Seo Services

Adab sebelum Ilmu

Sabtu, September 30, 2017
Assalamualaikum

Bukan mudah mendapatkan ilmu. Pastikan adab sentiasa dijaga. Adab sebelum ilmu.

ADAB DENGAN GURU
==================

Ahmad : Kenapa anta belajar sikit tapi dapat result gempak ?

Mahmud : Sebab ana jaga adab dalam belajar kerana di situ terdapat keberkatan.

Ahmad : Keberkatan tu apa ?

Mahmud : Keberkatan tu 'ziadatul khair' (زيادة الخير), 'bertambah kebaikan'. Kita buat sikit tapi dapat banyak.

Ahmad : Bagaimana nak dapat keberkatan?

Mahmud : Antara benda yang sangat perlu dijaga adalah adab kita dengan guru. Ana tengok ada yang bercakap-cakap ketika guru sedang belajar, ada yang bergelak ketawa, buat bising, ada yang main telefon, ada yang tidur, tak fokus pada guru ketika dia sedang mengajar. Bagi ana kalau nak buat semua tu sebab dah terdesak sangat, jangan buat depan2 guru kerana itu menunjukkan kita tak beradab dengan guru dan boleh menyebabkan guru kecil hati.

Tak datang kelas atas sebab yang tak munasabah pun salah satu perkara yang menunjukkan kurangnya adab terhadap guru. Bagaimana mungkin guru boleh datang ke kelas semata-mata untuk mengajar kita tapi kita tak datang dengan alasan : "Alaa silibus dah habis, sekarang ni revision je, baik aku study kat rumah". Nampak di situ, dia boleh buat tak layan guru tu datang ke kelas untuk mengajar dia.

Kata Imam As-Syafie :

"Sesiapa yang ingin dibukakan hatinya oleh Allah, maka hendaklah dia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu." (Kitab Majmuk, Syarah Mazhab Jilid 1)

Ada seorang ulama ni, dia belajar banyak tapi ilmu tu tak masuk2 tapi dia sangat jaga adab dia dengan gurunya. Satu ketika, gurunya tiada dan gurunya menyuruh ulama ni menggantikan tempatnya. Ulama ni pun risau, dia langsung tak tau apa-apa. Jadi dia pun bertawakkal dan tiba2 dia dapat mengajar ilmu itu sepertimana yang gurunya ajarkan kepadanya.

Hilangnya keberkatan ilmu ataupun hilangnya kesan ilmu adalah kerana tidak menjaga adab daripada ilmu. Ada orang boleh menghafal semua kitab, boleh menghafal semua ilmu tetapi kemungkinan kesan daripada ilmu tadi tiada dalam hidup dia ataupun ilmu tadi tak boleh nak datangkan kemanfaatan pada dirinya, mungkin kerana hilangnya adab.

Ulama terdahulu mempelajari adab sebelum mempelajari ilmu. Mereka menjaga adab walau sekecil-kecil adab.

Imam As-Syafie berkata :

"Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut)"

Kata Imam Az-Zarnuji :

"تعلّمت الأدب عشرين سنة وتعلّمت العلم عشرة سنة"

"Aku mempelajari adab menuntut ilmu selama 20 tahun dan mempelajari ilmu selama 10 tahun"
(Kitab Ta'limul Muta'allim)

Kredit to penulis asal (tidak dapat dikesan)
Mohon update jika tahu 😊


Adab sebelum Ilmu Adab sebelum Ilmu Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 30, 2017 Rating: 5

Tips mengenai lipstik

Jumaat, September 29, 2017
Assalamualaikum

Tips mengenai lipstik:💄

1. ❌Elakkan lipstik 'ikut warna darah' kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bibir kering dan kehitaman. Bahan kimia ini bertindakbalas dengan suhu dan pH kulit untuk menghasilkan warna merah.

2. ❌Elakkan lipstik yang mengandungi 'dye'. Dye akan menyebabkan kulit rosak dan sukar untuk mengembalikan warna asal bibir. Jika lipstik tahan terlalu lama (atau sukar untuk dicuci) ia mesti mengandungi dye.

3. ✅Lipstik TERBAIK ialah YANG MUDAH DICUCI. Anda boleh perhatikan apakah lipstik anda masih melekat dibibir ketika dicuci. Jika ya, berhenti memakainya kerana sukar untuk mengambil wuduk.

3. ❌Elakkan lipstik yang mengandungi paraben sebagai pengawet.

4. ❌Elakkan memakai lipstik yang berharga terlalu murah kerana ia pasti menggunakan bahan-bahan murah dan akan merosakkan bibir dalam jangkamasa panjang.

5. ✅Kenali pengeluar lipstik kerana kita perlu pastikan bahan-bahan yang digunakan bukan daripada sumber haiwan.

6. ✅Lipstik tidak mungkin 100% natural atau tidak menggunakan bahan kimia. Jika ada jenama yang claim sebegitu, bermaksud ia sudah menipu pengguna.

7. ✅Pilih lipstik yang boleh memelihara bibir dalam jangkamasa panjang. 👄

8. ✅Jaga bibir baik-baik kerana bibirlah tempatnya kita berkata-kata, senyum dan mencium orang tersayang.👄



Tips mengenai lipstik Tips mengenai lipstik Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 29, 2017 Rating: 5

Tazkirah Diri

Khamis, September 28, 2017
Assalamualaikum

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?
Mari kita baca jawapannya..._
------------------------------------------------

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Satu
 Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Dua
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

Tiga
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

Empat
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Lima
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._

Enam
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_

5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_

11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._

12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_

14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia._

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah


Tazkirah Diri Tazkirah Diri Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 28, 2017 Rating: 5

Mandian Sonsang?

Selasa, September 26, 2017
Assalamualaikum

PENGSAN DALAM BILIK MANDI

Amalkan mandian songsang.

Kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain?

Semasa saya hadir kursus gaya hidup sehat , seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan.

Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah.

Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.

1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.

2. Segayung di betis.

3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

👉```Kita akan merasakan seperti wap/
angin yang keluar dari ubun-ubun
bahkan meremang, setelah itu
lanjutkan dengan mandi seperti
biasa.

Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi
dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak ⚡!!!

🚿Jika tubuh kita .... apa yang retak?
Suhu tubuh kita``` ```cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.```

🚿```Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.```

🚿```Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.``

🚫```Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi
untuk manfaat bersama....```
Mandian Sonsang? Mandian Sonsang? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 26, 2017 Rating: 5

5 tips jutawan dunia dan akhirat

Ahad, September 24, 2017
Assalamualaikum

5 perkara yang saya belajar dari CEO Al-Ikhsan, Haji Ali Hassan sepanjang 2 jam di HQ Al-Ikhsan TTDI

Saya bukanlah penggemar sukan sejak dulu lagi. Cuma selepas berat maksimum saya 104kg 2 tahun lepas, saya mula mengamalkan gaya hidup sihat. Jaga pemakanan dan sesekali bersukan sampai berat turun 79kg.

Kasut pertama yang saya pakai untuk mula ubah gaya hidup saya beli di Al-Ikhsan. Warna hijau. Menyilau supaya senang orang nampak waktu malam.

Jadi peluang untuk jumpa sendiri dengan bos besar Al-Ikhsan memang satu peluang yang best. Tambah lagi saya dapat belajar direct bisnes dari otai yang memang berbisa.

Al-Ikhsan memiliki 100+ cawangan di seluruh Malaysia. Menariknya, semua cawangan adalah milik Al-Ikhsan. Tidak ada konsep franchise.

Terbaru, orang kata musim tengah gawat, kedai banyak tutup, Al-Ikhsan masih gah membuka cawangan baru di KLCC. Antara tempat yang sewanya paling mahal dalam Malaysia!

Jadi apa yang saya belajar dari Haji Ali Hassan, Ceo Al-Ikhsan?

1. Redha Customer

Bila berniaga, jangan tipu. Nanti pelanggan tak redha. Bila tak redha, bukan didunia sahaja, akhirat pun merana. Payah hidup.

Buat bisnes sebab kita nak bantu orang.

Bila kita niat bantu, baru kita bagi 100%, tak tipu orang. Kalau original kita cakap original. Jangan jual fake. Al-Ikhsan SEMUA barang original. Tak ada fake.

Baru bisnes boleh berkembang.

