Seo Services

Asmak Hair Care

Isnin, April 30, 2018
Assalamualaikum

🌞SYAMPOO BUNGA RAYA🌞
✔Dirumuskan khas untuk merawat rambut gugur dan gatal kepala ekslusif untuk wanita yang bertudung.
✔Bertindak sebagai anti-kelemumur
✔Mengawal kelembapan kulit kepala supaya tidak kering dan berminyak,
✔Menyejukkan dan menyegarkan kulit kepala.
✔Mengelakkan rambut bercabang
✔Melebatkan, menghitamkan & melembutkan rambut
❤Syampoo Bunga Raya 500ml - Rm39 SM/RM44 SS

🌞SEVENIS HAIR OIL🌞
✔Membantu menjadikan RAMBUT lebih SIHAT dan KUAT
✔Rambut jadi lebih BERSINAR
✔Mengelakkan dari KEGATALAN dan RAMBUT GUGUR.
❤Sevenis Oil Hair 150ml - RM29 SM/RM33 SS

🌞HAIR MOISTURIZER with SERUM🌞
 ✔Mengelakkan rambut gugur
 ✔Melebatkan, menghitamkan dan melembutkan rambut
✔Mampu menghilangkan kelemumur
✔Mengelakkan rambut jadi kusam dan kasar
✔Melembapkan rambut dan menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar
✔Memberi khasiat kepada rambut dari luaran,dari akar rambut sehingga ke hujungnya.
❤ Hair Moisturizer with Serum 300ml - RM80 SM/ RM90 SS

Asmak Hair Care
Set penjagaan rambut dari Asmak

Jomla cuba! Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Asmak Hair Care Asmak Hair Care Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 30, 2018 Rating: 5

Kecik ke besaq?

Ahad, April 29, 2018
Assalamualaikum

Yang besar tak semestinya gagah, yang kecil tak semestinya lemah.

Paling mudah, cuba tengok cili. Semakin halus cili tu, semakin pedas tau dia. Manusia pon macam tu. Jangan kita ingat, orang yang besar ni mereka kuat, kadang nak angkat benda berat sikit tak boleh. Orang lebih kecil boleh pula angkat. Tapi, ni bukan alasan untuk kita perlekeh orang yang macam ni dan sanjung tinggi pula yang sebaliknya.

Kekuatan setiap orang tak sama. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Sebab tu kita ni hidup kena berhubung. Saling mencukupi. Yang kuat bantu yang lemah. Yang kaya bantu yang miskin.

Jangan suka sangat gelakkan orang. Kutuk orang sana, kutuk orang sini. Diri sendiri je yang betul dan hebat. No!No! No! Ini bukan sikap yang nabi ajar untuk kita.

Terima kelemahan orang, hargai kelebihan mereka. Bantu mana yang boleh. Kelemahan, kekurangan orang lain boleh jadi juga ujian buat kita. Jangan terlalu mudah mengatakan kita boleh itu, kita boleh begini selagi kita belum diuji. Ujian Allah beri sesuai dengan kemampuan diri. Kita nampak bagus ni pon, sebab Allah tutup keburukan dan kelemahan kita.

Usah sentiasa merasa sedih, usah terlalu merendah diri sehingga dipijak-pijak. Bersederhana adalah yang terbaik. Ada kalanya kita juga perlukan pujian dan beri penghargaan kepada diri sendiri. Kita bukanlah malaikat yang sentiasa 'perfect'. Berazamlah untuk menjadi hamba Allah yang terbaik dan cuba lakukan yang terbaik. Sentiasa beristighfar apabila tersasar dari landasan. Bukankah istighfar itu menyuci dan menenangkan hati?

Hebat, bukan untuk meninggi diri, hebat petanda kita WAJIB semakin tunduk sujud kepadaNya.

Ha, nak habaq ni! Minyak herba asmak ni ada saiz kecik, ada sederhana, ada besaq. Hangpa nak yang mana?

Roger na!
0135819100 Cikgu Basariah
Kecik ke besaq? Kecik ke besaq? Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 29, 2018 Rating: 5

Kerana sebekas spageti

Sabtu, April 28, 2018
Assalamualaikum

Pagi ni kami sekeluarga bersarapan dengan spageti carbonara. Sesekali tekak ini teringin pula merasa makanan barat. Mengada!

Usai makan, saya dapati masih banyak spageti di atas dapur. Sementara masih panas, terfikir pula nak disedekahkan kepada jiran. Jiran di sebelah rumah ni tiada nampaknya. Teringat pula jiran yang agak jauh sikit dari rumah. Anaknya bersekolah sama dengan anak saya. Lantas saya meminta anak sulung saya, Razin keluar dan menghantarkan sebekas spageti ke rumah sahabatnya itu.

Saya segera masuk ke bilik dan mula menarah timbunan gunung kain baju yang seminggu tidak ditarah. Adus, letih sekali!

Sedang leka saya mengelaskan pakaian yang telah dilipat kepada bahagian masing-masing, terdengar laungan Razin memanggil nama saya berulang-ulang. Bergegas saya mendapatkannya. Risau pula kalau ada apa-apa.

"Mama, ibu Umar nak beli minyak asmak yang macam biasa tu sebotol," ujar Razin sambil menghulurkan not RM50 kepada saya. Syukur alhamdulillah. Niat saya yang ikhlas untuk bersedekah pagi ini, nampaknya langsung Allah balas dengan membuka pintu rezeki buat saya di pagi hari.

Segera saya masuk ke bilik kerja dan mengambil stok Minyak Herba Asmak 30ml, dimasukkan ke dalam plastik dan turut saya selitkan cenderamata dalam plastik itu. Memang biasa saya berikan hadiah kepada semua pelanggan saya. Rasa gembira dapat berkongsi rezeki dan menggembirakan orang lain.

Saya dapatkan Razin sambil menghulur plastik berisi minyak asmak serta wang baki sebanyak RM11. Tidak lupa juga saya berpesan kepada Razin untuk membuat akad jual beli dengan ibu sahabatnya itu.

Syukur, alhamdulillah. Peristiwa kecil pagi ini membuka mata saya betapa benar sedekah itu pembuka rezeki. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita menerima. Sifir Allah tak sama dengan sifir yang kita belajar dalam mana-mana buku teks di dunia ini. Yakin bahawa Allah adalah pemberi rezeki utama dan sentiasa bersyukur kepada Nya. Bukankah semakin kita bersyukur kepada Allah, semakin banyak Allah akan beri kepada kita?

-Teruskan ikhlas dalam memberi-
22/4/2018, 1.11pm

Minyak 30ml ini adalah minyak yang paing digemari ramai. Com cuba sebotol!


0135819100 Cikgu Basariah
Kerana sebekas spageti Kerana sebekas spageti Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, April 28, 2018 Rating: 5

Salam Saiyidul Ayyam

Jumaat, April 27, 2018
Usah tunggu dah kaya baru nak bersedekah

Indahnya Islam, semakin memberi, semakin banyak akan menerima.


