Khamis, Disember 31, 2015

SELAMAT TINGGAL 2015, SELAMAT DATANG 2016!!!

🌾Assalamualaikum

🌾Berkata Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu:
🌾Setiap kali datang nya tahun baru
🌾Membuat daku risau dan resah selalu
🌾Kerana semakin singkat umur ku
🌾Semakin dekat ajal ku
🌾Semakin tipis pengampunan ALLAH terhadap ku
🌾Dan semakin dekat nya hari perhitungan ku.

🌾Selagi ada KEHIDUPAN
🌾UMUR adalah KESEMPATAN
🌾MUDA lah dengan KESUNGGUHAN
🌾DEWASA lah dengan PENGAJARAN
🌾TUA lah dengan PENGALAMAN
🌾LAPANG lah dengan KEMAAFAN
🌾SIBUK lah dengan KEMANFAATAN
🌾KAYA lah dengan KEBAIKAN
🌾MISKIN lah dengan KEBENCIAN
🌾KUAT lah dengan KESABARAN
🌾HIDUP lah dengan KETAATAN
🌾MATI lah dengan KEIMANAN
🌾Dan BERBAHAGIA lah dengan BAIK SANGKAAN
🌾InsyaAllah...

        Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab..    
          🚧🚧🚧🚧🚧🚧🚧      
          Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.  
          🚧🚧🚧🚧🚧🚧

Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.      
          🚧🚧🚧🚧🚧🚧🚧

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga  

Subhanallah....




Ahad, Disember 27, 2015

Resepi burger Malaysia dan donut tanpa gula dan telur!!!

Assalamualaikum

Alhamdulillah ptg td berjaya buat burger Malaysia dan donut tanpa guna gula dan telur. Ok, sy kongsikan resepinya ye.

Bahan A:
Sepeket yis kering
Secawan air suam
2 sudu madu

Bahan B:
3 cawan tepung gandum (saya guna bakers choice)
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik
3 sudu minyak masak
Setitis stevia sebagai pemanis(ikut suka xletak pon xpa)

Cara2:
1. Satukan semua bahan A dan biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih.
2. Satukan bahan B dalam satu bekas lain. Gaul sebati.
3. Satukan bahan A dan bahan B. Tak perlu nak uli bagai, cuma pastikan bahan A dan bahan B bersatu dengan baik. Klu kering sangat, tambah air sket2 sampai jadi doh.
4. Biarkan adunan dalam 30 minit. Seeloknya tutup dgn kain lembap.
5. Selepas tgk doh dah naik, tumbuk2 keluarkan angin. Tambah sket2 tepung gandum dan uli sampai tak melekat kat tgn. Jangan banyak sgt nnt keras.
6. Bulat2 kan doh kemudian gelek sket pastu tekap dgn cawan. Saya guna cawan plastik je.
7. Biar doh rehat sekejap dlm 5 ke 10 minit barulah mula menggoreng.
8. Bila dah goreng, biar sejuk sket sebelum dibelah tgh dan dimasukkan dengan inti sambal ikan bilis. (Resepi sambal sy xbgla ye sebab ramai dah pandai buat kan? Saya memang guna stevia sbg pemanis..gula dah xguna langsung kecuali gula perang..tu pon sekali sekala)



Untuk donut, cuma pastikan korang buat lubang kat tengah ye sebelum goreng. Lubang buat besar sket, klu kecik, bila dia kembang akan tertutup..pastu bila goreng hilang terus lubang tu..huhu..

SELAMAT MENCUBA!!!

psst..resepi ni memang sedap..hehe..rugi sapa tak try..lembut dan gebu je doh tu..

Nak beli stevia? Pm saya ye 0135819100(basariah) @ 0134801900 (nasron)





Fakta ni kita kena tau!

Seorang aktivis Syiah di Iraq menulis:

