Seo Services

7 idea bisnes utk mahasiswa..jom cari side income secara bijak!

Ahad, Januari 17, 2016
Assalamualaikum..

Jom cuba ni..untuk para pelajar terutamanya 😊

Berniagalah seawal mungkin.

Nabi Muhammad saw berniaga seawal usia 9 tahun.

Bilionair dunia ramai berniaga sejak mereka masih belasan tahun di universiti.

Tak salah buat bisnes, asalkan jangan mengabaikan pelajaran. Jadi apabila kita telah berniaga seawal mungkin, kita dah membina satu cabang pendapatan walaupun barangkali hanya part-time sahaja.

7 Idea Bisnes Simple Untuk Siswa

1. Jual topup

Boleh dikatakan bisnes “confirm” tak rugi.

Semua orang pakai handphone. Majoritinya adalah prepaid. Walaupun ada kedai runcit dalam universiti tersebut yang jual topup, tapi masih laku kalau kita jual benda yang sama. Sebab apa? Sebabnya kita jadi “kedai bergerak”. Pukul 1 pagi pun orang boleh ketuk pintu bilik nak beli topup. Walaupun untung kecil, tapi permintaan (volume) ada.

2. Nasi Lemak atau Burger

Bisnes untuk orang lapar.

Sila jual dari bilik ke bilik. Dalam masa setengah jam sahaja, antara waktu Maghrib dan Isya’, boleh jual dalam 100 bungkus. Tapi kena ada pembekal untuk supply nasi lemak dan burger tersebut. Tak tahu nak cari supplier? Ajak lecturer yang tinggal dalam kampus ajak JV, he he he, pastikan dia business minded juga. Ataupun JV dengan makcik cafe pun boleh. Kadang-kadang student ni malas nak keluar cari makan, beli je apa yang ada. Ataupun memang tengah tak de duit, memang nasi lemak RM1 tu benda yang dia cari.

3. Jual T-shirt

Di dalam universiti, banyak persatuan pelajar.

Setiap persatuan pelajar ini wajib  buat program masing-masing sebab pihak universiti sudah beri peruntukan khas untuk mereka. Selalunya mereka akan buat t-shirt berdasarkan program yang akan mereka anjurkan. Kita boleh jadi ejen printing t-shirt tersebut. Ambil tempahan, design, kutip payment, semua kita buat. Kira servis juga. Tempahan selalunya di dalam kuantiti yang banyak. Memang seronok sebab banyak komisyen yang dapat.

4. Printing

Tak semua orang ada printer sendiri.

Ada sesetengah fakulti tak banyak sangat benda kena print. Dalam satu semester, mungkin dalam 20-50 helai sahaja yang kena print. Jadi, tak berbaloi nak beli printer sendiri. Kita boleh tawarkan servis printing ini dengan kadar caj sekitar RM0.10-RM0.30 sen sehelai. Pastikan kita beli printer yang berkualiti dan jimat kos.

5. Makanan ringan

Barangkali anda pernah lihat situasi ini di universiti anda.

Di satu sudut, ada orang letak makanan ringan seperti keropok, air kotak, roti, biskut, gula-gula, air mineral dan kemudiannya meletak tabung kosong di sebelah makanan tersebut. Untuk mengelakkan orang tak bayar, penjual akan letak “Sila bayar, Allah maha melihat setiap perbuatan hambaNya”. He he he.

Sampai sekarang masih ada yang buat. Maksudnya memang orang ambil dan bayar walaupun tak ada orang yang jaga. Kalau tak bayar, confirm penjual tu dah tutup sebab rugi. Boleh diamalkan di dalam universiti sahaja, di luar tak sesuai.

6. Video Montaj & Design

Mahasiswa dan program berpisah tiada.

Sudah menjadi kebiasaan para pelajar membuat video montaj di awal majlis untuk memeriahkan lagi suasana program yang sedang berlangsung. Tak ramai yang pandai buat video montaj yang gempak. Kalau kita ada kemahiran, boleh tawarkan servis ini kepada mereka. Pakejkan sekali servis design buat nametag. Kalau hasil kerja kita memang gempak, selepas tu persatuan lain pula akan cari kita.

7. Servis fotostat

Bukan buka kedai fotostat, tapi volunteer diri sendiri untuk jadi “kuli” dalam kelas kita.

Selalu lecturer malas nak fotostat nota-nota yang tebal, dia akan minta seorang pelajar untuk bantu dia. Kalau jumlah pelajar ramai, memang pensyarah selalunya tak sponsor, suruh bayar sendiri. Kita tawar diri untuk tolong dia fotostat dan kutip duit dari pelajar lain. Kita mark-up sendiri dari harga sebenar. Kalau harga kos RM0.80 sen, kita letak RM1, jadi untung RM0.20 sen. Pensyarah pun tak kisah kita nak berniaga, janji kerja dia siap.

Jangan jual rokok sudah, tak pasal kena buang kolej nanti. Jual yang dibenarkan sahaja.

#copy paste je ni..menarik kan? 😄


             Gambar dlm USM..rindunya zaman belajar dulu..hihi..dulu2 xpandai nak bisnes..