2. Harga biar mampu milik

Bila kita nak pelanggan Redha, jangan jual mahal sangat. Kita kan nak bantu orang.... Bukan ambil kesempatan.

Haji Ali banyak kali fight dengan brand-brand besar untuk turunkan harga. Katanya orang Malaysia pun nak pakai pakaian yang branded dan quality. Tapi dengan harga yang berpatutan.

3. Stay humble walaupun berjaya

Kali pertama saya jumpa Haji Ali saya, saya dapat lihat beliau sangat humble. Tak nampak pun macam orang kaya dan berjaya.

Beliau ada 1000 orang staff.  Tetapi beliau masih lagi kekal seperti orang biasa yang dahagakan kejayaan. Macam baru sahaja bermula.

Kadang-kadang bila tuan haji minta pendapat malu pun ada untuk bicara.

4. Allah dulu baru dunia

Saya tiba tepat waktu solat Asar. Waktu itu semua staff masuk ke ruang solat dan solat berjemaah.

Lepas itu baru kami meeting.

Beliau memang orang yang dahulukan Agama dalam semua hal.

5. Berpada dalam hidup walaupun kaya

Walaupun kaya, jangan terlalu membazir. Kita kaya macam mana pun still paling banyak pun makan sepinggan nasi.

Sama juga, kalau beli Ferrari mahal-mahal tapi maximum boleh bawa 110km/j tak ada guna.

Beli apa yang sepatutnya. Jangan membazir. Berpada-pada.

Belajar sesuatu?

Komen dan Share!


5 tips jutawan dunia dan akhirat 5 tips jutawan dunia dan akhirat Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 24, 2017 Rating: 5

Katak buntal

Sabtu, September 23, 2017
Malam ini kelihatan gelap sekali. Tiada sekelumit cahaya bulan menerangi. Hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.

Dalam kesamaran itu, mataku tertancap kepada seketul objek yang tiba-tiba melompat tinggi. Oh, Sang katak buntal rupanya! Hampir terputus nyawaku akibat terkejut dengan lompatan persis atlet sukan sea negara sebentar tadi.

Melihat kegedikkan sang katak melompat, sepantas kilat mindaku memutar memori ketikaku masih di bangku sekolah bersama guru bahasa melayu kesayanganku, cikgu Osman, semoga Allah merahmati arwah.

Gemersik suara sang katak buntal memanggil hujan mengingatkan ku suara sahabatku Izad yang berusaha sedaya upaya membacakan puisi nukilan penyajak dari El Salvador semasa kelas berlangsung. Tanpa ku sedari ku tergelak sendirian mengenang memori itu.

Jam di dinding ku lihat. Adus, sudah jam 3.10pagi. Apa yang aku lakukan ini? Segera ku tarik selimut dan mulutku terkumat kamit membaca doa tidur. Esok selambak tugasan menantiku di tempat kerja. Zzzzzzz




Katak buntal Katak buntal Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 23, 2017 Rating: 5

5 tips rawat masalah anak

Jumaat, September 22, 2017
Assalamualaikum

5 TIPS mengatasi masalah anak

1. Anak lambat menulis - beli TILAM lembut dan suruh dia melompat. Aktiviti ini bagus untuk merangsang anak menggerakkan otot-otot tangan

2. Anak pelat - suruh anak BERGAYUT sambil menyebut perkataan yang sukar disebut. Rasionalnya, tekanan pada badan akan memaksa anak itu menyebut perkataan yang sukar dengan betul.

3. Anak lambat bercakap - minta anak buat aktiviti TURUN NAIK TANGGA, meniup BELON dan minum menggunakan STRAW. Aktiviti ini akan melonggarkan sistem artikulasi anak.

4. Anak mempunyai tulisan yang buruk - gunakan teknik ikatan getah pada jari atau beri anak pensil yang berbentuk SEGITIGA supaya lebih mudah digenggam anak.

5. Anak hiperaktif - Cari berus lembut dan gosok pada badan anak kerana anak yang hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang. Sentuhan lembut berus akan lebih memberi ketenangan kepada sang anak.

Jemput like, komen dan share

#asmakDiamond
#diamondMhamsb


5 tips rawat masalah anak 5 tips rawat masalah anak Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 22, 2017 Rating: 5

Salam Maal Hijrah 1439

Khamis, September 21, 2017
Assalamualaikum

Tinggalkan segala keburukan
Muhasabah kembali diri
Bina kekuatan dalaman
Ayuh berHIJRAH


Salam Maal Hijrah 1439 Salam Maal Hijrah 1439 Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 21, 2017 Rating: 5

Amalan unuk menghindar anak buat perkara tidak elok

Isnin, September 18, 2017
Assalamualaikum

AMALAN NAK HINDAR ANAK TERJEBAK PERKARA TIDAK ELOK

Sumber : Ustaz Khailil Razak

Teringat saya pernah dapat nasihat darpada seorang maulana..bagus untuk parenting..namanya maulana jamal.. Masa tu first time jumpa dengan maulana jamal di majlis kahwin Ustaz Khann Da'ie  .. Saya tau beliau ni adalah guru kepada isteri saya masa di madrasah.. Maulana jamal ajar isteri saya kitab bukhori.. Masa saya kawin dengan isteri saya hari pertama..

Isteri saya minta satu permintaan "boleh saya minta sesuatu ngan awak?" Saya terdetik dalam hati "aik.. Baru je kawin dah nak permintaan?" Maklumlah kami x pernah kenal.. Hehe saya kata apa dia? "Saya minta awak buat hubungan baik dengan semua ustaz2 saya.. Sebab saya sayang ustaz2 yg pernah ajar saya agama sampai jadi alimah"

Allahu.. Saya ingat nak minta apa tadi.. Saya kata insyaAllah.. MasyaALlah dalam hati saya kalau lah semua pelajar malaysia ada sifat dengan guru macam ni.. Buat hubungan dengan cikgu2 yg pernah ajar kita dulu..Berkatnya hidup..

Saya sapa ustaz"Assalamualaikum.. Ustaz.. Ustaz jamal kan? Saya suami kepada anak hj aris bangi..bleh saya dudk makan sekali ngan ustaz?" Ustaz kata owhh masyaAllah silakan2.. "Anta motivator pelajar ya?" Aik.. Saya peranjat macamana ustaz tau.. Saya kata "sikit2 la ustaz belajar2 cakap depan pelajar.. Doakan saya ustaz.."

Ustaz jamal terus bagitau saya "kalau anta bagi ceramah dengan mak ayah.. Boleh anta bagitau mereka benda penting ni? Sangat penting..!"

Saya kata "masyaAllah ustaz boleh.. Apa ek ustaz?"

Ustaz jamal kata "bagitau semua bapa.. Buat amalan ni.. Setiap kali keluar rumah tolong bagi sedekah.. Kat masjid ke atau kat madrasah secara sembunyi.. Masa masukan duit dalam tabung rm1 ke rm10 ke.. Masa tu niat dalam hati.. YaAllah. Pecahkanlah batil2 (kejahatan) dalam diri aku, isteri aku, dan dalam diri anak aku.. YaAllah.. Pecahkanlah batil2 yang ada di keliling aku, keliling isteri aku, dan keliling anak aku.. Sbab apa.. Sebab begitu banyak batil2 kejahatan2 yg ada yg kita susah nak kawal zaman ni.. Hanya Allah boleh bantu.. Sebab apa masa sedekah.. Sebab masa sedekah secara sembunyi dalam hadith sebut masa tu dapat memadamkan kemurkaan Allah.. Masa tu kita niat insyaAllah niat kita dimakbulkan.."

Saya tak terfikir.. Bila ustaz jamal cakap macam tu.. Sya baru terfikir.. Begitu banyaknye sekarang ni batil2 yg berlaku di keliling kita.. Anak2 dengan terdedah dengan website2 yg x elok.. Wifi dan sebagainya.. Suami pulak terdedah dengan perkara2 yg menjadi sebab maksiat.. Isteri hari ni berapa ramai yg dikelilingi kebatilan.. Bermesra dengan suami orang.. Bergelak ketawa di office.. Suami terdedah boleh bergalak dengan isteri orang.. Benda2 ni semua kita xleh nak kawal.. Susah nak kawal.. Hanya denagn amalan shj minta Allah pecahkan..,YaAllah.. Ampuni dosa kami..