What you give, you get more 😘



Salam Saiyidul Ayyam Salam Saiyidul Ayyam Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, April 27, 2018 Rating: 5

Cara guna Tutor Guru (Langkah demi langkah)

Khamis, April 26, 2018
Assalamualaikum

Hari ni cikgu berpeluang mengikuti bengkel "Penggunaan TUTOR dalam Pdpc bilik darjah" kerjasama akhbar Utusan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Terima kasih tuan Dr Hj Ismail Bin Md Zin yang memberikan teknik pengajaran dan tips-tips berguna pada hari ini.

Jadi, cikgu kongsikan sedikit cara penggunaan tab yang diberikan kepada guru dan sekolah terpilih.

Langkah pertama

Klik icon tutor online yang di tab masing-masing. Kalau dah format tab, boleh taip tutor guru dan search sahaja menggunakan mozilla, chrome atau mana2 pelayar yang sesuai.



Langkah kedua

Login menggunakan no kad pengenalan diri. Password: tab2017. Apabila dah berjaya login, anda perlu masukkan no serial tablet anda. Nombor ni boleh didapati di kotak tablet dan boleh juga tengok belakang tablet anda. Ada sticker warna putih dengan barkod. Tengok pada kod S/N pada penjuru paling kanan sticker dan taipkan kod tersebut. Klik simpan.


Langkah ketiga

Pilih menu cipta lembaran kerja dan klik.


Akan keluar paparan macam bawah ni. Isikan maklumat soalan yang anda nak hasilkan.


Klik Go dan akan dipaparkan jumlah soalan yang tersedia untuk anda pilih dari bank soalan.


Anda pilih soalan yang dikehendaki dan klik pada kotak kecil di tengah. Skrol ke kanan untuk soalan seterusnya. Tak perlu piih terlalu banyak soalan. Sesuaikan dengan objektif pdpc anda pada hari tersebut.


Seterusnya Klik siapkan lembaran kerja (rujuk gambar di bawah)


Akan keluar paparan seperti di bawah ini. Anda boleh masukkan objektif pengajaran anda pada hari tersebut dan boleh juga ditambah dengan bahan rangsangan seperti video dan gambar. Untuk menambah video, klik icon cari video.


Anda akan dibawa ke link carian video youtube. Taipkan kata kunci yang anda mahukan. Apabila telah jumpa, klik video tersebut.


Akan keluar paparan seperti di bawah. Tekan lama(jika anda gunakan tablet dan klik copy video url-yang atas sekali tu). Kemudian anda boleh pangkah kotak video tersebut.



Seterusnya, cari icon kecil yang bertulis youtube (perhatikan sebelah fx tu, klik icon tersebut).

Tekan di kotak tengah sehingga keluar perkataan paste. Klik paste di situ.

Dah berpuas hati, klik siapkan lembaran kerja.


Lembaran kerja anda telah siap. Untuk ditunjukkan kepada pelajar semasa pdpc, klik icon berupa orang dengan skrin di belakangnya tu. Ikon paling kiri.


Akan dipaparkan soalan yang dipilih, bahan rangsangan dan jawapan sekaligus.


Klik tanda (-) tu untuk sembunyikan mana yang tidak perlu. Anda boleh mulakan dengan menunjukkan video sebagai rangsangan barulah soalan. Atau mana yang difikirkan sesuai.


Sebelum saya terlupa, apabila anda klik jawapan, tiada dinyatakan samada jawapan adalah betul atau salah. Nak semak jawapan hanya di bahagian bawah. Jadi, anda boleh gunakan jawapan pelajar yang salah sebagai cara menambah kefahaman pelajar anda. Pastikan jawapan diberikan selepas selesai sesi perbincangan yang meriah.

SEMOGA BERMANFAAT. SELAMAT MENCUBA!

Cara guna Tutor Guru (Langkah demi langkah) Cara guna Tutor Guru (Langkah demi langkah) Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 26, 2018 Rating: 5

Suara Firdaus - KAWAN

Khamis, April 26, 2018
Assalamualaikum

Ni antara lagu feveret saya masa muda remaja. Tak sangka penulis lirik ni orang yang ajar ilmu leadership bisnes kepada saya sekarang ni, Tuan Shamsul.

Jom layan jap.


Kawan
===

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit
Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Lirik: Syamsul Adlan Mahrim
Melodi: Fairuz Muhd Shaffiar




Mencari penawar resdung, asma, batuk dan selesema?
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Suara Firdaus - KAWAN Suara Firdaus - KAWAN Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 26, 2018 Rating: 5

Kenapa jantung tersumbat?

Rabu, April 25, 2018
Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni banyak kes kematian mengejut. Ada juga dari kalangan orang yang gaya hidupnya aktif. Pelik kan? Antara sebab yang popular adalah masalah jantung.


Makanan punca jantung tersumbat

Baru-baru ini seorang rakan saya bertanya saya kenapakah sahabatnya yang berhenti merokok di dapati menghadapi masalah jantung tersumbat. Pertanyaan itu seolah-olah menyatakan bahawa disebabkan berhenti merokok maka jantung akan tersumbat.

Hakikat sebenarnya punca saluran darah di jantung tersumbat adalah kerana pemakanan yang salah. Merokok juga boleh menyebabkan masalah penyakit jantung dan dengan berhenti merokok boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Tetapi ramai perokok yang berhenti merokok memilih untuk makan secara tidak sihat yang akan akhirnya menyebabkan masalah yang sama. Apabila seseorang baru berhenti merokok memang akan berlaku masalah selera makan yang tinggi dan susah dikawal.

Oleh kerana itu, amat penting untuk kita faham tentang jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan saluran darah jantung tersumbat.

1. Makanan yang kaya dengan gula dan manis adalah diantara punca berlakunya penyumbatan pada saluran darah jantung. Gula yang didalam makanan kita akan membentuk bahan yang dipanggil AGE (Advance Glycation Endproducts) yang boleh menyebabkan masalah inflammasi atau  kebengkakan (inflammation) yang dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan kencing manis.
Gula juga menyebabkan peningkatan paras kolesterol dalam darah yang menyebabkan saluran darah tersumbat akibat kolesterol berlebihan. Gula juga meningkatkan paras kolesterol ‘trigliserida’ yang boleh menjadi punca saluran darah mengalami masalah inflammasi dan pembentukan plak kolesterol dengan lebih cepat dan menyebabkan masalah saluran darah jantung tersumbat.
AGE ini menyebabkan masalah keradangan pada dinding saluran darah jantung yang menjadi punca kepada masalah atherosklerosis.
AGE ini juga menjadi punca kepada masalah atherosclerosis iaitu saluran darah menjadi keras akibat pemendapan kolesterol pada dindingnya. Apabila saluran darah menjadi keras maka ia akan menyebabkan pembentukan ‘plak kolesterol’ yang akan menyebabkan saluran darah menjadi tersumbat. Makanan yang kaya dengan AGE ini adalah makanan yang bergula tinggi dan juga makanan yang digoreng dengan minyak yang panas dan juga makanan digoreng ‘dalam’ (deep frying). Proses ‘grilling’ atau membakar dengan api sehingga berkerak hitam seperti barbeque dan satey juga menghasilkan AGE secara berlebihan. Menurut kajian, secara umumnya makanan yang berprotein tinggi dan berlemak tinggi apabila dimasak dengan suhu yang tinggi akan menghasilkan lebih banyak AGE. Untuk mengurangkan AGE dalam makanan, maka proses masak secara kukus, rebus, sup, masak berkuah (stewed) adalah lebih baik.

2. Makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak dan suhu yang tinggi (deep fried) food adalah diantara makanan yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Bukan hanya kerana kandungan AGE yang tinggi tetapi proses menggoreng itu menyebabkan komposisi biokimia makanan itu berubah. Penggunaan minyak yang tinggi omega 6 (minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak soya) juga menyebabkan penghasilan lemak trans semasa proses menggoreng dan menyebabkan masalah keradangan yang tinggi pada dinding saluran darah yang menyebabkan masalah atherosklerosis. Proses menggoreng juga akan meningkatkan radikal bebas dalam makanan tersebut dan menyebabkan kerosakan sel-sel didinding saluran darah yang akhirnya memudahkan pembentukan plak kolesterol yang akan menyumbatkan saluran darah dijantung.  Menggoreng dengan minyak yang tinggi lemak tepu (minyak kelapa sawit atau minyak kelapa) adalah lebih stabil pada suhu tinggi dan menghalang radikal bebas dan pengoksidaan.

3. Makanan yang kaya dengan ‘lemak trans’ yang boleh menyebabkan saluran darah dijantung tersumbat. Menurut kajian Nurses’ Heart Study lemak trans ini lebih merbahaya dari lemak tepu dari haiwan dan ianya meningkatkan risiko sakit jantung dua kali ganda. Contoh makanan yang kaya dengan lemak trans ini adalah marjerin, biskut, jajan, kerepek kentang, popcorn, muffin, kek, pastri, mee segera dan pelbagai lagi makanan proses yang berlambak dipasaran sekarang. Kajian mendapati peningkatan paras kolesterol jahat LDL dalam darah dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak trans ini.

Dalam satu kajian oleh Prof Robert Vogel dalam tahun 1997 di University of Maryland School of Medicine menunjukkan makanan segera (Fast Food) seperti berger, hotdog, kentang goreng, ayam goreng, pizza, ‘hash brown’, nugget dan sebagainya juga mengandungi lemak trans ini yang boleh menyebabkan saluran darah dijantung tersumbat.

4. Kajian juga mendapati makanan yang tinggi dengan garam sodium atau natrium seperti garam biasa dan serbuk perasa (MSG) juga boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Sodium yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat. Apabila tekanan darah meningkat keadaan ini dipanggil sebagai Darah Tinggi (Hypertension). Seseorang yang mengalami masalah Darah Tinggi lebih mudah mendapat masalah plak kolesterol yang menyumbatkan saluran darah.

Kajian oleh American Heart Association(AHA)  mendapati mengawal penggunaan garam dan mengurangkan risiko saluran darah tersumbat. AHA mencadangkan had limit untuk pengambilan garam  adalah 5000mg sehari sahaja. Makanan segera seperti kentang goreng, ayam goreng, berger, nugget, mee segera dan sebagainya yang ada dalam pasaran sekarang mengandungi kadar garam yang amat tinggi begitu juga makanan kering seperti ikan masin dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, makanan proses, makanan bergoreng, makanan segera, makanan yang mengandungi lemak trans, makanan yang kaya dengan gula dan garam adalah punca kepada masalah kolesterol yang merbahaya dan boleh menyumbat saluran darah jantung.

Dalam artikel saya yang akan datang saya akan menulis berkenaan makanan yang boleh membalikkan proses ini dan membantu melancarkan pengaliran darah dalam saluran darah dijantung.

Wassalam

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI), FAGE

Struktur jantung dan bagaimana rupa bila tersumbat


Cannot agree more!

Menukar pengambilan gula pasir biasa kepada stevia dapat membantu mengurangkan penyumbatan pada jantung

Nak cuba dan beli stevia?
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Kenapa jantung tersumbat? Kenapa jantung tersumbat? Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, April 25, 2018 Rating: 5

Tayang

Selasa, April 24, 2018

Sepanjang perjalanan ke pekan Teluk Intan, kelihatan bendera pelbagai parti penuh di tiang-tiang elektrik. Ada hijau, ada biru, ada warna gabungan . Meriah sungguh!

Tiba-tiba terlintas di ingatan saya, iklan tajaan yang berlegar di laman muka buku pagi tadi.

"Abang, tadi kan, masa sayang buka fb, keluarla iklan yang Dato Y sponsor. Kesian Dato Y. Teruk dia kena kecam di fb!", getus saya memecahkan kesunyian.

"Tula, abang pon perasan. Padahal Dato Y tu banyak je jasanya untuk pekan ni. Entah betul atau tak tuduhan tu".

"Tapi ye la kan, abang tahu dia buat itu ini pon sebab abang rapat dengan PA dia. Cuba abang tak rapat, abang tau ke apa dia dah buat untuk pekan kita ni?, " soal saya pula.

Terdiam suami saya. Diam tu kata orang tua-tua setuju. Situasi ni membuatkan saya terfikir, budaya masyarakat kini dah makin berubah. Buat baik perlu ditayang-tayang. Tak kisahlah sebagai ahli politik mahupun di tempat kerja. Kalau tak ditayang, orang kata kita tak buat kerja.

Entah ke mana perginya 'ikhlas' dalam masyarakat kita sekarang ni? Segala yang baik dan buruk habis ditayang. Kalau yang baik ditayang tu, asalnya ikhlas boleh menimbulkan riak dan takabbur. Yang buruk pula pastinya menambah dosa.

Besarnya cabaran kita. Belum lagi dajjal tiba!

-Cikgu Basariah, yang cuba kekal ikhlas dalam bekerja-

20/4/2014, 6.40 p.m

Dari dok tayang benda merapu, baik cikgu tayang minyak asmak ni. Bagus sangat untuk batuk, selesema, kahak, resdung dan lain lain.

Nak beli minyak asmak? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Tayang Tayang Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 24, 2018 Rating: 5

Terobek intipati motivasi

Isnin, April 23, 2018
Assalamualaikum.

Pada 12 April yang lalu, cikgu bawa pelajar calon penerima biasiswa MAIP ke majlis penyampaian bantuan yang diadakan di Kompleks Islam Darul Ridzuan. Ada sesi motivasi yang menarik isinya disampaikan oleh motivator iaitu cikgu Jasmi pada masa tersebut.

Berikut sedikit ringkasan yang sempat cikgu salin.

