Jumaat, April 20, 2018

PETUA PISANG TAHAN LEBIH LAMA

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya mendapat beberapa tangkai pisang daripada seorang rakan. Pisang yang diberi memang sedang elok sahaja masaknya untuk digoreng. Masalahnya, saya tidak sempat menggoreng pisang tersebut kerana perlu keluar berkursus selama 3 hari 2 malam. Kalau simpan dalam peti sejuk, cokodok sahajalah jadinya. Lazimnya pisang yang masuk ke peti sejuk juga, kulitnya akan berwarna kehitaman.

Sempat rakan saya berkongsi satu petua dengan sahaja sejurus saya menyuarakan masalah ini kepadanya. "Cubalah balut tangkai pisang dengan kain,kertas atau apa-apa bahan yang sesuai. Pisang biasanya akan lebih tahan lama", ujar beliau.

Saya pon mencuba petua tersebut. Kebetulan mata terlihat tisu dapur yang ada pada masa itu. Saya lipatkan tisu dan balut serta dikukuhkan dengan getah.

Hasilnya, alhamdulillah, sebaik saya pulang dari kursus, pisang masih dalam keadaan elok dan boleh digoreng.

Cuba tengok sebiji pisang di bahagian atas yang tidak dibalut tangkainya. Dah hitam kan?

Selamat mencuba!




Mencari penawar asma, batuk atau semput?
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BABY TERKENA GIGITAN SERANGGA, APA PERLU BUAT?🐝🐝

Dulu ada satu kes di mana seorang baby demam teruk setelah digigit serangga. Serangga tu bukannya penyengat atau lebah y ang berbisa tu pu...