Selasa, Februari 28, 2017

Hampir putus nafas ibu ni apabila...

Assalamualaikum

Ini kisah benar tau! Kisaha salah seorang agen MHAMSB sendiri. JOM BACA!

Bulan September dengan Oktober, berderet birthday anak-anak saya. Akan 27/9 , Adik 2/10 , Along 16/10 . Setiap kali dekat sampai birthday diorang, saya sebak sangat. Teringat detik melahirkan setiap satu, berbeza!

Paling terkesan, dak Angah ni. Disebabkan ayah ibu ni peniaga full time, pasar malam dan uptown, anak-anak selalu berembun.Akibatnya, masa usia Angah 4bulan, ibu dan Angah berkampung kat wad. Discharge seminggu, admit balik, wad biasa dan masuk NICU Hospital Seremban. Cuba bayangkan, tengah rileks kat wad biasa, nurse datang check Angah. Tetiba, nurse dan doktor cepat-cepat kerumun Angah dan cakap, "Ibu,siapkan barang-barang.Nanti ikut nurse naik NICU.Kami bawa baby dulu." Cuak gila saya rasa.

Beberapa hari kat NICU , kemuncaknya apabila doktor cakap, "Ibu, berdoalah banyak-banyak. Kita dah cuba sehabis baik untuk anak.." Bagai terputus nafas ibu , KOSONG ! Angah jadi macamni sebab Pneumonia , Bronchitis dan suspek 3jantung berlubang. Simptom awal dia, nafas laju, demam, selsema, batuk yang berpanjangan.

Alhamdulillah, sekarang Angah dah 4tahun. Bebas penyakit tersebut. Tapi, ibu masih risau.Mujurlah ibu jumpa pasal Minyak Herba Asmak keluaran MHAMSB ni. Memang spare aje dalam handbag,dalam kereta. So,bila Along , Angah atau Adik start je nak selsema,nak batuk, ibu terus sapu-sapu aje kat badan dan leher diorang. Bestnya, diorang siap beratur pulak minta sapu. "Best ibu, bau dia sedap,"kata Along. "Angah suka bu, rasa she-ley-she (selesa)," kata Angah.

Ibu-ibu dah spare selalu dalam handbag, rumah dan kat taska ke Minyak Herba Asmak ni? Kalau belum , bolehlah cuba dapatkan sekarang. Saya bantu carikan ejen terdekat yang boleh COD direct dengan anda. Nak ke Nak ?



HUBUNGI: 013-5819100

COD TELUK INTAN
POS SELURUH MALAYSIA

Isnin, Februari 27, 2017

Asmak herbs penawar Resdung anda!

Assalamualaikum

Sudahkah anda mencuba Asmak Herbs keluaran MHAMSB?

Diperbuat 100% daripada herba terpilih bebas steroid. Selamat seawal usia 4 tahun ke atas.

DAPATKAN SEBOTOL HARI INI!

HUBUNGI: 013-5819100




Ahad, Februari 26, 2017

Jom belajar HTML!

NOTA ASAS HTML


1. MHAM Sdn. Bhd. adalah pengeluar produk Minyak Herba Asmak, Bedak Asmak, Asmak Herbs dan Jus Asmak Gold.
2. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di facebook atau blog.

Epal boleh elak asma!

Assalamualaikum

Tahukah anda, dengan memakan epal, boleh elak bayi terkena asma? Biar betul?

Jom check it out!







Berminat mencuba produk MHAMSB?
Hubungi: 013-5819100 (Basariah)

COD TELUK INTAN
POS SELURUH MALAYSIA

Sabtu, Februari 25, 2017

Pelbagai kegunaan Minyak Asmak

Assalamualaikum

Tahukah anda, minyak Asmak keluaran MHASMB terbukti boleh digunakan untuk pelbagai keadaan. Dari batuk, selsema, lelah, semput, asma, batuk berkahak, buasir, pening kepala, sakit gigi dan macam-macam lagilah.

Jom kita tengok lagi testimoni pengguna minyak ni



Dapatkan minyak istimewa ini dari agen sah dengan nombor id sahaja. Hubungi 013-5819100/ 013-4809100 untuk dapatkan sebotol minyak kegunaan seisi rumah anda hari ini!

Cod Teluk Intan
Pos seluruh Malaysia

Jumaat, Februari 24, 2017

Sakit kulit ekzema? cubalah bedak asmak!

Assalamualaikum

Cikgu nak kongsi lagi testimoni sakit kulit ekzema yang semakin baik selepas guna bedak asmak ni.

Jom cekidout! 😘


Berminat dengan BEDAK ASMAK ni? Hubungi 013-5819100 untuk dapatkan bedak ini segera.

#stokisTelukIntan
#mhamsb

Khamis, Februari 23, 2017

Minyak Asmak legakan sakit telinga!

Assalamualaikum

Testimoni dari Super Agent kita sendiri

Sakit telinga pun boleh guna minyak herba asmak!
Bertahun sakit telinga, bila jual sendiri..minyak ni pulak pelbagai kegunaan, Titis je kt telinga..sakit tu terus hilang..allahu...Mujarab nya Ubat ni...dengan Izin Allah..



Jom dapatkan sebotol Minyak Herba Asmak untuk kegunaan di saat kecemasan. Sediakan payung sebelum hujan, sediakan minyak hati tenang.

Hubungi: 013-5819100 / 013-4809100

Cod Teluk Intan
Pos seluruh Malaysia

Rabu, Februari 22, 2017

Sakit lutut?

Assalamualaikum

Sakit lutut? Sakit urat? Lenguh-lenguh badan?

Jom berikhtiar dengan Minyak Herba Asmak.

Hubungi 013-5819100 atau 013-4809100 untuk dapatkan minyak istimewa ini.

