Ahad, November 01, 2015

Ikhtibar dari angin

Assalamualaikum

Jom layan kisah ini (^_^)

☝🏻👳🏻
Sedikit renungan untuk kita semua hari ni...

Seekor monyet sedang bergayutan di pucuk pohon kelapa...

Dia tdk menyedari  ia sedang diintai oleh tiga angin besar.........

Angin Taufan..
Angin Tornado....
Angin Bahorok......
       
Tiga angin itu rupanya sedang bertaruh siapa yg paling cepat menjatuhkan si monyet dari pohon kelapa...
         
Angin Taufan berkata, "Aku cuma perlu waktu 45 detik..."
        
Angin Tornado tidak mahu kalah, "kalau aku  cukup dgn 30 dtk..."

Angin Bahorok, dengan nada mengejek berkata, "kalau aku. 15 detik, pasti jatuh si monyet tu..."

Lalu dimulailah pertaruhan diantara mrk bertiga......

Angin Taufan yang pertama, dia tiup angin sekencang-kencangnya...
Wuuss.......
       
Merasa ada angin yg bertiup kencang, si monyet lalu berpegangan pada batang pohon kelapa dengan sekuatnya...
         
Stlh berusaha meniupkan anginnya dg keras, ternyata si monyet tetap tdk bergerak...
Dan Angin Taufan pun menyerah...
        
Giliran Angin TORNADO... Wuuusss… Wuuusss…
........
Ia juga meniupkan anginnya lebih keras..dengan sekencang-kencangnya...
Namun si monyet tetap tidak terjatuh juga...
         
Terakhir, Angin BAHOROK. Lebih keras dan kencang... Wuuuss… wuuuss...wuuss...
............
Si monyet malah makin kuat berpegangannya...
Dan tetap saja tidak jatuh
         
Ketiga angin itu akhirnya mengakui, kalau si monyet memang hebat..
Kuat & daya tahannya luar biasa...
       
Tidak brp lama, 
tiba2 datang pula Angin Sepoi - Sepoi

Dia mengungkapkan keinginannya untuk turut sama bertaruh...

Ternyata niat angin sepoi-sepoi hanya dijadikan bahan ejekan dari ketiga angin lainnya...
         
"Angin yg besar spt kami pun tdk boleh, apalagi yang kecil..."
....................
Tanpa banyak bicara, angin SEPOI-SEPOI terus meniup ubun-ubun si monyet.
        
Wuuuuuiiiisss…
........
Enaaaaaak.....
Sedaaaaap…..
Segaaaaar..
Mata si monyet...makin kuyu...
Tdk lama si monyet mula tertidur...dan tanpa disedari terlepaslah pegangannya...
Kemudian, jatuhlah si monyet dari pohon kelapa...
     
    
Sahabat, ................
Boleh jadi...ketika kita,
Diuji dengan KESUSAHAN…
Dicuba dengan PENDERITAAN…
Didera MALAPETAKA...
Kita kuat bahkan kuat dari sebelumnya.

Tapi ketika kita diuji dengan.....
KENIKMATAN...
KESENANGAN..
KELIMPAHAN.....
PUJIAN................

Saat itulah kita "terjatuh"...
 janganlah sampai kita terlena...
Tetap rendah hati dan awas diri...

Ingatlah hidup kita di dunia ini hanya sementara..😔 semoga Allah pelihara kita