Seo Services

What is the most important part or your body?

Sabtu, Disember 31, 2016
Assalamualaikum

Kisah bawah ni membuatkan air mata cikgu jatuh berderai. Maaf cikgu malas nak terjemahkan. Jemput baca na.

.
.
.

My mother used to ask me what the most important part of the body is.
Through the years I would take a guess at what I thought was the correct Answer.

When I was younger, I thought sound was very important to us as humans,
so I said, "My ears, Mommy."

She said, "No. Many people are deaf. But you keep thinking about it
and I will ask you again soon."

Several years passed before she asked me again.
Since making my first attempt, I had contemplated the correct answer.

So this time I told her,
"Mommy, sight is very important to everybody,
so it must be our eyes."

She looked at me and told me,
"You are learning fast, but the answer is not correct because
there are many people who are blind."

Stumped again, I continued my quest for knowledge and over the years,
Mother asked me a couple more times and always her answer was,
"No. But you are getting smarter every year, my child."

Then one year, my father died. Everybody was hurt.
Everybody was crying.

My Mom looked at me when it was our turn to say our final good-bye to my father.
She asked me, "Do you know the most important body part yet, my dear?"

I was shocked when she asked me this now.
I always thought this was a game between her and me.
She saw the confusion on my face and told me,
"This question is very important. It shows that you have really lived in your life.
For every body part you gave me in the past, I have told you were wrong and
I have given you an example why.

But today is the day you need to learn this important lesson."

She looked down at me and threw her head to my shoulder and hugged me.
I saw her eyes well up with tears. She said,
"My dear, the most important body part is your shoulder."

I asked, "Is it because it holds up my head?"

She replied, "No, it is because it can hold the head of a friend or a loved one
when they cry. Everybody needs a shoulder to cry on sometime
in life, my dear. I only hope that you have enough love and friends that
you will always have a shoulder to cry on when you need it."

Then and there I knew the most important body part is not a selfish one.
It is made for others and not for yourself. It is sympathetic to the pain of others.

People will forget what you said. People will forget what you did.
But people will NEVER forget how you made them feel.

The origination of this letter is unknown, but it brings a blessing to everyone
who passes it on. Good friends are like stars...You don't always see them,
but you always know they are there.

Share this with a friend even if it is a repeat message, I just did
"Whatever you do, do it to your fullest and the rest leave it to God Almighty"


What is the most important part or your body? What is the most important part or your body? Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 31, 2016 Rating: 5

AWAS MINYAK HERBA ASMAK TIRUAN!

Jumaat, Disember 30, 2016
Assalamualaikum

Awas dengan Produk Tiruan Minyak Herba Asmak (MHAM)

Mengandungi bahan berbahaya dan dibuat oleh pihak yang berniat jahat

Pastikan Minyak Herba Asmak original

1- Anda dapatkan dari agen sah yang ada ID sahaja bukan di kedai pemborong yang tidak ada ID
2- Dijual bersama kotak esklusif (bermula November)
3-Seal berwarna hijau tua lutsinar
4- Font MHAM original berwarna putih, MHAM tiruan berwarna kekuningan
5- Perhatikan ejaan di sisi (kegunaan) - MHAM original "bengkak"  tetapi MHAM tiruan "bengkok"
6- MHAM original serdaknya warna hitam 100% ,tiruan ada serdak berwarna putih bercampur hitam.
7- MHAM original mengikut piawaian yang ditetapkan,MHAM tiruan ada menthol dan champor "overdose" yang berbahaya untuk manusia.


Ianya perbuatan khianat dan cubaan menjatuhkan syarikat minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd yang mengeluarkan Minyak Herba Asmak yang telah terjual ratusan ribu botol.

Sila berhati-hati dan sekiranya ingin membuat laporan hubungi no hotline HQ 019- 970 8897

Terbeli produk tiruan?Laporkan pada Tribunal Pengguna.
Pihak syarikat MHAMSB telah mengambil langkah sewajarnya dengan pihak berkuasa dan akan terus membanteras MHAM tiruan secara besar-besaran.
Bantu kami sebarkan mesej ini.

Usah terpedaya dengan produk yang dijual murah dari harga ditetapkan kerana MHAMSB tidak membenarkan pengedar buang harga.

#mhamers
#MensejahterakanKehidupan
#SA05701


AWAS MINYAK HERBA ASMAK TIRUAN! AWAS MINYAK HERBA ASMAK TIRUAN! Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Disember 30, 2016 Rating: 5

SELOKA NAK HABIS CUTI

Khamis, Disember 29, 2016
Assalamualaikum

Best pulak baca seloka ni.

Layannnnn...

Seloka Nak Habis Cuti

Tiba-tiba dah nak habis cuti
Cikgu-cikgu dah mula susah hati
Fikir beban tugas yang menanti
Tak dapat tukar setahun lagi makan hati.

Mesyuarat pun dah mula ada setiap hari
Pengetua dah tegur jangan uzurkan diri
Kalau boleh  cari alasan nak lari
Malangnya pengetua macam emak tiri.

Nak cari alat tulis semua tak nampak
Beg buku entah kat mana dicampak
Nak pakai kasut baru perasan dah terkopak
Kereta pula rosak terpaksalah menapak.

Ada pula cikgu tak sempat melancong
Suami tak dapat cuti bini mula muncung
Suami sering janji tapi asyik melencong
Kata nak ke Turki tapi balik Kanchong.

Biar apapun cikgu tetap bersemangat
Tunggu sekolah buka dah tak sabar sangat
Setia mencurah bakti dan keringat
Kerja ikhlas hati bukan harap pingat.

Ghazali Lateh
(c) Hak cipta terpelihara
25/12/16

👆KHAS UNTUK CIKGU2 JE...
SELOKA NAK HABIS CUTI SELOKA NAK HABIS CUTI Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Disember 29, 2016 Rating: 5

PASTIKAN MINYAK HERBA ASMAK ORIGINAL BARU BELI

Rabu, Disember 28, 2016
Asalamualaikum

Awas dengan Produk Tiruan Minyak Herba Asmak (MHAM)

Mengandungi bahan berbahaya dan dibuat oleh pihak yang berniat jahat

Pastikan Minyak Herba Asmak original

1- Anda dapatkan dari agen sah yang ada ID sahaja bukan di kedai pemborong yang tidak ada ID
2- Dijual bersama kotak esklusif (bermula November)
3-Seal berwarna hijau tua lutsinar
4- Font MHAM original berwarna putih, MHAM tiruan berwarna kekuningan
5- Perhatikan ejaan di sisi (kegunaan) - MHAM original "bengkak"  tetapi MHAM tiruan "bengkok"
6- MHAM original serdaknya warna hitam 100% ,tiruan ada serdak berwarna putih bercampur hitam.
7- MHAM original mengikut piawaian yang ditetapkan,MHAM tiruan ada menthol dan champor "overdose" yang berbahaya untuk manusia.

Ianya perbuatan khianat dan cubaan menjatuhkan syarikat minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd yang mengeluarkan Minyak Herba Asmak yang telah terjual ratusan ribu botol.

Sila berhati-hati dan sekiranya ingin membuat laporan hubungi no hotline HQ 019- 970 8897

Terbeli produk tiruan?Laporkan pada Tribunal Pengguna.
Pihak syarikat MHAMSB telah mengambil langkah sewajarnya dengan pihak berkuasa dan akan terus membanteras MHAM tiruan secara besar-besaran.
Bantu kami sebarkan mesej ini.

Usah terpedaya dengan produk yang dijual murah dari harga ditetapkan kerana MHAMSB tidak membenarkan pengedar buang harga.


Dapatkan Minyak Herba Asmak original dari cikgu. COD Teluk Intan, pos ke seluruh Malaysia.

Pm/whatapps: 013-5819100
PASTIKAN MINYAK HERBA ASMAK ORIGINAL BARU BELI PASTIKAN MINYAK HERBA ASMAK ORIGINAL BARU BELI Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Disember 28, 2016 Rating: 5

JUS ASMAK GOLD 😍

Selasa, Disember 27, 2016
Assalamualaikum

New baby is here !!! 👶👶👶👶

Memperkenalkan JUS ASMAK GOLD . Satu lagi produk istimewa keluaran Syarikat MHAM Sdn Bhd.



Produk Jus Asmak Gold pelengkap kepada Minyak Herba Asmak membantu melegakan :
➡Semput
➡Batuk
➡Kahak
➡Selsema
➡Membantu menguatkan ketahanan badan
➡Menjadikan anda lebih sihat dan cergas.


Sesuai Untuk Siapa ?
=================
✅Sesuai untuk umur 3 tahun dan ke atas. 👨‍👩‍👧‍👦👨‍👩‍👧‍👦👨‍👩‍👧‍👦

Isipadu ?
=======
✅350 ml

Harga ?
======
😍😍😍 RM 44.00 sahaja


Harga PROMOSI ?!
===============
😱😱😱 RM 39.00 sahaja  😱😱😱
(Sehingga 31 Disember 2016 je tau)


Keceriaan berganda dengan Asmak Gold

#JusAsmakGold
#AsmakGold
#mham
#mhamsb
#MensejahterakanKehidupan

Hubungi 013-5819100 untuk dapatkan sebotol hari ini!