Jemput tengok testimoni pengguna kami 😘



Selasa, Februari 21, 2017

Untung yang membinasakan

Assalamualaikum
.
.
Pernah lalui, jumpa atau sendiri yang buat?
.
buat apa?
.
Letak harga barang lebih murah dikala harga orang lain standard pasaran. :) Sampaikan barang tu kekadang takda untung pun sampai harga modal dia jual. Alasannya janji orang beli, tak rugi dan untung sikit tak kisahlah. fikirnya...
.
Produk islamik lagilah, katanya tak boleh jual mahal-mahal... kira sedekah ajelah.... (yang ni ramai buat sebab takut kena kutuk kata jual mahal, takut takda orang beli, takut itu takut ini bla, bla)
.
contoh produk tu harga modal rm1.50, harga pasaran RM15, dia p letak Rm2 je nak jual.. untung Rm0.50 jadilah. Janji orang beli... Dia tak kisah sebab dia tak rugi, dia kan beli murah rm1.50.
.
Orang jenis ni sama ada dia tak servey pasaran, atau dia dah servey (dia tak peduli peniaga lain) atau bagi dia niat nak sedekah sambil berniaga...
.
Dalam tak sedar dia rasa dia untung, dan dia buat sedekah dengan jual murah pada pembeli, dalam masa yang sama dia lupa yang dia sedang membinasakan hidup peniaga lain dengan untung yang dia dapat. Dia menganiayai hidup peniaga lain sampai terpaksa gulung tikar, tutup kedai dan bungkus simpan dalam stor barang.
.
nampak? Rasa-rasa Allah terima ke sedekah macam tu? fikirkanlah... dari sudut pembeli ya kita mendapat doa semoga kita dilimpahkan rezeki bla-bla... dari sudut penjual?
.
Kita memusnahkan hidup ahli lain, mereka ada keluarga nak disuap, mereka ada kos lain nak ditanggung, mereka itu ini. banyak aspek nak tengok... sebab tu berniaga ni ramai tak mudah. sebab ni lah salah satunya... Punca sempit rezeki.
.
nak sedekah dengan nak berniaga tu beza...
.
nak sedekah buat cara nak sedekah,
nak berniaga buat cara nak berniaga.
Jangan samakan.
.
bila kita ada untung dalam perniagaan bukankah kita boleh sedekah lebih banyak? Bukannya sedekah semasa berniaga.
.
dengan untung tu jugak nanti pun kita buat sedekah...
.
ni contoh lain... misal jual baju... si penjahit nak ambik upah menjahit. dengan adik beradik contohnya... ala.. kakak je pun, jahitlah free... okey dia jahit free korang cuma beli kain je untuk dia jahit. kos benang, elektrik, butang, labuci-labuci tu semua siapa nak tanggung? si penjahit tu yang kena tanggung kan? ala... dengan adik-beradik kira sedekahlah.. apa nak berkira...
.
perasan tak.. bilamana asyik percuma macam tu.. lama-lama penjahit takda modal dah nak rolling bisness dia. Nak mai mana duit nak beli kain nak jahit lain? Macam mana bisness dia nak berkembang?
.
Sebenarnya.. bila kita bayar dia duit dengan harga patut, kakak tadi.. kalau dia bayar duit dekat adiknya si tukang jahit... bolehlah dia nak ada duit nanti buat belanja anak-anak kakaknya duit ampau raya ke, duit beli baju baru ke... (nampak tak duit tu pusing balik ke mana) Kalau duk asyik free je, macam mana nak kasi duit raya dekat anak buah? Salam tangan jelah.
.
Macam mana nak hidup? nak beli beras, ikan macam mana? pergi mancing sungai? Beli dengan daun getah belakang umah?
.
.
setakat ni takda lagi peniaga yang macam ni bertahan dan berkembang dengan jualan sebegitu jadi kaya raya... hanya jadi bermusim atau terus berkubur...
.
orang hanya kisah harga, orang tak nampak kebaikan produk...
.
Fikirkanlah...

Banyak jadi dalam kalangan peniaga MELAYU sebab belum faham maksud berniaga.
.
Ubahlah mentaliti tu... cari ilmu dan lihat sekeliling dengan mata hati... cek kita sama ada kita menganiaya orang atau tidak. setiap perkara tak mudah nak berjaya.
.
.
p/s: Strategi bukan dengan mengurangkan harga atau menurunkan harga lebih dari pasaran. :) strategi terbaik ialah menguntungkan semua pihak.
.
Nora Yusof.
Cnp



Minyak herba Asmak dijual dengan harga tetap rm39 sebotol bagi 30ml dan rm18 sebotol untuk 10ml. Sekiranya anda beli dengan harga yang kurang dari itu, maka berhati-hatilah, mungkin anda erbeli produk tiruan dan bukan dari agen sah MHAMSB. Pastikan original baru beli 😊

Hubungi 013-5819100 atau 013-4809100 untuk dapatkan produk mhamsb ini.

Cod Teluk Intan
Pos Seluruh Malaysia

Isnin, Februari 20, 2017

Penawar asma paling mujarab

Assalamualaikum

Tahukah anda dengan harga RM39/botol mampu untuk merawat asma/semput/batuk berkahak dan dll penyakit? Eh, tak mahal pun. Sebab anak saya mendapatkan rawatan di klinik dan diberikan ubat asma,batuk,cair kahak serta nebulizer paling murah kos rawatan RM100. Itu di klinik biasa sahaja ye. Cuba bayangkan ada antara customer saya, anak mereka terpaksa admit wad setiap bulan sebab asma.

Penggunaannya baru setengah botol minyak herba asmak ni anak saya betul2 sihat dari batuk berkahak dan selesema. Saya hanya menggunakan bila perlu.

Macam mana saya jaga anak saya dari asma dan juga batuk yang berumur 1 tahun?
1)kerap memberi air suam sekurang2nya 3 kali sehari.
2)mandi dengan air suam panas bagi mencairkan kahak.
3)memakai stokin pada waktu malam.
4)suhu aircond pada waktu malam tidak terlalu sejuk dan elakkan menggunakan kipas dengan laju. Anak saya mudah berkahak jika kipas terlalu laju dan menyebabkan kesejukan.



Jika kita tahu rutin anak-anak dan kenalpasti punca sesuatu penyakit, InsyaAllah kita boleh elak anak dari jangkitan.

Penggunaan Minyak Herba Asmak ni jika kita tak pantang, sapu 10 botol pun tak kan mujarab. Betul tak?

Hubungi saya untuk dapatkan
atau whatsapp ke 013-5819100 sekarang

Ahad, Februari 19, 2017

Cara merawat asma secara tradisional

Assalamualaikum

Anda ada asma? Jom cuba kaedah tradisional untuk merawat asma.

Jemput tonton video di bawah ye (^____________^)

Berminat mencuba Minyak Herba Asmak? Hubungi: 013-5819100 untuk dapatkan sebotol hari ini!

