Seo Services

Jom buat!

Sekadar ingin berkongsi.

Dulu, sewaktu saya di zaman SPM, guru Bahasa Melayu kami iaitu Puan Siti Laila akan arahkan kami arahan yang sama tiap kali memulakan sesi pembelajaran iaitu,

" Siapa yang bawa air, buka penutup botol  sehinggalah selesai sesi pembelajaran barulah tutup semula botol tadi. "

Begitulah rutin kami tiap kali waktu pembelajaran subjek BM, kadang kami terbawa-bawa 'sikap' itu hatta subjek maths, Science, tasawwur islam, English, etc2.. Bahkan kami merasakan sesuatu yang 'rugi' gila apabila seseorang pelajar itu tak bawa air dalam kelas. Mungkin sebab inilah juga, 'kunci' kejayaan kami sekelas dalam subjek BM. Kami dididik oleh seorang guru yang Masya-Allah hebat! Sebab setiap butir bicara ilmu itu akan masuk menyerap ke dalam air yang dibuka tadi. That's why orang baca yaasin, mereka buka tutup botol. Sebab nakkan 'caj' atau 'gelombang' positif akan mengalir dalam darah daging manusia.

Untuk pengetahuan, ketika keluar result SPM kami sekelas, tidak ada yang dapat gred C dalam kelas, hatta ada ramai yang kaki couple, kaki ponteng, kaki tido, kaki lepak, etc2.. Semuanya memperolehi gred A+, A, A-, paling rendah sekalipun adalah gred B-. Bayangkan ?

Cikgu saya beritahu, air ni adalah benda yang hidup. Dulu saya tak faham apa yang dimaksudkan dengan hidup ? Tak nampak pun air tu ada mata telinga hidung mulut macam manusia, macam mana pula dia hidup ?

Ya sememangnya air itu hidup. Sebagaimana hidupnya alam-alam di sekitar kita, rumput, pokok, pantai, ombak, langit, hujan, bintang semuanya bertasbih kepada Allah. Kepada Tuhan yang satu. Kawan, kalaulah Allah bukakan 'hijab' untuk kita mendengar segala zikir-zikir yang bergema hari ini, di bumi ini, saat ini, malam ini, nescaya kita akan mengalirkan air mata. Ya. Mengalir air mata.

Kita akan menangis. Asbab malu. Malu kepada ciptaan-Nya yang begitu 'setia' untuk memuji Tuhan mereka sedangkan kita manusia yang terang-terang diciptakan 'akal' melupakan Pencipta kita sendiri. Mengetepikan Tuhan kita. Bahkan paling teruk membelakangkan Allah SWT dalam segala perkara.

Oh ya, saya ada adik sepupu lelaki yang bersekolah di sekolah rendah China di Sabah. Saya perasan, tiap kali dia datang sekolah, dia akan isi air mineral yang banyak dalam botol yang besar. Pernah tanya sekali, kenapa dia tak bawa saja botol yang kecil ? Kan menyusahkan bawa yang berat. Dia balas, teacher mereka yang 'wajibkan' botol besar sahaja dan air yang dibawa setiap hari hendaklah habis sebelum balik rumah Masya-Allah.

Paling saya tak sangka, rupanya mereka juga diajar untuk berdoa sebelum study dan buka penutup botol sebagaimana yang dilakukan oleh orang islam itu sendiri apabila membaca yaasin. Sekolah cina kot. Itu sekolah cina kawan. Cuma ada dalam kalangan kita, ada 'segelintir' yang memperlekehkan 'sikap' itu kononnya seolah mempercayai air adalah segalanya, mempertuhankan air, menyembah air dan banyak lagi label yang lain.

Tapi saudara saudari, fahamilah melalui 'akal' yang waras, bahawa tidak ada satu pun yang diciptakan oleh Allah di dunia ini yang sia-sia. Again, nothing! Sebab itulah, kita juga selalu lihat bila ada geng-geng yang duduk di warung sambil minum lepak dan gosip-gosip atau sesi mengumpat, kadang ada yang tersedak, ada yang terbatuk, dan mungkin ada yang tercekik ais, who knows ?

Tahu sebab apa ? Yup! Sebab air itu 'hidup'. Waima ia adalah milo ais, air bandung, air nescafe sekalipun. Maka, hasil dari segala caci maki, umpatan, aib, gosip, dan kejian-kejian yang kita 'perkatakan' di hadapan air akan menghasilkan gelombang yang buruk atau negatif.

Beradablah.
Itu pesan saya.

Tidak kira ke atas air, ke atas tanah, rumput, daun, pokok, pasir, dan segala macam ciptaan-Nya. Belajarlah untuk beradab. Kerana kata-kata yang baik akan menghasilkan kebaikan kepada kita sendiri.

Dan pada akhirnya, kita akan tahu manfaat berbuat baik itu bukanlah antara kita dengan orang-orang, tapi antara kita dengan Tuhan. Walaupun ia sekadar air. Kita tidak bertuhankan air, air hanya perantaraan dengan Tuhan.

Sebelum minum air, doa
" Ya Allah.. berikan air ini asbab aku menjadi segar tidak mengantuk dalam kelas Ya Allah. "

" Ya Allah.. jadikan air ini asbab aku sembuh dari sakitku, dan bersihkan hatiku sepertimana bersihnya air yang ku hirup ini Ya Allah. "

Boleh tak doa camtu ? Boleh. Why not ?
Allah Maha Tahu apa yang tidak diketahui oleh manusia.

Moga bermanfaat.

😊
Jom buat! Jom buat! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Ogos 31, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.