Bersihkan tempat tadahan ilmu
1. Mata
2. Telinga
3. Otak (fikiran)
4. Hati

Bersihkan tempat tadahan ilmu dengan istighfar

Jangan biarkan kotor sampai bila-bila

Tetapkan matlamat paling tinggi

Kisah motivasi pasukan bola sepak selatan thailand

Minda sentiasa menyimpan imej yang dilihat. Pastikan sentiasa melihat imej yang baik sahaja

Mesti menjaga hubungan untuk mencapai kecemerlangan

Utk berjaya, 30% belajar, 70% menjaga hubungan (Allah, ibu bapa, guru, keluarga, rakan)

Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan ibu bapa, jaga hubungan dengan guru-guru, kawan-kawan dan kaum kerabat sekali

Hargai setiap apa yang dimiliki sekarang dan capailah kecemerlangan dalam kehidupan

Dari Abu Hurairah r.a katanya, "Rasulullah SAW bersabda, Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali 3 perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang berdoa kepadanya"
Hadis Riwayat Imam Muslim.

Jasmi Zarina Solution

Mencari penawar asma, batuk, semput yang selamat seawal usia bayi sehingga dewasa?

Dapatkan minyak herba asmak! 
Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah.


Terobek intipati motivasi Terobek intipati motivasi Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 23, 2018 Rating: 5

HMS best!

Ahad, April 22, 2018
Hai semua!

Malam ni Nurin nak promote Hair Moisturizer With Serum(HMS)

Best sangat HMS ni. Mama kata, sebelum ni susah sangat nak sikat rambut Nurin. Asyik tersekat je kat sikat. Pastu Nurin sakit mesti lari taknak sikat rambut.

Tapi bila guna HMS ni, rambut Nurin jadi lembut. Mudah disikat. Tengok ni, kemas je rambut mama dah sikat siap ikat lagi.

Mama Nurin jual HMS ni. Kalau nak, hubungi mama Nurin ye.

Nurin nak tidur dah.


Selamat malam semua 😘







0135819100 Cikgu Basariah
HMS best! HMS best! Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 22, 2018 Rating: 5

Sedapnya madu Asmak

Ahad, April 22, 2018
Assalamualaikum

Korang suka makan madu?

Cikgu ni jenis liat sket nak makan madu. Tapikan, madu halia bentong ni sedap sangat tau. Rasa macam makan coklat HACKS yang halia tu. Best giler.

Paling best, kalau sakit tekak, bangun pagi tu telan sesudu. Nyaman oit!

Nak cuba?


Aneka pilihan produk berkualiti dari MHAMSB

Madu asli Asmak pon sedap. Setiap pembelian madu, percuma sebotol Habbatussauda asli!


Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Sedapnya madu Asmak Sedapnya madu Asmak Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 22, 2018 Rating: 5

ANAK DERHAKA

Sabtu, April 21, 2018
Assalamualaikum

Sungguh Derhaka Anak yg Mendoakan Orangtuanya 5x sehari
(Ustad Arifin Nugroho)

Saya pernah datang ke Kairo - Mesir.

Pada saat solat Zohor ada kajian dari Syeikh yang mengisi kajian sambil berjualan buku.

Di akhir kajian, saya sempatkan utk membeli buku yang dijual oleh Syeikh tadi.

Judul bukunya "Melipat gandakan keuntungan dengan berbakti kepada orangtua."

Dalam satu bab di buku tersebut dibahas mengenai Adab Kepada Orangtua.

Di mana dikatakan bahwa ,
"Sungguh derhaka seorang anak yang hanya mendoakan kedua orangtuanya hanya 5 kali dalam satu hari."

Saya bingung, kenapa kita sudah mendo'akan orangtua sehari 5 kali, masih dikira sbg anak derhaka ?

Saya cuba balik lagi ke masjid tempat saya membeli buku tersebut, saya tanyakan kepada pengurus kajian di masjid itu, di mana saya boleh menemui Syeikh yang kemarin memberi kajian di masjid ini.

Dan setelah saya dapatkan nombor hpnya, saya hubungi dan kami berjanji untuk bertemu di sebuah masjid yang kebetulan beliau sedang mengisi kajian juga.

Selesai kajian, saya bertemu dengan beliau, dan saya bertanya, kenapa seorang anak yang sudah mendo'akan kedua orangtuanya 5 kali sehari, masih dikatakan anak yang derhaka?

Syeikh itu kemudian meminta kepada saya untuk membacakan do'a untuk kedua orangtua.

Dan saya bacakan do'a yang biasa saya baca setelah solat.

"Rabighfirli waliwali dayya"

"Stop.", kata si Syeikh.
"Ulangi lagi".

"Rabighfirli waliwali dayya"
"Stop, ulangi lagi."

"Rabighfirli waliwali dayya"
"Stop, ulangi lagi".

Terus saya ulangi sampai sepuluh kali.

Kemudian si Syeikh bertanya kepada saya, "Apakah kamu letih?"
"Tidak, Syeikh"
"Apakah kamu sampai berkeringat?"
"Tidak, Syeikh"
"Apakah kamu sampai mengeluarkan wang membaca do'a seperti yang kamu baca tadi?"

Kembali saya jawab tidak

"Kamu tak perlu mengeluarkan wang, kamu tak perlu mengeluarkan keringat, kamu tak perlu mengeluarkan tenaga yang besar hanya untuk membacakan do'a ampunan kepada kedua orangtuamu."

"Tapi kenapa kamu hanya berupaya meminta ampunan untuk orangtuamu sehari semalam cuma 5 kali?"

"Padahal sejak kamu masih berada dalam perut ibumu, berapa banyak keringatnya yang sudah ibumu keluarkan kerana beratnya menanggung kamu yang berada di perutnya?"

"Betapa sakitnya ibumu saat melahirkan kamu, berapa besar biaya yang sudah dikeluarkan kedua orangtuamu untuk membesarkan kamu?"

"Dan sebagai balasannya, kamu hanya mendo'akan kedua orangtua mu cuma 5 kali dalam sehari semalam?"

"Padahal satu kali saat kamu membacakan do'a untuk kedua orangtuamu, *Rabighfirli waliwali dayya*, saat itu juga satu dosa dari orang tuamu dihapuskan ALLAH."

"Dan ada sebuah kisah, di mana ada seorang orangtua yang saat dia dimakamkan penuh dengan dosa, tiba-tiba, saat orangtua tersebut sedang kesusahan di alam kuburnya, ALLAH berikan keringanan dan ALLAH berikan kemuliaan."

"Sampai2 si ahlul kubur bingung, kenapa dia di angkat darjatnya seperti ini?"

"Kemudian jawab malaikat, *"Ini berkat do'a anak anak mu"*.

Masya Allah

Sekarang, apakah kita masih berat untuk membacakan do'a untuk kedua orangtua kita sehari lebih dari 50 kali?