Sabtu, Februari 18, 2017

Lapan jenis rezeki dari Allah

Assalamualaikum

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha,

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

7. Rezeki Kerana Anak.

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah.

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).


Minyak Herba Asmak juga sesuai digunakan untuk mengurangkan bengkak dan juga sesuai menghilangkan migrain sekiranya disapu dengan cara yang betul. Dapatkan minyak istimewa ini daripada pengedar sah MHAMSB dengan no id sahaja. Pastikan original baru beli!

Hubungi: 013-5819100 / 013-4809100

COD TELUK INTAN
POS SELURUH MALAYSIA

Jumaat, Februari 17, 2017

Tanda-tanda asma pada bayi

Assalamualaikum

Macamana cara mengenal anda atau ahli keluarga anda menghidap lelah, terutama lelah pada bayi?

Jom tonton video di bawah.

Semoga bermanfaat!



Minyak Herba Asmak dapat membantu meredakan lelah dan memberi kelegaan kepada penghidap lelah hanya melalui sapuan luaran sahaja.

Hubungi: 013-5819100 / 013-4809100 untuk dapatkan minyak istimewa ini

COD TELUK INTAN
POS KE SELURUH MALAYSIA


Khamis, Februari 16, 2017

9 tips hilangkan kahak anak

Assalamualaikum

Hari ni cikgu nak sharing video khas cara untuk hilangkan batuk berkahak anak kecil

Jom tonton!


Berminat dapatkan Minyak Herba Asmak?

Hubungi: 013-5819100 / 013-4809100

COD TELUK INTAN
POS SELURUH MALAYSIA

Rabu, Februari 15, 2017

Ekzema pada bayi?

Assalamualaikum

Bayi anda ada kulit yang sensitif?
Mudah berasa gatal dan kerap menggaru sehingga terluka?
Apabila luka dah sembuh, kawasan tersebut meninggalkan parut hodoh dan bayi kembali menggaru di tempat yang sama?
Ini antara petanda bayi anda ada ekzema.

Bayi yang ekzema memang perlu sentiasa dipantau. Gatal-gatal biasanya wujud di kawasan pelipat dan sekitar lengan, leher, paha dan kawasan kaki. Macam Nurin, biasanya cikgu kena pakaikan dia dengan baju lengan panjang dan seluar panjang untuk elak dia menggaru.



Adakah rawatan untuk ekzema?
Dari segi rawatan hospital dan klinik, biasanya ibu akan dibekalkan dengan krim dan mungkin ubat makan untuk diberi kepada bayi untuk mengurangkan rasa gatal. Krim yang cepat menghilangkan gatal kebanyakannya mengandungi steroid.

Untuk anakanda Nurin, cikgu gunakan Bedak Asmak. 100% daripada bahan alami iaitu tanah liat putih berkualiti tinggi yang selamat jika bayi tertelan. Untuk pengetahuan ibu, tanah liat putih ini boleh juga dimakan untuk mengubati cirit-birit dan gout tau!

Sekiranya ibu-ibu berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :

Hotline HQ : 019 - 970 8897

Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

Jemput jenguk fb Page Produk :

Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/bedakasma

Penawar Ekzema Mujarab Terkini
https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema

Jom melawat fb page :

Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/

Minyak Herba Asmak HQ

https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/

Ibu-ibu juga boleh tengok info Bedak Asmak paling banyak di page fb : Penawar Ruam Pada Bayi

Jom tonton video ni 😘
Hantu Bedak Asmak
https://www.youtube.com/watch?v=5yuYn50SVqk


cod teluk intan
pos seluruh Malaysia
hubungi: 013-5819100

Selasa, Februari 14, 2017

Bebas dari lelah dengan Minyak Asmak

Assalamualaikum

Anda cepat rasanpenat? Bila cuaca sejuk dan tak menentu, anda mula hadapi kesukaran bernafas?

Tak boleh bereggang dengan pam dan nebulizer? Jom ikhtiar dengan Minyak Herba Asmak!

Setiap sapuan amat berharga. Pastikan anda dapatkan dari pengedar sah MHAMSB dan diberi cara sapuan yang betul untuk dapatkan kesan yang terbaik.


Hubungi 013-5819100 /013-4809100 untuk dapatkan minyak istimewa ini 😊

#SD05701
#MHAMERS

Isnin, Februari 13, 2017

Kisah dari zaman sahabat

Iktibar dari Sirah...

Suatu hari, Umar al Khattab sedang duduk di bawah pohon kurma berdekatan Masjid Nabawi. Di sekelilingnya, para sahabat sedang asyik membincangkan sesuatu.
Tiba-tiba datanglah 3 orang pemuda. Dua pemuda memegang kuat seorang pemuda berpakaian lusuh yang diapit oleh kedua mereka.

Ketika mereka sudah sampai, berhadapan dengan Umar, kedua pemuda yang ternyata adik beradik itu berkata :
"Tegakkanlah keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!"

"Qishaslah pembunuh ayah kami sebagai hak atas kejahatan pemuda ini !".

Umar segera bangun dan berkata :
"Bertakwalah kamu kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka, wahai anak muda?"

Pemuda berpakaian lusuh itu menunduk dan dalam nada suaranya yang menyesal ia berkata :
"Benar, wahai Amirul Mukminin."

"Ceritakanlah kepada kami kejadiannya.", ujar Umar.

Pemuda berpakain lusuh itu kemudian memulakan ceritanya :

"Aku datang dari pendalaman yang jauh, kaumku memercayaiku atas suatu urusan muamalah untuk aku selesaikan di kota ini.

Apabila sampainya aku di kota ini, aku ikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu aku tinggalkan dia (unta). Begitu pantas, setelah aku kembali, aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku, rupa-rupanya untaku terlepas dan merosakkan kebun yang dimiliki oleh lelaki tua itu. Sungguh, aku jadi sangat marah tidak terkawal waktu itu, segera aku cabut pedangku dan kubunuh ia (lelaki tua tadi). Ternyata ia adalah ayah dari kedua pemuda ini."

"Wahai, Amirul Mukminin, engkau telah mendengar ceritanya, kami boleh mendatangkan saksi untuk itu.", sambung pemuda yang ayahnya terbunuh.

"Tegakkanlah hak Allah keatasnya!" Setimpal dengan yang lain.