JUS ASMAK GOLD 😍 JUS ASMAK GOLD 😍 Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Disember 27, 2016 Rating: 5

Y.E.S MHAMSB

Isnin, Disember 26, 2016
Assalamualaikum

Y.E.S dah tiba!!!

💗💗Berita baik untuk semua pengguna setia produk MHAMSB!!!💗💗

Diskaun sehingga 20% tau 😍😍😍😍😍

#MinyakHerbaAsmak
#BedakAsmak
#AsmakHerbs
#JusAsmakGold

Pm saya 013-5819100 untuk maklumat lanjut.

Bermula hari ini sehingga 31 Disember 2016 sahaja.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!! 😘😘😘😘😘


Y.E.S MHAMSB Y.E.S MHAMSB Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 26, 2016 Rating: 5

Kenapa makin sakit selepas ambil suplemen?

Ahad, Disember 25, 2016
Assalamualaikum

Pernah tak bila korang makan ubat ke supplemen ke, badan korang makin jadi tak sihat? Sebab apa jadi macam tu? Adakah itu petanda penyakit nak sembuh? Ataupun tu tanda badan tidak serasi dengan ubat tersebut? Nak tahu lebih lanjut? Teruskan membaca 😊

.
.
.

KRISIS PENYEMBUHAN (Healing Crisis)



1.0 Soalan: APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KRISIS PENYEMBUHAN?
Jawapan: Proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Proses ini akan bermula menyingkirkan toksin yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

2.0 Soalan: MENGAPAKAH KRISIS PENYEMBUHAN SELALU TERJADI SELEPAS MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN (SUPLEMEN)?
Jawapan: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita mengambil nutrien, ia akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses PEMBERSIHAN dan PENYINGKIRAN TOKSIN dalam badan anda yang telah lama terkumpul. Proses ini terjadi untuk menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

3.0 Soalan: ADAKAH KRISIS PENYEMBUHAN PETANDA BAIK?
Jawapan: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simpton mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

4.0 Soalan: ADAKAH SETIAP ORANG AKAN MENGALAMI PETANDA DAN SIMPTOM YANG SAMA SEMASA KRISIS PENYEMBUHAN?
Jawapan: Setiap orang adalah berbeza. Bergantung kepada faktor umur dan tahap kesihatan masing-masing.
a) Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan
b) Sesetengah individu pula akan mengalami krisis penyembuhan selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.



5.0 Soalan: SECARA UMUMNYA BERAPA LAMAKAH TEMPOH BAGI KRISIS PENYEMBUHAN INI?
Jawapan: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil masa sehingga 1 minggu atau mungkin berbulan lamanya.

6.0 Soalan: RAMAI ORANG BERTAMBAH BAIK SELEPAS MENGAMBIL MAKANAN TAMBAHAN, TETAPI SAYA MASIH LAGI TIDAK MERASAI SEBARANG PERUBAHAN. MENGAPA?
Jawapan: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, tahap kesihatan semakin baik dan secara keseluruhan badan bertambah cantik & sihat) Sekiranya tiada sebarang perubahan pada tubuh badan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti berikut:-
* Tidak mengamalkannya setiap hari
* Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
* Kurang minum air ~ disarankan minum air putih 3 hingga 4 liter sehari
* Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambil supplemen
* Mengamalkan pemakanan seharian yang tidak sihat & sempurna
* Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman berakhohol & minuman bergas
* Tidur lewat malam (kurang tidur)
* Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
* Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
* Mengalami masalah emosi

7.0 Soalan: BAGAIMANA CARA UNTUK MENGURANGKAN KRISIS PENYEMBUHAN?
Jawapan: Seperti sebuah tangki yang kotor, apabila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar, kita alirkan air yang banyak agar ia cair. Begitulah juga dengan krisis penyembuhan. Perlu minum air yang banyak supaya kesan krisis penyembuhan dapat diatasi. Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan supplemen, malah ia adalah petanda yang bagus untuk tubuh badan kita.

8.0 Soalan: KENAPA PERLU MINUM AIR YANG BANYAK APABILA MENGAMBIL SUPLEMENT?
Jawapan:-
* Air amat diperlukan dalam proses ini untuk membuatkan supplement menyerap ke dalam sistem badan dengan lebih maximum. Ini memudahkan proses penyingkiran toksin dalam tubuh badan anda.
* Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau satu senduk gula di dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
* Jika anda jenis yang kurang suka minum air, lupakan saja untuk mengamalkan supplemen. Anda ambillah suplement sebanyak mana sekali pun ataupun supplemen yang mahal tapi ia tetap tidak berkesan dalam badan anda. Anda hanya membazir duit sahaja dengan membeli suplemen.



TANDA-TANDA DAN PENYEBAB KRISIS PENYEMBUHAN. MEMAHAMI KRISIS PENYEMBUHAN DAN PETANDA SERTA SIMPTOM :
1) Krisis Penyembuhan: Sakit kepala yang melampau Penyebab: Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
2) Krisis Penyembuhan: Demam, tidak cukup rehat Penyebab: Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
3) Krisis Penyembuhan: Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis, air kencing, peluh berbau Penyebab: Petanda bagi menyahtoksin, toksin ,bahan buangan dan sisa-sisa terhimpun banyak dalam usus besar
4) Krisis Penyembuhan: Kembung perut Penyebab: Sistem penghadaman yang lemah
5) Krisis Penyembuhan: Ruam,jerawat, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Penyebab: Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat, toksin banyak terkumpul dalam badan
6) Krisis Penyembuhan: Penghasilan lendir seperti selsema, kahak Penyebab: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
7) Krisis Penyembuhan: Pendarahan Hidung Penyebab: Petanda bagi kekurangan darah
8) Krisis Penyembuhan: Rasa sakit pada otot dan sendi Penyebab: Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
9) Krisis Penyembuhan: Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah Penyebab: Mempercepatkan krisis penyembuhan
10) Krisis Penyembuhan: Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Penyebab: Sistem saraf yang lemah
11) Krisis Penyembuhan: Kitaran haid yang tidak menentu Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak. Penyebab: Sistem Rahim bermasalah
12) Krisis Penyembuhan: Lapar, Pening Penyebab: Tekanan darah rendah, anaemia
13) Krisis Penyembuhan: Loya, sembelit, tersedu Penyebab: Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
14) Krisis Penyembuhan: Edema (membengkak) Penyebab: Masalah buah pinggang

9.0 Soalan: ADAKAH PERLU BERHENTI PENGAMBILAN SUPLEMENT APABILA BERLAKUNYA KRISIS PENYEMBUHAN?
Jawapan: Tidak. Anda perlu meneruskan dan Krisis penyembuhan itu akan berhenti secara perlahan sehingga segala toksin di dalam badan anda disingkirkan. Pengambilan Supplemen perlu diteruskan sampai bila-bila kerana badan kita sentiasa memerlukan nutrien untuk membina sel2 baru dalam badan.

BADAN YANG SIHAT DARI DALAMAN AKAN MENAMPILKAN KECANTIKAN LUARAN

Berminat dapatkan STEVIA pengganti gula? Hubungi 013-5819100 untuk maklumat lanjut.

Hadiah istimewa menanti anda 😘😚😚
Kenapa makin sakit selepas ambil suplemen? Kenapa makin sakit selepas ambil suplemen? Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Disember 25, 2016 Rating: 5

Syria Bermandi Darah Lagi 😭😭😭

Sabtu, Disember 24, 2016
Assalamualaikum

Tolong jangan abaikan post ini.
(copy paste ke wall fb anda atau share -janji ramai yang baca dan boleh menyumbang,hanya itu yang mampu kita rakyat marhain buat selain berdoa 😭😭😭 )

Syria Menangis Darah (oleh HELIZA HELMI)
.
"Syria dah jadi seperti bandar berhantu" . Rumah, sekolah, hospital banyak yang musnah. Kematian demi kematian tanpa henti
.
Salah satu tempat yang kami pergi ialah Hospital Rahmah ( hospital sementara di Hama yakni satu satunya Hospital di Hama)
.
Masuk sahaja ke dalam hospital itu alangkah terkejutnya, bahagian lobby nya pun sudah dipenuhi darah! Keadaan cemas yang menyayat hati. Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan itu
.
"Ya Rabb! Ya Rabb! Tiba tiba terdengar suara seorang wanita menyebut kalimah itu!" Tanpa sedar kaki ini terus melangkah ke arah suara itu yang membawa diri ini ke dalam bilik pemedahan. Doktor membenarkan untuk saya masuk ke dalam
.
Perasaan sangat berdebar ketika itu, melihat seorang wanita menahan kesakitan kerana tangannya terkena serpihan bom, dan doktor itu menunjukkan x ray yang telah dilakukan , tulang tangan wanita itu telah berpisah. Dan mereka tiada ubat bius untuk diberikan kepada wanita itu. Dengan linangan air mata, dengan menyebut namaMu Ya Rabb, wanita ini bertahan ketika rawatan di lakukan
.
Hospital mereka seperti pasar ayam, penuh darah! Bayangkan salah satu bilik saya masuk, lantai , katil dipenuhi darah.  Anggota badan manusia bersepah sepah di lantai, dan ketika itu saya ambil tisu, bila di buka tisu itu, kelihatan jari manusia ada pada tisu itu!