Ustaz jamal bgaitau lagi.. "Amalan ibu pula.. Setiap lepas solat fardhu... Doa benda yg sama.. YaAllah. Pecahkanlah batil2 (kejahatan) dalam diri aku, suami aku, dan dalam diri anak aku.. YaAllah.. Pecahkanlah batil2 yang ada di keliling aku, keliling suami aku, dan keliling anak aku.. Sebab doa ibu ni sangat makbul dan doa pula lepas solat fardhu.. Hadith nabi sebut doa sangat makbul leps solat fardhu.."

YaAllah.. Saya rasa nasihat ni sangat penting dan berguna utk saya dan isteri saya dan semua orang.. Lepas makan saya terus amek buku nota dan terus salin apa yg ustaz jamal bagitau saya.. Setiap kali saya ceramah  parenting di sekolah2 saya x pernah lupa utk bagitau perkara ni pada ibu bapa..

YaAllah.. Jagalah anak2 kami untuk kami.. Jauhkanlah anak2 kami isteri suami kami daripada maksiat dan dosa.. Kami x mampu yaAllah.. Kami lemah.. Dhoif.. Ampunilah kami... Amiiiin

Boleh tag share untuk suami atau isteri kita.. Terus buat amalan ni..
Amalan unuk menghindar anak buat perkara tidak elok Amalan unuk menghindar anak buat perkara tidak elok Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 18, 2017 Rating: 5

Kisah guru yang dimaki hamun

Ahad, September 17, 2017
Assalamualaikum

Lagi kisah yang bagus untuk renungan

"Kisah Guru di maki hamun seorang lelaki"

Seorang lelaki yang berbeza fahaman dengan seorang Guru mengeluarkan kecaman dan kata-kata kasar, meluapkan kebenciannya kepada Sang Guru.

Sang Guru hanya diam, mendengarkannya dengan sabar, tenang dan tidak berkata apa pun.

Setelah lelaki tersebut pergi, si murid yg melihat peristiwa itu lalu bertanya, "mengapa Guru diam sahaja tidak membalas makian lelaki tersebut?"

Beberapa saat kemudian, maka Sang Guru bertanya kepada si murid,
"Jika seseorang memberimu sesuatu, tapi kamu tidak mahu menerimanya, lalu menjadi milik siapa kah pemberian itu?”

"Tentu sahaja menjadi milik si pemberi” jawab si murid.

"Begitu pula dengan kata-kata kasar itu”, balas Sang Guru.

"Kerana saya tidak ambil endah dengan kata-kata itu, maka kata-kata tadi akan kembali menjadi miliknya. Dia harus menyimpannya sendiri. Dia tidak menyedari, kerana nanti dia harus menanggung akibatnya di dunia bahkan di akhirat; kerana aura negatif yang muncul dari fikiran, perasaan, perkataan, dan perbuatan hanya akan membuahkan penderitaan hidup”.

Kemudian, Sang Guru meneruskan kata-katanya, "Sama seperti orang yg ingin mengotori langit dengan meludahinya. Ludah itu hanya akan jatuh mengotori wajahnya sendiri. Demikian halnya, jika di luar sana ada orang yg marah-marah kepada mu... biarkan sahaja… kerana mereka sedang membuang SAMPAH HATI mereka. Jika engkau diam sahaja, maka sampah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri, tetapi kalau engkau hiraukan, bererti engkau menerima sampah itu.”

"Hari ini begitu banyak orang di jalanan yang hidup dengan membawa sampah di hatinya (sampah kekesalan, sampah amarah, sampah kebencian, Ego dan sebagainya)…

Oleh itu, jadilah kita seorang yang BIJAK bukan SAMPAH”

Sang Guru meneruskan nasihatnya :

"Jika engkau tak mungkin memberi, janganlah mengambil”

"Jika engkau terlalu sulit untuk mengasihi, janganlah membenci”

"Jika engkau tak dapat menghibur orang lain, janganlah membuatnya bersedih”

"Jika engkau tak mampu memuji, janganlah mengeji”

"Jika engkau tak dapat menghargai, janganlah menghina”

"Jika engkau tak suka bersahabat, janganlah bermusuhan”


Kisah guru yang dimaki hamun Kisah guru yang dimaki hamun Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 17, 2017 Rating: 5

Galeri Sejarah Kedah: Sultan Muhammad Jiwa II

Sabtu, September 16, 2017
SULTAN MUHAMMAD JIWA II : MENJADI KHADAM ULAMA SEBELUM MENJADI SULTAN KEDAH

Sempena kemangkatan Seri Paduka Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, saya ingin membawakan satu sejarah yang sangat menarik tentang seorang Sultan Kedah yang lampau.

Sultan Muhammad Jiwa II adalah Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-19. Baginda mula ditabalkan menjadi Sultan Kedah Darul Aman pada 26 Syaaban 1122 H (19 Oktober 1710 M). Sebelum diangkat menjadi Sultan, Tengku Muhammad Jiwa terlebih dahulu menjadi khadam ulama.

Sejak dari kecil, Tengku Muhammad Jiwa menunjukkan peribadi yang baik dan meminati ilmu agama. Setelah meningkat dewasa, baginda berfikir untuk meninggalkan Negeri Kedah demi mencari ilmu. Baginda pun mula berangkat meninggalkan Negeri Kedah dan belayar menuju ke Sumatera dan akhirnya tiba di Palembang lalu bermukim di situ.

Di Palembang, baginda telah berjumpa dengan seorang ulama Arab yang masyhur yang berasal dari Yaman. Beliau ialah Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahab Al Mahdani. Baginda sangat tertarik dengan Syeikh Abdul Jalil. Lalu baginda pun mula mendampingi ulama tersebut.

Setelah beberapa lama berdampingan dengan Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani dan berguru dengan beliau, Tengku Muhammad Jiwa menawarkan dirinya untuk menjadi khadam (pembantu) Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani. Baginda menyembunyikan identitinya sebagai putera dan pewaris Sultan Kedah. Baginda tidak lagi memikirkan takhta kerajaan. Hatinya diserahkan bulat-bulat untuk menimba ilmu akhirat.

Setelah enam bulan tinggal di Palembang, Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani membawa Tengku Muhammad Jiwa ke Pulau Jawa untuk mengajar ilmu-ilmu agama kepada masyarakat di Jawa. Setelah beberapa lama di Jawa, Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani belayar pula ke salah sebuah wilayah di India. Tengku Muhammad Jiwa yang menjadi pembantu kepada Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani sentiasa mengekori ke mana sahaja Tuan Syeikh itu pergi.

Di India, Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani tetap mendapat jemputan untuk mengajar ilmu-ilmu agama. Antara orang India yang menjadi anak murid setia kepada Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani ialah Hafiz Sab. Dengan sebab itu, Tengku Muhammad Jiwa dan Hafiz Sab bersahabat baik. Tiada seorang pun yang tahu bahawa Tengku Muhammad Jiwa adalah putera kepada seorang sultan dan pewaris kerajaan Kedah Darul Aman. Baik Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani mahu pun Hafiz Sab. Tengku Muhammad Jiwa tidak pernah menceritaan tentang kedudukannya kepada kedua-dua insan yang rapat dengan dirinya itu.

Di Kedah, ayahanda kepada Tengku Muhammad Jiwa iaitu Sultan Abdullah Mu’adzam Shah jatuh gering. Keadaan kesihatannya semakin teruk dari sehari ke sehari. Maka pada 13 Jamadil Akhir 1118 Hijrah bersamaan 21 September 1706, jenazah Almarhum Sultan Abdullah Mu’adzam Shah selamat disemadikan di Kota Langgar.

Tengku Muhammad Jiwa tidak berada di sisi ayahandanya di saat-saat akhir kehidupan ayahandanya. Malah Tengku Muhammad Jiwa tidak mengetahui bahawa ayahandanya sudah pun meninggal dunia. Disebabkan keinginan untuk mengembara bagi menuntut ilmu agama, baginda terpaksa menempuhi peristiwa-peristiwa yang menyedihkan seumpama ini.

Disebabkan Tengku Muhammad Jiwa tiada di Kedah dan berita tentang dirinya juga tidak diketahui di Kedah pada waktu itu, maka para pembesar Negeri Kedah menabalkan Tengku Ahmad Tajuddin iaitu adinda kepada Tengku Muhammad Jiwa sebagai Sultan Kedah ke 18.

Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah memerintah tidak lama iaitu sekitar 3 tahun sahaja.. Pada 15 Zul Hijjah 1121 bersamaan 14 Februari 1710, baginda pun mangkat. Kemangkatan baginda menyebabkan berlaku kekosongan pada takhta Negeri Kedah. Perkara ini sangat membimbangkan para pembesar negeri terutamanya Bendahara.

Maka Bendahara pun bermesyuarat dengan para pembesar Negeri Kedah untuk mencari Tengku Muhammad Jiwa yang sudah enam tahun menghilangkan diri dan meninggalkan Negeri Kedah. Hasil mesyuarat tersebut memutuskan dua orang pembesar Kedah iaitu Dato’ Kema Jaya dan Dato’ Seri Indera untuk mencari dan menyiasat keberadaan Tengku Muhammad Jiwa. Dato’ Kema Jaya ditugaskan untuk mencari Tengku Muhammad Jiwa di Sumatera dan Jawa. Manakala Dato’ Seri Indera pula ditugaskan untuk mencari Tengku Muhammad Jiwa di Burma dan India.

Kebetulan, semasa berada di India, Tengku Muhammad Jiwa berasa sangat rindu kepada ayahanda, bonda dan tanah kelahirannya iaitu Negeri Kedah Darul Aman. Baginda tergerak hati untuk pulang semula ke Kedah.

Baginda pun mengajak Tuan Guru Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani dan Hafiz Sab untuk mengikutinya pulang ke Kedah. Kedua-dua mereka menerima ajakan Tengku Muhammad Jiwa. Maka mereka bertiga pun bersiap untuk belayar ke Negeri Kedah. Mereka bertiga pun pergi ke pelabuhan yang berhampiran lalu mereka menumpang sebuah kapal dagang Arab dari Muscat yang hendak belayar ke Nusantara.

Setelah bertolak dari India, kapal dagang Arab tersebut singgah di pelabuhan Mergui di Burma. Ditakdirkan Allah, Dato’ Seri Indera yang belayar dari sebuah pulau ke sebuah pulau menuju ke India bagi mencari Tengku Muhammad Jiwa, bertemu dengan kapal dagang Arab tersebut di pelabuhan Mergui. Beliau pun naik ke kapal Arab untuk bertanyakan menanyakan sesuatu. Beliau pun berjumpa dengan Tengku Muhammad Jiwa yang berada di dalam kapal itu bersama dengan Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani dan Hafiz Sab.

Dato’ Seri Indera tidak mengenali Tengku Muhammad Jiwa kerana penampilannya amat berbeza sekali. Namun begitu Tengku Muhammad Jiwa mengenali Dato’ Seri Indera. Baginda pun menegur Dato’ Seri Indera.

Alangkah terkejutnya Dato’ Seri Indera apabila orang yang dicarinya datang menegur dirinya. Mereka berdua berasa sangat terharu lalu mereka pun saling berpelukan. Dato’ Seri Indera menangis dengan terisak-isak sambil memaklumkan tentang kematian Sultan Abdullah Mu’adzam Shah dan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah kepada Tengku Muhammad Jiwa. Baginda pun menangis terisak-isak ketika mendengar berita itu.

Pada ketika itu barulah Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani dan Hafiz Sab mengetahui bahawa Tengku Muhammad Jiwa adalah seorang putera raja. Tengku Muhammad Jiwa, Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani dan Hafiz Sab pun turun dari kapal dagang Arab itu dan mengekori Dato’ Seri Indera ke kapalnya. Maka mereka berempat pun segera belayar pulang menuju ke Kedah.

Setelah ditabalkan menjadi Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa melantik tuan guru yang sangat dikasihinya itu iaitu Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani menjadi mufti Negeri Kedah sekaligus penasihat utama buat diri baginda. Manakala Hafiz Sab dilantik menjadi kadi dengan gelaran Dato’ Maharaja Qadi. Setelah ditabalkan menjadi Sultan, baginda tetap tidak boleh berpisah dengan Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani.

Antara kejayaan yang penuh gemilang yang berjaya dicapai oleh Sultan Muhammad Jiwa semasa pemerintahannya ialah meluaskan kekuasaan Negeri Kedah. Siam merupakan satu musuh utama bagi Negeri Kedah pada ketika itu. Siam memasang impian untuk menakluki Negeri Kedah. Namun tindakan Sultan Muhammad Jiwa meluaskan wilayah Negeri Kedah seolah-olah memberi amaran kepada Siam tentang kekuatan Kedah yang tidak boleh dipandang remeh sama sekali.

Dalam usaha meluaskan wilayah Kedah, Sultan Muhammad Jiwa telah mengamanahkan tugas tersebut kepada salah seorang anak baginda iaitu Tengku Anjang. Beliau diberi pangkat Raja Laut dengan gelaran Tengku Seri Paduka Maharaja Diraja Senggara. Raja Laut ditugaskan untuk meluaskan wilayah Negeri Kedah selain dari mengawal hal ehwal di perairan Negeri Kedah.

Ternyata anakanda Sultan Muhammad Jiwa ini bukan sebarangan orang. Beliau adalah seorang Raja Laut yang sangat bijak dan berani. Sultan Muhammad Jiwa telah membina sebuah kapal penjajap untuk dijadikan kenderaan rasmi Raja Laut. Kapal penjajap itu dinamakan Papak Jantan dan pembuatannya sangat elok, cukup besar, panjang dan cantik serta tiada tandingannya dengan mana-mana kapal pada waktu itu.

Maka dengan kelengkapan yang baik serta kebijaksaan kepimpinan Raja Laut, Kedah berjaya meluaskan wilayahnya sehingga ke sempadan Mergui, Burma. Semua kota-kota yang terletak di antara sempadan Mergui dan Kedah seperti Tonka, Terang (Trang), Kupa, Rundong (Ranong) terletak di dalam kekuasaan Negeri Kedah. Di samping itu, tiada lagi kedengaran berita tentang rompakan berlaku di perairan Negeri Kedah. Maka bertambah masyhurlah Negeri Kedah Darul Aman.

Setelah memerintah Negeri Kedah sekitar 50 tahun, Sultan Muhammad Jiwa II  mangkat pada bulan yang mulia iaitu pada 1 Ramadhan 1174 Hijrah bersamaan 5 April 1761 M.

Semoga Allah menempatkan Sultan Muhammad Jiwa dan Sultan Abdul Halim di kalangan orang-orang yang beriman.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara



Galeri Sejarah Kedah: Sultan Muhammad Jiwa II Galeri Sejarah Kedah: Sultan Muhammad Jiwa II Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 16, 2017 Rating: 5

Rezeki yang berkat

Jumaat, September 15, 2017
Assalamualaikum.

Sebuah kisah teladan yang menarik untuk dibaca dan diambil pengajaran darinya.

Pada satu masa dulu ada sorang lelaki tua di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah SWT tetapi macam terganggu sedikit sebab setiap hari dia asyik fikir dan risau pasal rezeki dia. Hari-hari memang rezeki dia ada sebuku roti sahaja

Satu hari, Nabi Musa AS lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir inilah peluang yang terbaik untuk dia tanya Nabi Musa AS untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa AS dan dengan teragak-agak dia tanya.

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan rezeki saya (rezeki). Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa AS pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa AS mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada orang tua itu memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa AS pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu.

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa AS bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!". Dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah SWT yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti.  Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa-apa makanan.

Orang tua itu berkata kepadanya, "Apa kata kalau kamu bawak roti-roti yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!". Penggembala tu pun lakukan seperti apa yang dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada orang tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan-bulan dan bertahun-tahun dan Sayyidina Musa AS melalui lagi kawasan orang tua tu. Dengan kagum baginda AS mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran dan haiwan-haiwan ternakan meragut tidak jauh dari situ.  Terdapat sebuah ladang gandum dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa AS mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa AS pun menjadi hairan kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa AS pergi untuk mengetahui apa yang terjadi.

"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu.

Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT.

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi ..

BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. Aamiiinnn.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.

Moral dari kisah ini

- Janganlah kita risau dengan rezeki kita dapat sekarang.
- Bersyukur walaupun sedikit.
- Walaupun sedikit murahkan hati berkongsi dengan orang yang benar-benar memerlukan.
- Jangan mudah mengeluh bila kita dtimpa kesusahan.
- Jangan mudah rasa tidak puas hati dengan apa yg kita dapat sekarang.
- Jangan riak atau menunjuk dengan apa yang kita 'hulur' kan semata-mata untuk diketahui umum.
- Duit jangan dikejar, kelak kita jadi hamba duit.