Umar terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda berpakaian lusuh itu.

"Sesungguhnya yang kalian tuntut ini adalah seorang pemuda yang soleh lagi baik budi pekertinya. Dia membunuh ayah kalian hanya kerana khilaf kemarahan sesaat", ujarnya.

"Izinkan aku, meminta  dari kalian berdua supaya memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat (tebusan) atas kematian ayah kamu", kata Umar.

"Maaf Amirul Mukminin," balas kedua pemuda yang kelihatan masih marah dengan keadaan mata mereka merah menyala,

"Kami sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan redha jika korban jiwa belum dibalas dengan korban jiwa juga".

Umar semakin bimbang, di hatinya telah timbul rasa simpati kepada si pemuda berpakaian lusuh yang dinilainya amanah, jujur, dan bertanggungjawab.

Tiba-tiba si pemuda berpakaian lusuh berkata :
"Wahai Amirul Mukminin, tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah hukum qishas keatasku. Aku redha dengan ketentuan Allah", ujarnya dengan tegas.

"Namun, izinkan aku menyelesaikan dahulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh selama 3 hari. Aku akan kembali untuk penghukuman qishas".

"Mana boleh begitu?", ujar kedua pemuda yang ayahnya telah terbunuh itu.

"Nak, tidakkah engkau mempunyai kaum kerabat atau kenalan untuk menguruskan urusanmu?", tanya Umar al Khattab.

"Sayangnya tidak ada, wahai Amirul Mukminin".
"Bagaimana dengan pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku?", pemuda berpakaian lusuh itu sebaliknya bertanya kepada Umar.

"Baiklah, aku akan memberimu waktu tiga hari. Tapi harus ada orang yang mahu menjaminmu, agar kamu dapat kembali untuk menepati janjimu" kata Umar.

"Aku tidak memiliki seorang kerabatpun di sini. Hanya Allah, hanya Allah-lah penjaminku wahai orang-orang yang beriman", katanya dalam nada kesedihan..

Tiba-tiba dari belakang kerumunan orang ramai terdengar suara lantang :
"Jadikan aku penjaminnya, wahai Amirul Mukminin".

Ternyata Salman al-Farisi yang berkata.

"Salman?" Umar mengherdik, kelihatan agak marah.
"Kau belum mengenal pemuda ini, Demi Allah, jangan engkau main-main dengan urusan ini".

"Perkenalanku dengannya samalah dengan perkenalanmu dengannya, yaa, Umar. Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya", jawab Salman dengan tenang.

Akhirnya dengan berat hati, Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin kepada si pemuda berpakaian lusuh tersebut. Pemuda itu pun segera pergi menguruskan urusannya.

Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda berpakaian lusuh itu. Begitupun juga hari kedua. Orang ramai mulai tertanya-tanya apakah si pemuda tersebut akan kembali. Kerana dengan mudah sahaja si pemuda itu boleh menghilang ke negeri yang jauh jika ia mahu memungkiri janjinya dan waktu dan masa yg ditetapkan

Hari ketiga pun tiba. Orang ramai mulai meragukan kedatangan si pemuda tersebut, dan mereka mulai khuatir akan nasib Salman, salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling utama.

Matahari hampir tenggelam, hari mulai berakhir, orang ramai sedang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda berpakaian lusuh. Umar berjalan mundar-mandir menampakkan kegelisahannya. Kedua pemuda adik beradik yang menjadi pendakwa kes qishas itu sangat kecewa dengan keengkaran janji si pemuda berpakaian lusuh itu.

Akhirnya tiba waktu jatuhnya hukuman qishas. Salman dengan tenang dan penuh tawakkal berjalan menuju tempat penghukuman. Hadirin mulai teresak-esak menangis, kerana menyaksikan seorang yang hebat seperti Salman akan dikorbankan.

Tiba-tiba di kejauhan ada bayangan seseorang sedang berlari tersengguk-sengguk, sekejap jatuh, sekejap bangun, kemudian jatuh lagi, lalu ia bangun kembali.

”Itu dia!” teriak Umar.
“Dia datang menepati janjinya!”.Masa dan waktunya

Dengan tubuhnya bermandi peluh dan nafas tercungap-cungap, si pemuda itu jatuh di pangkuan Umar.

”Hhuhuh..hh.. maafkan aku.. maafkan.. aku, wahai Amirul Mukminin..” ujarnya dengan susah payah,
“Tidak ku sangka... urusan kaumku... mensiakan... banyak... waktu...”.
”Kupacu... tungganganku... tanpa henti, hingga... ia sampai pada sakaratulmaut di gurun... Terpaksa... aku tinggalkan ia... lalu aku berlari dari sana..”

”Demi Allah”, ujar Umar menenanginya dan memberinya minum,

“Mengapa kau bersusah payah untuk kembali? Padahal kau boleh lari dan menghilang diri?” tanya Umar.

”Aku kembali agar jangan sampai ada yang mengatakan... di kalangan Muslimin...sudah tidak ada lagi pemuda...yang menepati janji...” jawab si pemuda berpakaian lusuh itu sambil tersenyum.

Mata Umar berkaca-kaca, sambil menahan sedihnya, lalu ia bertanya :
“Lalu engkau pula, Salman, mengapa semahu- mahunya engkau bersungguh untuk menjamin orang yang baru sahaja engkau kenal?"

Kemudian Salman menjawab :
"Agar nanti jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin,  sudah tidak ada lagi rasa saling percaya dan mahu menanggung beban saudaranya”.

Hadirin mulai merasa sedih sambil menahan tangisan mereka kerana terharu dengan kejadian itu.

”Allahu Akbar!”, Tiba-tiba sahaja kedua pemuda adik beradik itupun berteriak.

“Saksikanlah wahai kaum Muslimin, bahawa kami telah memaafkan saudara kami itu”.

Semua orang tersentak dan terkejut mendengar kata-kata kedua pemuda tersebut.

“Kamu berdua...” ujar Umar.
“Apakah maksudnya ini? Mengapakah kamu..?” Umar semakin terharu.

Kemudian dua pemuda itu menjawab dengan mengatakan :
”Agar jangan sampai dikatakan nanti, di kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada saudaranya”.

”Allahu Akbar!”...terdengar ucapan takbir daripada hadirin.

Pecahlah tangisan bahagia, terharu dan sukacita oleh semua orang.