Bila masuk ke bilik yang lain, terlantar seorang anak kecil yang mungkin baru berusia sebulan, sedang melihat anak kecil ini tiba-tiba katil sebelah bergegar!!!
.
Kami sangat terkejut lalu kami berpusing ke arah katil sebelah dan kami  melihat seorang yang di selubungi selimut dan di sisinya ada seorang wanita sedang mengesat air mata, dan seorang lelaki yang tenang mukanya sedang melihat ke arah katil itu
.
Ketika itu tiada kata yang mampu diungkapkan, saya mendakap erat wanita ini sambil air matanya tumpah membasahi pipi. Keadaan ketika itu senyap , yang kedengaran ialah suara suara yang sedang menahan sebak ketika air mata tim Rescue Syria tidak mampu dibendung lagi :'( . Kesebakan yang tak mampu di bendung.
.
Lalu lelaki yang berada di sisi katil itu bersuara "HasbunAllah Wa Ni'Mal Wakeel", Cukuplah Allah bagi kami .
.
Kami tanya siapakah yang diselubungi selimut ini? Dia sakit apa?
.
Lalu lelaki ini membuka selimut dan menunjukkan kami ke arah bahagian berbalut itu, kemudian membuka selimut dan menampakkan kami wajahnya
.
"Ini anak lelaki kami berusia 16 tahun namanya Musa . Wajah teramatttt pucat kebiruan, bibirnya berbiuh buih ketika itu!Apa menyebabkan keadaan Musa begitu? .
Kaki dipotong tanpa bius! Ya! ( potong seperti macam memotong kaki ayam) kerana kakinya kena bom! .
"HasbunAllah Wa Ni'Mal Wakeel"diulang ayat itu dibibir si ayah dan si ibu. Allah.. Allah.. Keadaan makin sayu, tim Rescue Syria termasuk
lelaki semua menangis ... Menangis yang air mata tumpah begitu laju sekali. Hanya bertemankan tangisan penuh mengharap padaNya. DIA lah sebaik baik penolong
.
Ini baru sedikit! Ya baru sedikit kisah saudara kita di sana
.
Cukupkah sekadar, deraian air mata, tangisan kematian, insan teraniaya , lantaran dunia tandus keadilan kezaliman berleluasa
.
Sedang kita masih petah berkata
Itu salah mereka, bukan urusan kita
Tidak pun terlintas ingin turut merawat para hati saudara yang dhoif
Wahai sindurjana terus berleluasa memanah meratah mencalar maruah
.
Ayuh dengan kesedaran mara, pulihkanlah maruah dan sucikannya
Harta doa tenaga senjata utama...

Salurkan bantuan ke www.tabungsyria.com
Acc name for Syria(Maybank):
SYRIA EMERGENCY APPEAL
acc no:562834636987 .
#PrayforSyria
#Pray4Syria
#PrayforAleppo
#DiariSeorangMujahidahKembaraSyria
Syria Bermandi Darah Lagi 😭😭😭 Syria Bermandi Darah Lagi 😭😭😭 Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 24, 2016 Rating: 5

Tahap Rezeki

Jumaat, Disember 23, 2016
Assalamualaikum

EMPAT TAHAP REZEKI

1. Tahap pertama. Yang tidak dibiarkan Allah. Contohnya makanan, minuman, udara, air, api.

“Tidak suatu binatang pun (termasuk manusia) yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.” (Hud : 6)

2. Tahap kedua. Yang tidak berhenti berusaha. Man jadda wajada. Siapa berusaha, dia akan mendapat hasilnya.

“Tidaklah manusia mendapat apa-apa kecuali apa yang telah dikerjakannya.” (An-Najm : 39)

3. Tahap ketiga. Yang sentiasa bersyukur. Bukan hanya pada lafaz, tetapi juga pada perbuatan.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu, 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.'" (Ibrahim : 7)

4. Tahap keempat. Yang bertaqwa.

"... dan sesiapa bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya),  Allah pasti akan memberikannya jalan keluar (daripada kesulitan). Serta memberinya rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri sepenuhnya kepada Allah, pasti Allah akan mencukupkan keperluannya (cukuplah Allah baginya), sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah menentukan kadar dan masa bagi setiap ketentuan itu berlaku." (At-Talaq : 2 & 3)

💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓




Berminat mencari pendapatam sampingan bersama syarikat MHAMSB? Pm/whatapps ke 013-5819100

#minyakHerbaAsmak
#asmakHerbs
#bedakAsmak
#mensejahterakanKehidupan
Tahap Rezeki Tahap Rezeki Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Disember 23, 2016 Rating: 5

Minyak Herba Asmak Paling Mujarab Untuk Kegunaan Seisi Keluarga

Khamis, Disember 22, 2016
Assalamualaikum

Hari ni cikgu nak cerita sedikit tentang produk keluaran syarikat MHAMSB.

1. Minyak Herba Asmak

- merupakan produk sulung keluaran syarikat MHAMSB.

-diperbuat daripada 3 bahan utama iaitu habbatussauda, Gamat Gold dan Minyak Kayu putih.

-dipercayai dan diyakini mampu meredakan selsema, batuk, asma, lenguh-lenguh badan, resdung malahan sesuai dijadikan minyak telon pada bayi.

- kini dikeluarkan dalam dua versi iaitu versi biasa 30ml(rm39) dan versi mini 10ml(rm18).



2. Bedak Asmak

-produk kedua keluaran syarikat MHAMSB

-diperbuat daripada tanah liat putih(koalin) berkualiti tinggi

-dipercayai dan diyakini dapat melegakan ruam, ekzema, panau dan pelbagai masalah kulit yang lain.

-boleh diminum untuk melegakan penyakit gout dan cirit birit

-didatangkan dalam dua versi iaitu versi biasa 150g(rm38) dan versi mini 50g(rm24)




3. Asmak herbs

-produk ketiga keluaran syarikat MHAMSB

-diperbuat daripada akar mengkunyit, akar serapat, jintan hitam, tongkat ali dan akar sekecut

-diyakini dan dipercayai boleh merawat resdung, selsema dan asma

-kandungan sebotol 30 biji berharga rm39




❤❤❤❤❤Akan datang, jus penawar Asma dan produk alami untuk bayi❤❤❤❤❤

Pastikan anda mendapat cara penggunaan yang tepat bagi setiap barangan keluaran MHAMSB. Dapatkan dari agen sah yang mempunyai ID sahaja.



Juga boleh dapatkan dari cikgu, SuperAgen MHAMSB(SA05701).
HUBUNGI 013-5819100 😊

#MensejahterakanKehidupan
#mhamers
#contestArtikelMhamsb
#minyakHerbaAsmak
#bedakAsmak
#asmakHerbs
Minyak Herba Asmak Paling Mujarab Untuk Kegunaan Seisi Keluarga Minyak Herba Asmak Paling Mujarab Untuk Kegunaan Seisi Keluarga Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Disember 22, 2016 Rating: 5

Jom bantu Syria

Rabu, Disember 21, 2016
Assalamualaikum

Cikgu terima wasap ini dan rasanya elok nak kongsi dengan semua. Jom sama-sama kita bantu.

.
.
.

Syria terus diserang & dibedil bertubi2 slps Donald Trump menjadi Presiden US...apa peranan kita...?

Kak syimah, salah seorang dari lembaga pengarah Aman Palestine....
Seeking help for Syria...
Syria is in bad shape and contributions kurang...
Minta pass on too.

RAKYAT SYRIA  KINI ...

Rakyat Syria terus diperangi saat ini.

Sehinggakan ada doktor Syria bertanya *di mana umat Islam?* 😭😭

Rumah mereka hancur 😭

Tiada makanan yang boleh dimakan hingga ada yang terpaksa merebus kucing berempah kayu-kayan 😭

Justeru, RM10 daripada kita pada waktu ini, amat besar nilainya buat mereka
di sana.

Dengan penuh rendah diri, Aman Palestin Berhad merayu tuan/ puan membuat sumbangan minimum RM10 ke mana-mana akaun Aman Palestin di bawah*

Kami yakin, jika mesej ini sampai kepada 1,000,000 kita mampu untuk mengumpul RM10,000,000 dalam masa 24 jam dari sekarang.

Untuk sampai kepada 1,000,000 orang di alam maya, mohon setiap orang yang membaca mesej ini untuk FORWARD perkara ini. Moga Allah rahmati kita semua

Sekian, terima ...

Tidakkah kalian terpanggil untuk merealisasikan nya?

Sertai kami dalam kempen Aid For Syria melalui pakej berikut:

Pakej Bantuan Musim Sejuk|RM150

Pakej Ten 4 Syria
RM10

Dana ini akan digunakan bagi membantu Syria yang sedang bergolak saat ini.

1⃣Masukkan wang ke salah satu akaun berikut:

Aman Palestin Berhad
Bank Islam:
12029010047880

Maybank:
562263010787

CIMB:
8600460353

Muamalat:
12070005133717

RHB Bank:
21245760004907

Bank Rakyat:
220806195922

Jika perlu resit:
2⃣Sms/whatsapp/emel slip transaksi ke:
013 3513040 (Ustaz Farhan)

eMail:
farhan@amanpalestin.net

3⃣Sertakan
Nama :
Alamat :
No. kad pengenalan :
No. telefon :
Emel :
Pakej :

*Maklumat di atas amat diperlukan agar pihak kami mengetahui tujuan sumbangan dan untuk pengeluaran resit rasmi Aman Palestin yang layak mendapat pelepasan cukai*

🌟 Keikhlasan Anda, Ketulusan Kami 🌟

#10TahunAmanPalestin
#AidForSyria
#BMS
#Ten4Syria
#AmanPalestin

Tolong sebar-sebarkan.
Bukan untuk saya tetapi untuk saudara kita
di Palestin dan Syria yang memerlukan kita.
Syukran.😔

Adakah anda mengaku anda seorang muslim yg mencintai muslim?

