Adab sebelum Ilmu

Assalamualaikum

Bukan mudah mendapatkan ilmu. Pastikan adab sentiasa dijaga. Adab sebelum ilmu.

ADAB DENGAN GURU
==================

Ahmad : Kenapa anta belajar sikit tapi dapat result gempak ?

Mahmud : Sebab ana jaga adab dalam belajar kerana di situ terdapat keberkatan.

Ahmad : Keberkatan tu apa ?

Mahmud : Keberkatan tu 'ziadatul khair' (زيادة الخير), 'bertambah kebaikan'. Kita buat sikit tapi dapat banyak.

Ahmad : Bagaimana nak dapat keberkatan?

Mahmud : Antara benda yang sangat perlu dijaga adalah adab kita dengan guru. Ana tengok ada yang bercakap-cakap ketika guru sedang belajar, ada yang bergelak ketawa, buat bising, ada yang main telefon, ada yang tidur, tak fokus pada guru ketika dia sedang mengajar. Bagi ana kalau nak buat semua tu sebab dah terdesak sangat, jangan buat depan2 guru kerana itu menunjukkan kita tak beradab dengan guru dan boleh menyebabkan guru kecil hati.

Tak datang kelas atas sebab yang tak munasabah pun salah satu perkara yang menunjukkan kurangnya adab terhadap guru. Bagaimana mungkin guru boleh datang ke kelas semata-mata untuk mengajar kita tapi kita tak datang dengan alasan : "Alaa silibus dah habis, sekarang ni revision je, baik aku study kat rumah". Nampak di situ, dia boleh buat tak layan guru tu datang ke kelas untuk mengajar dia.

Kata Imam As-Syafie :

"Sesiapa yang ingin dibukakan hatinya oleh Allah, maka hendaklah dia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu." (Kitab Majmuk, Syarah Mazhab Jilid 1)

Ada seorang ulama ni, dia belajar banyak tapi ilmu tu tak masuk2 tapi dia sangat jaga adab dia dengan gurunya. Satu ketika, gurunya tiada dan gurunya menyuruh ulama ni menggantikan tempatnya. Ulama ni pun risau, dia langsung tak tau apa-apa. Jadi dia pun bertawakkal dan tiba2 dia dapat mengajar ilmu itu sepertimana yang gurunya ajarkan kepadanya.

Hilangnya keberkatan ilmu ataupun hilangnya kesan ilmu adalah kerana tidak menjaga adab daripada ilmu. Ada orang boleh menghafal semua kitab, boleh menghafal semua ilmu tetapi kemungkinan kesan daripada ilmu tadi tiada dalam hidup dia ataupun ilmu tadi tak boleh nak datangkan kemanfaatan pada dirinya, mungkin kerana hilangnya adab.

Ulama terdahulu mempelajari adab sebelum mempelajari ilmu. Mereka menjaga adab walau sekecil-kecil adab.

Imam As-Syafie berkata :

"Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut)"

Kata Imam Az-Zarnuji :

"تعلّمت الأدب عشرين سنة وتعلّمت العلم عشرة سنة"

"Aku mempelajari adab menuntut ilmu selama 20 tahun dan mempelajari ilmu selama 10 tahun"
(Kitab Ta'limul Muta'allim)

Kredit to penulis asal (tidak dapat dikesan)
Mohon update jika tahu 😊


Adab sebelum Ilmu Adab sebelum Ilmu Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, September 30, 2017 Rating: 5

1 ulasan:

  1. true that..genius macam mana pun kalau tak hormat guru memng tak ke mana

    BalasPadam

Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.