MasyaAllah..., saya bangga menjadi muslim andainya ada bersama kita pemuda berjiwa satria, muslim yang memuliakan al Islam dengan berbahagi pesan nasihat untuk tetap istiqomah berada di jalan-Nya..
Allahu Akbar…!
 Kisah yg hebat..... Allah huakbar!

Teringin nak share sebab kehebatan kisahnya... Allahuakbar!
Itulah  jiwa insan hasil produk didikan Rasullullah  yg semakin hilang .
Utk sama2 renungkan


Anda ekzema dan ada resdung? Cubalah Asmak Herbs hari ini!

Hubungi: 013-5819100 / 013-4809100

COD TELUK INTAN
POS SELURUH MALAYSIA

MHAMSB mensejahterakan kehidupan 😊

Ahad, Februari 12, 2017

Masalah ruam dan gatal berkurangan dengan Bedak Asmak

Assalamualaikum

Beberapa hari lepas cikgu terima feedback positif lagi dari pelanggan cikgu. Anaknya ada ruam dan sangat serasi dengan bedak asmak ni. Alhamdulillah.


Bedak asmak ni didatangkan dengan dua pilihan 50g dan 150g. Sesuai dengan semua peringkat umur dan pelbagai masalah kulit. Dapatkan satu hari ini.

Hubungi: 013-5819100 / 013-4809100

Cod teluk intan
Pos seluruh Malaysia

Sabtu, Februari 11, 2017

Psoriasis? Cubalah Bedak Asmak 😀

Assalamualaikum

Jemput tengok testimoni di bawah ni 😊


Bedak Asmak diperbuat dari 100% tanah liat kaolin berkualiti tinggi dan disimpan di dalam air bertapis. Sesuai untuk hampir kesemua masalah kulit dan boleh digunakan dari bayi sehingga dewasa.

Berminat dengan Bedak Asmak?

Hubungi 013-5819100 / 013-4809100

Cod Teluk Intan
Pos Seluruh Malaysia

Jumaat, Februari 10, 2017

Meroyan?

Assalamualaikum

Tak ramai pasangan yang ambil tahu tentang kesan tekanan emosi (BABYBLUES) yang dihadapi oleh wanita khususnya selepas melahirkan anak terutama semasa dan selepas pantang. Malah banyak yang tidak mengetahui bahawa jangka masa berpantang adalah penting untuk menentukan sama ada ibu akan kembali normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.

Penyakit tekanan emosi ini dikaitkan dengan situasi ibu meroyan, yang mana ibu-ibu mengalaminya sewaktu atau selepas dalam pantang.









#MHAMPrihatin
#ibumudakelaranak2bulan
#PostpartumPsychosis

MINYAK HERBA ASMAK adalah minyak yang sangat membantu semasa cikgu dalam pantang dulu. Sesuai digunakan untuk hilangkan pening kepala menggantikan pilis dan boleh pula disapu ke perut bayi untuk elakkan kembong. Dapatkan sebotol hari ini untuk kegunaan seisi keluarga.

HUBUNGI: 013-5819100 /013-4809100


Khamis, Februari 09, 2017

Jujur

Assalamualaikum

Terpampang di pintu gerbang salah sebuah universiti di Afrika Selatan, tertulis:

"Untuk menghancurkan sebuah bangsa, tidak perlu dengan bom,  roket, dan senjata berat, tapi cukup dengan MEMPERMUDAH MURID TIDAK JUJUR/MENIRU DALAM PEPERIKSAAN dan LEMAH DALAM DISIPLIN  BELAJAR"
Maka :
Orang akan banyak yang mati di tangan para doktor yang lulus karena tidak jujur itu!

Rumah dan bangunan akan banyak yang roboh di tangan para arkitek yang lulus karena tidak jujur itu!

Perusahaan akan banyak yang bangkrap di tangan para akuntan yang lulus karena tidak jujur itu!

Agama akan menjadi jualan murahan di dalam ceramah dan pidato para ulama, ustaz dan kiyai yang lulus karena tidak jujur itu!

Keadilan akan hilang di tangan hakim yang lulus karena tidak jujur itu !

Kebodohan dan kekasaran akan menjadi karakter anak bangsa yang lulus dari tangan para guru dan pendidik yang lulus karena tidak jujur itu !

KEMUNDURAN DALAM DUNIA PENDIDIKAN ADALAH KEHANCURAN SEBUAH BANGSA !

Copy n paste



Anda resdung? Jom cuba Asmak Herbs hari ini!

Hubungi 013-5819100 / 013-4809100 untuk dapatkan satu hari ini.

Cod teluk intan
Pos seluruh Malaysia

#mhamers
#SD05701

Rabu, Februari 08, 2017

Faktor menyebabkan buasir bertambah teruk

Dah Tahu Ke? 3 Penyebab Buasir Dan 4 Faktor Yang Menambah Teruk?
.
Apa beza sembelit dan buasir? Jom kita kaji sama-sama demi kesihatan ;)
.
Sembelit adalah disebabkan oleh najis yang mengeras, di mana akan menyukarkan proses membuang air besar. Buasir pula adalah keadaan di mana terdapat bahagian di sekeliling dubur/punggung yang membengkak, sekaligus membuatkan proses membuang air besar menjadi sukar.
.
Sembelit boleh menyebabkan buasir, tetapi buasir pula tak semestinya disebabkan oleh sembelit. Lalu, apakah yang boleh menyebabkan buasir?

Apabila ada sembelit atau cirit-birit yang kronik
Meneran terlalu kuat semasa membuang air
Duduk terlalu lama di tandas
.
Apa pula perkara yang menyebabkan buasir bertambah teruk?
.
Kurang fiber di dalam makanan
Terlebih berat badan (obesity)
Semakin berumur, otot di sekeliling punggung semakin lemah dan buasir boleh terjadi.
Fasa kehamilan – semakin besar kandungan, semakin kuat ia menekan otot di sekeliling abdomen, yang akhirnya akan membengkak.
.
.

Minyak Herba Asmak juga boleh digunakan untuk disapu pada bahagian yang sakit akibat buasir dan membantu mengecutkan buasir. 

Hubungi 013-5819100 / 013-4809100 untuk mendapatkan produt hebat ini.