Anda boleh buat 3 perkara ini!

1) Doakan mereka.
2) Derma.
3) Sebar maklumat ini.

Anda boleh beli makanan mahal2 tapi tak terniat langsung untuk lakukan 3 perkara di atas? Fikirkan...

Semoga Allah bukakan hati anda. Semoga Allah beri rezeki berganda pada yang sudi bantu 3 perkara di atas.

.
.
.

Jom bantu Syria Jom bantu Syria Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Disember 21, 2016 Rating: 5

Jom cari TIDUR yang lena

Selasa, Disember 20, 2016
*******
TIDUR
~~~~

Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

Copy n paste

Pening kepala akibat tak cukup tidur, ikhtiarlah dengan Minyak Herba Asmak. Satu sapuan memberi kelegaan. Pm untuk dapatkan sebotol hari ini.

Satu sapuan amat bermakna dengan MINYAK HERBA ASMAK 😊



Jom cari TIDUR yang lena Jom cari TIDUR yang lena Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Disember 20, 2016 Rating: 5

Cara berhadapan dengan anak tantrum dan kuat menangis

Isnin, Disember 19, 2016
Assalamualaikum

Tulisan kali ni agak panjang. Tapi bacalah. Banyak ilmu buat kita semua dalam mengendalikan dan menguruskan emosi anak-anak kecil.

Soalan:
Anak saya berusia 12bulan . Memang dari newborn kalau tiada orang, dia merengek . Smpai sekarang. Tak boleh ditinggal. Saya memang tak boleh buat kerja apa pun. Saya cuba konsep bagitahu anak sebelum ke mana-mana seperti nak pergi toilet tapi dia menangis juga. So saya kena bawa. Saya pernah biarkan dia menangis,  saya buat kerja . Tapi tiada respon yang positif Kalau ikutkan, saya dulu memang macam anak saya sekarang: tak boleh berenggang dengan ibu saya. Adakah itu personaliti semula jadi?.



Jawapan:
Tak tersebut oleh saya betapa teramat kerapnya saya menerima soalan seumpama ini hingga saya tertanya, apa yang buat ramai ibu seperti 'takut' dan merasa terancam dengan tangisan anak? Bagaimana harus saya buat ibu merasa selesa berdepan dengan anak yang menangis?. Baik, saya bentangkan fakta konsep tangisan berikut agar ibu faham. Jadi sila beri perhatian penuh

1. Pada usia 1-3 bulan: tangisan berada dalam bentuk reflek. Bermaksud bayi tak berfikir atau belajar untuk menangis. Mereka 'just do it'. Ia dikawal oleh ratusan reflek yang membantu keseluruhan operasi sistem badannya. Sebab itu, amat biasa ibu berkata telah letih mendukung, memujuk tetapi bayi tetap menangis seolah tak perasan ibu dah cuba nak bantu tenangkan.

2. Selepas 4 bulan: tangisan perlahan-lahan berubah menjadi kelakuan sukarelanya. Maka amat biasa kita melihat bayi diusia ini seperti membuat proses 'scan' sebelum menangis bila cuba diambil individu asing.

dalam masa yang sama;

3. sehingga usia bayi 20 bulan: bayi mengalami 10 perubahan drastik neuron (otaknya di upgrade secara pesat) yang menyebabkan bayi lebih 3C: crying (menangis), clingy ( nak berdukung/tak boleh berpisah) & cranky (merengek).

Apa point penting disini? :- Bermula usia 4 bulan,bayi mula memahami respon yang diterimanya dari setiap individu dan menggunakan pemahaman ini untuk menjustifikasi kelakuannya. Bayi mula bereksperimen dengan konsep autonomi (mengambil undang-undang ditangan sendiri) melalui cara mengawal beberapa aspek disekelilingnya.

Tak faham? Ok contoh begini: kerana ibunya seorang yang kalut dan segera datang bila dia menangis,maka bayi akan kerap mengguna tangisannya untuk menghalang ibu pergi. Sedangkan bila bersama pengasuh (yang berpewatakan lain dari ibunya),bayi lebih berkerjasama bila perlu diletakkan ,'diminta' bermain sendiri atau bersama rakan.

Berbalik pada soalan puan. Kuat merengek sejak dilahirkan dan tak boleh jika tiada orang itu adalah salah satu ciri bayi 'high demand' (menuntut perhatian tinggi). Kesemua 12 ciri lengkap bayi high demand ini telah saya terang lengkap dalam buku tulisan saya, 'mengapa bayi anda menangis'. Apa yang membuat bayi jadi high demand? Itu memang personaliti unik dimana dia diciptakan begitu. Ia bukan sesuatu yang bayi saja-saja pilih untuk jadi. Bayi yang sudah sedia kala berpersonaliti sukar sudah tentu makin memberi cabaran ketika memasuki fasa perubahan neuron yang saya sebut di atas.

Baik, adakah personaliti anak dipengaruhi oleh personaliti ibubapanya semasa kecil? Tak semestinya walau ada kemungkinannya kerana 'traits' atau ciri itu ada dalam diri ibubapanya. Namun itu semua TIDAK PENTING. Apa yang penting? Cara bayi dibesarkan atau corak/gaya 'parenting' ibubapanya. Inilah yang membentuk sikap anak. Inilah yang saya maksudkan dalam contoh ibu kalut diatas.



Ya benar merengek,menangis dan bertantrum itu merimaskan dan meresahkan. Namun ibubapa perlu ingat,mereka adalah orang dewasa. Ibubapa patut jadi model tenang, terkawal dan rasional. Bayi dan anak kecil memang sudah pakar dalam bab melepas geram, membuat orang cemas dan berperangai tidak 'cool' langsung.Jadi, untuk apa ibubapa menjadi model dalam kelakuan yang sama?. Baca semula soalan itu baik-baik.

Sekarang jawab pula soalan ini, berapa ramai ibubapa yang boleh kekal terkawal dan rasional saat anak menangis dan merengek? Tidak ramai!. Ini lah masalahnya. Anak kecil yang belum faham ayat, adalah pembaca reaksi bahasa tubuh, intonasi,ekspresi wajah dan aura tenaga yang amat cekap. Jadi, tak kira walau anda telah membaca kesemua buku 'parenting' yang ada didunia ini,jika anda gagal dalam peraturan pertama menjadi ibubapa iaitu sentiasa mengawal diri dan cuba kekal rasional, ketahuilah,tidak banyak yang boleh anda ubah tentang anak anda.

Mengapa saya berkata begitu? Kerana pakar psychology mengkelaskan corak 'parenting' ibubapa kepada 3 golongan:

Konsisten, 'ambivalent' (campur aduk) & 'resistance' (menjauhi).

Ibubapa yang mampu membuat anak mendengar kata atau lebih berkerjasama ialah ibubapa yang konsisten. Tidak kira dalam apa situasi, ibubapa ini fokus dengan misi yang ingin dicapai. Berbalik lagi kepada soalan puan, ada disebut puan amalkan cara memberitahu sebelum kemana-mana sebagai salah satu langkah yang sering di saran pakar perkembangan kanak-kanak sebagai cara melatih mengurangkan rengekan anak kerana ibu tidak 'hilang' dengan drastik. Ya tahniah atas usaha puan ini. Persoalannya, sejauh mana puan konsisten bukan sahaja dari cara memberitahu setiap kali ingin beredar, tapi juga dari segi berapa konsisten respon/reaksi puan setelah bersatu semula dengan anak?. Adakah puan bersatu dalam keadaan 'energy level' cemas dan rasa bersalah kerana beredar dari anak? Atau adakah 'energy level' puan neutral dan terkawal?.

Mari lihat pula situasi dimana puan terpaksa membawa anak masuk ke dalam tandas kerana anak menangis. Soalan pertama saya, adakah puan rasa anak menangis ketika itu sebab cedera, dalam kesakitan atau dia cemas/memprotes kerana puan perlu hilang sebentar ke tandas?. Saya amat yakin puan tahu benar jawapannya. Jadi adakah perlu untuk puan cukup cemas hingga terpaksa membawanya masuk ke dalam tandas?. Membawa anak masuk bersama-sama ke dalam tandas untuk menunaikan hajat atau mandi bukan satu kelaziman (melainkan dalam situasi seperti anda berdua di tandas awam dimana meninggalkan anak akan merisikokan anak hilang). Sudah tentu ibu perlu bijak dalam soal mencari masa sesuai untuk urusan tandas atau alih perhatian anak dengan memasang tv atau meletak mainan untuk membeli masa. Namun, apa perlunya cemas jika ia sekadar beberapa minit? . Tak kira berapa kuat dia menangis, selesaikan urusan anda dan keluar kepadanya dalam keadaan terkawal seperti 'tiada apa yang perlu dirisaukan wahai anak' atau jika tidak,anak akan belajar bahawa dia hanya perlu menjerit sekuat hati dan ibu pasti akan mengheretnya kemana saja hatta ke tandas!.



Saya selalu berkata pada ibubapa, fahamlah, menangis bukan selalu bererti anak dalam kesakitan dan kecemasan hingga perlu di 'selamatkan'. BUKAN SEMUA TANGISAN PERLU DIHENTIKAN tak kira berapa teruk ia kelihatan!. Ya,anak mungkin menangis teresak-esak, 'hilang suara' atau muntah. Semua ini fenomena biasa dan selalunya tidak merbahaya. Ibu perlu tahu beza tangisan sebenar atau manipulasi. Saya yakin semua ibu tahu. Tetapi sebahagian ibubapa memilih untuk tunduk pada anak lalu menyampaikan mesej yang salah atau campur aduk pada anak.

