Seo Services

Selamat tinggal 2018

Isnin, Disember 31, 2018
Assalamualaikum

Berlalunya 2018 dengan segala kenangan
Pergilah jauh jauh kedukaan
Selamat datang harapan
Semoga segala yang tiba di tahun baru
Memberikan sinaran untuk kejayaan dan kegemilangan

Terima kasih Allah untuk kenangan terindah sepanjang 2018 😍

Selamat Tinggal 2018 yang penuh kenangan 😀

Masih tiada idea nak berbisnes di tahun baru? Jom sertai cikgu dengan Asmak.
0135819100 Cikgu Basariah
Selamat tinggal 2018 Selamat tinggal 2018 Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 31, 2018 Rating: 5

KALAU SAYA NAK JUGA PAKAI BUAIAN SARUNG MACAM MANA ?

Isnin, Disember 31, 2018
Assalamualaikum

Benda ni biasa dikalangan ibu-ibu diluar sana nak pula ada ibu diluar sana tak mampu nak beli buaian moden. Jika nak pakai buaian sarung pastikan anda mengikut langkah ini :

✅ Letakkan tilam gulung atau alas katil yang tegap bawah buaian sarung supaya jika bayi anda jatuh, dia tidak akan terhentak ke lantai.

✅ Sentiasa letakkan bayi anda di dalam buaian sarung dalam keadaan menelentang dan bukan meniarap.

✅ Laraskan ketinggian rangka atau kepanjangan spring supaya buaian sarung seberapa dekat ke lantai yang boleh.

✅ Semakin bayi anda membesar, pastikan berat tambahannya tidak menarik buaian sarung jauh ke bawah supaya kepalanya tidak terkena ke lantai apabila dibuai.

✅ Jangan letakkan sebarang bantal, selimut atau alas katil yang lain dalam buaian sarung.

Rumah kampung dulu-dulu ada alang. Buaian biasa digantung dari alang dan lebih selamat kerana struktur alang yang kuat

Jika anda mahu menggantungkan buaian sarung pada rangka boleh lipat, dapatkan rangka empat segi yang yang stabil dan tegap, berbanding dengan yang menggantung buaian sarung pada rangka tiga segi (ini kurang stabil dan lebih mudah terbalik).

Semoga Bermanfaat !


#infobymhamsb #MinyakHerbaAsmak

Hari ni hari akhir promosi pengedar RM100 tau. Kalau ada yang berminat, cepat-cepat pm cikgu ya 😄
0135819100 Cikgu Basariah
KALAU SAYA NAK JUGA PAKAI BUAIAN SARUNG MACAM MANA ? KALAU SAYA NAK JUGA PAKAI BUAIAN SARUNG MACAM MANA ? Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 31, 2018 Rating: 5

ALTERNATIF KEPADA BUAIAN SARUNG

Ahad, Disember 30, 2018
Assalamualaikum

Sebelum ni cikgu ada share mengenai bahayanya buaian sarung. Kalini cikgu nak sambung mengenai alternatif kepada buaian sarung ini.

Banyak bukti mengenai bahaya tidur dalam buaian sarung melibatkan buaian sarung tradisional. Hingga kini, tiada kajian objektif atau mendalam mengenai keselamatan variasi buaian sarung moden yang dijual di internet mahupun di kedai-kedai bayi yang lebih besar.

Buaian model direka dengan lebih banyak ciri keselamatan namun harganya juga lebih mahal

Buaian moden jauh lebih mahal daripada versi tradisional dan selalunya dipasarkan sebagai buaian bayi atau katil berhayun. Sesetengah daripada buaian moden ini mendapat pengiktirafan daripada pakar-pakar seperti pakar pediatrik atau guru keibubapaan, sesetengah mengatakan bahawa mereka diiktiraf oleh pelbagai badan atau organisasi keselamatan yang lain.

Untuk memilih buaian moden, anda kena pastikan bahawa buaian tersebut selamat digunakan dan mematuhi standard piawaian. Mahal sedikit takpa sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko bahaya pada anak anda.


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak


Sumber : Babycenter.com

Mencari produk yang selamat untuk baby? Asmak Baby Care kan ada 😄
0135819100 Cikgu Basariah
ALTERNATIF KEPADA BUAIAN SARUNG ALTERNATIF KEPADA BUAIAN SARUNG Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Disember 30, 2018 Rating: 5

ADAKAH BUAIAN BAYI SELAMAT ?

Sabtu, Disember 29, 2018
Assalamualaikum

Di Malaysia, seperti kebanyakan komuniti Asia Tenggara, sarung yang digunakan untuk bayi tidur adalah buaian kain yang diperbuat daripada fabrik kapas atau batik, tradisional yang dilekatkan pada spring dan digantung di alang siling atau susur tangga. Ia juga dikenali sebagai buaian kain, buaian sarung atau sarung buaian.