Renungkanlah
😢😢😢

C&P

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Ingin kekal cergas bertenaga?Jom cuba Asmak Queen jamu kunyah berperisa coklat yang pertama di MALAYSIA.
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
ANAK DERHAKA ANAK DERHAKA Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, April 21, 2018 Rating: 5

PETUA PISANG TAHAN LEBIH LAMA

Jumaat, April 20, 2018
Assalamualaikum

Baru-baru ini saya mendapat beberapa tangkai pisang daripada seorang rakan. Pisang yang diberi memang sedang elok sahaja masaknya untuk digoreng. Masalahnya, saya tidak sempat menggoreng pisang tersebut kerana perlu keluar berkursus selama 3 hari 2 malam. Kalau simpan dalam peti sejuk, cokodok sahajalah jadinya. Lazimnya pisang yang masuk ke peti sejuk juga, kulitnya akan berwarna kehitaman.

Sempat rakan saya berkongsi satu petua dengan sahaja sejurus saya menyuarakan masalah ini kepadanya. "Cubalah balut tangkai pisang dengan kain,kertas atau apa-apa bahan yang sesuai. Pisang biasanya akan lebih tahan lama", ujar beliau.

Saya pon mencuba petua tersebut. Kebetulan mata terlihat tisu dapur yang ada pada masa itu. Saya lipatkan tisu dan balut serta dikukuhkan dengan getah.

Hasilnya, alhamdulillah, sebaik saya pulang dari kursus, pisang masih dalam keadaan elok dan boleh digoreng.

Cuba tengok sebiji pisang di bahagian atas yang tidak dibalut tangkainya. Dah hitam kan?

Selamat mencuba!




Mencari penawar asma, batuk atau semput?
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
PETUA PISANG TAHAN LEBIH LAMA PETUA PISANG TAHAN LEBIH LAMA Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, April 20, 2018 Rating: 5

TIPS SPA RAMBUT DI RUMAH

Khamis, April 19, 2018
"MASAM KEPAM BAU RAMBUT!"

Kita semua pun tau kan rambut ni mahkota yang harus dijaga. Tak kisahlah perempuan atau lelaki. Sebab penampilan & kebersihan diri penting tambah kalau kita ni selalu jumpa orang. Dah kalau sebatu angin sepoi hapak bau rambut tu dah datang, terus kensel orang nak jumpa kita ye tak? 😳😖

Apa sebab rambut ada bau hapak & masam ni ek?

1. Jarang dibersihkan
Penyebab utama rambut berbau sebab rambut jarang dibersihkan. Mungkin anda jarang melakukan keramas sehingga rambut menjadi kotor dan berbau tak sedap terutama di bahagian kulit kepala.

2. Keringat atau peluh
Keringat ni bukan hanya menyebabkan bau badan je. Namun keringat yang keluar dari kulit kepala juga akan menyebabkan bau tak sedap pada kulit kepala dan juga rambut anda. Ni bukan terma keringat yang gigih berkerja tu yer. 😅

3. Sering mencuci rambut tanpa menggunakan shampoo
Dah kenapa tak guna shampoo ni? Ni memang cari nahas. Dah la rambut peluh melekit, masa mandi tak shampoo. Adoi! Bukan rambut je jadi berbau tau. Tapi boleh buat kilau rambut tu pun hilang.

Jadinya apa fungsi bahan dalam #SHAMPOOBUNGARAYA?

1️⃣ Bunga Raya - Merawat rambut yang keguguran dan kulit kepala yang gatal. Ianya juga melebatkan rambut, menghitamkan rambut, dan melembutkan rambut.

2️⃣ Coconut Oil - Melindungi Rambut dari Kerosakan Akibat Sinar Matahari, Menyuburkan Rambut, Sebagai Kondisioner, Mengurangkan kelemumur , Mengatasi Rambut Bercabang, Menyehatkan Kulit Kepala, memberi Protein pada Rambut, Melembapkan Rambut, Melembutkan Rambut, dan Mencegah Uban.

3️⃣ Babassu Oil - Menyegarkan kulit kepala.

4️⃣ Tea Tree Oil - Melembapkan kulit kepala dan mengurangkan kelemumur dan rambut gugur.

5️⃣ Jojoba Oil - Mengurangkan masalah rambut kusut dan gugur, membuat rambut lebih lembut dan bersinar , dan mengelakkan rambut bercabang.

6️⃣ Acerola - Menguatkan rambut hingga ke akar, menggurangkan masalah rambut gugur dan berpontensi memberi vitamin pada rambut untuk kekal sihat

"Alaaa tengok kandungan shampoo macam mahal je bunyiknya."

Ya ampunnnn kita dah pernah pakai shampoo sama kualiti, kandungan sedikit tapi jauh lebih mahal tau. Jadi kenapa bayar lebih? Nak dapat rambut cantik macam buat kat spa, yang mampu milik ni pun dah okay! 🤗

🌺🌺 RM39 (500ml) 🌺🌺
🌺🌺 RM39 (500ml) 🌺🌺
🌺🌺 RM39 (500ml) 🌺🌺

Dapatkan sekarang kalau nak rambut cantik, wangi sampai suami akak pun terlanggar tiang sebab harum sangat baunya.

==> http://60135819100asmak.wasap.my/ <==
==> http://60135819100asmak.wasap.my/ <==
==> http://60135819100asmak.wasap.my/ <==

#AsmakByMhamsb
#SyampooBungaRaya
#BungaRaya
#BungaKebangsaan
#SpaDiRumah
#SpaAtHome
#RambutRosak
#Kelemumur
#RambutKusam
#RambutGatal

#GoNatural

Shampoo Bunga Raya Plus 500ml cuma rm39!! berbaloi-baloi

Kombinasi hebat bersama Shampoo Bunga Raya, Sevenis Hair Oil
150ml Rm29

Nak best lagi? Jom cuba Hair Moisturizer with serum.
300ml rm80

Untuk tempahan, hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
TIPS SPA RAMBUT DI RUMAH TIPS SPA RAMBUT DI RUMAH Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 19, 2018 Rating: 5

Kesan gajet kepada otak

Rabu, April 18, 2018
Assalamualaikum

Apa Gajet Buat Pada Pelajar Universiti?

by Dr Rizal OCOC

Gajet seperti benda wajib.

Tiada gajet seolah hidup tidak sempurna. Gajet umpama nyawa.

Kajian dari University of Gothenburg, Sweden timbulkan rasa gusar.

Membaca laporannya membimbangkan.

Kajian mereka ke atas pelajar universiti. Berumur antara 20-24 tahun.

Mereka mahu kesan guna gajet berlebihan ke atas pelajar-pelajar ini.

Kesan ke atas pengguna tegar adalah T.S.M:

T – Gangguan pada TIDUR.

Gelombang OTAK menjadi tidak menentu. Tidur tidak nyenyak.

Bangun badan jadi letih. OTAK gagal menerima input pelajaran. Jadi blur.

The California Department Of Public Health keluarkan guidelines.

Di dalam guidelines dimasukkan kajian-kajian yang kaitkan pendedahan kepada Radio Frequency Enery atau RF ini dengan kanser dan penyakit lain.

S – Stres.

Tingkatkan stres pada pelajar wanita.

Muka berkerut berkedut. Hilang kolagen.

Kajian dari Media Paychology Research Center di California sahkan peningkatan jumlah stres disebabkan penggunaan berlebihan gajet.

