Seo Services

Kuih raya 3 bahan

Khamis, Mei 31, 2018
Assalamualaikum

Hari ni cikgu nak kongsi resepi. Dapat resepi ni dari group Masak Apa Hari Ni (MAHN) di fb tapi cikgu edit jadi versi cikgu.

KUIH RAYA 3 BAHAN JIMAT LAGI MUDAH😃

BAHAN-BAHAN

1. Sepeket tepung jagung
2. Satu tin susu pekat perisa coklat cap saji
3. Sedikit minyak untuk menguli

CARA-CARA
1. Campurkan tepung dengan susu pekat. uli sebati.
2. Tambah minyak sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat lagi di jari.
3. Bulat-bulatkan dan masukkan dalam bekas kertas kecik. Nak letak terus atas dulang pembakar pon boleh tapi gris minyak sket elak melekat.
4. Hias dengan cip coklat (tak hias pon takpe)
5. Panaskan oven dan bakar selama 20 minit api atas bawah. Saya guna suhu 110 darjah. Ikut suhu oven masing-masing ya. Nampak kembang merekah tu masakla dia.

Rasa dia gebu cair di mulut. Anak-anak saya suka ni. Satu adunan boleh dapat dalam 100pcs kalau buat comel-comel.

Selamat mencuba! 😘

*Pesanan khidmat masyarakat: Kuih ni agak manis ya. Tak sesuai dimakan terlalu banyak terutamanya untuk pesakit diabetes. Boleh kurangkan sukatan susu pekat atau buat sendiri susu pekat menggunakan stevia 😃*

Jemput share tak perlu minta izin 😊



Sedia menanti untuk dibakar

Rupa bila dah siap dimasak. Gebu dan cair dalam mulut.


Dah sejuk sket kita susun masuk tupperware
Budak tak posa yang dok pulun makan berbiji-biji kuih raya 😆


Selamat mencuba! 
Kuih raya 3 bahan Kuih raya 3 bahan Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 31, 2018 Rating: 5

Nasihat yang indah

Rabu, Mei 30, 2018
Sayyidina Ali bin Abi Talib karramAllahu wajhah telah berkata;

Simpan rahsiamu berdua sahaja:

1. Dirimu
2. Allah swt

Jagalah di dunia ini dua keredhaan:

1. Ibumu
2. Bapamu

Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua perkara:

1. Sabar
2. Solat

Jangan risau dua perkara ini:

1. Rezeki
2. Ajal

Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.

Dua perkara yg tak perlu diingati selamanya:

1. Kebaikanmu terhadap org lain.
2. Kesalahan org lain terhadapmu.

Dua perkara yang jangan dilupakan selamanya:

1. Allah swt
2. Alam akhirat

Empat orang ini janganlah engkau Jauhi:

1. Ibumu
2. Ayahmu
3. Saudara lelakimu
4. Saudara perempuanmu

Empat perkara ini hendaknya kamu berlindung daripadanya:

1. Buntu (fikiran)
2. Sedih
3. Lemah
4. Kedekut

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka :

1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit

Empat perkara yang memperindah dirimu :

1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu (spiritual & fizikal)
4. Dermawan

Empat orang yang hendaknya kamu dekati :

1. Orang yg Ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg Dermawan
4. Orang yg jujur

Empat orang yg hendaknya jangan kamu jadikan teman:

1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang Hasut
4. Tukang Adu domba

Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:

1. Isterimu
2. Anak2 mu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu

Empat hal yg hendaknya kamu Kurangi:

1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara berlebih2an/gosip

Empat hal yang jangan kamu putus :

1. Sholat
2. Qur'an
3. Zikir
4. Silaturrahim


Kirimkan artikel ini kepada orang yang anda sayangi...😁

#copypaste

Kredit kepada penulis asal. Semoga beroleh pahala berpanjangan.



0135819100 Cikgu Basariah
Nasihat yang indah Nasihat yang indah Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 30, 2018 Rating: 5

Kisah mengetuk hati

Selasa, Mei 29, 2018
😭😭😭😭😭

Suatu hari ada seorg pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah saw. Pengemis itu berkata : "Saya pengemis ingin meminta sedekah dr Rasulullah." Rasulullah bersabda : "Wahai Aisyah berikan BAJU itu kpd pengemis itu". Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi SAW. Dgn hati yg sgt gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau & langsung pergi ke PASAR serta berseru di keramaian org di pasar :

"Siapa yg mau membeli baju Rasulullah? "Maka dgn cepat berkumpullah org2 & semua ingin membelinya.