Kita ini bangsa tak tahu malu. Fakta sejarah tidak bisa dilupakan.
✅Siapa yang membuka Syam, Irak, dan Persia ? Umar b. Khattab, sunni.
✅Siapa pembuka negeri Sind, India dan negeri di seberang dua sungai ? Muhammad b. Qasim, sunni.
✅Siapa yang membuka Afrika Utara? Qutaibah b. Muslim, sunni.
✅Siapa yang membuka Andalusia? Thariq b. Ziyad, sunni, dan Musa b. Nushair, sunni.
✅Siapa yang membuka Konstantinopel? Muhammad alfatih, sunni.
✅Siapa yang membuka Sicilia? Asad b. Furat, sunni.
✅Siapa yang membangun peradaban Andalusia dan menjadikannya menara ilmu? Para khalifah dari Dinasti Umayah Kedua, sunni.
✅Siapa yang memimpin umat islam di Hittin? Shalahuddin alAyyubi, sunni.
✅Siapa yang memimpin umat islam di ‘Ain Jalut dan mengalahkan Tatar? Saifuddin Quthz dan Rukunuddin Baybers, sunni.
✅Siapa yang meluluhlantak kepongahan Spanyol di pedesaan Maghrib? Abdul Karim alKhattaby, sunni.
✅Siapa yang memaksa Italia untuk berfikir ulang menjajah Libia? Umar alMukhtar, sunni.

Dan yang mutakhir,
✅Siapa yang membenam rusia di Chechnya dan membukakota Ghazwini? Khattab, sunni.
✅Siapa yang menyungkurkan wajah NATO di tanah Afghanistan? Kaum sunni.
✅Siapa yang memaksa Amerika keluar dari Irak? Kaum Sunni.
✅Siapa yang mengelamkan tidur Zionis Yahudi di Palestina? Ahmad Yasin, sunni.

Lalu, Syi’ah, apa yang kita lakukan? Apa yang kita wariskan kepada anak-anak kita?

😱Siapa yang mengkhianati Husein ketika mendorongnya keluar untuk berperang lalu meninggalkannya di Karbala? Al-Mukhtar as-Tsaqofy, Syi’ah.
😱Siapa yang mengkhianati khalifah Abbasi ar-Radhy Billah? Al-Buwaihiyun, Syi’ah.
😱Siapa yang membantu Tatar masuki Baghdad? Ibnu al-‘Alqomy, Syi’ah.
😱Siapa yang merestui dan membenarkan kelakuan Hulako? Nashir atThusi, Syi’ah.
😱Siapa yang membantu Tatar ketika menyerang Syam? Kaum Syi’ah.
😱Siapa yang berkomplot dengan Ifrinj (Eropa) melawan umat Islam, Fathimiyun, Syi’ah.
😱Siapa yang mengkhianati sultan Saljuk? Tughrul Bek alBasasiry, Syi’ah.
😱Siapa yang membantu tentara Salib untuk menguasai Baitul-Maqdis? Ahmad b. ‘Atha’, Syi’ah.
😱Siapa yang merencanakan pembunuhan Shalahuddin? Kanzu’l-Daulah, Syi’ah.
😱Siapa yang menyambut Hulako di Syam? Kamaluddin b. Badr atTiflisi, Syi’ah.
😱Siapa yang mencuri Hajar’al-aswad dan membunuh para haji di tanah Haram? Abu Thahir alQarmathi, Syi’ah.
😱Siapa yang membantu Muhammad Ali ketika menyerang Syam? Kaum Syi’ah.
😱Siapa yang membatu Napoleon menyerang Syam? Kaum Syi’ah.

Dan terbaru,
😱siapa yang menyerang markaz-markaz Islam di Yaman? Kaum Hutsi, Syi’ah.
😱Siapa yang merestui perang Amerika di Irak?  Sistani dan alHakim, Syi’ah.
😱Siapa yang memberkati perang tentara Salib di Afghanistan? Iran, Syi’ah.
😱Siapa yang memerangi revolusi rakyat Suriah di negeri Syam? Syi’ah Iran, Irak, Afghan dan tentara syi’ah bayaran lainnya.
😱Siapa yang mengatakan: Kami bersama Burma memerangi terorisme? Najad, Syi’ah.
😱Siapa yang berdiri di belakang pemerintahan zalim di Suriah, yang membantai bangsanya sendiri dengan bom barrel, cluster dengan alasan memerangi kaum takfiri kemudian mengimpor invansi Rusia disana? Khomeni, Syi’ah.

Sepanjang sejarah, lidah dan pena kaum Syi’ah menantang kaum kafir, tapi hati mereka bersama.. Dan saat yang sama, lidah, pena dan senjata mereka menghunus umat Islam sunni. Ini realiti yg tak terbantah, bagi siapa yang ingin tahu. Perlu buku berjilid-jilid untuk menulis semua realiti tentang ini.


Kredit: FB Andika Rahman Nasution👍🏼

Rabu, Disember 23, 2015

Itik beracun di Tasik Darul Aman

Assalamualaikum

Semoga semua yang membaca blog ni dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Saya nak berkongsi kisah benar yang menimpa anak sulung saya minggu ini.