Buaian sarung sangat mudah digunakan. Bayi pon tidur lebih lama apabila diletakkan dalam buaian. Tapi, sejauh mana keselamatan bayi yang menggunakan buaian ini?

Tapikan selamat ke tak eh buaian sarung ni ?

Persoalan keselamatan telah diajukan beberapa tahun kebelakangan ini, dengan laporan beranekdot jatuh atau kecederaan. Namun begitu, terdapat hanya beberapa kajian mengenai keselamatan buaian sarung tradisional.

Satu kajian di Singapura pada tahun 1997 telah mendokumenkan kes kecederaan kepala pada kanak-kanak yang jatuh keluar dari buaian sarung semasa mereka tidur, bermain atau menyusu. Kanak-kanak ini telah dirawat di Jabatan Kemalangan & Kecemasan di Wad Pembedahan Saraf dan Unit Jagaan Khas Pembedahan Saraf. Tiada sebarang kematian dilaporkan tetapi kajian telah merumuskan bahawa terdapat potensi untuk kecederaan yang lebih serius.

Ramai pakar kesihatan dan pakar penjagaan bayi menyarankan supaya tidak menggunakan buaian sarung. Dr Winston Yong, seorang pakar pediatrik di Lembah Klang dan pakar BabyCenter berkata, "Saya sentiasa menasihatkan ibu bapa supaya sangat berhati-hati apabila menggunakan buaian sarung sebab kecederaan boleh berlaku. Selalunya saya menggalakkan supaya bayi tidur di dalam kot."

Kalau macam ni saya nak gantikan dengan apa buaian sarung ni ? 🤔

Haaa nak tahu kan ?. Next post cikgu akan share alternatif kepada buaian sarung ini. Stay tuned 😊

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Sumber : Babycenter.com

0135819100 Cikgu Basariah
ADAKAH BUAIAN BAYI SELAMAT ? ADAKAH BUAIAN BAYI SELAMAT ? Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 29, 2018 Rating: 5

MACAM MANA NAK ELAK PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK NI ?

Jumaat, Disember 28, 2018
Assalamualaikum

Anak yang lebih besar biasanya kurang cemburu kepada bayi berbanding perbezaan usia yang kecil

Sebelum ni cikgu ada share mengenai persaingan antara adik beradik. Harini cikgu nak sambung sikit lagi mngenai tips bagaimana nak elak persaingan antara adik beradik ni.

Ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mempersiapkan anak anda sebelum meyambut kehadiran ahli keluarga yang baru.

✅ Beritahu anak kecil anda tentang kelahiran yang bakal berlaku. Jelaskan pada anak anda dengan nada yang lembut dan bahasa yang mudah.

✅ Terangkan kepadanya apa yang akan berlaku di rumah apabila bayi tiba. Jangan sesekali buat anak anda merasa berat sebelah

✅ Biar anak anda terlibat dalam persediaan menyambut bayi anda. Tanya anak anda baju apa,warna apa, bentuk apa yang sesuai dgn adiknya nanti. Baru mereka rasa tak tersisih

✅ Beritahu dia apa yang akan berlaku apabila anda pergi ke hospital untuk bersalin. Jangan sesekali buat anak anda terpinga-pinga. Kena pastikan dia tidak sunyi.

Jika anda ada cara yang lebih selesa dan mudah boleh gunakan yang penting jangan sesekali anda bekasar dengan anak anda dan jgn buat mereka tersisih. Tak mudah jadi "Pengadil" untuk anak-anak.

Teringat dulu masa lahirkan rafif, Razin sangat baik. Tapi cikgu takleh lupa pandangan mata dia masa tengok adik baby masa tu menyusu. Sedih dan satu plak rasa bila dikenang. Tapi syukur alhamdulillah, sekarang ni dialah yang banyak tolong cikgu jaga adik-adik dia.

Sekarang ni masa nak bagi Rafif dan Nurin pula belajar berkongsi dan tak bergaduh. 😂


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Penat melayan karenah anak-anak? Sapuan fresh n cool membantu tidur yang lena dan memberi kelegaan pada urat yang tegang tau 😘
0135819100 Cikgu Basariah
MACAM MANA NAK ELAK PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK NI ? MACAM MANA NAK ELAK PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK NI ? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Disember 28, 2018 Rating: 5

Promosi jadi agen hanya rm100 kembali!

Khamis, Disember 27, 2018
Assalamualaikum

Hangpa tau dak, sekarang ni berlangsung promosi akhir tahun dari Asmak.

Promosi penutup tahun 2018. Jom join cepat!

Setiap belian produk rm20 akan layak dapat satu cop Asmak Member Club. Cukup 5 cop, hangpa layak dapat hadiah/diskaun. Cukup 10 cop, sekali lagi layak dapat hadiah/diskaun dan akan dapat menyertai cabutan bertuah hadiah menarik dari Hq. Biasanya, belian rm30 baru dapat 1 cop. Untung sangat!