COD TELUK INTAN
POS KE SELURUH MALAYSIA

#info by MHAMSB
#MinyakHerbaAsmak

Selasa, Februari 07, 2017

ASMAK HERBS hilangkan bengkak, gatal dan selsema

Assalamualaikum

Pernah tak anda makan makanan laut kemudian mengalami kegatalan yang sangat sehingga boleh pula bengkak muka dan selsema? Itu antara petanda resdung tau. Jom cuba Asmak Herbs ini. Ramuan herba berkualiti terpilih yang in shaa Allah mengurangkan kesakitan dan penderitaan anda.

Tak percaya? Tengok testimoni di bawah ni dan nilaikan sendiri 😊


Berminat dapatkan penawar resdung ini? Hubungi 013-5819100 atau 013-4809100.

Saya pengedar sah dengan id: SD05701

COD Teluk Intan
Pos seluruh Malaysia

Isnin, Februari 06, 2017

Berlarilah bermainlah duhai anak

Assalamualaikum

Anak kecik memang tak boleh dok diam. Jom kita baca penulisan ni. Semoga bermanfaat 😘

Tajuk: Jangan Paksa Anak Duduk Diam 24 Jam. Ibu Ayah Kena Faham Proses Perkembangan Anak Ikut Fasanya

Trend ibu bapa muda sekarang sentiasa mahu anak mereka jadi cepat pandai dan boleh duduk diam tak payah 'explore' sekeliling sebab nanti letih nak kejar mereka.

Sudahnya ramai anak-anak kecil yang memang boleh duduk diam masa makan di restoran sebab masing-masing khusyuk tengok cerita kartun di 'handphone' ibu atau ayah.

Selesa nampak ibu dan ayah boleh makan dengan tenang tanpa 'gangguan' dari si kecil. "Eh, semua orang buatlah."

Lagi satu, ibu bapa sekarang juga 'gila' nak suruh anak mereka cepat pandai. Masing-masing berlumba nak anak pandai membaca sejak usia bayi lagi. Sudahnya anak yang jadi mangsa paksaan hingga mengganggu fasa perkembangan mereka secara berperingkat.

Penerangan daripada Puan Liyana Raya, seorang Jurupulih Perubatan Cara Kerja (Occupational Theraphy) di facebook beliau diharap boleh membuka mata semua ibu bapa supaya lebih faham tentang perkembangan normal anak.

"Puan,anak (in between 2-4 tahun) susah nak fokus bila buat aktiviti...macam mana nak buat ye?"

Ni soalan paling susah saya nak jawab. Kadang2 saya "face palm" muka saya sendiri sebab pelik kenapa nak awal sangat anak fokus dan duduk diam mcm kita????????

Buka minda luas2,tarik nafas dalam2 tentang apa yang saya nak cakap ni.

1.Proses tumbesaran anak

PROSES.....setiap benda ada PROSES utk dapatkan sesuatu hasil. Budak,bukan terus keluar jengah dunia,terus dapat jadi macam kita yang macam orang dewasa ni.



Adakah budak....asal keluar je dari perut kita terus boleh bercakap, membaca, menulis, pakai baju, basuh pinggan mcm kita?? Ada ke? Secara fitrahnya,takde kan?

Benda fokus tak fokus yg asyik dok bermain dalam fikiran kita ni hanyalah satu persepsi dan mainan perasaan semata-mata. Sebab apa? Sebab kalau boleh,kita nak anak ni duduk diam2 sebab kita pun nak buat kerja kita,nak berehat,nak ada ''me time''..

Kanak2 ni parents....fitrahnya mereka untuk meneroka. Mana ada budak yang boleh duduk diam. Kalau ada budak keluar2 dok diam,kena cepatlah bawak pergi check sebab ianya sudah 'melawan' fitrah manusia.

Kanak2 kena melalui fasa perkembangan yg wajib ada pada diri kita sebagai manusia biasa iaitu

SENSORIMOTOR DEVELOPMENT atau PERKEMBANGAN SENSORIMOTOR

Kalau perkembangan sensorimotor ni tak lengkap, ada istilah Sensory Processing Disorder. Sebab tu saya menentang sekeras-kerasnya kaedah membaca untuk kanak2 di bawah usia 2 tahun. Sensory Processing Disorder ni kalau tak kena kat anak anda tak apa,tapi kalau kena kat anak orang lain?

Kdg2 saya geram juga....apa yang saya cakap,seringkali tidak dipandang endah sedangkan setiap tahun saya dan therapist lain menerima rujukan utk kes kanak2 yang developmental delay yang kebanyakannya berpunca daripada proses perkembangan sensorimotor tidak berjalan dengan baik dan ianya semakin meningkat dari sehari ke sehari. Setiap satu tadika kini boleh dikatakan sekurang-kurangnya ada seorang dua kanak-kanak yang tidak boleh mendengar arahan,berkomunikasi dengan baik,dan mempunyai tingkah laku sukar untuk dikawal.



Dah kalau dari kecil diajar duduk untuk membaca,tengok TV,tengok gadget time makan,time tidur...time kita nak berehat...memanglah jadi begitu. Tapi bila bagi main benda kotor,kita kata geli...bila anak nak memanjat,kita risau jatuh....

Nilah dia sikap parents zaman skrg yang sebenarnya memusnahkan proses perkembangan anak itu sendiri. Semua nak cepat...nak anak cepat belajar,nak anak cepat pandai,nak anak cepat duduk diam,nak anak cepat jalan,cepat itu,cepat ini....

Tetapi PROSESnya tak nak lalu sendiri...

"Susah kalau nak ikutkan kehendak anak nak lari sana sini,boleh semput saya dibuatnya": No komen. Ni jawapan paling malas saya nak layan. End up saya mmg tak reply dah. Sorry ya.

Proses perkembangan sensorimotor yang utama yang WAJIB anak lalui dan anda berikan kpd anak2,paling penting untuk usianya 0-4 tahun adalah:

1.Anak2 kena diberi pendedahan terhadap setiap tekstur yang ada di sekeliling mereka bukan sahaja kpd kulit badan malah terhadap mulut juga.

 Tekstur ni faham tak apa? Tekstur lembut,berpasir,keras,kasar,berbulu,suhu panas dan sejuk,licin...tekstur makanan termasuklah yang crunchy,yang chewy,yang lembut,keras,juicy,ada rasa masam,manis,masin,pahit,tawar,pedas and so on.