Wallahualam




🤔🤔🤔🤔🤔
Rezeki yang berkat Rezeki yang berkat Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 15, 2017 Rating: 5

Damailah di sana duhai bakal penghuni syurga

Khamis, September 14, 2017
Assalamualaikum

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Damailah kalian di sana duhai anak.
Syurga abadi menanti kalian.
Didoakan kekuatan buat keluarga yang ditinggalkan.




Damailah di sana duhai bakal penghuni syurga Damailah di sana duhai bakal penghuni syurga Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 14, 2017 Rating: 5

Hilangnya seorang Raja berjiwa Rakyat

Selasa, September 12, 2017
Assalamualaikum

Selaku anak Kedah yang merantau, kemangkatan Tuanku Sultan turut meninggalkan kesedihan di hati. Semoga Allah ampunkan segala dosa Tuanku dan tempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh.

Takziah buat seluruh rakyat Kedah.


Hilangnya seorang Raja berjiwa Rakyat Hilangnya seorang Raja berjiwa Rakyat Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 12, 2017 Rating: 5

Hargai masa yang ada

Isnin, September 11, 2017
Assalamualaikum

Tersentuh hati baca kisah ni jadi cikgu copy dan paste untuk bacaan pengunjung setia blog ni. Selamat membaca! 😘

Sudah beberapa bulan saya tidak menjadi pemandu GRAB. Tuntutan tanggungjawap yang lain membuatkan saya terpaksa “hold” dahulu kerja “parttime” ini. Namun baru-baru ini ketika saya memulakan tugas, saya menerima request dari seorang penumpang yang ingin ke KLIA.
Saya terus menuju ke lokasi penumpang itu menunggu. Ketika saya tiba, saya terlihat seorang wanita yang saya kira dalam lewat 50 tahun berdiri dengan sebuah luggage. Apabila saya memberhentikan kereta, terus saya membantu beliau menyimpan luggage tersebut kedalam kereta.
Saya meneruskan perjalanan. Suasana agak sepi seketika. Sehinggalah saya memberanikan diri bertanya beliau.

“Puan seorang aje? Nak bercuti kemana?”

“Ohhh.. saya pergi dengan kawan-kawan. Masing-masing jumpa di airport. Kami buat trip tour Europe. Geng orang-orang pencen”, balas beliau.

Saya hanya menganggukkan sahaja jawapan beliau. Sepanjang perjalanan beliau rancak bersembang. Dalam hati, puan ini mesti mempunyai kerjaya yang hebat kerana terlalu banyak isu yang beliau ketengahkan sehinggalah ada satu perkara yang membuat saya terasa sebak…

Kisahnya begini…

Suami pergi meninggalkan saya kira-kira 8 tahun yang lepas. Masa tu kami masih belum bersara. Ada lebih kurang beberapa tahun lagi untuk bersara. Impian kami berdua, seandainya sudah bersara kami bercadang untuk mengelilingi dunia menghabiskan sisa hari tua ketika masih Allah kurniakan badan yang sihat. Tapi kita hanya merancang, namun perancangan Allah lebih baik lagi. Suami pergi dahulu meninggalkan saya dan anak-anak.

Dipenghujung usia ini, apa yang saya akui bahawa saat membesarkan anak-anak itu sangat singkat. Jika dahulu saya dan arwah suami bertungkus lumus mencari rezeki, bersusah payah membesarkan anak-anak. Rumah walaupun ketika itu hanya mampu membeli rumah yang bersaiz kecil namun dipenuhi dengan gelak tawa, tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurau senda dan macam-macam lagi. Buku, pensel, baju berterabur di lantai bilik. Bedak, sikat entah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan dibawah katil atau meja.
Boleh dikatakan hari-hari saya akan menjerit menyuruh diam, kemas buku-buku dan masukkan pakaian kotor ke dalam bakul kain kotor. Penat. Yer.. Memang memenatkan.
Dan apabila waktu pagi, terkocoh-kocoh menyiapkan sarapan, kelengkapan anak kecil ke taska, yang besar pula bertanya, “mak.. pensil tak ade”. Seorang lagi menjerit, “mak.. sikat, bedak mana?” dan seorang lagi menjerit anak tudung dan stokin hilang! Dalam pada saya membebel itu dan ini, tetap juga mencari dan menyediakan apa yang anak-anak pintakan.

Masa berlalu sangat pantas. Anak-anak yang kecil kini semuanya sudah meningkat dewasa. Malah ada yang sudah merantau meninggalkan kami. Apabila saya buka pintu bilik anak-anak yang ada hanyalah katil yang kosong. Buka almari baju. Yang tinggal beberapa helai baju.

Apa yang tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau anak-anak pada bantal, tilam dan persekitaran. Yer! Setiap anak itu mempunyai bau “istimewa” hanya seorang emak sahaja yang tau. Saya akan hidu udara bilik itu sedalam-dalamnya untuk menghilangkan rindu pada anak-anak. Memori gelak tawa tangis anak-anak dan kehangatan badan anak-anak bila dipeluk.

Kini rumah saya bersih. Kemas. Teratur. Tapi saya rasakan ia bukan sesuatu yang indah kerana buka dan tutup pintu pun sendirian. Kalau dulu sayalah yang sentiasa jerit menyuruh anak-anak menutup pintu dan tingkap. Anak-anak saya sudah mempunyai kehidupan sendiri. Saya juga kini sendiri kerana teman yang saya harapkan menjadi teman telah pergi dahulu meninggalkan saya. Walau apa pun saya sentiasa mendoakan agar anak-anak sentiasa dalam peliharaan Allah.

Sepanjang beliau bercerita saya lihat dari cermin pandang belakang, beliau bercerita dengan tenang dan penuh senyuman. Tidak mampu saya berkata apa-apa hanya anggukkan sahaja. Kerana setiap bait-bait ayatnya sangat meruntum jiwa. Membuat saya sedar bahawa betapa banyaknya diri ini merungut-rungut dengan situasi ketika bersusah payah membesarkan anak-anak.

Apa yang boleh saya simpulkan dari cerita beliau bahawa nikmatilah waktu yang sedang kita lalui kini dengan berlapang dada tanpa rungutan dan keluahan terutama ketika berpenat lelah membesarkan anak-anak. Kerana suatu hari nanti ianya akan menjadi sejarah dan membuatkan kita rindu tatkala bersendirian meniti usia tua.

Kepada anak-anak yang masih mempunyai emak & ayah jangan lupa! Sentiasa hubungi mereka. Dan paling utama sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk mereka. Mungkin kita tidak ditakdirkan menjadi anak yang berpeluang menjaga mereka dipenghujung usia tapi jadilah anak-anak yang menyejuk dimata, penawar dijiwa buat mereka.
Saya doakan yang terbaik buat semua. Hidup dalam positif penuh keceriaan. Bergembiralahhhh 😂😂😂😂

Note: 😁
#kisahgrab
#PositiveVibes


Hubungi Cikgu di talian 0135819100 untuk mendapatkan produk Asmak. Agen dropship dan pengedar diperlukan di seluruh Malaysia. Hubungi cikgu segera ye 😚
Hargai masa yang ada Hargai masa yang ada Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 11, 2017 Rating: 5

Doa ibu bapa untuk anak menghadapi peperiksaan

Ahad, September 10, 2017
DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Oleh: Ustaz Khairul Akmal Abd Fatah
(Guru Pendidikan Islam SKSAA)

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mer
eka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbal Alamin.

Doa ibu bapa untuk anak menghadapi peperiksaan Doa ibu bapa untuk anak menghadapi peperiksaan Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 10, 2017 Rating: 5

Awas produk kecantikan berbahaya!

Sabtu, September 09, 2017
Assalamualaikum

Nak cepat cantik? Muka putih tanpa cela?