Kalaula hangpa beli produk rm200, terus dapat 10 cop dan layak hadiah serta cabutan bertuah lagi. P beli kat supermarket pon tak dapat best lagu ni tau dak 😎

Lagi satu, promosi jadi pengedar serendah rm100 kembali lagi. Hangpa layak jadi agen dengan modal cuma rm100 (dapat produk terus tau!)

Kalau hangpa nak ubah nasib keluarga, inilah masanya. Jangan tunggu lama-lama. Semakin lama hangpa dok pikiaq, semakin lambatla hangpa nak berjaya. 😄

Kurangkan alasan, tingkatkan tindakan. Jom berubah!
Untuk info lanjut tentang Asmak dan promosi berkaitan, hubungi cikgu di talian dibawah na 😄

0135819100 Cikgu Basariah
Promosi jadi agen hanya rm100 kembali! Promosi jadi agen hanya rm100 kembali! Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Disember 27, 2018 Rating: 5

PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK

Khamis, Disember 27, 2018
Sempat je tangan tu kan? 😂

Perkara sebegini sudah biasa berlaku dikalangan anak anak kita terutama ketika mereka masih kecil. Nak pulak bila anak anda tahu yang dia akan dapat adik. Fuhh dia akan mula buat perangai nak tunjuk protes dia. Tak kurang juga yang tak sabar nak ada adik baru.

Normal ke perkara ni ? Benda ni normal sebenarnya sebab bila mereka membesar mereka semakin akrab. Persaingan ketika kecil ini mungkin adalah persediaan untuk mereka menghadapi dunia yang luas di kemudian hari.

Ketika ini anak anda yang berusia dua tahun betul-betul tidak faham kenapa dia berperasaan sebegitu atau apa yang dia boleh buat dengan bayi baru lahir yang menyakitkan hati itu. Dia hanya mahukan perhatian anda dan mungkin bertindak membuat sesuatu yang nakal atau merajuk.

Biasanya anak anda akan menunjukkan protes dengan :

❌ meminta susu dalam botol, walaupun di telah lama meninggalkan tabiat itu
❌ enggan berjalan
❌ berhenti menggunakan tandas latihannya
❌ cuba duduk di kerusi bayi adiknya
❌ melompat di atas sofa ketika anda sedang menyusukan si adik

Malah dia mungkin juga mencubit atau menyucuk-nyucuk adiknya. Ini pasti dapat menarik perhatian anda. Walaupun tidak menyenangkan, baginya ini adalah lebih baik daripada tidak diendahkan.

Anak kecil anda tidak faham bahawa cubitan itu menyakitkan. Dia masih belum dapat meletakkan dirinya dalam situasi orang lain. Apa yang dia tahu ialah mencucuk membuat adik menangis dan ibu pasti akan memberi perhatian penuh kepadanya.

Bukan senang nak membuat mereka faham. Next post cikgu akan share tips mengelakkan persaingan antara adik beradik.

Stay Tuned !


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #AsmakBabyCare

Pening kepala melayan perangai anak-anak kecil? Jom sapu Minyak herba Asmak dulu 😂
Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah
PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK PERSAINGAN ANTARA ADIK BERADIK Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Disember 27, 2018 Rating: 5

SHAMPOO MEMANG KENA BERBUIH EK?

Rabu, Disember 26, 2018
Assalamualaikum

Lumrah bershampoo, suka main buih betoi dak? Hangpa toksah nak nafikan. Cikgu taula..buih tu yang rasa macam heaven sangat kannn...Tak syok laa  takde buih.

Kalau syampu rambut mesti nak yang berbuih yelah baru sedap nak menggosok kepala tu.

Tapi tahukah anda bahawa mandian/syampu yang berbuih ini sebenarnya tidak elok. Kebanyakkan mandian/syampu yang berbuih ini mengandungi SODIUM LAURYL SULFATE (SLS) dan SODIUM LAURETH SULFATE (SLES). Cuba anda check bahan kimia ini terdapat didalam bahan mandian atau tidak.

Dah check?? Ada ?? Mesti laa ade. Mustahil tak ade sebab bahan ini digunakan untuk menghasilkan buih. Bagi pengguna, buih yang banyak sangat memuaskan. Tapi kesan SLS ni boleh memudaratkan untuk tempoh jangka panjang.

Kalau SLS dan SLES ni tak elok kenapa banyak je yang guna ?

Nak tahu sebab apa ? sebab kosnya yang murah yang menyebabkan penggunaan bahan ini berleluasa. Kalau perasan laa, produk-produk organik dan natural agak mahal harganya. Kosnya pun mahal. Jadi bahan-bahan sintetik digunakan supaya kita yang biasa-biasa ni dapat juga bersabun, bersyampu, dan yang pastinya pengeluar sabun-sabun dan syampu ini dapat mengaut keuntungan.

