Seo Services

Lawak HARAM

Assalamualaikum

3 perkara HARAM apabila berlawak dengan rakan
(Sila pesan kepada anak masing-masing)

1. Tarik kerusi kawan apabila kawan nak duduk

- boleh menyebabkan kecederaan serius kepada tulang punggung dan silap hari bulan boleh menyebabkan lumpuh

2. Menolak kawan sehingga terjatuh

- terutama kepada rakan yang berbadan besar. Risiko rakan tersebut mengalami patah tulang sangat tinggi. Perkara ini baru sahaja menimpa anak saya sehingga menyebabkan tangannya patah ditolak rakan darjah 5.

3. Mengejek rakan samada secara berdepan atau di alam maya

- menyebabkan keyakinan diri rakan menjadi rendah dan boleh dikategorikan sebagai kes buli. Ada kes yang menyebabkan rakan membunuh diri akibat tertekan.

Fikir sebelum buat lawak bodoh ini. Setiap tindakan kita memberi impak kepada orang lain.

#panduanKeibuBapaan
#asmakDiamond
#diamondMhamsb


Lawak HARAM Lawak HARAM Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Oktober 04, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.