7 idea bisnes utk mahasiswa..jom cari side income secara bijak! 7 idea bisnes utk mahasiswa..jom cari side income secara bijak! Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Januari 17, 2016 Rating: 5

Ilmu bisnes part 1

Sabtu, Januari 16, 2016
Assalamualaikum..

Nak kongsi ilmu yg diperoleh dr seorg rakan..saya copy paste je..😊

"Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.

Kawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 10 dan 11 di bawah.

Saya ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:

1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari redha Allah <- p="" pegangan.="">
2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.

3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.

4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.

5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam. Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).

6. Ketelusan wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.

7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah harus.

8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.

9. Untuk produk affiliate dan dropship, tidak boleh guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah ‘produk kami’ kerana kita dikira wakil kepada penjual.

10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.

11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu. Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.

12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.

13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.

Cukuplah dulu, kot. Boleh tanya soalan. Silakan share untuk kemaslahatan kawan-kawan kita yang berniaga dan baru ingin berniaga.

Ikut syariat, hasil berkat"

By @vlegacy
Ilmu bisnes part 1 Ilmu bisnes part 1 Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Januari 16, 2016 Rating: 5

Kerana 20sen

Jumaat, Januari 15, 2016
Amanah 20 sen❤️

"Seorang imam masjid di London biasa naik bas untuk ke mana mana...
Suatu hari dia membayar tambang bas,, lalu segera duduk setelah menerima baki dari pemandu bas tersebut..

Setelah dia mengira,, ternyata wang baki dari pemandu itu terlebih 20 sen... Ada niat di hati sang imam untuk mengembalikan baki duit yang terlebih itu kerana memang bukan haknya...

Namun terlintas pula dalam fikirannya untuk tidak mengembalikannya.. hanya kerana memikirkan itu hanya wang kecil yang tak begitu bernilai.. Umumnya orang juga tidak mengambil peduli dalam hal begini... lagipun itu tidak akan membuat pemandu bas miskin...

Kemudian bas berhenti di sebuah perhentian bas untuk menurunkan sang imam... Tiba-tiba sang imam berhenti sejenak sebelum keluar dari bas,, sambil menyerahkan wang 20 sen kepada pemandu dan berkata:
"Ini wang anda,, baki wang saya yang anda pulangkan tadi terlebih 20 sen.. Ini bukan hak saya.."

Si pemandu mengambilnya dengan tersenyum dan berkata:
"Bukankah anda imam baru di kota ini?? Saya sudah lama berfikir untuk mendatangi masjid anda demi mengenal lebih jauh tentang Islam,, maka sengaja saya menguji anda dengan memberi wang baki yang lebih dari sepatutnya... Saya ingin tahu sikap anda.."

Saat sang imam turun dari bas,, kedua lututnya terasa menggeletar dan hampir jatuh ke tanah,, hingga dia memegang tiang yang berdekat dengannya dan bersandar... Pandangannya menatap ke langit dan berkata:
"Ya Allah,, hampir saja saya menjual Islam hanya dengan 20 sen saja..."

(Al-Brithani wa amaanatul Imam,,Ahmad Khalid al-Utaiby)

Maka berdakwah tak hanya dengan dalil,, tapi juga dengan akhlak,, agar jangan sampai orang lain menjauh dari Islam kerana perilaku kita yang tidak selaras dengan apa yang diajarkan Islam...ambillah ibrah dari cerita di atas...

Kerana 20sen Kerana 20sen Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Januari 15, 2016 Rating: 5

Rezeki itu rahsia Allah

Rabu, Januari 06, 2016
Assalamualaikum

Tentang rezeki:

1. Ada orang duit sedikit tapi Allah beri ia rezeki anak ramai

2. Ada orang duit banyak, kereta banyak, syarikat sana sini tapi tak ada anak

3. Ada orang pula duit lebih kurang tapi ibadah banyak, puasa rajin, tahjud rajin, solat sunat, ilmu banyak atau alim

4. Ada orang ilmu banyak, duit banyak namun tidak berpeluang bernikah

5. Ada orang banyak duit tapi umur pendek

6. Ada orang ilmu banyak dan harta banyak, anak banyak, isteri empat

7. Ada orang duit tak banyak tapi sepanjang hari hatinya tenang

8. Ada orang tak buat apa-apa sebab Allah sendiri bagi rezeki tanpa perlu usaha. Ini bukan pangkat kita.

9. Dan lain-lain

-Rezeki itu bukan setakat yang zahir tapi batin

Allah sudah atur. Jika kita tidak tahu rezeki kita banyak mana, ketahuilah yang rezeki kita tahu kita di mana dan banyak mana dia perlu bagi

Syukur apa yang ada akan di tambah lagi

Kaedah dia:
Jika berkaitan dunia lihatlah orang yang bawah dari kita

Maknanya jika kita sudah ada motor kena banyak beringat masih ramai yang tidak mampu pakai motor

Jika berkaitan dengan akhirat kena lihat orang yang atas dari kita

Jika kita solat malam 2 rakaat kena ingat ada yang solat malam 300 rakaat

Copy n paste


P/s: potret ni lakaran seorang teman zaman sekolah saya dahulu..dah jadi doktor pin temanku ini (^_^)
Rezeki itu rahsia Allah Rezeki itu rahsia Allah Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Januari 06, 2016 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.