Ape kesan SLS & SLES ni ?

💀 Bahan ini terkenal sebagai penyebab iritasi kulit
💀 SLS juga mencemari air kita
💀 Bahan ini mengeluarkan wap/asap beracun ketika dipanaskan
💀 SLS juga bersifat Korosif (menghakis)
💀 Bahan ini merupakan penyebab iritasi mata (katarak mata)
💀 SLS boleh masuk kedalam tubuh

Bahaya bukan SLS & SLES ni ?? Apa nak buat ni ?? Mana nak cari produk yang tiada SLS & SLES ni 😰

SYAMPOO BUNGA RAYA PLUS 6 IN 1 mampu menyelesaikan masalah anda. Anda tak perlu risau lagi SLS & SLES sebab Syampoo Bunga Raya Plus 6 In 1 bebas dari 2 bahan kimia ini.

Masalah rambut in shaa Allah boleh diatasi dengan shampoo bunga raya plus ni

Nak tahu lebih lanjut ? PM sekarang kita sembang-sembang dekat whatsapp 😁

#ShampooBungaRayaPlus
#IngatShampooIngatBungaRaya

#ShampooViral

0135819100 Cikgu Basariah
SHAMPOO MEMANG KENA BERBUIH EK? SHAMPOO MEMANG KENA BERBUIH EK? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Disember 26, 2018 Rating: 5

PERLUKAH BERDIET SEMASA MENGANDUNG?

Selasa, Disember 25, 2018
Assalamualaikum

BAGAIMANA DIET IBU MENGANDUNG

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan.

Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin yang selalunya disimpan dalam lemak badan ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui.

Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.


Semoga bermanfaat 😊

Pengambilan makanan seimbang sangat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #AsmakQueen

0135819100 Cikgu Basariah
PERLUKAH BERDIET SEMASA MENGANDUNG? PERLUKAH BERDIET SEMASA MENGANDUNG? Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Disember 25, 2018 Rating: 5

PAYUDARA MEMBENGKAK?

Isnin, Disember 24, 2018
Assalamualaikum

Bukan senang jadi ibu tau. Macam-macam dugaan perlu dihadapi terutama bagi ibu yang menyusu bayi. Contohnya, payudara membengkak.

Kenapa jadi camtu? Teruskan membaca ye 😄

PAYU DARA MEMBENGKAK

Setiap ibu-ibu yang lepas bersalin pasti merasa perkara sebegini. Ada yang sampai demam bila menghadapi perkara begini. Tak perlu risau sebab benda ni hanyalah sementara sahaja.

Apa punca payudara bengkak dan sakit ni ? 🤔

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak.

Sakitnya masa payudara membengkak ni, hanya Allah yang tahu. Macam nak demam tau bila kena 😪

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras.

Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #AsmakBabyCare

Sumber : Babycenter.com

0135819100 Cikgu Basariah
PAYUDARA MEMBENGKAK? PAYUDARA MEMBENGKAK? Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 24, 2018 Rating: 5

Blogger Review Asmak Baby Care

Ahad, Disember 23, 2018
Assalamualaikum

Hangpa ingat tak hari tu cikgu mencari blogger yang nak review produk Asmak?

Alhamdulillah, Allah temukan cikgu dengan seorang blogger baik hati yang juga merupakan seorang ibu.

Ni review yang blogger puan Rodiah Amir buat untuk produk Asmak Baby Care hasil penggunaan produk ini kepada anak-anak beliau.

Ini adalah produk yang terdapat dalam set lengkap Asmak Baby Care


Alhamdulillah produk Asmak Baby Care ni serasi dengan anak-anak Puan Rodiah.

Jemput baca ya 😘

https://www.rodiahamir.com/2018/12/asmak-baby-care-set-produk-natural.html?m=1

Jika ada blogger yang nak review produk Asmak yang lain, boleh juga hubungi cikgi ya. Ada rezeki boleh kita berkolaborasi, in shaa Allah 😀


Berminat dapatkan produk Asmak? Hubungi cikgu di talian bawah ni ya. Nak whatapps pon boleh 😄
0135819100 Cikgu Basariah
Blogger Review Asmak Baby Care Blogger Review Asmak Baby Care Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Disember 23, 2018 Rating: 5

ASMAK HAIR CARE

Sabtu, Disember 22, 2018
Assalamualaikum

15 SEBAB KENAPA MEMILIH ASMAK HAIR CARE UNTUK SOLUSI RAMBUT SAYA.

Hish rimas tau kalau seharian kerja berpanasan dekat luar! Rambut mulalah rasa melekit & masam sebab berpeluh kan? Apalah nak runsing? Manjakanlah kepala chuolllsss itewww.