Semuanya berpunca dari sharing gambar, siber buli, dan online aggression.

M – Murung.

Tanda jelas pada pelajar lelaki.

Simptom yang dilapor selalunya sakit badan. Bukan simptom emosi.

Kenapa berlaku?

Mengikut kajian dari University of Michigan, Ini disebabkan oleh fenomena ‘cognitive arousal’.

Berlaku disebabkan kekerapan menonton video dalam sosial media sebelum tidur.

Emosi yang hadir tertanam dalam diri sebelum sempat diproses.

Pelajar atau pengguna gajet terus tidur.

Seperkara lagi ialah membuat self diagnosis sendiri apabila ada simptom kesihatan.

Pengguna gajet cenderung untuk selarikan simptom dengan diagnosis yang dijumpai semasa carian.



Tanpa melalui orang yang punya autoriti dalam bidang kesihatan mereka letakkan diagnosis sendiri.

Perkara sebegini beri tekanan pada diri dan sebabkan kemurungan.

Lebih buruk lagi apabila ubat ditempah secara online.

Tanda merudum prestasi OTAK sangat jelas.

Apabila keputusan peperiksaan keluar, ada penyesalan muncul.

TSM adalah bukti dari kajian.

Semunya beri kesan kepada tahap kesihatan mental seseorang.

Semuanya beri kesan pada OTAK manusia.


Otak kita tanggungjawab kita


Kepala selalu pening? Jom cuba sapuan Minyak Herba Asmak untuk keselesaan anda.
0135819100 Cikgu Basariah
Kesan gajet kepada otak Kesan gajet kepada otak Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, April 18, 2018 Rating: 5

Petua cepat surut bengkak

Selasa, April 17, 2018
Assalamualaikum

[MAT BENJOL DAH JADI MAT GETEK KEMBALI]

Adik ni kalau berjalan, style dia melayang-layang macam kena tiup angin. Tu yang memang suka nak hagolkan kepalanya dekat pintu sampai benjol. 😂

Gambar 1: Kejadian masa baru hentakkan kepala dia kat dinding. So kita tuam ais & terus sapukan #MinyakHerbaAsmak

Gambar 2: Selepas setengah dah sapu minyak. Nampak perubahan dah surut sikit.

Gambar 3: Penampakan benjol dah semakin hilang dari pandangan sepanjang adik tidur.

Gambar 4: Yeay Alhamdulillah! Lepas mandi benjol tu dah hampir hilang, tinggal kesan lebam sikit.

Minyak ni bukan nak guna untuk #ASMA , #BATUKKAHAK & #SELSEMA je. Bila anak kita #BENJOL, #LUKA, #GATAL #NYAMUK pun boleh guna. Buat mommies yang berpantang, minyak ni sesuai juga nak guna jadi #MINYAKTELON untuk elak baby #PERUTKEMBUNG.

Kan jimat tu? Dah la boleh guna untuk yang dari baby sampai dewasa. Mesti kena ada tau kat setiap rumah. Nak tahu details, #FREE #CONSULTATION lagi Mamajuju bagi meh roger kita okay? 😉

Kredit: fb Zue Incik Din

==> http://60135819100asmak.wasap.my/
==> http://60135819100asmak.wasap.my/
==> http://60135819100asmak.wasap.my/

#AsmakByMhamsb
#Alhamdulillah
#KepalaBenjol
#SayaGunaSayaJual
#Asmak4u057
#Batuk #Selesema #kahak #lenguh #bengkak #seliuh



0135819100 Cikgu Basariah
Petua cepat surut bengkak Petua cepat surut bengkak Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 17, 2018 Rating: 5

ASMAK BABY CARE set penjagaan bayi selamat

Isnin, April 16, 2018
Assalamualaikum

Memperkenalkan set penjagaan bayi yang selamat lagi bermutu keluaran MHAMSB. Ingat ABC, ingat ASMAK BY MHAMSB 😘


Mencari produk selamat untuk si manja anda? Hubungi
0135819100 Cikgu Basariah
ASMAK BABY CARE set penjagaan bayi selamat ASMAK BABY CARE set penjagaan bayi selamat Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, April 16, 2018 Rating: 5

Kapsul Nurani:Ajaibnya sedekah

Ahad, April 15, 2018
Assalamualaikum

Kisah yg mengetuk Hati

Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah Saw.
Pengemis itu berkata:
"saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah."
Rasulullah bersabda:
"Wahai Aisyah berikan BAJU itu kepada pengemis itu".
Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi SAW.
Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau dan langsung pergi ke PASAR serta berseru di keramaian orang di pasar:
"Siapa yang mau membeli baju Rasulullah? "
Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang dan semua ingin membelinya.

Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapapun yang diminta dan ia berkata kepada budaknya: jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu MERDEKA.
Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkan baju itu pada tuannya yang buta tadi.
Alangkah gembiranya si buta tersebut,
dengan memegang baju Rasulullah SAW yang dia dapat. Orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:
"Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yang suci ini maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATANKU".
MaaSyaa Allah...
dengan izin Allah spontan si buta tersebut dapat melihat kembali.
Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dengan penuh gembira dan berkata:
Wahai Rasulullah... pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku". Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah SAW pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.
Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah:
"Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkah-Nya BERSEDEQAH telah mengkayakan orang yang miskin,
menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita".
Subhanallah...

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala  SHADAQAH itu ada 5 macam:

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)

"Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori:

1. Satu dibalas sepuluh (1:10) iaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.
2. Satu dibalas sembilan puluh (1:90) iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.
3. Satu dibalas sembilan ratus (1:900) iaitu bersedekah kepada kerabat kaum keluarga serta saudara.
4. Satu dibalas seratus ribu (1:100,000) iaitu sedekah kepada kedua orang tua.
5. Satu dibalas sembilan ratus ribu (1:900,000) iaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqh/fekah.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas. Aamiin...

Habib Ali Zainal Abidin.


Minyak Herba Asmak boleh didapati dalam 3 saiz iaitu 10ml, 30ml dan 50ml. Dapatkan minyak yang original dari pengedar sah MHAMSB yang mempunyai nombor id sahaja. Berminat menjadi pengedar? Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah

Mencari penawar batuk, selesema, semput dan asma?
Jom cuba Minyak Herba Asmak 1001 Khasiat.
Hubungi
0135819100 Cikgu Basariah
Kapsul Nurani:Ajaibnya sedekah Kapsul Nurani:Ajaibnya sedekah Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, April 15, 2018 Rating: 5

ABC tanda ibu sayang kamu

Sabtu, April 14, 2018
Assalamualaikum

Nak kongsi sket review pengguna set ABC ni

Saya nak kongsi dengan ibu2 je.. saya tak jual ea 😂
Set anak2... 😉
Best pakai set ni... 1 company dengan minyak herba asmak...
Dari mandian sampailah minyak urut dia... serius terbaik 👍👍
Yg bujang tu nak pi sekolah, cari minyak rambut dia nak pakai..wangi gilerrr..😅
Losyen dia pakai lembut je tak berminyak..sbb ibu dia mmg xsuka jenis losyen melekit kt tgn....😁😁 🙊
Satu lagi lupa...bedak dia jenis berubat.. berangin..mmg comel ur set ni... 😆

#Kredit : Fara Juliana Jalil via Kelab Ibu Mengandung & Berpantang [Malaysia]
.
#ABC ingat ASMAK BABY CARE
#ProdukNaturalBayi
#BebasBahanKimiaMerbahaya
Wasap lelaju utk order na😍😍

📲http://www.wasap.my/60135819100
📲http://www.wasap.my/60135819100
📲http://www.wasap.my/60135819100






0135819100 Cikgu Basariah
ABC tanda ibu sayang kamu ABC tanda ibu sayang kamu Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, April 14, 2018 Rating: 5

KENAPA KENA BUAT 'LIST TO DO'?