Ni antara ayat tarikan membuatkan ramainorang memilih menggunakan produk xxx yang akhirnya mengundang padah. Kebanyakan produk kecantikan yang memberikan kesan pantas mempunyai bahan yang menyebabkan kulit menipis serta mengelupaskan kulit atau bahasa omputihnya 'peeling' . Jom baca apa itu produk 'peeling'

❌ PEELING OH PEELING ❌

Produk peeling adalah produk pengelupasan yang mana akan menghakis sel kulit hidup kita dan mematikan sel² melanin yg terdapat di bawah kulit. Kenapa produk peeling menghakis ? Sebab, mostly peeling product mengandungi bahan kimia hydrokuinon dan mercury yang berfungsi untuk menghakis kulit wajah. Sebab itu sesiapa yang menggunakan produk tersebut, warna kulit mereka sama iaitu putih pucat. Itu yang dibanggakan kerana kulitnya lah yang paling cerah gebu gebas 😂

Makin cepat kesan pengelupasan dan makin cepat putih, makin tinggilah kandungan kedua-dua bahan kimia itu dalam produk tersebut. Bahan kimia ini pula diserap ke dalam darah. Jangka masa pendek memang tidak datangkan apa-apa kesan pada tubuh badan, tapi lama kelamaan bila dah sebati dengan darah daging akan mulalah masalah kesihatan sedikit demi sedikit. Punca berlakunya kanser kulit, kanser hati atau penyakit lain adalah disebabkan berkumpulnya bahan-bahan kimia tersebut di dalam organ badan kita.

Kesan Peeling Product :

1. Kemerahan (erythema). Semakin dalam pengelupasan atau untuk jenis kulit tertentu, kemerahan akan menjadi teruk.
2. Perubahan warna kulit, mungkin akan menjadi lebih gelap atau terang daripada kulit di sekitarnya.
3. Kulit mengeras dan mengelupas.
4. Bengkak (edema), khususnya di daerah sekitar mata.
5. Terluka.
6. Reaksi alergi terhadap produk.
7. Infection. Orang yang memiliki sejarah penyakit herpes biasanya memiliki kecenderungan terkena infection setelah pengelupasan secara kimia.
8. Meningkatnya tahap sensitiviti terhadap sinar matahari.

Anda dah jadi mangsa produk 'peeling'? Jangan bersedih..jom rawat wajah yang luka itu dengan Bedak Asmak yang dihasilkan dari tanah liat putih kaolin bermutu tinggi. Bebas bahan kimia berbahaya dan sesuai dari kulit bayi sehingga dewasa.

Dapatkan Bedak Asmak dari pengedar sah MHAMSB seluruh Malaysia atau hubungi cikgu melalui aplikasi whatapps di talian: 013-5819100.





Awas produk kecantikan berbahaya! Awas produk kecantikan berbahaya! Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 09, 2017 Rating: 5

Anda peminat ulam JERING? Wajib baca ni!

Jumaat, September 08, 2017
Assalamualaikum

BAHAYA JERING TAK DIREBUS BETUL

Kes ini berlaku ketika saya baru melaporkan diri ke hospital daerah. Ketika itu saya sedang bertugas on-call di Jabatan Kecemasan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi, apabila seorang lelaki disorong masuk menggunakan kerusi roda.

"Aduh...doktor, tolong..sakitnya.." rintih pemuda tersebut sambil memegang perutnya.

Apabila diangkat ke stretcher, beliau baring dalam keadaan mengerekot. Beliau dalam kesakitan yang sangat.

Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat segera mendapatkan lelaki berkenaan, memasang jarum branulla di tangannya. Manakala saya, segera bertanyakan apa yang terjadi.

"Senak perut, doktor. Tiba-tiba sahaja sejak pukul 12 malam tadi. Rasa nak kencing, tapi tak boleh kencing!"

Sebaik sahaja lelaki tersebut bercakap, saya segera mengesyaki sesuati. Bau yang terbit dari mulutnya, adalah sejenis bau yang cukup hancing dan tajam.

Saya segera memulakan pemeriksaan. Apabila saya memeriksa bahagian pundi kencing beliau, ianya tidaklah terlalu cekang atau besar. Saya meminta Penolong Pegawai Perubatan untuk memasukkan tiub kencing, sedang saya meneruskan pemeriksaan.

Sebaik sahaja tiub kencing dimasukkan, air kencing bercampur darah keluar. Namun jumlahnya sedikit sahaja. Lelaki tersebut masih dalam kesakitan, lalu saya meminta agar ubat penahan sakit, IV Tramadol segera diberikan. Dalam tempoh beberapa minit, kesakitan lelaki tersebut pun berkurangan.

Sampel darah diambil, dan lelaki tersebut diletakkan di ruang pemerhatian. Saya meneruskan proses mendapatkan sejarah pesakit dengan bertanya kepadanya.

“Encik, ada makan apa-apa pada malam tadi?”

“Ya, doktor. Saya makan nasi bersama keluarga seperti biasa.”

“Ada makanan yang dibeli dari luar? Atau ulam-ulaman?” saya bertanya lagi.

“Makanan berlauk, tak ada pula. Cuma petang tadi memang saya ada ke pasar malam, membeli jering rebus untuk dijadikan ulam.” Ujar beliau.

Jawapan beliau membuatkan hati saya terdetak. Sangkaan saya tepat, rupanya. Namun saya mahu tunggu keputusan ujian darah terlebih dahulu.

Rawatan drip intravena segera diberikan. Lelaki tersebut tidak lagi dalam kesakitan, namun air kencingnya masih bercampur darah. Ultrasound buah pinggang dibuat, menunjukkan tiada batu karang meskipun kedua-dua buah pinggangnya sedikit bengkak.

Hampir setengah jam kemudian, keputusan ujian darah sudah siap. Seperti yang dijangka, fungsi buah pinggangnya merosot secara mendadak. Bacaan creatinine nya mencecah 400, sedangkan paras normal bagi orang sihat biasanya tidak melebihi 100.

“Encik, penyakit encik ini namanya Jering Nephropathy. Maksudnya, kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh pengambilan jering.”

Bundar mata lelaki tersebut tatkala saya memaklumkan kepadanya penyakit yang beliau hidapi.

“Dalam buah jering, ada sejenis bahan yang dinamakan djenkolic acid. Bahan ini, bersifat toksik kepada buah pinggang manusia. Adakalanya pesakit yang memakan jering terlalu banyak, terutamanya jering yang tidak direbus betul, akan mendapat masalah ini.”

Saya meneruskan penerangan. Beliau mengangguk, tanda faham.
“Sekarang, fungsi buah pinggang encik agak terjejas. Kita akan mulakan rawatan awal, iaitu IV Drip bagi memastikan buahpinggang encik terus berfungsi dan saki baki Djenkolic Acid dalam darah encik dapat keluar melalui air kencing.

“Namun, kita akan terus pantau keadaan encik didalam wad. Sekiranya dengan rawatan yang kita berikan ini pun fungsi buah pinggang encik tidak bertambah baik, atau bertambah lebih buruk, encik mungkin terpaksa dirujuk ke hospital besar. Kita khuatir encik mungkin memerlukan prosedur pembedahan atau dialisis untuk menyelamatkan fungsi buah pinggang.”



Penjelasan panjang lebar saya membuatkan pesakit tersebut termenung. Setelah berbincang dengan ahli keluarga, lelaki tersebut bersetuju dimasukkan ke wad untuk tujuan rawatan dan pemantauan.
Ini adalah kali keempat saya menjumpai kes Jering Nephropathy. Tiga kali sebelumnya, adalah ketika saya menjalani latihan siswazah di hospital besar.

Kes jering nephropathy, atau djenkolism, tidak banyak terdapat didalam buku-buku teks perubatan. Ini kerana kejadian ini jarang berlaku (low incidence), dan hanya berlaku di kawasan Asia Tenggara. Agaknya disebabkan adat dan budaya penduduk kita yang biasa menjadikan jering sebagai makanan ulaman.

Namun, penyakit jering nephropathy ini, selain menyebabkan kesakitan yang teruk ia juga boleh membahayakan nyawa. Menurut sebuah literature review oleh Bunawan et al (2014), daripada 96 kes Jering Nephropathy yang dilaporkan oleh jurnal-jurnal perubatan, empat daripadanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Majoriti pesakit akan sembuh dengan rawatan hidrasi IV Drip, namun terdapat kes yang mana memerlukan rawatan pembedahan. Dalam sebuah laporan kes oleh Wong JS et al (2007) di Hospital Umum Sarawak, pesakit terpaksa melalui sebuah prosedur “stenting” ke kedua-dua buah pinggangnya.