Mamajuju dah try ketiga-tiga produk ni.
Bukan sekadar sembang kosong jer tau. Kita dah pakai, dah feeeeeel sendiri..😁

1. Rambut tak gugur teruk seperti sebelumnya
2. Rambut memang lembut dan halus
3. Senang diurus
4. Pertumbuhan rambut baru yg sgt cantik
5. Rambut berkilat
6. Wangi sangaaaat & rasa fresh
7. Tidak gatal2 lagi kulit kepala
8. Even bertudung seharian rambut still wangi, tiada gatal2
9. Kelemumur hilang
10. Sesuai utk seisi keluarga
11. Rasa lebih bersih bila menggunakannya
12. Teksture kulit jadi halus
13. Sangatlaaahhh jimat tak perlu guna banyak ketika shampoo.
14. Lebih Jimat dari pergi Spa or Saloon rambut
15. Produk Natural bebas dari bahan kimia
.
.
.
.
.

JANGAN KATA MAHAL KALAU ANDA BELOM MENCUBANYA ...SEBAB ANDA TAK TAHU LAGI KEISTIMEWAANNYA..

Tak caya cubalah ...Alahhh tanak yang besar, kita ada SET TRIAL juga  yer..

#AsmakByMhamsb
#AsmakHairCare
#SolusiMasalahRambut





Berminat dapatkan asmak hair care? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
ASMAK HAIR CARE ASMAK HAIR CARE Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 22, 2018 Rating: 5

Review: AIS KACANG GERGASI PANTAI MERDEKA

Jumaat, Disember 21, 2018
Assalamualaikum

Kelmarin, on the way nak balik Teluk Anson, cikgu dan suami terfikir nak p jalan-jalan cari makan tengahari kat Pantai Merdeka.

Yela, nama ja anak kedah tapi dah berpuluh tahun tak jejak tempat lejen ni.

Makanya sampaila kami anak beranak kat sini.

Pergh..cantik dah la ni. Sekali imbas dah macam teluk batik tapi barisan kedai makan dia kat sini nampak lebih cantik dan tersusun.

Nurin nampak benda alah ni teruih naik panjat. Mama lapaq la nak oiii 

Tengok muka eksaited tu. Mujur takdak orang jaga 😂

Dah lama dok teringin nak pekena ais kacang ni. Tinggi baq hang!

Harga satu hat macam ni rm6. Siap ada aiskrim kon ala2 koneto lagi ataih dia. Pergh mabeles!

Ni plak nasi goreng udang. Udang laut besaq dia bagi ada dalam 4 ekoq. Memang puas makan. Rm14 sepinggan.

Punyala besaq. Rasa suku badan mat rafif kot tinggi dia.

Abah pulun. Sedap lembut dan manis secukup rasa la senang kata.

Ni plak nasi goreng daging merah. Harga RM6. Rasa memang sedap.

Muka kekenyangan. Razin pekena nasi goreng ayam rm6. Rafif pula megi sup teloq sebiji rm6.50

Dah kenyang main depa jumpa benda alah ni plak.

Akhirnya....

Siksa motokar ni bila Razin naik atas dia 😂

Yeay, rasa macam pelumba F1

Razin memandu dengan susah payah

Pertembungan nurin dan rafif

Si hitam nak ikut jugak

Dah makan nasi goreng udang tadi, wajibla standby peneman resdung ni 😆

Jenuh nak kumpui sekali amik gambaq

Macam-macam gaya

Usaha lagi sampai dapat yang cantik

Muka dah pakat bosan

Razin ja sporting

Asmak herbs nak juga kenangan kat sini

Minyak herba Asmak pon nak jugak

Rasa anggun plak gambaq ni

Mujur ada minyak herba asmak boleh sapu kat luka jatuh skooter elektrik tadi. Kesian Razin.

Nak naik kereta elektrik tu sorang rm10. Skuter elektrik pon rm10. Total makan tadi tak sampai rm40. Memang puas hati makan kat sini. Keropok lekor lejen yang sedap 4 keping rm1 tapi besar puas makan. Gambaq tak dan tangkap habih masuk perut dlu.

Senang kata, destinasi yang tak rugi la kalau hangpa nak mai jalan-jalan makan angin dan makan puas puas. Sedia duit lebih sket sebab ada banyak gerai juai baju, tudung, kasut dan mainan yang harganya agak murah dan berbaloi. Kalau nak jimat, elakkan anak-anak dan mak anak-anak masuk area situ 😂

Nak pi jalan mana-mana pon jangan lupa standby minyak herba asmak tau. Penting di saat kecemasan.
0135819100 Cikgu Basariah
Review: AIS KACANG GERGASI PANTAI MERDEKA Review: AIS KACANG GERGASI PANTAI MERDEKA Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Disember 21, 2018 Rating: 5

Berinteraksi dengan pengasuh

Khamis, Disember 20, 2018
Assalamualaikum

KALAU SAYA BERJUMPA PENGASUH APA YANG PERLU SAYA TANYA ?

Nak pilih pengasuh ni kita kena selidik betul-betul.