Beberapa hari lepas saya dan suami membawa anak2 ke Tasik Darul Aman di Jitra. Hari tersebut cerah dan tiada tanda hendak hujan. Orang pon ramai. Banyak aktiviti berjalan dengan meriah di sekitar tasik.

Seronok tgk ikan2 diberi makan dalam tasik. Banyak betul ikan kat situ..jinak2 belaka..al maklum tak boleh dipancing...

Anak2 saya kemudiannya tertarik dengan seekor itik mainan yang diletakkan di atas darat. Ada itik yang boleh dikayuh dalam air tp yang sekor ni kat darat. Mungkin sebab  dah rosak. Kebetulan ada kanak2 lain juga bermain2 di situ.

Ni gambar gembiranya anak2 saya bermain dengan itik tersebut..


Ok, anak sulung sy mulanya xberpeluang mengayuh pedal itik tersebut tapi setelah diberi peluang oleh ibu salah sorang kanak2 di situ, dia pon sempatla kayuh sebentar sebelum tali seliparnya putus..alasan itulah sy gunakan untuk ajak dia balik.

Segalanya kelihatan normal sehinggalah malam tersebut badan anak sulung saya tu tiba2 jadi panas. Bintik2 merah mula tumbuh di tapak kakinya. Kami hanya titiskan stevia di bawah lidah, bg byk minum air dan pantau suhu badannya itu.

Keesokannya bintik semakin byk, suhu badan masih panas, suami saya segera bawa ke klinik dan doktor mengesahkan anak saya terkena gigitan serangga atau haiwan berbisa. Kuat ubat yang diberikan doktor sehingga saya tgk pecah bibir anak saya tu. Kesian tak sampai hati, kami beralih pula ke perubatan homeopathy setelah rawatan klinik tersebut kelihatan kurg berhasil. Air dititis stevia terus diberi minum untuk mengeluarkan kuman drp badan.

Menurut doktor homeopathy anak saya ada alahan sebab reaksi kulitnya spt alahan. Pelik! Sebelum ni anak2 tiada pula alahan dgn sebarang makanan atau benda. Kami cuba pula amalkan ubat homeopathy tersebut di samping menyapu krim kulit dan meneruskan minum air yang dititis stevia. Alhamdulillah hr ni baru nampak anak saya semakin sembuh dan bintik2 makin hilang.



Amat serik rasanya nak bawa anak2 ke tempat2 sebegitu lagi dan bermain dgn permaiann yang tidak pasti kebersihannya. Jadi nasihat saya buat ibu bapa yang lain, elakkan anak2 drp bermain dgn permainan macam ni ye..

p/s..mungkin ada yg kata, ntah bukan sebab mainan, tp sy dapat tahu drp rakan kakak ipar saya anak beliau juga kena penyakit yang sama selepas bermain permainan tersebut

Berhati2lah ye. Semoga tiada lagi mangsa selepas ini.

Sekian.

Jumaat, Disember 18, 2015

Realiti di zaman kita

REALITI DI ZAMAN KITA 😑

Banyak rumah besar --- keluarganya makin kecil

Tingkat pendidikan makin tinggi --- akal sehat makin rendah

Sistem perubatan makin canggih --- kesihatan makin buruk

Travelling keliling dunia --- tak kenal dengan jiran tetangga

Pendapatan bertambah --- sedekah jariah tak ada.. hilang ketenteraman jiwa

Kualiti ilmu tinggi --- kualiti emosi rendah

Manusia makin banyak --- rasa kemanusiaan makin menipis

Pengetahuan makin bagus --- kearifan makin berkurang

Perkahwinan makin meriah --- kesetiaan hampir punah

Banyak teman di dunia maya --- tak punya sahabat sejati

Minuman memabukkan makin banyak --- air bersih makin berkurang

Pakai jam tangan mahal --- selalu kekurangan waktu

Ilmu semakin tersebar --- adab dan akhlak makin lenyap

Al Qur’an banyak dihafal --- sedikit sekali yang mengamalkan

Belajar semakin mudah --- guru makin tak berharga

Teknologi informasi kian canggih --- fitnah dan aib makin banyak tersebar

Orang yang sedikit ilmu banyak bicara --- orang yang banyak ilmu terdiam

Akhir zaman… tampak jelas dihadapan kita!

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ . .

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa Jahanam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari keburukan fitnah Al Masih Ad Dajjal” (HR. Muslim no. 588)

Wallahu A'lam

CnP..