Ada banyak cara untuk buat anak rasa disayangi tanpa ibu perlu tunduk pada anak. Contoh cara?. Baik,mari ambil situasi melatih anak duduk di 'car seat' . Amat biasa anak memprotes,menjerit, meronta malah hingga terbatuk-batuk muntah,kan?. Apa yang perlu ibu lakukan diawal proses ialah memberitahu anak bahawa anda mahu meletaknya di 'car seat'.  Kemudian, teruskan saja perjalanan walau anak mula menangis. Anda tentu lebih tahu anak menangis kerana ingin berlepas diri dari 'car seatnya' semata-mata. Tenangkan anak dengan kata-kata atau nyanyian. Jika amukan anak makin teruk dan anda sukar fokus, berhentikan kenderaan di tempat selamat dan tenangkan anak dengan cara anda. Setelah reda,letak kembali anak di 'car seat' nya dan teruskan semula perjalanan. Ya, ia mungkin memerlukan anda mengulangi hal ini beberapa kali pada setiap kali dan mengambil masa yang lama pula. Namun untuk mengalah melatih anak duduk di 'car seat' dan mula mengamalkan memangku anak hanya kerana dia benci 'car seat'nya adalah salah. Anda perlu jadi orang dewasa dalam hal ini hingga anak tahu dia tidak akan menang dalam permainan protes ini. Percayalah, dengan berlaku konsisten, anak tidak perlu masa yang lama untuk terima pelajaran 'car seat' ini. Sama juga dengan banyak lagi pengalaman pelajaran hidup yang lain seperti mencerai puting,mencerai buaian, belajar tidur sendiri, mencerai lampin (potty training), berkongsi mainan, mendisiplin perangai buruk anak, memasuki 'daycare' (berpisah dengan ibubapa), menaiki basikal dan banyak lagi. Adakah ibubapa perlu menghentikan anak dari terus belajar berbasikal hanya kerana dia pulang dengan luka dan darah serta menjerit kesakitan misalnya?. Adakah ibu perlu segera berhenti kerja kerana anak menangis setiap kali dihantar ke penjaga misalnya? Adakah anak tak perlu masuk sekolah hanya kerana dia menangis teresak-esak bila ibunya beredar misalnya?.

Kesemua situasi diatas ialah contoh respon stress positif. Dengarkan ini, SEMUA bentuk respon stress positif amat diperlukan untuk anak jadi manusia normal. Bagaimana? . Emosi dan memori manusia dikawal oleh bahagian otak yang di panggil sistem limbik. Perkembangan sistem limbik amat bergantung kepada pengalaman. Untuk membentuk sistem limbik yang normal, anak perlu ada pengalaman interaksi sosial yang NORMAL sesama rakan dan ibubapa. Apa dia pengalaman interaksi sosial yang normal ini?: IANYA SEMUA PERASAAN YANG MANUSIA BIASA PATUT RASA seperti gembira, sedih, kecewa, cemas, geram, lega dan macam-macam lagi. Jadi jelas, ibu bukan untuk memperisai anak dari semua rasa tak seronok. Ibu bukan untuk hentikan setiap tangisan, baiki perasaan anak, alih rasa sebenar anak apa lagi tidak mengendahkannya. Perasaan itu wujud. Anda perlu buat 3 hal ini sahaja: 1. sahkan perasaan itu. 2. biar anak merasakannya dan 3. bantu dia laluinya. Contoh?. Bila anak menangis setiap kali anda perlu pergi katakan: "Adik sedih. Adik sedih mama pergi.Mama pergi 5 minit je ok..?". Pergi terus tanpa rasa bersalah. Kembali seperti yang dijanjikan dan tenangkan anak dengan energy level yang neutral dan bukan dengan sebaliknya rasa bersalah seperti," sorry sayang. kesian anak mama kena tinggal.." .



Adakah anak akan serta merta ok dan tak lagi merengek ? Tidak. tetapi seiring masa, pengalaman demi pengalaman, anak akan lebih pandai menghadapinya. Inilah cara sistem limbik ini berkerja. Jadi, bagaimana anak boleh cekap untuk hadapinya jika tidak diberi peluang demi peluang?.

Adakah anak stress sepanjang proses ini? Ya. Ianya stress positif yang saya sebut diatas. Jenis stress ini tidak memudaratkan. Malah diperlukan untuk anak berkembang. Bagaimana kita dapat tahu ini?. Kerana hormon stress iaitu cortisol boleh dikesan melalui air mata dan air liur. Cortisol bukanlah buruk semata-mata. Ia sangat diperlukan untuk survival. Ia benarkan kita untuk hadapi stress dan pulih dari stress. Sebagai contoh, terdapat satu kajian di mana sekumpulan bayi 'newborn' dihadapkan dengan beberapa ujian fizikal selama 2 hari berturut. Pada hari pertama, bayi menangis dan kadar cortisol yang direkodkan adalah tinggi. Pada hari kedua, bayi masih menangis sama banyak seperti hari pertama, tetapi tiada peningkatan dalam paras cortisol. Ia menunjukkan bayi kenal pengalaman sebelum ini (pada hari pertama) dan pengalaman itu bantu bayi pulih dan belajar dari pengalaman. Bayi kini menangis kerana marah dan tak selesa tetapi bukan kerana tekanan emosi. Sama halnya bila kajian diulang terhadap situasi bayi mendapat suntikan imunisasi. Jelas,stress bukan satu masalah. Cortisol juga bukan satu masalah melainkan jika ia terus meningkat dalam satu tempoh yang panjang seperti dalam kes anak mangsa dera.

Saya berharap,dengan maklumat ini,ibu akan lebih selesa menghadapi tangisan anak. Ada banyak tip untuk mengurangkan rengekan termasuk permainan yang dapat meningkatkan keyakinan diri anak,yang ditulis ramai pakar kanak-kanak bagi membantu ibubapa. Pada akhirnya, ibubapa yang paling layak menentukan kejayaan yang ingin dilihat pada diri anak masing-masing.

USWATUN HASANAH BY MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
PANEL DOKTORBUDAK.COM

Sumber tulisan:
Website Dr Sear
Zero to three bulletin
Sciencemom.com

Pening kepala melayan tantrum anak? Sapulah Minyak Herba Asmak. SETIAP SAPUAN AMAT BERMAKNA MELEGAKAN SAKIT KEPALA ANDA 😊



Cara berhadapan dengan anak tantrum dan kuat menangis Cara berhadapan dengan anak tantrum dan kuat menangis Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 19, 2016 Rating: 5

11 SEBAB PILIH BISNES MHAM

Ahad, Disember 18, 2016
Assalamualaikum

Kenapa cikgu pilih jual Minyak herba Asmak?


Berminat memulakan bisnes jualan minyak herba asmak? Hubungi 013-5819100. 
11 SEBAB PILIH BISNES MHAM 11 SEBAB PILIH BISNES MHAM Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Disember 18, 2016 Rating: 5

Pray for Aleppo

Sabtu, Disember 17, 2016
Assalamualaikum...

Mari kita hadiahkan Qunut Nazilah untuk Aleppo

Hasbunallah wa nikmal wakiil ....
Ya Allah Ampuni kami atas ketidak kuasaan kami menolong mereka Saudara kami.

Doa qunut nazilah untuk Aleppo

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، اَلْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ، إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ، فَيَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ.

“Ya Allah, ampunilah dosa kaum muslimin laki-laki dan perempuan, mukmin laki-laki dan perempuan, baik yang masih hidup maupun yang sudah meninggal. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, dekat dan mengabulkan doa-doa, wahai Dzat yang memenuhi segala kebutuhan.”

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِيْنَا أَوْ أَخْطَأْنَا، رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا، رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ، وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا، أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ.

“Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami karena kelupaan dan kesalahan kami. Rabb kami, Rabb kami janganlah Engkau beri kami beban sebagaimana beban yang Engkau beri kepada para pendahulu kami. Rabb kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak kami sanggupi. Maafkanlah kami, ampunilah kami, sayangilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.”

اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِبَشَّارِ الْأَسَدِ وَأَعْوَانِهِ الْمُعْتَدِيْنَ، الَّذِيْنَ قَتَلُوْا إِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ حَلَبٍ خَاصَّةً، وَفِيْ سُوْرِيَا عَامَّةً.

“Ya Allah turunkanlah hukuman-Mu pada Bashar Asad dan para penolongnya yang telah melakukan kezhaliman dengan membunuh saudara-saudara kami kaum muslimin di Aleppo khususnya, dan di Suriah umumnya.”

اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِهِمْ فَإِنَّهُمْ لاَ يُعْجِزُونَكَ، اللَّهُمَّ شَتِّتْ شَمْلَهُمْ، وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَاجْعَلِ الدَّائِرَةَ عَلَيْهِمْ.

“Ya Allah hukumlah mereka, sesungguhnya mereka tak mampu melemahkan-Mu. Ya Allah cerai beraikan mereka, porak porandakan kesatuan mereka, dan turunkanlah balasan-Mu atas mereka.”

اللَّهُمَّ أَحْصِهِمْ عَدَداً، وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً، وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً.

“Ya Allah kumpulkanlah dan binasakanlah mereka dan jangalah Engkau sisakan seorang pun dari mereka.”