Ada seorg yg buta mendengar seruan tsbt, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dgn harga berapa pun yg di minta & ia berkata kpd budaknya : Jika kamu berhasil mendptkannya, maka kamu MERDEKA.
Akhirnya budak itu pun berhasil mendptkannya. Kemudian di serahkan baju itu pd tuannya yg buta tadi. Alangkah gembiranya si buta tsbt,
dgn memegang baju Rasulullah SAW yg dia dpt. Org buta tsbt kemudian berdoa & berkata :

"Yaa Rabb dgn hak Rasulullah & berkat baju yg suci ini maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATAN KU".
MaaSyaa Allah... dgn izin Allah spontan si buta tsbt dpt melihat kembali. Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dgn penuh gembira & berkata :

Wahai Rasulullah... pandangan ku sudah kembali & aku kembalikan baju anda sbg hadiah dr ku". Sblmnya org itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah SAW pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.
Kemudian Rasulullah bersabda kpd Sayyidah Aisyah :

"Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dgn berkah-Nya BERSEDEQAH tlh mengkayakan org yg miskin, menyembuhkan yg buta, memerdekakan budak & kembali lagi kpd kita".

Subhanallah...

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dlm salah satu kitabnya bahwa pahala SHADAQAH itu ada 5 macam :

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)

"Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori :

1. Satu di balas sepuluh (1 : 10) iaitu bersedekah kpd org yg sihat jasmani.

2. Satu di balas sembilan puluh (1 : 90) iaitu bersedekah terhadap org buta, org cacat @ tertimpa musibah, tmsk anak yatim & piatu.

3. Satu di balas sembilan ratus (1 : 900) iaitu bersedekah kpd kerabat kaum keluarga serta saudara.

4. Satu di balas seratus ribu (1 : 100,000) iaitu sedekah kpd kedua org tua.

5. Satu di balas sembilan ratus ribu (1 : 900,000) iaitu bersedekah kpd org yg alim @ ahli fiqh/fekah.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah SWT memudahkan kita utk bermurah hati, suka bersedekah dgn ikhlas. Aamiin...


Habib Ali Zainal Abidin.

Inginkan kelainan dalam juadah berbuka puasa? Jom cuba rasai kelazatan kek kukus buah dari Asfa Delight 😘

0135819100 Cikgu Basariah
Kisah mengetuk hati Kisah mengetuk hati Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mei 29, 2018 Rating: 5

Kisah kehidupan

Isnin, Mei 28, 2018
"Mahal la baju tu. RM150 sepasang. Pilih yang RM50 sudahlah!"

Keras seorang lelaki meninggikan suara pada isterinya yang meminta beli sepasang baju kurung untuk raya.

Si isteri patuh. Menunduk malu pada mata-mata yang memandang. Walau dihati berkenan, namun suami tidak izinkan.

*******

Jam empat pagi, lampu dapur dibuka. Sebatang tubuh halus mula memegang senduk dan kuali. Berperang dia dengan bawang dan api.

Tengah goreng ikan, si kecil menangis. Api diperlahankan, berlari dia ke bilik bersama botol susu pula. Sempat didodoikan seketika sebelum kembali beraksi didapur semula.

Jam lima pagi, dia mula kejut anak-anak yang mula belajar berpuasa. Akhir sekali baru sang suami yang berdengkur tak henti-henti.

Tabah dia memujuk anak, gigih dia mengejut si bapak.

Makanan panas tersedia. Nasi pula disenduknya. Air pun masih berasap. Maka makanlah mereka sekeluarga sebagai bekal untuk terus kekal bertenaga.

Usai sahur, suami ke beranda cucuh rokok main telefon sementara tunggu waktu subuh.

Dia pula mengemas pinggan mangkuk, basuh mana yang patut.

Azan berbunyi, bergegas dia kejutkan anak-anak bangkit solat. Itu kewajipan, wajib atas si si ibu dan bapa mendidik anak supaya sentiasa patuh suruhan Tuhan.

Suami kembali berdengkur, dan dia mengutip pula kain baju. Basuh dan jemur. Dalam bakul, banyak kain belum berlipat. Luang masa pula lipat mana yang sempat.

Jam 9 pagi, matanya tak mampu tahan lagi. Maka direbahkan badan, ingin rehat sekejap. Baru sahaja terlena, anak kecil bangun menggongcangkan badan.

Pampers sudah penuh, perut si anak lapar. Bangunlah perempuan ini tunaikan kewajipan. Walau masih penat dan mengantuk, dia terpaksa tahan.

Tengahari, mop lantai pula. Kejut suami solat Zuhur dan ajak ke pasar untuk beli barang mentah. Pulangnya dari pasar, urus anak lagi. Kemudian berperang pula di dapur untuk siapkan juadah berbuka.

Lepas Maghrib, dikala anak-anak bermain di ruang tamu dan suami ralit tengok berita, tugasnya belum habis di dapur.

Habis tugas di dapur, tugas menguruskan anak-anak pula menanti. Kemudian kemas rumah lagi, lipat pula baju yang masih berbaki. Lewat malam, baru badan dapat direbahkan.

Jam empat pagi, rutinnya kembali.

Hebat seorang perempuan bergelar isteri dan ibu ini. Hebat sekali.

Maka jika setahun sekali si isteri minta beli persalinan yang elok, cubalah tunaikan wahai suami.

Bukan dia minta hari-hari. Hanya untuk hari istimewa sahaja. Jika setahun sekali pun berkira, apa lagi nak dikata.

Tidak terbayang segala pengorbanan. Tidak terungkap segala lelah penat. Tidak tertulis segala jasa dan bakti mereka.