Ni semua rangsangan tau.Kalau tak bagi,sistem otak takleh berfungsi. Faham ke tak faham? Sebab tu jangan obses sangat dengan flashcards. Flashcards takde semua bentuk rangsangan ni. Bagi benda real depan mata. Buah epal dalam gambar mana sama dengan buah epal yang sebenar. Kalau ajar anak 0-4 tahun huruf A,kalau dia tak kenal lagi,rileks sudah. A secara real tak melambangkan apa2. Sebab tu kdg2 berpuluh kali ajar,anak tak reti terus dah stress sebab anak tak pandai lagi. Padahal diri sendiri yg buat benda 'melawan fitrah' anak.Lepas tu cakap anak tak fokus. Apakah?????

Bila kita bagi rangsangan terhadap kulit dan mulut yang betul,secara automatiknya otot2 anak bergerak. Ini respon yang otak berikan setelah semua pemprosesan tadi berlaku dalam otak. Contohnya bila otot mulut bergerak,baru mudah anak nak bertutur dengan baik. Tapi benda ni takkan dapat dalam sehari dua,maka BERSABARLAH. Yang penting,kita beri secara konsisten.

2.Kanak-kanak suka nak bergerak.

Ada masalah ke nak bagi anak bergerak??? Lagi lama mereka bergerak,lagi baguslah sebenarnya.....

Pergerakan anak ni sebenarnya banyak merangsang proses yang kita sendiri tak nampak dengan mata kasar.Bila anak bergerak,sistem keseimbangan badan dirangsang,sistem penghantaran maklumat antara otak kiri dan kanan berlaku dengan pantas, sistem penglihatan membantu proses visual perceptual berlaku dengan baik,sistem daya tumpuan dalam otak menjadi kukuh,sistem otot dan sendi menjadi kuat dan ada endurance (ketahanan)....jadi bila lagi lama kita latih anak untuk bergerak,ketahanan otot dan sendi akan menjadi semakin kuat,anak akan mudah untuk duduk diam. Lagi sekali,proses ini bukan anak akan dapat dalam sehari dua. Ada anak,pada usia 5 tahun,apabila sudah dirangsang elok sistem pergerakan badannya,dia akan mudah duduk diam dan fokus pada tugasnya. Ada anak,kadang2 proses dia nak bergerak tu lama......sampai usia 7 tahun pun belum tentu boleh duduk diam dan fokus,ada masanya sampai usia akil baligh baru nak duduk diam.

Tapi sampai bilalah nak berkejaran dengan anak2 ni kan? Tak payah risau....aktiviti fizikal ni bagi je anak ke taman permainan sama ada indoor atau outdoor. Antara rajin dan tidak je kita nak buat semua ni sebenarnya...Bagi anak yang lasak,boleh challenge dirinya dengan membuat aktiviti hiking, masuk hutan, rock climbing dan sebagainya. Tapi janganlah sampai suruh mereka memanjat signboard "IPOH" yang besar tu pulak.Kalau nak suruh boleh,tapi make sure safety measurement dan surat kebenaran kena ada la kan.Haha

Anak yang tak belajar lagi utk bermain bola,ajarkan. Dengan sebiji bola, kita boleh membaling,menangkap,menendang,menampar dan sebagainya. Pilih satu sukan utk anak libatkan diri dan tiada salah utk ajarkan skills nya sebab ianya merangsang segala benda yg saya cakap kat atas tadi.Badan sihat,otak cerdas. Kalau asyik duduk dalam rumah je,bila masa badan nak sihat dan otak nak cerdas? Kalau kita boleh main golf,ajarlah anak main golf. Kalau tak boleh sangat,dah kalau anak nak berlari juga....pergilah ke taman tasik,buat aktiviti berjogging dan berlari sama-sama. Kalau kita pun malas,jadi anak pun malas....janganlah disalahkan anak.

Bergerak tidak menjadikan anak nakal. Anak yang lasak seringkali disalah tafsirkan sebagai anak yang nakal. Menumbuk adalah satu bentuk bermain dan ada sesetengah negara bagi ruang utk anak buat 'fighting play' atau 'pillow play'. Ini benda normal. Anak yg nakal adalah mereka yang melakukan perkara2 yang dilarang dalam agama dan masyarakat. Selagi mana anak2 ini tidak melakukan perkara yang dilarang,selagi itulah pergerakan yg mereka lakukan adalah sah.

Anak yang bergerak tanpa arah tuju,berikan "arah tujuannya". Angkat dan letakkannya di atas papan gelongsor,buaian dan jongkang jongket. Kalau anak takut,jangan risau.Beri masa.Inilah prosesnya.Janganlah mengalah.



Ni dah kira panjang lebar sangat dah saya bagi penjelasan utk ajar anak supaya jadi fokus. Tak ada proses yang mudah utk buat anak fokus. Jangan pernah melawan fitrah perkembangan anak.Risau nanti lain pula jadinya. Mungkin dari segi perkembangan yg kita lihat pada mata kasar ni jadi sempurna eloknya di awal usia,tetapi di pertengahan usia mereka lain pula jadinya. Ada banyak kes anak yg sudah dibiasakan menjadi pandai sejak kecil, menjadi "down" terus ketika sudah besar, Tiada motivasi utk belajar. Kerana sentiasa diharapkan utk menjadi pandai sehingga tekanan dtg dalam banyak bentuk-cikgu force kan utk dijadikan kebanggaan sekolah la,tak dapat terima bila dapat markah rendah dan sebagainya.

Nabi pun mula membaca di usia Baginda mendapat wahyu. Anak kita? Belum boleh jalan lagi sudah disibukkan utk membaca walhal Nabi,ketika proses membesar,banyak membesar dengan memikul tanggungjawab diri dan hidupan di sekeliling Baginda.

Sumber: Facebook Liyana Raya, Occupational Therapist


Letih mengasuh anak? Sakit pinggang? Legakan dengan sapuan Minyak Herba Asmak. Sesuai untuk seisi keluarga.

Hubungi 013-5819100 / 013-4809100 untuk dapatkan sebotol hari ini

#SD05701
#MHAMSB

Ahad, Februari 05, 2017

Jom rawat resdung dari rumah!

Assalamualaikum

Hari ni mood cikgu berbunga-bunga nak kongsikan tips rawat resdung dari rumah je.