اللَّهُمَّ أَنْزِلْ عَلَيْهِمْ وَعَلىَ مَنْ عَاوَنَهُمْ بَأْسَكَ الَّذِي لاَ يُرَدُّ عَنِ الْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ.

“Ya Allah turunkanlah atas mereka dan semua pihak yang membantu mereka balasan-Mu yang tidak dapat ditolak oleh kaum yang berbuat kezhaliman.”

اَللَّهُمَّ أَنْجِ إِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِيْنَ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِيْ سُوْرِيَا، اَللَّهُمَّ الْطُفْ بِهِمْ وَارْحَمْهُمْ وَأَخْرِجْهُمْ مِنَ الضِّيْقِ وَالْحِصَارِ.

“Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami kaum muslimin yang lemah di Suriah. Ya Allah sayangi dan kasihilah mereka dan keluarkanlah mereka dari pengepungan dan keadaan sempit yang mereka alami saat ini.”

اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْهُمُ الشُّهَدَاءَ وَاشْفِ مِنْهُمُ الْمَرْضَى وَالْجَرْحَى، اللَّهُمَّ كُنْ لَهُمْ وَلاَ تَكُنْ عَلَيْهِمْ، فَإِنَّهُ لاَ حَوْلَ لَهُمْ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِكَ

“Ya Allah terimalah syuhada mereka dan sembuhkanlah yang sakit dan terluka dari kalangan mereka. Ya Allah karuniakanlah kebaikan pada mereka dan janganlah Engkau timpakan keburukan pada mereka karena tiada daya dan kekuatan bagi mereka kecuali dengan pertolongan-Mu.”

اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ سُوْرِيَا، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ فِلِسْطِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ الْيَمَنِ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ أَفْرِيْقِيَا، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ أَفْغَانِسْتَانَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ كُلِّ بِقَاعِ الأَرْضِ.

“Ya Allah turunkanlah pertolongan-Mu pada mujahidin di Suriah. Ya Allah tur😥unkanlah pertolongan-Mu pada mujahidin di Palestina. Ya Allah turunkanlah pertolongan-Mu pada mujahidin di Yaman. Ya Allah turunkanlah pertolongan-Mu pada mujahidin di Afrika. Ya Allah turunkanlah pertolongan-Mu pada mujahidin di Afghanistan. Ya Allah turunkanlah pertolongan-Mu pada mujahidin di seluruh permukaan bumi.”
Pray for Aleppo Pray for Aleppo Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 17, 2016 Rating: 5

Dah tukar ke kad debit?

Jumaat, Disember 16, 2016
Assalamualaikum

Dua tiga hari ni cikgu perati bank pakat penuh orang ja. Pelik betoi. Rupa-rupanya pakat nak tukaq kat atm ke kad debit.

Nasib baik cikgu dah pi tukaq awai sikit untuk kad cimb tu. Ingat nak p maybank plak tapi dok tengok ramai viral bank penuh, tak jadi.

Dalam dok pikaaq nak pi ke tak pi, member bagitau yang kad maybank boleh ditukar secara online saja. Cikgu cuba buat. Senang ya amat. Tak sampai 5 minit dah selesai. Tapi kad dapat dalam masa 2 minggu lagi. Yang syoknya, tak perlu risau selagj kad baru tak siap, cikgu masih boleh online seperti biasa dan guna kad lama tanpa gangguan pon. Lega satu bab. Tak gaduh nak beratoq panjang kat bank. Tak sia-sia boleh google dan kawan bagitau caranya.

Ada lagi ka yang belum tukaq kad maybank? Boleh cuba cara online. Cuma pi kat card management, pilih atm/debit card, pilih replace card, isi alamat penghantaran dan ikut arahan seterusnya. Senang sangat.

Bank lain cikgu tak tau macamana cara. Tapi boleh google tengok. Semuanya di hujung jari dah la ni.

Penting ka tukaq kad atm ke debit card ni? Member cikgu bagitau, baru ni dia p bank dan tanya staf bank. Staf bank bagitau, kalau kita tak guna kat tu untuk membeli barang di supermarket, bayaq minyak ka, tak perlu pon tukaq. Kad masih boleh berfungsi seperti biasa. Penukaran ni cuma nak mudahkan urusan. Pasni kalau shoppinh kat supermarket, boleh bayaq guna kad debit ni cuma taip password ja. Tak perlu sign macam kad kredit tu. Gitew!

Sekarang semua bank buat promosi penukaran percuma ja. Kalau tukaq lepas 31.12.2016 ni, bank akan cas rm12.70 kalau tak silap. Tapikan, pada pendapat cikgu, daripada penat tunggu berjam-jam sampai naik lenguh kaki tu, baikla bertenang dan bayaq ja rm12.70 tu tahun depan. 😂😂😂

Ok, tu ja nak cakap hari ni. Kalau dah penat beratoq tu, bolehla beli MINYAK HERBA ASMAK dari cikgu buat urut kaki. Best habaq hang! 😚

Dapatkan Minyak Herba Asmak (30ml) dan Minyak Herba Asmak mini (10ml) pada harga promosi rm50 sahaja! Hubungi 013-5819100 (Basariah). Agen diperlukan di seluruh negara. Pengambilan agen sehingga 31 Disember 2016 sahaja! 
Dah tukar ke kad debit? Dah tukar ke kad debit? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Disember 16, 2016 Rating: 5

55 amalan Rasulullah

Khamis, Disember 15, 2016
Assalamualaikum

Jom semak dan amal 😊

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan tengah. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?



26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!*
#Redha Itu Mendamaikan
55 amalan Rasulullah 55 amalan Rasulullah Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Disember 15, 2016 Rating: 5

Jom terus berselawat!

Rabu, Disember 14, 2016
SELAWAT KE ATAS RASUL

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu

‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat

‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa

‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat

‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat

‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh

‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


Jom terus berselawat! Jom terus berselawat! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Disember 14, 2016 Rating: 5

Rindu Sang Bilal

Selasa, Disember 13, 2016
Selepas wafat nya Rasulullah ,Bilal bin Rabah telah meminta izin dari khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah .Abu bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah.

Sebelum meninggalkan madinah di tatapi nya buat kali terakhir kota madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka.

Bilal menetap bersama keluarga nya di Syria,sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah .Sekian lama nya Bilal menetap di syria .

Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya " wahai Bilal keras sungguh hati mu,kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Bilal terjaga dari tidur nya dengan deraian air mata,sehingga seluruh keluarga nya terbangun.

Bilal menceritakan kepada ahli keluarga nya apa yg terjadi, ahli keluarga nya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah.

Semasa Bilal dalam perjalanan menuju madinah, air mata nya tidak henti2 mengalir.Dia tidak berhenti di mana2 agar cepat sampai di madinah.

Setelah beberapa hari Bilal sampai di makam Rasulullah lantas memberi salam " Asalamualaika ya Rasulullah" . Air mata nya terus mengalir.

Tiba2 datang Amirul mukminin syaidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal,sehingga reda tangisan Bilal.

Bilal,alang2 kamu sudah berada di sini laungkan lah Azan untuk kami,rayu amirul mukminin . Tidak wahai amirul mukminin,jawab Bilal.

Laungkan lah azan,kami rindu akan suara kamu,pinta syadina umar,syadina Bilal mengelang kan kepala.

Tiba2 datang lah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin," Pak cik Bilal,laungkan lah azan sebagai mana pak cik laungkan nya di masa datuk kami masih ada.

Di peluk nya kedua_dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas di cium nya. Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Syadina umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua,aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku.

Bilal naik ke atas menara,di tatapi nya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air mata nya mengalir laju.

Allahu Akbar , Allahuakbar..

Terdiam seluruh penduduk kota madinah mendengar alunan suara azan tersebut.suasana penduduk kota madinah masa itu sangat terkejut.

Asyhadu ala ila haa illallah

Abu I'sa Rasulullah.
Apakah Rasulullah di bangkit kan semula bisik mereka.

Asyhadu ala ila haa illallah.

Tangisan penduduk kota madinah kian pilu,mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah,Syadina Abu Bakar ,umar dan penduduk madinah menitiskan air mata.kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.

Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.

Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azan nya lagi,lantas di sambut oleh syadina Abu Bakar dan Syadina umar," mengapa Bilal?".

 Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasih ku,aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita.

Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.

Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk kota madinah apa bila tukang azan Rasulullah pulang ke kota madinah untuk mengubati kerinduan nya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W.

Rindu kah kita kepada Rasulullah?

 Jangan lupa 12 Rabiulawal.

Salam Maulidur Rasul.

Menangis lah wahai sahabat,agar kerinduan kita pada Rasulullah terubat.

😭😭😭


Rindu Sang Bilal Rindu Sang Bilal Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Disember 13, 2016 Rating: 5

Cintai Rasulullah. Salam Maulidurrasul 1438H

Isnin, Disember 12, 2016
Beliau adalah manusia yang paling mulia akhlaknya. Beliau sangat dermawan, paling dermawan di antara manusia. Pada bulan Ramadhan, beliau lebih dermawan lagi, lebih kencang memberi dibanding angin yang berhembus.

Jika memilih urusan, beliau pilih yang paling mudah selama tidak melanggar syariat Allah. Beliau sangat menghindar dari dosa. Jika diri beliau dizalimi, beliau sangat sabar. Namun, jika hak Allah yang dilanggar, beliau sangat murka.

Sangat pemalu melebihi gadis pingitan. Jika beliau tidak menyukai sesuatu, langsung terlihat pada raut wajahnya. Beliau tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika beliau suka maka dimakanlah makanan itu. Jika tidak suka, maka beliau tinggalkan tanpa mencelanya.

(Sumber: HR. Al-Bukhari, no. 3549, 35554, 3560, 3562, dan 3563)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul dari MHAMSB


Cintai Rasulullah. Salam Maulidurrasul 1438H Cintai Rasulullah. Salam Maulidurrasul 1438H Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 12, 2016 Rating: 5

Cara bantu bayi berak

Ahad, Disember 11, 2016
Assalamualaikum

Bayi anda dah beberapa hari tak berak? Jom ikuti dialog dengan doktor ni 😀

Penulis asal: Klinik dr_gold86

~Baby tak berak~

Dr : baby 2 bulan..cukup bulan,berat normal,  bersalin normal, vaksin cucuk?
Ibu : ye doktor..
Dr : kenapa dengan baby ye?
Ibu : baby tak berak 5 hari dah..risau kot sakit dalam perut..kalau boleh nak xray tengok..

Dr : xpe puan..bagi saya interview dulu ye..=)..sebelum ni baby berak macam biasa ke?
Ibu : ye.
Dr : baby menyusu badan ka?
Ibu : ye..dia menyusu macam biasa.
Dr : bagus!! Sekarang ni baby ada meragam ke, muntah2, perut makin besar/buncit..baby ada kentut tak?
Ibu : semua tu xdak dr..baby macam biasa saja, cuma tak berak..

Dr : dr dah periksa..perut tak nampak membesar, lembut saja dan tak sakit..bunyi perut pon normal..
Ibu : so..macam mana ni dr??boleh buat x-ray?

Dr : jangan bimbang puan..kita try bagi baby berak dulu..kalau baby boleh berak, saya rasa tak perlu la nak buat xray atau ambil darah baby ye..
Puan ikut misi dulu ye..nanti dia ajar macam mana nak bagi berak..
Kak 'misi'..try buat anal stimulation dulu ye..

Ibu : dr..baby dah berak!!..banyak!!
Dr : alhamdulillah..pi tq kat misi tu..=) depa yang ajaq saya..

Kerap jugak jumpa baby yang 5-6 hari tak berak..even 10 hari pon ada..! So parents boleh try anal stimulation dulu dekat rumah..boleh guna putik kapas dan main2 di bahagian dubur baby..insyaA kalau bukan disebabkan penyakit2 lain, baby akan berak..

TAPI...
Parent still jangan amik mudah kalau baby tak berak..Terutamanya kalau baby ada simptom2 usus tersumbat!
- muntah2
- tak mahu makan/minum
- perut kembung/buncit/membesar
- tidak kentut dan berak
- baby meragam disebabkan sakit perut

So, kalau baby masih tak berak dan ada tanda2 ini, parent kena bawa baby untuk pemeriksaan lanjut. Supaya doktor boleh kesan tanda2 usus tersumbat dan bengkak..sebab usus tersumbat/bengkak ni adalah emergency dan memerlukan pembedahan segera!

Punca2 usus tersumbat? Banyak!biaq la dr yang pening fikir punca dia..

Semoga bermanfaat. Ibu boleh juga cuba sapukan Minyak Herba Asmak pada perut, tapak kaki dan labu betis bayi. In shaa Allah bayi tidur dengan lebih selesa tanpa kembung perut dan sembelit 😊


Cara bantu bayi berak Cara bantu bayi berak Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Disember 11, 2016 Rating: 5

Video Rasmi MINYAK HERBA ASMAK

Sabtu, Disember 10, 2016
Assalamualaikum

Apalah gunanya wang yang banyak,jika tiada ketenangan

Apalah gunanya harta yang banyak,jika tiada ketenangan

Apalah gunanya kesibukan yang memanjang,jika tiada berkesudahan

Dan apalah gunanya ada kesedaran,tapi ketenangan tetap belum menjelma

Ketenangan yang hakiki,ketenangan yang dicari

Dan apalah guna semuanya dimiliki,tetapi dirimu tidak sihat

Duit boleh dicari,kesihatan,ketenangan,tiada gantinya

Apabila nikmat kesihatanmu ditarik

Ketenangan mula hilang

Setiap sapuan amat bermakna

Dengan MINYAK HERBA ASMAK

😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

pm/whatapps: 013-5819100


Jemput tonton video official dari syarikat MHAMSB ni 😊
Video Rasmi MINYAK HERBA ASMAK Video Rasmi MINYAK HERBA ASMAK Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 10, 2016 Rating: 5

Panggilan terakhir

Jumaat, Disember 09, 2016
Cerita benar lagi betul...betul..betul....

Abang ni #%¥¥¥$&@%@%#&@@
Macam2 isterinya maki hamun. Tak puas hati.. Tapi suami diamkan diri. Layankan saja sikap isteri yg sedang hot. Biarkan dia lepaskan apa yg terbuku di hati.

'Abg nak pergi kerja ni'. Kata si suami,
Sambil hulurkan tangan utk bersalaman dengan isterinya. Namun tgnnya ditepis....isteri masih ego dengan sikap barannya. Tiada lagi sarapan...tiada lagi segelas air. Tiada peluk cium utk suaminya seperti biasa. Biarkan rasa. Biarkan dia tahu aku betul2 merajuk kali nih~ kata si isteri td dalam hatinya. Huh....dia ingt aku ni apa? Tunggul??? Tak ada hati dan perasaan??? Lantaklah....puas hati aku

Si suami menoleh sebelum membuka pintu utk keluar ke tempat kerja. Tapi masih sama. Si isteri masih berkeras. Langsung tidak diberi perhatian buat suaminya....Suami dalam keadaan kecewa melangkah keluar.....memberi kemenangan kepada isterinya....Biarlah...nnti sejuk tu oklah.

2 Jam berlalu....
Aihhh.....mengapa langsung tak mesej bgtau dah sampai pejabat??? Biasanya pasti call memberitahu dah selamat sampai.. Senyapppp aja nih. Marah kot? Cetus hati si isteri....

Tiba2 ada panggilan...huh. Tau pun nak telefon. Hello?? Nak apa??? Oppsss sory. Rupanya panggilan dari org lain. Rakan seperjuangan di syarikat ingin memberitahu tentang perkembangan situasi di tempat seminar.

4 Jam berlalu.
Nak call tak nih? Argghhhhh....biarkanlah. Merajuk la tuh. Selagi dia tak mesej @ call, biarkan je lah. Tapi si isteri dah mula risau....macam ada yg tak kena.....kring!!!!! kringgg!!!!!
Telefon rumahnya berdering....

Assalamualaikum...ni puan ****** ker?
Ya jawab si isteri td. Puan dikehendaki dtg ke hospital ****** dengan segera. Suami puan tuan**** kemalangan ngeri pagi td.

Allahuakbar....tiba2 si isteri terlepas telefon di tgn.....terbayang2 kelibat suaminya pagi td. Suami yg nak bersalam tp dia tepis....Menangis berterusan......lemah longlai badanya...tidak sempat memohon maaf. Allah....Allah....ampunkan aku Ya Allah.....

Sudah 30 tahun berlalu.....si isteri masih tidak dpt maafkan dirinya sendiri....peristiwa itu bagaikan baru berlaku semalam.....

~~ Wahai isteri/suami diluar sana......bersalaman lah setiap kali kamu akan berpisah untuk ke tempat kerja masing2......peluk dan ciumlah pasangan masing2....mohon maaflah...Kita tidak pasti siapa yg melangkah keluar dalam keadaan sihat sempurna, pulangnya sebagai jenazah...

Copy n paste

-penulis tanpa nama-


P/s Sekadar gambar hiasan. Tiada kaitan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Panggilan terakhir Panggilan terakhir Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Disember 09, 2016 Rating: 5

MINYAK HERBA ASMAK VIRAL?

Khamis, Disember 08, 2016
Assalamualaikum

Korang pernah dengar kontroversi yang melanda Minyak Herba Asmak?

Minyak ni viral sebab dapat menyembuhkan batuk, selsema dan mengeluarkan kahak degil hanya melalui sapuan je tau!!!

Apa tak percaya?

Beribu-ribu testimoni positif dan telah puluhan ribu menggunakannya.

Musim hujan dan tiba ni. Pastikan sekurangnya sebotol Minyak Herba Asmak di rumah anda untuk kegunaan seisi keluarga.

Dah beli pasti puas hati. 😊😊😊

Dapatkan dari agen sah syarikat MHAMSB sahaja ye