 Apabila “stent” dimasukkan, didapati terdapat bahan berupa jeli berwarna seperti sos menyumbat salur ureter pesakit. Hanya setelah stent dimasukkan, barulah pesakit dapat kencing semula dan fungsi buah pinggang pesakit bertambah pulih.

Sebenarnya sebelum kes Jering Nephropathy dilaporkan didalam jurnal-jurnal perubatan, orang-orang tua kita sudah lama mengenalpasti penyakit ini yang disebut sebagai “terkepit jering”. Ini kerana berdasarkan pemerhatian mereka, terdapat individu yang sakit bagaikan dikepit setelah memakan jering.

Dari situlah lahirnya petua orang tua-tua, bahawa jering perlu direbus sehingga berjam-jam lamanya sebelum dimakan. Ada yang menasihatkan untuk direbus dengan pelbagai bahan seperti daun kunyit, akar pokok kelapa, bahkan abu dapur, paku dan rantai basikal!

Keberkesanan dan keselamatan bahan-bahan yang dicampurkan ini agak sedikit meragukan, namun kita memahami rasionalnya adalah untuk menyahneutralkan djenkolic acid yang terdapat dalam biji jering tersebut.

Apapun, nasihat dan saranan saya kepada mereka yang gemar memakan jering,

1. Elakkan dari memilih jering yang tua, kerana jering yang tua berkemungkinan mengandungi kepekatan djenkolic acid yang lebih tinggi.

2. Elakkan dari memakan jering yang mentah.

3. Elakkan memakan jering dalam kuantiti yang besar.

4. Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang kronik, tidak dibenarkan memakan jering.

5. Banyakkan meminum air setelah memakan jering.

6. Jika berlaku sakit perut atau kencing berdarah, dapatkan rawatan di hospital segera.

****

“Ha, encik, apa khabar hari ini?

Saya menyapa lelaki berkenaan yang sedang berehat. Hari tersebut adalah hari keempat beliau di wad. Alhamdulillah, paras creatinine beliau sudah turun ke normal, menandakan buah pinggang beliau telah bertambah baik. Beliau juga sudah tidak perlu memakai beg kencing dan air kencingnya juga sudah tidak bercampur darah.

“Alhamdulillah, bertambah baik! Terima kasih banyak-banyak, doktor.” jawab beliau kesengihan.

“Nak makan lagi jering lepas ni, encik?” saya cuba bergurau. Beliau tertawa sambil berkata,

“Eh mestilah doktor, kalau dah minat, ulam jering cicah cabai tak boleh tinggal!”

Lantas kami sama-sama ketawa.

Dr. Mohd Syamirulah Rahim,
Pegawai Perubatan
http://facebook.com/dr.syamirul

Artikel ini diterbitkan di Majalah iSihat Ogos 2017.

Nota cikgu: Cikgu tak suka dan tak reti makan jering. Mungkin sebab keras dan baunya yang kuat tu. Buat peminat jering, berhati-hatilah semasa makan jering. 😊 Biar mulut busuk tapi hati suci lagi wangi. Hehehehe
Anda peminat ulam JERING? Wajib baca ni! Anda peminat ulam JERING? Wajib baca ni! Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 08, 2017 Rating: 5

Bahagian ayam yang beracun 😱

Khamis, September 07, 2017
Assalamualaikum

Terdapat 5 bahagian ayam yang terkandung racun dan jika kita kerap memakan bahagian ini, mungkin kita akan mengalami risiko penyakit.

1. Kepala

Bahagian ini dikatakan mengandungi logam berat walaupun bukan keseluruhannya, namun kawasan leher adalah tempat kebiasaan yang digunakan penternak memberikan zat kimia untuk makanan ayam.

Bekas bahan kimia pada makanan itu yang berbentuk logam berat terus tersimpan (terlebih dalam otak ayam) yang pasti membahayakan kesihatan manusia.

2. Kepak

Ramai yang gemar bahagian kepak (chicken wing) kerana dikatakan kurang mengandungi lemak, tetapi bahagian inilah yang dikatakan lebih banyak mengandungi pelbagai jenis ubat.

Di sinilah ayam akan disuntik dengan pelbagai ubat terutama untuk proses tumbesaran.

Ayam akan diberikan hormon sekurang-kurangnya empat kali untuk cepat matang kerana itu, dahulu ayam mengambil masa agak lama berbanding sekarang kurang empat bulan ayam sedia untuk dijual.

Jadi, apabila kerap memakan kepak ayam, risiko mendapat penyakit kanser sangat tinggi.

3. Leher

Ramai juga penggemar leher ayam. Dulu, ada yang takut kalau makan leher ayam ini, nanti naik pelamin, kepala teleng.

Bahagian ini mengandungi kandungan bakteria serta virus yang sangat tinggi.

Biarpun hanya sedikit daging di bahagian ini, inilah bahagian paling banyak pembuluh darah serta kelenjar dan lebih mudah kuman memasuki badan kita dengan memakan bahagian leher ayam.

4. Buntut

Banyak memakan buntut ayam dikatakan akan mendatangkan risiko menghidapi kanser usus.

Buntut ayam memiliki kandungan hormon serta tempat berkumpulnya kelenjar. Segala ubat yang dimasukkan ke badan ayam yang tidak dapat dicerna dengan baik akan berkumpul di bahagian ini.

5. Kulit

Makan daging ayam tanpa kulit seolah tidak lengkap namun hakikatnya, kulit antara bahagian yang bahaya juga.

Menerusi kajian di Jepun, antibiotik, hormon, toksin yang larut dalam lemak ada di dalam kulit haiwan, termasuk juga ayam.

Di dalam kulit ayam sangat banyak tersimpan toksin yang berbentuk larut dalam lemak, yang pasti dapat sangatlah merubah metabolisme toksin dalam hati.

Jika terlebih makan kulit ayam, anda juga mudah mendapat masalah obesiti.

Kredit: fb Ct Aida Sardzi

Pesanan cikgu: Makanan beracun menyebabkan  manusia mati, tapi kalau hati dah mati, tiada guna lagi manusia itu hidup 😅
Bahagian ayam yang beracun 😱 Bahagian ayam yang beracun 😱 Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, September 07, 2017 Rating: 5

Raja Halia

Rabu, September 06, 2017
Assalamualaikum

Tahukah anda fakta mengenai Raja Halia iaitu
Halia Bentong ?

+Halia bentong juga dikenali sebagai "Halia Muda atau "Halia Kuning, tumbuh di hutan dataran tinggi di malaysia yang bercuaca sejuk, nyaman dan bebas pencemaran.

+Cuaca di kawasan penanaman antara faktor terpenting kerana ia memerlukan persekitaran yang bersuhu tinggi pada siang hari dan bersuhu rendah pada waktu malam.

+Halia Bentong mempunyai saiz yang besar dengan nilai khasiat yang tinggi kerana ia ditanam di tanah - tanih yang subur dan gembur, dan disiram dengan air sungai semula jadi yang kurang deras pengaliran airnya.

+Penanaman Halia Bentong merupakan tugas yang rumit dan mengambil masa satu tahun untuk memperoleh hasilnya. Demi memastikan kualiti Halia Bentong, tanah perlu dibiarkan kosong selama 8 hingga 10 tahun selepas penuaian dan sebelum rancangan penanaman semula dijalankan, ini bermakna Halia Bentong adalah teramat tinggi nilainya.

Info khasiat Madu Halia Bentong

🐝Madu Halia Bentong baik untuk merawat masalah batuk kering, batuk hingga hilang suara dan selsema
🐝Ia juga membantu memanaskan badan dan melembabkan hati
🐝Halia madu membantu pencernaan ke arah lebih baik
🐝Menguatkan antibodi badan
🐝Membantu melancarkan peredaran darah
🐝Ia juga berupaya mematikan bakteria dan sel kanser
🐝Boleh di gunakan untuk masalah saraf
🐝Mengurangkan tekanan darah tinggi
🐝Membekalkan tenaga
🐝Mengawal berat badan
🐝Baik untuk minda
🐝Membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan
🐝Melawaskan pembuangan air kencing
🐝Melegakan "morning sickness"
🐝Mengelakkan masalah usus
🐝Bagus diamalkan selepas bersalin
🐝Mencuci darah kotor
Raja Halia Raja Halia Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, September 06, 2017 Rating: 5

Rajuk Vs Sentap

Selasa, September 05, 2017
Assalamualaikum

Rajuk

Satu perkataan ringkas yang membawa makna mendalam

Kalau kanak-kanak merajuk tu perkara biasa. Tapi, bolehkah orang dewasa merajuk?

Perkataan yang cikgu kira hampir sama makna dengan merajuk dan membawa kesan yang lebih kurang sama namun semakin banyak digunakan sekarang - sentap

Contoh ayat: Tegur sikit sentap. Marah sikit sentap

Kalau dulu : Tegur sikit merajuk. Marah sikit merajuk.

Tak kisahlah sentap ke merajuk ke, yang penting kena banyakkan bersabar dan istighfar.

Rajuk dan sentap lama-lama pon menyusahkan diri jugak. Ye tak?

Ps: mood sentap merajuk dengan pelajar yang makin tak reti bahasa.

Sakit kepala? Jom sapu Minyak Asmak. 😜





Rajuk Vs Sentap Rajuk Vs Sentap Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, September 05, 2017 Rating: 5

Kisah si kecik

Isnin, September 04, 2017
Assalamualaikum

Si comel ni RM18 harganya.Tahun ni jualan si comel 25K botol sahaja,tak macam tahun lepas masa mula keluar.Sebab diorang lagi suka abang long.
Abang long masih menguasai rekod tertinggi yang pernah dicapai 50K botol sebulan.



Try dulu,then boleh nilai.
Tapi sebelum try kena cuci hati biar positif dan ikhlas.Kalau dah kondem,biasa tak jadi.Sebab?Kata-katamu is doa.

Kepada Allah kami berserah. 😇

*Minyak Herba Asmak minion 10 ml
*Minyak Herba Asmak 30ml RM39


Kisah si kecik Kisah si kecik Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, September 04, 2017 Rating: 5

Rambut berbuah dan bercabang? ini solusinya!

Ahad, September 03, 2017
Assalamualaikum

Sapa ada masalah rambut berbuah? Pastu kelemumur, gatal dan cepat gugur?

Cikgu dulu rambut selalu sangat berbuah. Dah potong pendek pastu berbuah lagi. Biasanya dia jadi sebab rambut tak dikeringkan dengan betul dan terus diikat atau ditutupi dengan hijab.

Baru-baru ni syarikat MHAMSB dah keluarkan shampoo yang sangat best. Suami cikgu yang perasan rambut cikgu dah tak berbuah sejak guna shampoo ni. Kalau buah rambut tu buah rambutan ke, buah durian ke, boleh gak jual kan? Hohoho.ni buah rambut, langsung tak cantik pastu menyebabkan rambut kusut, bercabang dan berbau busuk kepam.

 Maila cuba shampoo ni..memang berbaloi!😁

Rambut kusut tiada lagi. Uban pon segan silu nak tumbuh. Rambut semakin lembut hitam lagi berseri-seri.

500ml cuma rm39. Wangi semerbak rambut uolls nanti.

Roger cepat kalau nak tu. Jangan tunggu lama-lama. Nanti habis licin rambut kat kepala tu 😜

#ShampooBungaRayaPlus
#RambutSinarBersinar

Hubungi 0135819100( cikgu basariah ) untuk tempahan atau pertanyaan berkaitan produk MHAMSB ini. Cikgu guna, cikgu jual 😘


Rambut berbuah dan bercabang? ini solusinya! Rambut berbuah dan bercabang? ini solusinya! Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, September 03, 2017 Rating: 5

Mitos diet

Sabtu, September 02, 2017
Assalamualaikum

MERDEKAKAN DIRI KITA DARI MITOS DIET

Merdeka itu ertinya bebas. Sempena Hari Kemerdekaan ke 60 ini, marilah bebaskan diri dari pemikiran:

1. Nak diet kena pakai pil. Ubat kurus, suplemen sehingga berbelanja sampai ribuan ringgit.

2. Minum air detox akan buat badan kurus. Tanpa kawalan pemakanan badan kau takkan kurus.

3. Sit up akan kempiskan perut. Tanpa penjagaan makan ia tetap satu hal yang sia-sia.

4. Lemak dapat bertukar jadi otot. Lupakan sahaja. Lemak hanya dikecilkan sahaja peratusannya. Tidak boleh bertukar jadi otot.

5. Joging adalah permulaan untuk kurus. Masih ada pelbagai senaman lagi yang boleh buat kita kurus. Samaada mahu ke Gym atau buat bodyweight training. Pelbagaikan.

6. Makan nasi menggemukkan. Tolonglah. Nasi tidak bersalah.

7. Nak kurus kena ikut diet orang itu ini. Tak perlu. Dietlah ikut keperluan kalori masing, tanpa taksub pada mana-mana coach atau plan diet.

8. Makan buah-buahan dengan banyak boleh kurus. Ingat, buah juga ada kalori. Masih tetap perlu ada kawalan.

9. Makan lemak-lemak ni boleh je. Asalkan minum air limau, nanti dia bakarlah balik lemak tu. Ya ampun.

10. Lepas makan jangan mandi sebab nanti jadi gemuk air. Allah. Harap ramai tak pegang dah benda ni. Huhu.

11. Nak minum air kena ikut waktu. Sebelum tidur tak boleh nak minum air nanti jadi gemuk. -_-

12. Nak diet jangan makan. Jujur kawan, itu bukan diet. Tapi tahan lapar.

13. Berangan nak kurus tapi usaha tak pernah nak mula. Ini lagi bahaya oi. Kahkahkah.

Sempena hari kebangsaan ini, marilah ubah segala pemikiran ini dari minda. Bebaskan diri kalian dari mitos-mitos dalam diet.

Walaupun azam kau tahun 2017 nak diet tak terlaksana lagi. Ia masih belum terlambat.

Yang penting kena buat terus. Cuba dan terus mencuba. Join kelas diet, pergi seminar, cari ilmu. Insyaallah, sudah dapat praktiskan terus.

Semoga terus berjaya dan merdekakanlah diri kalian dari mitos diet yang entah apa-apa.

Ada ke contoh-contoh pemikiran yang hangpa pegang di atas sebelum baca post ini? Hihihi.

Boleh share, bantu kawan-kawan yang lain.

Arif Sukri
Ustaz Fitness Merdeka Kebangsaan


Mitos diet Mitos diet Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 02, 2017 Rating: 5

Benefits of warm water

Jumaat, September 01, 2017
A group of Japanese Doctors confirmed that warm water is 💯 % effective in resolving some health problems👇, including:

Headache, migraine,  high blood pressure, low blood pressure,  pain of joints, sudden increasing and decreasing of heartbeat, Epilepsy, increasing level of cholesterol, cough, bodily discomfort,  golu pain, asthma, hooping cough, blockage of veins, diseases related to uterus & urine, stomach problems, poor appetite, also all related diseases to the eyes, ear & throat.


HOW TO USE WARM WATER 👉👉

Get up early in the morning and drink approximately 4 glasses of warm water when the stomach is empty. Do not eat anything 45 minutes thereafter.

You may not be able to make 4 glasses at the beginning, but slowly you will.✍

The warm water therapy will resolve the health issues within reasonable periods:👇

👉 Diabetes in 30 days
👉 Blood pressure in 30 days
👉 Stomach related issues in 10 days
👉 All types of cancer in 9 months
👉 Blockage of veins in 6 months
👉 Lack of hunger (Poor appetite?) in 10 days
👉 Uterus and related diseases in 10 days
👉 Nose, Ear & Throat problems in 10 days.
👉 Women problems(?) in 15 days,
👉 Heart diseases in 30 days
👉 Headache/Migraine in 3 days
👉 Low blood pressure in 30 days.
👉 Cholesterol in 4 months
👉 Epilepsy and paralysis continously in 9 months
👉 Asthma in 4 months.

COLD WATER IS BAD FOR YOU:

🌻In the past, people used to say that if cold water does not affect you at young age, it will harm you at old age👇

👉 Cold water closes  4 veins of the ♥ heart and causes heart attack 💔; Cold drinks are main reason for Heart Attack.
👉 Cold  water💦 creates problems in liver; makes fat stuck with liver. Most of the people waiting for the transplant of liver are victims of cold water drinking.
👉cold water affects internal walls of stomach.
👉cold water affects stomach and big intestine and results in cancer.

👉pliz, don't keep this to yourself, tell someone to tell someone
Benefits of warm water Benefits of warm water Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 01, 2017 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.