Seo Services

Terasa kerdil baca kisah ni

_KISAH INSPIRATIF_

💞 *Sehelai Rambutmu Lebih Mulia Daripada Jubah Ulama*

Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikunjungi seorang wanita yang ingin mengadu.

“Ustaz, saya adalah seorang ibu rumah tangga yang sudah lama ditinggal mati oleh suami. Saya ini sangat miskin, sehingga untuk menyara anak-anak, saya mengait benang di malam hari, sementara siang hari saya gunakan untuk mengurus anak-anak saya dan bekerja sebagai buruh kasar di sela waktu yang ada.

Kerana saya tak mampu membeli lampu, maka pekerjaan mengait itu saya lakukan apabila sedang terang bulan.”

Imam Ahmad rahimahullah menyemak dengan serius pertuturan ibu tadi. Perasaannya sayu mendengar ceritanya yang amat menyentuh seluruh perasaannya.

Dia adalah seorang ulama besar yang kaya raya dan dermawan. Sebenarnya hatinya telah tergerak untuk memberi sedekah kepada wanita itu, namun ia tangguhkan dahulu kerana wanita itu melanjutkan pengaduannya.

“Pada suatu hari, ada rombongan pejabat negara berkhemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu yang jumlahnya amat banyak sehingga sinarnya terang benderang. Tanpa pengetahuan mereka, saya segera mengait benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.

Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual?

Bolehkah saya makan daripada hasil penjualan itu?

Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan wang negara, dan tentu saja itu tidak lain adalah wang rakyat.”

Imam Ahmad rahimahullah terpesona dengan kemuliaan jiwa wanita itu. Ia begitu jujur, di tengah masyarakat yang kurang akhlaknya dan hanya memikirkan kesenangan sendiri, tanpa peduli halal haram lagi. Padahal jelas, wanita ini begitu miskin dan papa.

Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Ibu, sebenarnya engkau ini siapa?”

Dengan suara serak kerana penderitaannya yang berpanjangan, wanita ini mengaku, “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.”

Imam Ahmad rahimahullah makin terkejut.  Basyar Al-Hafi rahimahullah adalah Gabenor yang terkenal sangat adil dan dihormati rakyatnya semasa hidupnya. Rupanya, jabatannya yg tinggi tidak disalahgunakannya untuk kepentingan keluarga dan kerabatnya. Sehinggakan adik kandungnya pun hidup dalam keadaan miskin.

Dengan menghela nafas panjang, Imam Ahmad rahimahullah berkata,
“Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk mengumpul kekayaan dengan berbagai2 cara, bahkan dengan mempergunakan wang negara dan menipu serta membebani rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, ibu. _*Sungguh, sehelai rambutmu yang terurai daripada sela-sela jilbabmu jauh lebih mulia dibanding dengan berlapis-lapis serban yang kupakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama.*_

"Subhanallah, sungguh mulianya engkau, sampai hasil kait itu engkau haramkan? Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan kewangan negara…”

Kemudian dengan penuh haru dan takjub Imam Ahmad rahimahullah melanjutkan,
“Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untukmu. Silahkan engkau meminta apa saja daripadaku, bahkan sebahagian besar hartaku, nescaya akan kuberikan kepada wanita semulia engkau…”

Diriwayatkan daripada Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a, daripada Rasulullah SAW, beliau bersabda:

لاَ ÙŠَدْØ®ُÙ„ُ الْجَÙ†َّØ©َ جَسَدٌ غُØ°ِÙŠَ بِØ­َرَامٍ

“Tidak akan masuk ke dalam syurga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.”
(Shahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Shahih At-Targhib 2/150 no. 1730)

Jangan cari kekayaan tanpa keberkatan, carilah keberkatan walau dengan itu kamu tidak kaya.

Semoga bermanfaat dan menjadi asbab hidayah bagi kita..

Terasa kerdil baca kisah ni Terasa kerdil baca kisah ni Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 27, 2016 Rating: 5

1 ulasan:

  1. wow...terasa gak ni.selalu guna amsa dan internet opis untuk kegunaan pribadi..huhu

    BalasPadam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.