Mesti ada je yang bangun pagi dok achoom..achooom..ni ha, cikgu kongsikan tipsnya.

Jom cuba!







Kalau malas jugal nak stim bagai, telan je ASMAK HERBS senang cerita. Kihkihkih..

Ok, nak dapatkan mana-mana produk dari famili Asmak ni, kontek je cikgu ye.

013 5819100 / 013 4809100

Cod teluk intan
Pos seantero malaya

#mhamsb
#SD05701

Sabtu, Februari 04, 2017

Cara elak sembelit

Assalamualaikum

Apa itu sembelit?

Kesukaran membuang air besar atau tidak membuang air besar dalam beberapa hari. Manusia normal sepatutnya membuang air besar sekurangnya sekali sehari. Cuba bayangkan perkara yang berlaku apabila kita hanya boleh makan je tapi tak 'membuang'.

Penghidap sembelit biasanya fobia apabila hendak ke tandas. Najis mungkin menjadi keras menyebabkan luka di bahagian punggung. Trauma boleh berlaku terutamanya di kalangan kanak-kanak dan ibu yang baru sudah fasa melahirkan a.k.a dalam pantang.

Justeru, bagaimana cara elak sembelit?
1. Mengambil air yang mencukupi
2. Pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
3. Sapuan Minyak Herba Asmak di perut, pingganh, labu betis dan tapak kaki


Dapatkan Minyak Herba Asmak untuk kegunaan keluarga anda dengan menghubungi 013-5819100(basariah) / 013-4809100 (Nasron)

Cod teluk intan
Pos seluruh Malaysia

#tipsByMHAMSB
#SD05701

Jumaat, Februari 03, 2017

Hantu bedak?

Assalamualaikum

Jom layan video ni..

Baca bismillah banyak-banyak tau 😛


Berminat dapatkan Bedak Asmak?

Hubungi cikgu ye 013-5819100

Khamis, Februari 02, 2017

BUASIR?

Assalamualaikum

Anda penghidap buasir?

Buasir ni keadaan di mana usus terkeluar sedikit dan menyebabkan kita tak selesa duduk. Antara penyebab buasir adalah kerap makan makanan pedas dan membuat kerja-kerja yang berat.

Minyak Herba Asmak dapat membantu pesakut buasir. Hanya sapukan minyak di tempat yang sakit sambil tolak perlahan-lahan.

Jemput tengok testimoni pengguna di bawah ni 😊


Dapatkan minyak herba Asmak hari ini. Hubungi 013-5819100 untuk maklumat lanjut.

Rabu, Februari 01, 2017

Warna Najis Bayi yang Perlu Ibu Tahu

Assalamualaikum

.
Bertalu-talu soalan tentang keadaan najis bayi yg kak mar dapat daripada ibu-ibu..ibu-ibu akan jadi sangat PANIK bile nampak WARNA NAJJIS bayi lain macam jee..
.
Kadang-kadang pula, hati jadi risau tak terkata bila najjis yang di tunggu-tungu tak kunjung tiba..aduhai! begitulah betapa pekanya ibu-ibu terhadap NAJIS BAYI! Jadi, untuk memudahkan ibu-ibu semua, mari kak mar SHARE “KOD WARNA” najjis bayi yang normal dan tidak normal sebagai panduan buat ibu-ibu.
WARNA NAJIS BAYI NORMAL..
.
 WARNA HIJAU KEHITAMAN
Merupakan NAJIS PERTAMA BAYI. Najis ini mengandungi semua benda yg di telan oleh bayi di dalam PLASENTA ibu sebelum di lahirkan.
.
Teksturnya sangat melekit. Jika bayi tidak mengeluarkan najjis ini di dalam masa 48 jam selepas di lahirkan, ibu patut memberitahu doktor atau misi yang datang memantau ibu.
.
 WARNA KUNING KECOKLATAN
Dalam masa seminggu selepas di lahirkan, bayi yang menyusu badan biasanya akan poo poo sebanyak 3-4 kali sehari.
.
Teksturnya lembut dan sedikit berbiji. Selepas seminggu, mungkin corak kekerapannya membuang air besar akan berubah. Mungkin sehari sekali atau seminggu sekali. Tiada apa yang perlu ibu risaukan ye sekiranya bayi menyusu badan dengan secara normal dan aktif ye.
.
 WARNA COKLAT
Bayi yg di beri susu formula akan mendapat najjis yg berwarna sedikit gelap atau perang berbanding bayi yang menyusu badan. Ia selalunya diiringi dengan bau yg agak kuat berbanding bayi menyusu.
.
Kepekatan dan teksturnya adalah seperti mentega kacang ☺
Walaubagaimanapun, adalah normal juga untuk mereka membuang najjis berwarna kekuningan atau kehijauan.
.
 WARNA COKLAT KEHIJAUAN, HIJAU GELAP
Ramai ibu yang berasa pelik dan mungkin sedikit panik apabila najjis bayi mereka berwarna hijau. Biasanya warna hijau di sebabkan oleh sumber zat besi dalam dietnya.
.
Kadangkala, buah-buahan yang di makan atau di minum sebagai jus juga boleh menyebabkan warna hijau atau tona hijau gelap yang seangkatan dengannya.
.
 WARNA HIJAU CERAH
Ini ialah tanda2 ada masalah penyusuan ibu..Adakah ibu-ibu betul-betul memastikan sebelah missB kosong, sebelum memberikan bayi menyusu di sebelah lagi? Apabila ibu TIDAK berbuat demikian, bayi kurang mendapat susu penuh lemak yang terkandung dalam missB ketika ia hamper kosong.
.
Oleh itu, cuba pastikan bayi ibu-ibu “mengosongkan” sebelah missB sebelum menyusu pada sebelah lagi dan lihat perubahan najisnya.
.
Jika bayi anda tidak bergerak aktif dan kerap menangis, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat doctor. Ini kerana, warna hijau cerah juga boleh berpunca daripada jangkitan virus.
.

RISAU TAK? JANGAN AMBIK MUDAH..
.
Nak tahu anak cukup khasiat atau tak, boleh ja tengok najisnya, sebab ia bersangkut dengan apa yg dimakan

#copy n paste



Bayi anda sembelit? Sapukan Minyak Herba Asmak di perut, tapak kaki, labu betis dan bahagian pinggang. In shaa Allah sembelit hilang, baby akan riang 😊