Jumaat, Ogos 26, 2016

Tidak semesti selamanya Jahat

Pada zaman dahulu di sebuah daerah di kota Baghdad ada seorang perompak yang sangat terkenal. Kehidupannya hanyalah bergantung kepada hasil rompakan sahaja. Tidak ada seorangpun yang berupaya menghalang dia daripada melakukan perbuatan yang keji itu.

Pada suatu malam, perompak itu telah Berjaya memasuki sebuah rumah. Dia menyangka akan mendapat hasil yang banyak dari dalam rumah itu. Setelah puas dia mengelidah rumah itu, malangnya dia tidak menjumpai sesuatu apapun yang berharga. Apa yang didapatinya adalah beberapa bungkusan kain. Diapun mengumpulkan kesemua bungusan tersebut untuk dibawa keluar.

Setelah penat dia memunggah bungkusan-bungkusan itu, dia terasa terlalu penat lalu dia berehat. Tatkala matanya hampir terlelap, dia terdengar bunyi orang masuk ke dalam rumahnya itu. Dia berasa terlalu takut lalu mencari tempat yang boleh dijadikan tempat perlindungan. Maka dia cuma mendiamkan dirinya didalam kegelapan rumah itu. Dari tempat dia berdiri, dia ternampak seorang lelaki tua masuk kedalam sambil memegang sebuah lampu di tangannya. Oleh kerana rumah itu kecil dan diterangi pula dengan lampu akhirnya tuan rumah itu ternampak perompak itu berdiri di satu sudut di dalam rumahnya.

Tuan rumah itu mempelawa perompak itu duduk, pada mulanya dia berasa takut tetapi kerena lelaki tua itu terlalu baik dan lemah lembut serta berjanji untuk menolongnya mengangkut bungkusan itu barulah dia berasa senang dan gembira.

Kata orang tua itu : “ Bungkusan kain baju ini takkan boleh engkau angkut seorang diri, lebih baik kita jadikan dua bungkusan besar. Kemudian engkau pikul satu bungkusan dan aku pikul satu bungkusan.

Peerompak itu berkata pula: “ Baiklah, tetapi biarlah aku memikul bungkusan yang besar kerana aku yang mula-mula masuk ke dalam rumah ini.”

“ Baiklah.” Sabut orang tua itu lalu merekapun keluar dari rumah itu. Setelah agak lama berjalan, orang tua itu terasa terlalu penat memikul bungkusan yang berat itu. Apabila dia melihat orang tua berjalan terlalu lambat, dia terus menengking orang tua iu: “Hey, orang tua, cepatlah sikit. Kita mesti sampai ketempat aku sebelum matahari naik. Kalau tidak kita berdua pasti akan ditangkap.”

Tanpa menghiraukan keadaan orang tua itu, pencuri itu terus berjalan dengan lebih pantas meninggalkan orang tua itu jauh di belakang. Orang tua itu cuba mengejarnya tetapi dia tidak berdaya. Bahkan kerap kali jatuh. Akhirnya mereka sampai juga ke tempat persembunyian perompak itu. Maka perompak tu berkata : “ Sekarang kita telah sampai, Hai orang tua, kau ambillah bahagian engkau dan pergi dari sini.” Sambil merenung muka perompak itu orang tua itu berkata: “ “ Hai anak muda, ambillah engkau kesemua barang itu. Aku tidak memerlukannya. Sebenarnya rumah yang engkau masuki tadi adalah rumahku. Aku fikir engkau tentulah orang miskin hingga terpaksa menjadi pencuri. Aku harap barang-barang ini kelak akan meringankan sedikit bebanan engkau. Sekarang engkau telah pun tahu rumah aku, apabila memerlukan bantuan datanglah kerumah ku.”

Setelah orang tua itu pergi dari situ, pemuda itu menjadi tercengang seolah-oleh tidak percaya apa yang berlaku sebentar tadi. Dia begitu hairan memikirkan kebaikan orang tua yang luar biasa  itu.

“ Apakah benar apa yang kualami ini. Aku telah memasuki rumahnya dan mengambil barang-barangnya lalu dia datang pula menolong aku. Setelah itu, dia menjemput aku datang kerumahnya jika aku perlukan bantuannya lagi. Ah…. Pelik sungguh orang itu, “ bisik hati kecilnya.

Setelah sekian lama dari kejadian yang lalu, perompak itu pergi semula ke rumah orang tua itu pada waktu siang. Sebaik sahaja dia sampai di halaman rumah orang tua itu, dia ternampak seorang lelaki sedang memotong kayu, lalu dia pun bertanya : “ Wahai saudara, saya ingin tahu siapakah tuan punya rumah ini?. Sambil tersenyum lelaki itu menjawab : “ Wahai saudara, saya kira saudara tentunya datang dari daerah luar kerana semua penduduk di sini hingga kanak-kanak pun tahu rumah ini adalah rumah seorang wali Allah bernama Junaid.”

Sebaik sahaja dia mendengar nama itu, lantas diapun menyesal di atas segaa perbuatannya terhadap wali itu. Tanpa berlengah lagi, dia terus masuk ke dalam rumah wali itu untuk meminta maaf. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, dia terus sujud di kali wali Allah Junaid sambil menangis. Dengan tersenyum , wali Allah Junaid terus memaafkannya. Sebagai berkat kemaafannya dan sikapnya yang penyantun akhirnya dia telah menjadi seorang yang soleh dan bertakqwa. Tidak mungkin seorang yang jahat itu akan kekal jahat. Jikalau Allah mengkehendaki dia jadi baik, Insyaallah Allah akan menjadikan orang yang baik malah lebih baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan