Seo Services

JOM QAILULAH!!

Selasa, April 26, 2016

Soalan : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?

JAWABNYA:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat

+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.

Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti berkah.

Siapa baca sampai habis untung :)

Kalau share lagi untung. Pahala berterusan seperti sungai, siapa tak nak :)
___________

Untuk point ke-3 dan ke-5, Nabi SAW bersabda:

"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."
************
Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor:


              [U]فوائدالقيلوله          الصحيحة[/u]

قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.


Sabda Rasulullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat at-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi,
kecerdasan dan fokus.
Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor .😊😃
************
Assalamualaikum,
Apakah itu Hailulah , Qailulah dan A'ilulah?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Hantarkan kpd rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan terhadap org yg lalai.
So.. jgn tido lps subuh n lps asar..😃😃😃😃
JOM QAILULAH!! JOM QAILULAH!! Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 26, 2016 Rating: 5

HUTANG DHUHA

Ahad, April 24, 2016
Assalamualaikum

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.

  Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “
Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

 Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

 Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

 Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

 Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar
satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian.

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

 Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

 Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Jom kita sebarkan kerana Allah.
InsyaAllah.😋
HUTANG DHUHA HUTANG DHUHA Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 24, 2016 Rating: 5

TIPS DIMURAHKAN REZEKI

Ahad, April 24, 2016

Tips dimurahkan rezeki 😄
.
🐚1. Sehari istighfar at least 100 kali subuh, 100 kali zohor, 100 kali asar, 100 kali maghrib, 100 kali isyak.50 kali pun takpa. Ikutlah masing-masing. Ingat, Rasulullah pun dalam sehari berkali istigfar.
.
🐚2. Amalkan solat dhuha. Lepas dah amal, try 'jaga' solat dhuha. Kalau tak boleh 7 kali dalam 7 hari, buatlah 3 kali dalam seminggu. Bukan kuantiti Allah nilai tapi kualiti. Apa dia ? Keikhlasaan untuk tunduk pada Rabb.
.
🐚3. Al-quran jangan ketepikan. Solat jangan ketepikan. Dua benda ni kalau kita jaga seperti jaga seorang 'kekasih', nescaya kita orang yang paling bahagia. Wallahi.
.
🐚4. Tahajud. Tuan guru nik aziz tahu tak kenapa tak pernah tinggal tahajud ? Sebab ada 'perasaan' lapang tiap kali melaksanakan solat ini. Manusia nampak kita seperti sibuk sana sini, tapi Allah sentiasa 'lapangkan' kita dengan cara setiap urusan kita dipermudahkan. Sebab itu tuan guru semasa hayat, waktunya walaupun pack dengan memberi ceramah, masih ada ruang untuk keluarga, isteri dan sebagainya. Lapang tu luas definisinya. Allah beri rezeki dalam banyak bentuk.
.
🐚5. Hutang. Hutang dengan orang make sure kita bayar dan lunaskan. Kalau tak boleh, buat perjanjiandan musyawarah dengan pihak yang kita hutang kita nak bayar bila, kita nak tempoh sekian sekian. Dan andai masih ada yang berhutang pada kita, jangan tuntut. Kalau dia nak bayar, bayar. Kalau tak, takpa. Halalkan. Dalam masa yang sama, doa banyak-banyak moga itu salah satu Pintu pembuka rezeki untuk kita.
.
🐚6. Adab pada ibu ayah.Jangan jadi anak yang 'biadap' atau yang tiada adab. Sebab once kita sakitkan hati ibu ayah, rezeki susah nak lekat, keep contact. Tanya khabar, minta doa dan restu hari-hari tak kira anda bujang ke dah kahwin ke keep contact. Doakan kesejahteraan ibu ayah.
.
🐚7. Hubungan dengan manusia.Jangan suka hasad dengki, dendam kesumat, menyebarkan fitnah, aib, umpat. Kalau terbuat, cepat-cepat muhasabah dan istigfar. Perbanyakkan ambil air wuduk ketika marah. Sebab diri kita sendiripun tidak terlalu baik.
.
🐚8. Hormat guru bagi yang student. Hormat majikan bagi yang bekerja. Doakan guru, doakan boss kita. Sentiasa anggap mereka seperti ahli keluarga. Sayangi mereka. Minta mereka doakan kita.
.
🐚9. Zikir.Cuba hayati dan selami zikir asmaul husna terutamanya. (99 nama Allah).Setiap 99 nama Allah ada maksud tersurat dan tersirat. Contoh bab rezeki, boleh amal zikir Ya Razzaq. Ya Razzaq tiap kali lepas solat.
.
🐚10. Keep sadaqah.Nampak pakcik jual newspaper tepi jalan belilah dengan wang besar sikit, nampak makcik tepi jalan jual kuih atau nasi lemak belilah walaupun ketika itukita tak lapar, masuk masjid ringankan tangan untukmasukkan duit dalam tabung even RM 1. Naik bas ke teksi ke, jangan ambil baki wang, niat lah sedekah. Ada duit lebih, beri hadiah pada ibu ayah, guru-guru, kawan-kawan, adik2, suami isteri niat untuk sedekah. Tak perlu tunggu birthday dan sebagainya. Banyak cara sedekah. Apa yang kita 'beri' itulah 'milik' kita di sana. Akan dihimpunkan di hari pengadilan. Bukannya apa yang kita 'simpan'.
.
🐚11. Haiwan dan alam.Haiwan itu ciptaan Allah. Alam itu ciptaan Allah. Buat baik dengan haiwan, beri makan. Beri minum. Sayangi haiwan. Alam. Tahukah kalian setiap alam di dunia ini akan bertasbih memuji Allah, pokok, sungai, daun, hujan sekalipun akan mengagungkan Tuhan mereka ? Pastikan kita beradab pada alam. Jangan buang sampah, jangan cemarkan dan sebagainya. Sayangilah alam. Sebab seorang guru pernah kata, salah satu tips menjemput rezeki yang manusia selalu lupa adalah adab pada haiwan dan alam.
.
🐚12. Always positive and never give up(Bersyukur dan bersabar)Rezeki itu banyak makna. Dapat lihat mak ayah pun rezeki, dapat belajar tinggi-tinggi pun rezeki, dapat boss baik pun rezeki, dapat sahabat soleh pun rezeki, dapat pandang dunia dengan nikmat mata pun rezeki, dapat berjalan ke mall, ke pantai, ke taman pun rezeki, sebab ada orang yang takda kaki.Dapat bernafas pun rezeki. Rezeki itu bukan dari segi wang semata-mata. Sentiasa bersyukur dan bersabar dengan apa yang Allah hadiahkan buat kita sama ada suka mahupun duka. Satu je, kalau anda rasa anda diuji dengan sangat teruk ada lagi yang diuji lebih sakit.

Moga bermanfaat.
Wallahualam..
TIPS DIMURAHKAN REZEKI TIPS DIMURAHKAN REZEKI Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 24, 2016 Rating: 5

Cuti 3 bulan hampir berakhir

Selasa, April 19, 2016
Assalamualaikum

Tinggal seminggu je lagi sebelum mengakhiri cuti 3 bulan. Cepat pula rasa masa berlalu. Sekecik ni pon dah makin besar. Ok, masa untuk memanaskan badan sebelum mula bekerja keras..target minggu ni menyiapkan kertas2 soalan periksa..😂😂😂😂

Selamat tinggal masa lapang..huhuhu..i will miss u!



Cuti 3 bulan hampir berakhir Cuti 3 bulan hampir berakhir Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 19, 2016 Rating: 5

Prolonged Jaundice (Final)

Selasa, April 12, 2016
Sambungan..bahagian akhir(setakat ni 😂😂😂😂)

Anak ketiga dilahirkan awal tahun ni..lahir awal 2minggu dr tarikh jangkaan..saya ikut saranan doktor utk diinduced sebab darah yang kejap naik dan turun(sebenarnya br dua kali detect) dan kandungan dijangka telah lebih dr 3.5kg..kata doktor,kalau tunggu due risiko akan bertambah dan berat baby mungkin melebihi 4kg! Aiyok! Seramnya dengar..huhu..maka tepat jam 10.10mlm 25 januari 2016, lahirlah Nurin Busyra Binti Muhammad Nasron ke dunia dengan berat 3.52kg..syukur alhamdulillah.

Berbeza dgn kelahiran sebelum ni di hospital kerajaan, sy melahirkan Nurin di hospital swasta..demi mengelakkan mendapat doktor lelaki..serik weh, dua kali bersalin sebelum ni..taubat! Tengahari 26 januari tu saya dah dibenarkan keluar..gembira rasanya hati..siap singgah ke klinik kesihatan hantar notis pemberitahuan..malangnya, saya dan bayi diminta untuk diperiksa di situ..dan hasil pemeriksaan, bacaan kuning nurin agak tinggi dan kami dihantar ke hospital teluk intan..huhu..sesuatu yang mengejutkan..belum sampai rumah, dah berpindah pula dr satu hospital ke hospital lain..huhuhu..bermulalah episod kuning kali ketiga....

2 malam juga ditahan di hospital, bacaan kuning masih tinggi semasa dibenarkan keluar disebabkan kondisi wad yang sentiasa penuh..kami diminta pulang dan memantau dari rumah..sesuatu yang kami xpenah sangka..sebab yang dua org sebelum ni, di hospital yan tak pula dibenarkan balik selagi bacaan masih tinggi..setiap pagi kami perlu bawa nurin ke klinik kesihatan utk diperiksa darahnya..sedih dan kesian tgk nurin menangis setiap kali darahnya diambil. Bacaan kuning masih naik dan kalau turun pun sedikit sahaja. Pada hari ke 8, bacaan kuningnya agak tinggi sehingga kami diminta pergi sekali lagi ke hospital. Lenguh pinggang saya menanti nurin di bawah cahaya biru dr pagi hingga ptg namun akhirnya disuruh pulang..sangat letih! Bacaan kuning dipantau lagi sehingga hari ke 20 pon bacaannya masih berbelas2! Darah di bahagian tangan diambil utk diperiksa(sebelum ni hanya di tapak kaki). Maka, pada hari ke 30, setelah didapati masih kelihatan tanda2 kekuningan pada nurin,sedangkan sampel darah sebelum ni ok, diambil sekali lagi darah..kali ni lebih banyak..beserta sampel air kencing..masa ni luluh hati saya mendengar tangisan nurin semasa darahnya diambil. Hanya Allah yang tahu perasaan masa tu.

Untuk pengetahuan,segala petua yang org bagi kami dah cuba tapi tak berkesan..dari air kelapa,air bendi,air kucai dan yang terakhir homeopathy kami cuba baru nampak nurin semakin pulih(lagipon masa ni dia dah sebulan lebih)..selepas 30 hari tu, 2minggu sekali kami perlu ke klinik kesihatan utk pemantauan..berdasarkan keputusan yang diperolehi, nurin disyaki mendapat kuning disebabkan susu badan. Doktor menasihatkan diteruskan sahaja penyusuan kerana kuning tu akan baik sendiri. Pada usianya hampir 2 bulan baru nurin benar2 pulih dari kekuningan ini. Alhamdulillah..

Sehingga kini belum dapat dikenalpasti apakah punca utama penyebab kuning. Rasanya saya dah cuba lakukan yang terbaik dan mengelakkan makanan merapu2 sepanjang kehamilan..tp segala yang berlaku hanya Allah yang tahu hikmahnya..saya terima dengan redha..tanda Allah sayang tu 😊

Sepanjang tempoh anak diuji dgn kekuningan ni, mental ibu memang kena kuat..sokongan suami sgt penting supaya emosi ibu stabil. Bila ibu positif,anak pon akan lebih cepat untuk sembuh. Yang saya perasan, semakin saya positifkan diri saya, baby Nurin juga nampak semakin sihat. Berat dia pon semakin bertambah dan kuningnya pulih dengan lebih cepat. So, be positive ye semua ibu2..jangan terlalu risau..banyakkan berdoa..semoga Allah permudahkan urusan kita.

-Tamat-


Prolonged Jaundice (Final) Prolonged Jaundice (Final) Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 12, 2016 Rating: 5

Prolonged Jaundice (part 2)

Ahad, April 10, 2016
Sambungan...

Anak kedua, Muhammad Rafif lahir pada 9/10/2012 tepat jam 2.30ptg dgn berat 3.6kg. Seperti anak sulung juga, sy dibenarkan keluar tp masuk semula ke hospital disebabkan bacaan kuning yg tinggi..tp kali ni saya lebih bersedia. Rafif disusukan dgn kerap dan diusahakan berada di bawah lampu dgn lebih lama. Tanpa perlu diberi minum air kacang bendi atau sebrg petua2 lain, bacaan kuning si Rafif terus turun dgn baik dan kami dibenarkan keluar selepas 2mlm juga di bawah sinaran cahaya biru. Bacaan kuning terus dipantau. Hampir 20 hari juga masih ada kekuningan namun tidaklah membimbangkan. Rafif ni badan dia debab sangat masa kecik. Tp sekarang..alahai..slim melim..huhu..



Nantikan sambungan bahagian terakhir..yg ni pjg sebab kes nurin ni lain drp dua abg dia..stay tuned! 😊
Prolonged Jaundice (part 2) Prolonged Jaundice (part 2) Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 10, 2016 Rating: 5

Prolonged Jaundice (Part 1)

Jumaat, April 08, 2016
Assalamualaikum

Dah lama plan nak tulis tentang prolonged jaundice a.k.a demam kuning berpanjangan ni tapi tak sempat2..sampai tahap kena tulis sikit2..berenti..pastu sambung lagi..hoho..ayat poyo je bajet glamer :p

Ok, selaku seorang yang berdarah O yang kononnya bila dapat baby,anak mudah kena penyakit kuning(memang pon..huhu), maka ketiga2 anak saya termasuk yang baru lahir hujung januari thn ni pon kena..dan ketiga2nya boleh dikatakan masuk kategori demam  kuning berpanjangan..maksudnya, tahap bilirubin dlm darah masih tinggi walaupun selepas 2 minggu.

Orang kata minum susu kambing masa hamil dapat mengelak risiko demam kuning, namun rezeki saya masih juga anak kena demam kuning dan anak ketiga yang saya lahirkan baru ni memegang rekod paling lama kekuningan berbanding abang2nya..maka, yang dikatakan anak perempuan biasa kuning sekejap je berbanding lelaki itu tidaklah boleh dipercayai 100peratus.

Baiklah..mari saya ceritakan sedikit kronologi yang berlaku utk ketiga2 anak saya ni ye..

Anak sulung a.k.a Muhammad Razin lahir 10 Mac 2008, jam 9.59mlm dgn berat 3.25kg..sy dibenarkan pulang ke rumah keesokan harinya setelah baby kencing dan berak dgn baik..hari ketiga,misi dtg rumah, tgk macam ada kekuningan, suruh ke klinik kesihatan cek kuning. Kuning tinggi, refer ke hospital dan admit. Masa ni anak sulung, xbiasa lg pengalaman macam ni memang berendam air mata je la..sedih sgt tgk baby masa tu..dgn stress sbb sakit bersalin pon xhilang lagi..katil hospital dahla tinggi, siksanya nak menyusukan baby masa tu..rasa mcm yang jahit2 pon dah tetas(rasa je padahal xpon..hehe)..baby plak bukannya suka dok bawah lampu..letak je nangis..nangis je letak..eh..makanya double trouble the stress..susu pon mulalah rasa segan2 nak keluar tp saya tetap kuatkan semangat menyusukan dia sbb dah niat nak fully breastfeed baby..3mlm jugalah kami berkampung dibawah cahaya biru itu..huhuhu..maka masa inilah macam2 petua pon muncul..sy mmg x suka nak bg baby makan or minum apa2 sebab klu boleh nak sgt dia turun sendiri kuning tu secara natural..tapi kuning dia ni makin naik dan kalau turun hanya sedikit(ni kes baby xmau dok bwh lampula)..ada org petua bg air kacang bendi tu..dan dgn berat hati sy cuba..alhamdulillah serasi dgn Razin dan kuning dia turun sejak tu..tp sy bg sikit jela..jgn korang p bg baby minum sampai bergelas2 plak..cicip2 je..yang penting susukan baby sekerap mungkin..bagi dia kerap kencing dan berak..balik ke rumah je tiap2 hari kena cek darah dia..dekat sebulan gakla berulang alik ke klinik kesihatan..very very the stressful! Segala jamu2 hanya boleh dibedal slps sebulan..alhamdulillah razin membesar dgn sihat dan debab sampai sekarang..haha..

To be continue...


Prolonged Jaundice (Part 1) Prolonged Jaundice (Part 1) Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, April 08, 2016 Rating: 5

MINYAK HERBA ASMA MUJARAB

Rabu, April 06, 2016

Cara pakai minyak herba asma mujarab~

Tebuk lubang pada minyak supaya senang digunakan dan jimat dengan saiz tebukan yang sederhana.
Goncangkan sebelum guna.

Sapukan dari leher ke dada dan tengkuk ke belakang.Juga boleh sapu pada tapak kaki.
Sapukan sekerap yang boleh terutamanya selepas mandi.Jika kurang perubahan sapukan dengan lebih kerap,insyaallah dengan hanya satu botol anda mampu merasai perubahannya.

Buat permulaan,jika asma teruk,sapu sekerap yang mungkin dengan konsisten.

InsyaAllah dengan sapu selalu,dengan izin Allah boleh jadi asbab untuk sembuh kerana ramai pengguna telah bebas dari asma selepas menggunakan minyak ini secara istiqomah.

Sekiranya ada perubahan atau sebarang pertanyaan sila hubungi kami,sedia memberi rundingan PERCUMA sehingga anda sembuh.
Cuma awal-awal sahaja perlu sapu kerap(bergantung pada tahap/jenis asma yang dihidapi).Nanti dah sembuh pakai bila perlu atau malam sahaja

Selamat mencuba😊


HARGA SEBOTOL RM39 (30ML)
COD TELUK INTAN
POS SELURUH MALAYSIA ( + RM6 /RM10 SS)
MINYAK HERBA ASMA MUJARAB MINYAK HERBA ASMA MUJARAB Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, April 06, 2016 Rating: 5

Teka teki fizik

Selasa, April 05, 2016
There was a Bus Conductor, who was Very Rude to his passengers.

One day, a Beautiful Young Girl, of around 18 Years, tried to board the bus, but he didn't stop the bus.

Unfortunately, the beautiful young girl came under the bus and died on the spot.

Angry passengers took the conductor to the police station, who in turn took him to the court.

The Judge was not at all impressed with him and gave him capital punishment.

He was taken to the electrocution chamber. There was a single chair in the center of the room. The conductor was strapped to the chair and high voltage current was given to him. But, to everyone's amazement, he survived. The judge decided to set him free, and he returned to his profession.
.
.
.

A couple of months later, an elderly gentleman tried to board the bus.

This time the Bus conductor, remembering his earlier experience stopped the bus. Unfortunately, the elderly gentleman slipped and died due to his injuries.

The conductor was taken to the police station and then to the court, to the same judge.

Though, he hadn't done anything wrong, but considering his past record the judge decided to set an example and gave him capital punishment.

The Bus conductor was again taken to the same electrocution chamber where there was a single chair in the center of the room. He was strapped to the chair and high voltage current was given to him.

This time he died instantly.....!!!!!
.
.

The question is why didn't he die on the first occasion..?? but, died instantly the second time....??
Teka teki fizik Teka teki fizik Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 05, 2016 Rating: 5

Ilmu dari anak kecil

Isnin, April 04, 2016

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah budak Kecik yang perlu dijadikan teladan!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 “Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat e, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

 Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata

 “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata
 “Bersedia untuk apa?”.
 “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
 ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
 ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah
 “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu
 “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya

 “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
 ”Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.
Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.

Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.

Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.

 “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
 “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.
Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
 ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya.
Sebelum selesai dia bertanya

 “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

 “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

 ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.

Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
 ”Saya bertanya sekali lagi.
Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
 ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

 “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
 ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.

Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi”.

 “Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan budak kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”.
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.

Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.

Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.
Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis.
Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR !!

P/s: sekecil2 amalan kalau xbuat pasti d persoal kelak.. Allah.. moga dakwah walau sepotong ayat dapat sampai kepada hambaNYA yg lain..
https://m.facebook.com/MaduAuraSunnahAsli/
Ilmu dari anak kecil Ilmu dari anak kecil Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 04, 2016 Rating: 5

3 RAHSIA

Jumaat, April 01, 2016

3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat adalah:

1. Jodoh👫

Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.

2. Rezeki😊

Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.

3. Ajal maut.👼🏻

Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.

Santapan rohani hari ini
3 RAHSIA 3 RAHSIA Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, April 01, 2016 Rating: 5

Rahsia TAHIYYAT

Jumaat, April 01, 2016

Assalamualaikum wbt...

Hari ini saya nak kongsi sedikit ilmu...In sha  Allah...

ADAKAH ANDA TAHU LATAR BELAKANG ATTA'HIYYAAT Serta Mengapa Kita Baca Dalam Solat Kita?

ATTA'HIYYAAT adalah doa yang sangat penting; kita mengulanginya di dalam solat harian kita. Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini, amat tersentuh hati saya.
ATTA'HIYYAAT sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah SWT dan yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW semasa perjalanan Isra' Mi’raj.
Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT, dia tidak berkata 'Assalamualaikum'. Apakah yang seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah? Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah melalui Dia.

Jadi Nabi Muhammad SAW berkata:
"Attahiyyaatul Mubaaraka TusSolawaatut toyibaatulillah" (Segala pujian, segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah)

Allah jawab:
"Assalamu Alaika Ayyuhannabiyyu 'Warahmatullahi Wabarokaatuh" (Salam sejahtera ke atas kamu, Wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan).

Untuk ini, Nabi Muhammad SAW menjawab:
"Assalamu 'Alaina Wa'ala'Ibadillahis So'lihin" (Selamat sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang baik kepada Allah)
Nota * Nabi Muhammad SAW mengata "kami" dalam jawapan ... (dan pada semua hamba yang baik kepada Allah)

Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-Nya, para malaikat berkata:
"Ash'had'u'an La ilahaillallah Wa Ash'hadu Anna Muhammadun Abd'uhu Wa Rasuuluh"
(Aku bersaksi bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya).

SubhanAllah!
Saya kini memahami kepentingan perbualan ini dalam doa harian kita dan bagaimana Solat telah ditetapkan kepada kita.

Apa yang anda fikir perlu anda lakukan dengan ini? Bayangkan jika orang lain membacanya hanya kerana anda. Ingat saya dalam doa anda, Aamiiiin!

Wallahua'lam...
Terima kasih keranaa sudi baca...
Rahsia TAHIYYAT Rahsia TAHIYYAT Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, April 01, 2016 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.