Jumaat, April 13, 2018
Assalamualaikum

Selaku seorang yang bekerja dalam masa yang sama berniaga, menulis 'LIST TO DO' adalah sesuatu yang WAJIB dibuat pada setiap pagi.

Penting ke buat 'LIST TO DO' ni?

1. Kerja terancang
-dengan menyenaraikan aktiviti yang perlu dilakukan, anda sebenarnya telah menjadikan hari anda bermula dengan baik
-kerja yang bakal dilakukan pada hari itu telah dirancang lebih awal lagi dengan ini anda sebenarnya telah memprogram minda anda seawal pagi untuk melakukan kerja

2. Sistematik
-'list to do' membantu anda lebih bersistematik atau dalam istilah lain tersusun. Kebiasaannya semasa membuat senarai, anda juga secara langsung dapat menilai kerja yang mana perlu dilakukan dahulu dan mana pula yang kemudian.

3. Elak bazir masa
-semakin panjang senarai yang perlu dilakukan membuatkan anda akan takut untuk membuang masa terhadap perkara yang sia-sia.
-selagi senarai yang perlu dilakukan tidak dipadam, beerti misi anda pada hari itu belum tercapai.

4. Tekanan
- ramai orang takut bekerja dalam tekanan namun sebenarnya tekanan juga mampu memberikan impak yang positif kepada manusia.
-membuat 'list to do' ini mewujudkan satu tekanan dalam cara yang positif untuk anda sedar bahawa ada banyak perkara penting yang perlu anda lakukan pada setiap hari.
-tahukah anda, tanpa tekanan sebenarnya kehidupan akan menjadi bosan? Tekanan mewujudkan cabaran dan cabaran itulah yang mewarnai kehidupan lantas menjadikan manusia lebih baik.

5. Kepuasan
-sebab terakhir ini yang paling saya suka sebenarnya.
-adalah memberi suatu kepuasan apabila setiap perkara yang ingin dilakukan itu telah dipadam daripada senarai.
-anda akan rasa yang anda telah memanfaatkan hari anda dengan penuh bermakna.
-anda boleh meraikan diri sendiri selepas segala tugasan telah diselesaikan.
-anda akan dapati anda lebih bersemangat pada keesokan harinya.

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh mula tulis 'LIST TO DO' hari ini!

-CIKGU BASARIAH-


Mencari bisnes santai sebagai pendapatan sampingan? Jom sertai kami di MHAMSB!
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
KENAPA KENA BUAT 'LIST TO DO'? KENAPA KENA BUAT 'LIST TO DO'? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, April 13, 2018 Rating: 5

Kisah Inspirasi: Miskin tak beerti bodoh

Khamis, April 12, 2018
Assalamualaikum

Sedang saya khusyuk membuat tugasan di meja kerja, tiba-tiba telinga berjaya menangkap perbualan dua rakan sejawatan saya. Macam menarik saja bunyinya. Segera saya memberhentikan kerja seketika dan terus memasang telinga mendengar perbualan yang semakin rancak itu.

"Anak-anak saya suka bergaduh. Adik dengan kakak susah sangat nak berbaik-baik. Kalau dengan kawan dia, mudah je si kakak nak pinjamkan barang dia. Kalau adik yang nak, alamat perang besarlah!"

"Saya pon sama. Tadi sempat saya bersembang dengan Encik X tanyakan rahsia dia mendidik anak-anaknya. Anak-anak dia kan pandai-pandai belaka".

Masa ni saya dah tak tahan untuk mencelah. Rakan saya terus memberikan tips-tips hebat yang diamalkan oleh Encik X. Anda nak tahu? Teruskan membaca!

Encik X ni merupakan salah seorang staf am di pejabat tempat saya bertugas. Kami semua sedia maklum beliau mempunyai anak yang ramai dan hanya bekerja seorang. Datang kerja pon dengan memandu kereta terpakai. Kereta buruk itulah yang digunakan untuk menghantar dan mengambil anak-anaknya dari sekolah.

Usia anak-anak Encik X ni rapat-rapat. Selang setahun, dua tahun sahaja. Memang kehidupan mereka sekelurga kelihatan amat sukar namun Encik X tak pernah sekalipun merungut tentang nasib dirinya. Saya lihat beliau sebagai seorang lelaki yang cekal dan gigih berusaha untuk keluarga.

Setiap kali bulan Ramadhan menjelma, beliau akan mengambil cuti seminggu lebih awal sebelum menyambut aidilfitri khas untuk berniaga lemang bagi menampung kegunaan keluarga beliau di hari lebaran.

Semua anak-anak Encik X pandai-pandai. Beliau dikurniakan 9 orang cahaya mata. Anak-anak beliau pernah ditawarkan belajar di sekolah berasrama penuh namun semuanya ditolak. Encik X lebih gemar anaknya bersekolah di sekolah harian sahaja. Saya menganggarkan beliau tidak menerima tawaran tersebut kerana kos untuk menghantar anak ke sekolah berasrama penuh bukanlah murah. Dengan gaji beliau sekarang, pastilah akan menimbulkan masalah. Namun, selepas mendengar tips yang diberikan Encik X kepada sahabat saya ini, pemikiran saya berubah 200 peratus!

Menurut cerita rakan saya ini, Encik X telah membuat perjanjian dengan anak-anaknya. Untuk setiap anak, Encik X meminta anak-anaknya untuk menghadiahkan Al-Fatihah kepada beliau dan isteri setiap kali anak-anaknya selesai solat. Dan sebagai balasan, Encik X akan menghadiahkan Al Quran kepada anaknya dalam tahun itu.

Saya pada mulanya tidak faham. Saya ingatkan Al Quran yang dimaksudkan ini hanyalah naskhah Al-Quran. Rupa-rupanya bukan! Al-Quran yang dimaksudnya Encik X adalah bacaan Al-Quran. Maknanya, Encik X akan membacakan Al-Quran dan diniatkan khusus pahala bacaan itu kepada setiap anaknya. Ada 9 orang anak, beereti 9 kalilah Encik X khatam Al-Quran untuk anak-anaknya dalam setahun. Hebat bukan?