Rabu, Disember 16, 2015

Pusaka jangan buat main tau...

PUSAKA OH PUSAKA

Hj Mansor meninggal dunia setelah dua tahun menderita menghidap barah hati. Dia meninggalkan lima orang anak lelaki iaitu Khalid, Yusof, Ishak, Yunus dan Musa. Khalid adalah anak sulong Hj Mansor hasil perkahwinannya dengan Sofiah. Semasa Khalid berusia lima tahun, ibunya meninggal dunia. Selepas kematian isterinya, Hj Mansor  menduda selama lima belas tahun.

Ketika Khalid berumur 20 tahun, Hj Mansor mengambil keputusan berkahwin lagi. Dia mengahwini Hasnah, seorang anak dara lanjut usia. Hasil perkahwinan dengan Hasnah, dia dikurniakan 4 orang anak lelaki iaitu Yusof, Ishak, Yunus dan Musa. Hasnah meninggal dunia 3 tahun sebelum kematian Hj Mansor. Semasa kematian Hj Mansor, umur Khalid 30 tahun, Yusof 10 tahun, Ishak 8 tahun, Yunus 6 tahun dan Musa 4 tahun. Semasa kematiannya, Hj Mansor meninggalkan wang tunai RM100,000.00 dan tanah sawah seluas 10 relung.

Memandangkan adik- adiknya masih kecil, Khalid bertanggungjawab menjaga mereka. Dia menggunakan wang seratus ribu ringgit peninggalan bapanya untuk perbelanjaan dirinya dan adik- adiknya. Perbelanjaan untuk adik- adiknya hanyalah untuk makan minum, pakaian dan perbelanjaan persekolahan. Hakikatnya banyak daripada wang tersebut digunakan untuk kepentingan peribadi Khalid. Sawah padi seluas 10 relung diusahakan oleh Khalid. Setiap relung dia meraih pendapatan bersih RM2000.00 bagi setiap musim padi. Ini bermakna dia meraih RM20,000.00 untuk 10 relung sawah bagi setiap musim padi. Kesemua hasil padi diambil olehnya tanpa diberikan kepada adik- adiknya kecuali sekadar keperluan makan minum dan kebajikan lazim.

Setelah 15 tahun, Khalid menguruskan pembahagian harta pusaka di pejabat tanah. Hasilnya dia dan adik- adiknya, masing- masing mendapat 2 relung sawah padi setiap seorang. Pada ketika itu, umur Khalid 45 tahun, Yusof 25 tahun, Ishak 23 tahun, Yunus 21 tahun dan Musa 19 tahun. Dari tarikh itu, barulah Yusof, Ishak, Yunus dan Musa dapat mengusahakan sendiri tanah sawah milik mereka setelah sekian lama hasil mahsul tanah milik mereka dimonopoli abang mereka, Khalid.

IKTIBAR DAN PENGAJARAN

Melalui kisah ini, kita dapat menimba ilmu berikut,

1. Sepatutnya setiap orang anak lelaki Hj Mansor layak mendapat RM20,000.00 daripada wang peninggalannya. Tetapi perkara tersebut tidak berlaku kerana Khalid bertindak sesuka hatinya. Dia hanya membelanjakan keperluan lazim adik- adiknya. Wang selebihnya dibelanjakan untuk kepentingan diri sendiri. Ini bermakna Khalid telah menggunakan sebahagian pusaka setiap adiknya untuk kegunaannya sendiri. Tindakannya itu adalah haram dan berdosa kerana memakan harta anak yatim.

2. Hasil mahsul sawah padi milik adik- adik Khalid yang dimonopolinya juga haram kerana memakan harta dengan cara yang batil.

3. Sebagai jalan penyelesaian, Khalid boleh menebus dosanya dengan mengembalikan kepada setiap adiknya sebanyak RM20,000.00 atau mungkin kurang daripada jumlah itu setelah ditolak perbelanjaan sebenar semasa membesarkan mereka.

4. Demikian juga hasil mahsul sawah padi sepanjang diusahakan oleh Khalid wajib diserah kembali kepada adik- adiknya mengikut banyak mana yang telah diambilnya.

5. Walau bagaimanapun, adik- adiknya mempunyai pilihan untuk menghalalkan segala hak mereka yang telah diambil oleh Khalid.

6. Kita hendaklah bertindak segera serta bijaksana dalam menguruskan harta pusaka supaya tidak mengambil hak orang lain sama ada hak tersebut atau manfaat di sebalik hak tersebut.