Oleh itu, perlu bagi anda sebagai ibu bapa untuk meluangkan sedikit masa berbincang dengan bakal pengasuh mengenai pendekatan mereka terhadap sesetengah perkara supaya anda tahu bahawa anda berdua bersefahaman mengenai isu-isu penting berkaitan penjagaan anak.

Antara soalan yang boleh anda tanya kepada bakal pengasuh anda :

✅ Apakah pendekatan anda mengenai disiplin? Bagaimanakah cara anda mendisiplinkan kanak-kanak? Adakah umur kanak-kanak itu turut diambil kira? Apakah yang anda sifatkan sebagai kelakuan buruk?

✅ Apakah makanan kegemaran anda untuk disajikan kepada anak-anak? Apakah yang anda biasanya hidangkan kepada mereka? Berapa kerapkah anda membenarkan mereka makan snek, gula-gula dan kuih-muih yang manis?

✅ Bolehkah anda gambarkan satu hari yang biasa kepada saya?

✅ Apakah jenis aktiviti yang anda lakukan bersama-sama kanak-kanak ini? Bolehkah saya lihat beberapa contoh?

Jangan malu untuk bertanya. Sesetengah soalan kelihatan tidak penting, tetapi anda berhak untuk tahu bagaimana anak anda akan dilayan. Tidak ada jawapan yang betul atau salah, tetapi pengasuh yang baik ialah yang memberikan jawapan hampir sama dengan pendapat anda sendiri.

Seorang pengasuh mempunyai pengaruh besar kepada anak-anak dalam jagaan mereka dan anda harus membuat lawatan seberapa kerap yang boleh, dan tanyalah soalan sehingga anda benar-benar puas hati.

Sentiasa bertanya kepada pengasuh anda supaya anda dapat melihat perkembangan anak anda disamping mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sentiasalah luangkan masa untuk berinteraksi dengan pengasuh untuk mengetahui aktiviti anak anda seharian sepanjang ketiadaan anda

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak

Mencari produk selamat dan berkesan buat keluarga anda? Jom cuba produk Asmak By Mhamsb. Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Berinteraksi dengan pengasuh Berinteraksi dengan pengasuh Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Disember 20, 2018 Rating: 5

Kenali ciri pengasuh yang baik

Rabu, Disember 19, 2018
Assalamualaikum

PENGASUH : CIRI-CIRI PENGASUH YANG BAIK

Bagi ibu bapa yang mempunyai kerjaya sudah pasti mereka menghadapi kekangan masa untuk menjaga anak mereka. Nak tak nak mereka perlu mengupah pengasuh.

Nak upah pengasuh ni bukan mudah sebab kita tak tahu latar belakang dia macam mana nak pulak banyak kes penderaan yang melibatkan pengasuh diluar sana.

Hari ni saya akan share tips mengenali pengasuh yang baik.

✅ Reputasi yang baik
✅ Melayan anak anda seperti anak sendiri
✅ Tegas tapi adil
✅ Mempunyai aktiviti yang banyak untuk dilakukan bersama anak anda
✅ Suka kanak kanak
✅ Rumah yang bersih dan persekitaran yang selamat

Seperti yang kita ketahui, menjaga kanak-kanak ataupun bayi sepanjang hari adalah tugas yang meletihkan, dan ia harus dilakukan hanya oleh mereka yang komited pada setiap aspek perkembangan kanak-kanak termasuk emosi, sosial dan intelektual.

Buat pilihan dengan bijak !

Selaku majikan, ibu bapa juga perlu bertoleransi dengan pengasuh. Bina hubungan yang erat kerana pengasuh menggantikan kita semasa kita pergi bekerja.

#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Mencari penawar batuk, asma, semput hanya melalui sapuan luaran sahaja? Dapatkan Minyak Herba Asmak.
0135819100 Cikgu Basariah
Kenali ciri pengasuh yang baik Kenali ciri pengasuh yang baik Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Disember 19, 2018 Rating: 5

BOSAN AKU ASYIK HADAP BENDA YANG SAMA

Selasa, Disember 18, 2018
Assalamualaikum

Saya ni kalau bab ubat memang saya benci. Cerita dia macam ni.

Saya ni boleh dikatakan senang sangat demam. Kalau kena hujan mulalah selsema lepastu demam. Kadang tak larat nak makan ubat yang berlainan.

Bila selsema kena makan panadol, bila batuk kena makan ubat batuk. Benda ni semua buat saya rimas dan benci kadang-kadang. Yelah kena hadap ubat yang berbeza-beza.

Sampai satu masa saya cerita dekat kawan sekerja saya.

“mana nak cari ubat yang boleh settle masalah aku ni ek” 😪

Kawan saya terus keluarkan Minyak Herba Asmak dari beg dia. Mula saya pelik minyak apa pulak ni sedangkan saya nak ubat bukan minyak.