"Ayah tak kaya, ayah tak mampu hadiahkan kamu dengan harta. Ayah hanya mampu hadiahkan kamu dengan Al-Quran. Semoga menjadi amal jariah untuk kamu dan ayah di sana". Kata-kata ini membuatkan air mata saya menitis tanpa disedari. Patutlah anak-anak Encik X semuanya terang hati!

Ada satu lagi tips berharga yang Encik X kongsikan dengan sahabat saya. Encik X beritahu sahabat saya itu yang beliau tidak akan masuk tidur sebelum anak-anaknya tidur. Beliau akan pastikan anak-anak beliau tidur dahulu. Kemudian, beliau akan masuk ke bilik mereka dan pandang wajah setiap anak beliau.

"Sambil pandang tu, dia baca doa ke?", soal seorang lagi sahabat saya tak sabar.

"Tak. Pandang je. Katanya apabila pandang wajah anak masa tidur ni, akan timbul perasaan belas dan kasih kepada anak."

Terdiam kami bertiga seketika. Masing-masing mula memikirkan rasional tindakan Encik X itu. Dan saya pasti, kami sama-sama memasang azam untuk cuba melakukan amalan yang sama. Mudah-mudahan anak-anak kami nanti juga akan cemerlang dan berjaya macam anak Encik X.

-Cikgu Basariah, 11/4/2018 8.30 p.m-

Layari:

abgniaga.com
norahtuah.com
drbasya.com
anitahasan.com

Mencari penawar batuk, asma dan semput?Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Kisah Inspirasi: Miskin tak beerti bodoh Kisah Inspirasi: Miskin tak beerti bodoh Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, April 12, 2018 Rating: 5

Rambut bau Kepam!!

Rabu, April 11, 2018
Assalamualaikum

"MASAM KEPAM BAU RAMBUT!"

Kita semua pun tau kan rambut ni mahkota yang harus dijaga. Tak kisahlah perempuan atau lelaki. Sebab penampilan & kebersihan diri penting tambah kalau kita ni selalu jumpa orang. Dah kalau sebatu angin sepoi hapak bau rambut tu dah datang, terus kensel orang nak jumpa kita ye tak? 😳😖

Apa sebab rambut ada bau hapak & masam ni ek?

1. Jarang dibersihkan
Penyebab utama rambut berbau sebab rambut jarang dibersihkan. Mungkin anda jarang melakukan keramas sehingga rambut menjadi kotor dan berbau tak sedap terutama di bahagian kulit kepala.

2. Keringat atau peluh
Keringat ni bukan hanya menyebabkan bau badan je. Namun keringat yang keluar dari kulit kepala juga akan menyebabkan bau tak sedap pada kulit kepala dan juga rambut anda. Ni bukan terma keringat yang gigih berkerja tu yer. 😅

3. Sering mencuci rambut tanpa menggunakan shampoo
Dah kenapa tak guna shampoo ni? Ni memang cari nahas. Dah la rambut peluh melekit, masa mandi tak shampoo. Adoi! Bukan rambut je jadi berbau tau. Tapi boleh buat kilau rambut tu pun hilang.

Jadinya apa fungsi bahan dalam #SHAMPOOBUNGARAYA?

1️⃣ Bunga Raya - Merawat rambut yang keguguran dan kulit kepala yang gatal. Ianya juga melebatkan rambut, menghitamkan rambut, dan melembutkan rambut.

2️⃣ Coconut Oil - Melindungi Rambut dari Kerosakan Akibat Sinar Matahari, Menyuburkan Rambut, Sebagai Kondisioner, Mengurangkan kelemumur , Mengatasi Rambut Bercabang, Menyehatkan Kulit Kepala, memberi Protein pada Rambut, Melembapkan Rambut, Melembutkan Rambut, dan Mencegah Uban.

3️⃣ Babassu Oil - Menyegarkan kulit kepala.

4️⃣ Tea Tree Oil - Melembapkan kulit kepala dan mengurangkan kelemumur dan rambut gugur.

5️⃣ Jojoba Oil - Mengurangkan masalah rambut kusut dan gugur, membuat rambut lebih lembut dan bersinar , dan mengelakkan rambut bercabang.

6️⃣ Acerola - Menguatkan rambut hingga ke akar, menggurangkan masalah rambut gugur dan berpontensi memberi vitamin pada rambut untuk kekal sihat

"Alaaa tengok kandungan shampoo macam mahal je bunyiknya."

Ya ampunnnn kita dah pernah pakai shampoo sama kualiti, kandungan sedikit tapi jauh lebih mahal tau. Jadi kenapa bayar lebih? Nak dapat rambut cantik macam buat kat spa, yang mampu milik ni pun dah okay! 🤗

🌺🌺 RM39 (500ml) 🌺🌺
🌺🌺 RM39 (500ml) 🌺🌺
🌺🌺 RM39 (500ml) 🌺🌺

Dapatkan sekarang kalau nak rambut cantik, wangi sampai suami akak pun terlanggar tiang sebab harum sangat baunya.

==> http://60135819100asmak.wasap.my/ <==
==> http://60135819100asmak.wasap.my/ <==
==> http://60135819100asmak.wasap.my/ <==

#AsmakByMhamsb
#SyampooBungaRaya
#BungaRaya
#BungaKebangsaan
#SpaDiRumah
#SpaAtHome
#RambutRosak
#Kelemumur
#RambutKusam
#RambutGatal
#GoNatural

Kredit: Zue Inchik Din





Nak cuba set penjagaan rambut ni? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Rambut bau Kepam!! Rambut bau Kepam!! Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, April 11, 2018 Rating: 5

Kisah Medley Relay

Selasa, April 10, 2018
Assalamualaikum

Ni trobek kisah cikgu bawak pelajar sebagai atlet jemputan di kejohanan sekolah jiran dalam daerah hari Jumaat lepas.

Al kisahnya budak-budak ni baru je balik dari kejohanan peringkat negeri Perak. Jadi ada yang sangat letih dan ada yang sakit kaki.

Mujur cikgu bawak fresh n cool. Alhamdulillah membantula budak-budak ni kekal cergas dan segar. Yang bestnya, sepanjang perjalanan balik dah tak dengar ada yang merungut sakit ke lenguh ke. Serasi la tu dengan depa.

Fresh n cool ni memang sesuai sangat untuk bahagian sendi tau. Sakit-sakit lutu, sakit urat, sapu ja dia. Sejuk pastu meresap ke dalam. Lagi best, WANGI! Aroma bombshell gitew!

Pasukan perempuan dapat nombor tiga

Pasukan lelaki pon sama dapat nombor tiga

Seronok dapat bergambar depan keta bersama medal dan Fresh n Cool

Wajah penat tapi happy

Bagila upah makan pizza hut. Layanzzzz


Ok, kalau rasa nak order, kontek je nombot cikgu kat bawah ni. Nak wasap pon boleh lagi senang.
0135819100 Cikgu Basariah
Kisah Medley Relay Kisah Medley Relay Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, April 10, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.