Cikgu juga salah seorang agen sah syarikat MHAMSB ni tau.

Boleh pm/whatapps ke 013-5819100 😀
MINYAK HERBA ASMAK VIRAL? MINYAK HERBA ASMAK VIRAL? Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Disember 08, 2016 Rating: 5

Madu itu PENAWAR

Rabu, Disember 07, 2016
Assalamualaikum

Sapa kat sini suka makan/minum madu? Banyak tau kegunaan madu ni. Jom kita tengok sama-sama! 😊

PRODUK KAYA NUTRISI SEMULAJADI

🍯TIPS Rawatan MADU menambah INFO sedia ada....👍�👍�👍�👍�👍�

Selamat Mencuba!

🅾👉GASTRIK👈
Dinasihatkan agar makan 2 sudu kecil madu sebelum sarapan, 2 sudu kecil sebelum makan tengahari dan dua sudu kecil sebelum tidur malam.

🅾👉DEMAM👈
 Ambil 2 sudu kecil madu dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .

🅾👉KANSER USUS👈
 Boleh disembuhkan dengan gunakan madu yang dimakan sebanyak 3 sudu kecil dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu kecil dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu kecil madu dengan segelas air putih sebelum tidur malam.

🅾👉CIRIT BIRIT👈
Campurkan 2 sudu madu dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam.

🅾👉ANTIBIOTIK👈
1 sudu kecil madu dicampurkan bersama ½ sudu kecil jintan hitam dan diminum 3 kali sehari

🅾👉BATUK👈
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu kecil madu. Minum sekaligus 4 kali sehari.
Ulangi 3-7 hari.
@Atau:
1 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu. Limau nipis diperah dalam air madu. Minum 3 kali sehari

🅾👉BIBIR PECAH👈
1 sudu kecil madu di tempat bibir yang pecah

🅾👉KENCING MANIS👈
dinasihatkan agar makan 1 sudu kecil madu sebelum sarapan, 1 sudu kecil sebelum makan tengahari dan 1 sudu kecil sebelum tidur malam.

🅾👉BENGKAK/BENJOL👈
1 sudu besar madu + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak

🅾👉CERDAS👈
 2 sudu kecil madu + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu pati kurma. Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbiji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.

🅾👉CERGAS👈
 Minum 1-2 sudu kecil madu 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

🅾👉DARAH TINGGI👈
 1 sudu kecil madu di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

🅾👉DARAH KURANG (Anemia)👈
Makan 3 sudu kecil madu 3 kali sehari.

🅾👉KUDIS👈
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu , sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.

🅾👉LUKA👈
 Sapukan pada luka. Gunakan madu dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1-2 minggu.

🅾👉SAKIT JANTUNG👈
6 sudu kecil madu  + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

🅾👉SAKIT PINGGANG👈
 1 biji telur itik + 4 sudu kecil madu , kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap hari di awal pagi (subuh).

🅾👉SAKIT PERUT👈
(memulas) Minum 1-2 sudu besar madu 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam

🅾👉SESAK NAFAS👈
3 sudu kecil madu + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

🅾👉SUSAH TIDUR👈
2 sudu kecil madu + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut

🅾👉SEMBELIT👈
2 sudu kecil madu + segelas susu di minum setiap 4 jam.

🅾👉SUARA SERAK👈
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu kecil madu lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.

🅾👉SELERA MAKAN👈
 Minum 1-3 sudu kecil madu  3 kali sehari

🅾👉ANAK KENCING MALAM👈
Perah sedikit lemon diatas sesudu kecil madu .  Minta si kecil hirup bancuhan tersebut secara perlahan-lahan. Lakukan dua kali sehari iatu pada pagi dan sebelum masuk tidur

🅾👉KESIHATAN ANAK👈
Madu ianya amat sesuai untuk makanan dan minuman anak-anak.

✅Baca,Moga bermanfaat...
Copy paste dr sahabat pencinta madu
#terimakasih


Mencari produk alami berkhasiat tinggi dan berkesan? Pastikan anda beli produk syarikat MHAMSB. In shaa Allah hanya yang terbaik buat anda dan keluarga 😊
Madu itu PENAWAR Madu itu PENAWAR Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Disember 07, 2016 Rating: 5

10 TIPS ANAK PINTAR

Isnin, Disember 05, 2016
Assalamualaikum

Catatan perkongsian yang menarik. Luangkan sedikit masa untuk baca ni 😊

Esok saya akan merasmikan pembukaan sebuah TADIKA di Johor Bahru. Pendidikan awal kanak-kanak sangat dekat di hati saya sebab saya belajar kaunseling dan percaya perkembangan minda dan peribadi  kanak-kanak itu bermula dari pendidikan awalnya.

Saya ingin kongsikan 10 untuk menjadikan anak lebih pintar dan berperibadi yang tinggi.

1.  Berikan makanan yang halal dan bernutrisi (toyyiban). Makanan yang natural dan dimasak sendiri. Galakkan mereka minum air mineral dan makan sayur/buah. Elakkan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi (manis) seperti kek, coklat dan minuman dalam kotak. 

2. Banyaklah berkomunikasi dengan mereka. Bicara dengan penuh emosi. Jangan malu untuk berkomunikasi dengan cara mereka. Bercakap dengan nada, mimik muka, ketawa dan suara-suara yang mencuit hati mereka.

3. Bermain dengan mereka. Mereka ibarat anak-anak singa yang memerlukan pergerakan fizikal untuk menguatkan otot-otot tubuh mereka. Kita perlu pantau, dan bukan hanya berada di sisi. Memerhatikan keselamatan dan melihat perkembangan mereka. Mereka juga perlukan permainan minda. Soal jawab dengan mereka dan kita akan kagum dengan jawaban mereka. Kita bukan mahu jawaban yang betul, tetapi jawaban yang logik pada tahap pemikiran mereka.
Cuba bertanya "Kenapa kenapa kentut kita busuk?" Tentu kita dapat jawaban yang mencuit hati kita.  

4. Bernyanyi bersama mereka. Dalam perjalanan yang jauh bersama keluarga kita boleh nyanyi bersama-sama, sama ada lagu kanak-kanak, lagu nasyid atau lagu patriotik. Mereka pasti mengenangkan pengalaman ini apabila mereka dewasa. 

"Lagu ini lagu kesukaan bapa saya. Kami pernah nyanyi bersama-sama  dalam kereta. Itu saat manis yang saya ingat. Selepas itu ayah saya sentiasa sibuk dan tiada lagi masa untuk saya"

5. Bawa anak berjalan dan ajarkan ilmu baru. Ajak ke tepi rumah dan tunjukkan tumbuhan/haiwan kecil yang tidak pernah dia lihat. Berjalan di waktu malam, dan bertanyakan "mengapa bulan itu bulat?" Temani anak menonton TV. Bila anak menonton TV, luang masa bersama mereka walaupun hanya cerita kartun. Luangkan sedikit masa 10-15 min untuk melayan emosi mereka kita menonton.

6. Ucapkan perkataan yang baik-baik saja di hadapan mereka. Tegur mereka jika mereka menggunakan perkataan yang buruk. Selalu sebutkan perkataan "terima kasih, saya sayang awak" apabila dia melakukan perkara yang baik walaupun kecil. Ajar mereka dengan minta mengulangi perkataan baik depan kita. 

7. Selalu memeluk dan mencium anak. Peluk dan cium mereka paling kurang sehari sekali. Apabila kita baru balik rumah dan  mereka telah tidur, peluk dan cium mereka juga. Jadikan rutin hidup. Mulakan dari kecil. Anak yang sentiasa dipeluk dan dicium selalunya akan mengikut kata kita. 

8. Dengar rintihan mereka dan beri perhatian. Apabila mereka takut, kita dengar dan bantu. Tidak semua kanak-kanak akan memberikan respon yang serupa. Ada kanak-kanak yang menjadi kuat bila dibiarkan, ada kanak-kanak yang semakin lemah. 

9. Perhatikan kebolehan anak dan apa bakat dan kekuatan dia. Ada anak yang cemerlang dalam akademik, ada yang cemerlang dalam kemahiran pertukangan, ada yang cemerlang dalam komunikasi, ada yang cemerlang dalam sukan. Jangan memaksa anak untuk memenuhi cita-cita kita. Tetapi bantu anak memenuhi cita-cita mereka.

10. Perkenalkan lebih dari satu bahasa. Bercakap dengan mereka dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Arab, french, Spain etc. Mereka mudah mengingat perkataan-perkataan itu. Otak mereka seperti sponge. 

Yang terakhir selalu  doakan anak untuk menjadi manusia yang terbaik. Baca doa depan mereka supaya mereka dapat dengar. 

Kecerdasan anak-anak tidak hanya bergantung kepada  faktor genetik, tetapi cara kita mendidik mereka. Semoga bermanfaat.

-Dr Zubaidi Hj Ahmad

Copy n paste

Nota kaki:

Stevia baik untuk gantikan gula pasir dalam pemakanan harian. Anda akan dapat perhatikan peningkatan kesihatan dan antibodi anak apabila menggunakan stevia dalam diet harian. Kalau tanya saya, Stevia terbaik adalah dari syarikat RCC Global Sdn Bhd. Dapatkan sebotol untuk keluarga anda hari ini! 



10 TIPS ANAK PINTAR 10 TIPS ANAK PINTAR Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 05, 2016 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.