Dengar kawan saya becerita fuhhh ternganga saya. Memang ini yang saya cari selama ni.

Saya pun belilah satu dan bila datang je penyakit saya tu saya pun sapu dekat bahagian yang disyorkan seperti yang diberi dalam panduan memakai minyak ini.

Selesema pun jadi lega, batuk pun tak kerap dan pening pun hilang. Memang mujarab minyak ni. Memang terbaik laaaaaa

Lepasni tak payah makan macam-macam ubat dah. Dengan adanya Minyak Herba Asmak ini saya tak perlu risau lagi.

Kenapa perlu bayar lebih ?? Minyak Herba Asmak kan hadooooo.😊

Berminat ??

PM sekarang

www.wasap.my/60135819100/minyak+herba+asmak


Sekarang ni bukan zaman ibu ayah tibai anak sampai lembik. Gunakan teknik berdiskusi dan toleransi. Dah lama rasulullah ajar. Kita je tak nak ikut. Jom sama-sama amalkan. Anak kan, saham kita di akhirat kelak 😃

BOSAN AKU ASYIK HADAP BENDA YANG SAMA BOSAN AKU ASYIK HADAP BENDA YANG SAMA Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Disember 18, 2018 Rating: 5

NAK GUNA DISPOSSAL DIAPERS KE CLOTH DIAPERS?

Isnin, Disember 17, 2018
Assalamualaikum

LAMPIN KAIN VS LAMPIN PAKAI BUANG

Suka tengok CD ni, ada yang bercorak dan berwarna warni lagi 😃

Cikgu tau bab ini dah lama menjadi topik pendebatan antara ibu bapa sehinggalah ke hari ini.

Masing-masing punya pandangan dan pendapat sendiri mengenai hal ini. Harini cikgu nak share sikit mengenai perkara ini yang dah lama jadi pendebatan antara ibu bapa.

Mereka yang memilih lampin kain berhujah bahawa ianya kurang mahal dan sesetengah merasakan bahawa lampin kain kurang menyebabkan ruam lampin. Juga, lampin pakai buang mempunyai pelapik plastik yang tidak boleh reput, manakala lampin kain boleh dikitar semula, sekali gus mengurangkan impak ke atas tanah kambus kita.

Perkara ini elok difikirkan dengan teliti sebelum anak hangpa dilahirkan, tetapi sedarilah yang hangpa mungkin bertukar fikiran, oleh itu janganlah membeli terlalu banyak lampin yang mahal.

Cikgu ingat lagi dlu masa berkobar-kobar nak jimat duit la konon, berdozen la Cloth Diapers a.k.a CD ni cikgu dan suami beli. Habis banyak ratus jugak la masa tu. Tapi hangat-hangat tahi ayam je. Bila musim hujan memang meletihkan. Kena pulak dulu tak banyak dobi layan diri macam sekarang ni.

Oleh itu, sebelum hangpa nak beli, fikirkan tentang isu-isu praktikal seperti sama ada hangpa ada mesin basuh dan mungkin juga mesin pengering (ya, walaupun di Malaysia di mana matahari sentiasa memancar, ada kemungkinan kita tidak banyak mendapat matahari semasa jerebu atau musim monsun).

Jika hangpa memilih lampin pakai buang, bolehkah hangpa mendapatkannya dengan mudah dan adakah hangpa ada tempat untuk menyimpannya? Berbincanglah dengan rakan-rakan yang mempunyai bayi muda dan ketahuilah pilihan depa jugak

Lagi tips, bandingkan harga lampin kain dengan lampin pakai buang bagi tempoh dua ke tiga tahun iaitu tempoh hangpa rasa anak hangpa akan menggunakannya. Dalam perkiraan ini, hangpa boleh juga mengambilkira kemungkinan untuk mendapat anak-anak yang kedua atau ketiga 😊

Tidak timbul sebenarnya mana yang lebih baik antara 2 jenis lampin ini. Sebagai ibu bapa kita tidak boleh menidakkan kebaikkan dan kelebihan antara dua jenis lampin ini. Kalau hangpa memilih lampin kain sebagai lampin utama anak, maksudnya hangpa perlukan juga lampin pakai buang yang amat berguna semasa dalam perjalanan atau untuk kegunaan kecemasan.

Semoga bermanfaat 😁



#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Anak kembung perut atau sembelit? Pastikan sentiasa stand by Minyak Herba Asmak tau! 
0135819100 Cikgu Basariah
NAK GUNA DISPOSSAL DIAPERS KE CLOTH DIAPERS? NAK GUNA DISPOSSAL DIAPERS KE CLOTH DIAPERS? Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Disember 17, 2018 Rating: 5

Cara berus gigi si manja

Ahad, Disember 16, 2018
SAYA TAKUTLAH NAK BERSIHKAN GIGI ANAK SAYA



Benda ni biasa terjadi dikalangan ibu bapa. Nak pula si comel tak reti duduk diam lagilah merisaukan ibu bapa di luar sana.

Apa yang ibu bapa diluar sana boleh buat ialah cubalah membentuk tabiat menggosok gigi bayi anda dua kali sehari. Lakukan sekali pada waktu pagi, pada masa yang sesuai dengan rutin anda. Bersihkan sekali lagi sebelum masuk tidur, selepas si comel minum.

Langkah memberus gigi si manja anda :

✅ Letakkan satu lapisan nipis ubat gigi pada berus gigi. Ia sepatutnya memenuhi kurang daripada tiga suku bulu kejur berus gigi.

✅ Gosok dengan gerakan membulat secara lembut. Tumpukan pada bahagian di mana gigi dan gusi bercantum. Ingatlah, semasa gigi sedang tumbuh, gusinya akan terasa sakit sedikit, jadi pastikan anda tidak menggosok terlalu kuat.

✅ Setelah selesai, pastikan si comel meludah semula ubat gigi, tetapi jangan membilas mulutnya dengan terlalu banyak air. Membilas selepas memberus gigi didapati mengurangkan keberkesanan ubat gigi.

Dengan meriba bayi anda secara menghadap ke depan, anda akan lebih mudah membersihkan giginya. Posisi ini juga sesuai apabila bayi anda telah membesar menjadi kanak-kanak.

Jika si comel enggan giginya digosok, berikannya sebatang berus gigi untuk dipegang. Dia akan rasa seperti dia mengawal keadaan. Benarkan dia menggosok giginya dahulu, kemudian anda pula membersihkan giginya.

Semoga bermanfaat 😇


#InfobyMhamsb #MinyakHerbaAsmak



Sumber : Babycenter.com

Mencari penawar bagi batuk, selesema, batuk berkahak, penat, dan kembung perut bayi anda? Minyak herba asmak kan ada 😄
0135819100 Cikgu Basariah
Cara berus gigi si manja Cara berus gigi si manja Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Disember 16, 2018 Rating: 5

Book Review : DIET TANPA STRES

Sabtu, Disember 15, 2018
Assalamualaikum

Salam semua. Di pagi sabtu yang indah ni, cikgu nak perkenalkan hangpa sebuah buku yang best. Wajib baca sebelum tamat 2018 😁 Yelah kan, tahun depan wajib mula dengan azam dan semangat baru. Hehe.

Tengok cover buku ni pon dah semangat nak baca sampai habih tau. Buku ni halaman dia pon takdela satu kaler ja. Berwarna warni lagi 

Membaca buku nie, buat hangpa yang beratus kali kecundang buat diet tu semangat balik nak diet. Percayalah, diet yang stres memang payah nak berjaya. Cikgu dah cuba dik.

Penulisan yang santai dari hati dan zapps teruih masuk ke hati. Tambah lagi penulis adalah orang yang pernah obes sebelum ni. So of kos la dia feel u ok! Hangpa is not alone. Ecewahh 😂

Tips diet berkesan terutamanya bagi orang yang wajib telan nasik tiap tiap hari macam cikgu ni 😃

Dlu cikgu pon dah beratuih kali frust dengan diet sampai ada sekali tu berat dah cecah 1++kg 😭 Stress cikgu makan, lapaq lagilah cikgu makan. Mujur ada sorang member suggest  join ustaz fitness Arif Sukri ni dan berjayalah kurangkan dalam 14kg. Masa? Pastilah bukan sehari dua. Slowly but surely.

Tips asas buat orang yang obes pon ado tau. Follow tips ringkas tapi berkesan ni, in shaa Allah tak menyesal

Sesuatu yang membanggakan cikgu, cikgu masih dapat maintain berat tanpa kembali ke berat asal hampir setahun sejak cikgu mula program diet kalori dengan coach Arif ni.

Deep oi!

Hangpa wajib baca buku ni. In shaa Allah tarak menyesal punya. Kat mana nak dapat? Boleh dapatkan di kedai buku popular seluruh malaysia tau. Kat MPH bookstore pon ada.

Buku yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd ni cuma berharga rm30/rm32(ss) dan boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Harga yang sangat berbaloi untuk ilmu yang tak ternilai di dalamnya.

Buku 'Diet Tanpa Stres' yang cikgu punya ni spesel ada tandatangan penulis lagi. Nak hat spesel camni hangpa wajib follow fb ustaz fitness ni rapat-rapat ok 😜

Yeay, dapat otograp! 😄

"Beza diet dengan mogok lapar adalah: Orang diet ada pelan pemakanan khusus, makan ikut kawalan dan besederhana. Orang mogok lapar itu mereka menahan lapar. Dua-dua dapat kurus, tapi sorang kurus sihat, sorang lagi tidak" - Ustaz Fitness

0135819100 Cikgu Basariah
Book Review : DIET TANPA STRES Book Review : DIET TANPA STRES Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Disember 15, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.