Cubalah raikan mereka sekali sekala. Jika tidak mampu, usah malukan mereka dikhalayak ramai. Cakap elok-elok, bisik perlahan-lahan.

Bacalah tulisan aku ini dengan mata hati. Kemudian cubalah untuk mengerti.

#MFS

- Satu kisah di suatu malam bulan Ramadan

Kredit kepada penulis asal

Jom ayukan suri hati anda dengan set penjagaan wajah Kaisa. Suci, lembut dan selamat.


0135819100 Cikgu Basariah
Kisah kehidupan Kisah kehidupan Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 28, 2018 Rating: 5

Kisah orang pertama

Ahad, Mei 27, 2018
Siapa Org pertama menemukan telepon ? Jawab nya :
Alexander Graham Bell ..
Nah...kalau org pertama tulis
bismillah siapa ?
??????????

Bingung kan?

Kasihan kalau anak- anak kita tanya kepada Ibu/Bapak...

bisa jawab enggak ?

simpan catatan ini ya.
Mari kita kenali Islam !
30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
-----------------
1. Orang yang pertama menulis
Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air
zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama
berkhitan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan
pakaian pada
hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil
oleh Allah
pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama
mengerjakan sa'i antara Safa &Marwah :
Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama
dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi
Khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama
menggunakan Kalender
Hijriyyah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama
meletakkan Jabatan khalifah
dalam Islam :
Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama
menyusukan Nabi Muhammad
SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid
dalam Islam dari kalangan lelaki :
Haris bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid
dalam Islam dari kalangan
wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis
hadis di dalam kitab /
lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah
dalam perjuangan
fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi
muazzin dan
menyerukan adzan: Bilal bin
Rabah

17. Orang yang pertama
sholat dengan Rasulullah
SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat
mimbar masjid Nabi
SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama
menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Zubair
bin Al-
Awwam

20. Orang yang pertama menulis
sejarah Nabi Muhammad SAW :
Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman
dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama
menggagas usul fiqh :
Imam Syafi'i RH.

23. Orang yang pertama membina
penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi
raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan umum:
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama
mengadakan baitulmal : Umar bin Khattab

27. Orang yang pertama
menghafal Al-Qur'an setelah
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

28. Orang yang pertama membangun
menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar
Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk
 ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.             

Copy paste

Inginkan kelainan semasa berbukanpuasa. Jom cuba kek kukus buah ini. Sedap! 😋


0135819100 Cikgu Basariah
Kisah orang pertama Kisah orang pertama Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mei 27, 2018 Rating: 5

Lawpeh

Sabtu, Mei 26, 2018
CARA MEMBANGUNKAN ISTERI ATAU SUAMI YANG SUSAH BANGUN UTK SAHUR N SHOLAT SUBUH...

MEMBANGUNKAN ISTRI:
1. Lakukan dengan hati yang ikhlas karena Allah
2. Usap kepala isteri sambil cium keningnya
3. Bisikan ke telinga sebelah kanan (ingat kanan) dengan penuh kasih sayang " yang.. IZINKAN ABANG NIKAH LAGI YA....

DIJAMIN ISTERI LANGSUNG BANGUN

MEMBANGUNKAN SUAMI:
1. Lakukan dengan hati yang ikhlas karena Allah
2. Usap kepala suami sambil cium keningnya
3. Bisikan ke telinga suami sambil mengusap kepalanya
"ABANG NAK ISTERI LAGI TAK?" 

DIJAMIN SUAMI AKAN LANGSUNG BANGUN

Silakan buktikan sendiri, syukur2 terbukti... 😂😁😝😇😇😇

🏃‍♂🏃‍♂🏃‍♂🏃‍♂🏃‍♂🏃‍♂

Lawpeh = Lawak hampeh 😑



0135819100 Cikgu Basariah
Lawpeh Lawpeh Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Mei 26, 2018 Rating: 5

Imsak tu apa sebenarnya?

Jumaat, Mei 25, 2018
Assalamualaikum

Apa itu IMSAK ??

Imsak hanya dikenal di Asia Tenggara (Khususnya Indonesia), kemungkinan yg Membuat Ajaran Imsak Ini Berniat Baik Agar Kita Ada Waktu Untuk Bersiap Diri Melaksanakan Sholat Dan Mempersiapkan Waktu Terbitnya Fajar.

Namun dia lupa Bahwa Islam yg diajarkan Rasulullah Saw Sudah Sempurna Sehingga Tidak perlu ditambah atau dikurangi. Akibatnya pada hari ini banyak umat menganggap batas akhir makan sahur adalah Imsak Sehingga menghilangkan Ajaran Rasulullah Saw  yg Sesungguhnya.

Dalil:
"Jika salah seorang dari Kamu Mendengar Adzan Sedangkan ia Masih Memegang Piring (Makanan), Maka Janganlah Ia Meletakkannya Hingga Ia Menyelesaikan Hajatnya (makannya).
[HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, Hakim, dishahihkan oleh Adz Zahabi]

Ibnu Umar berkata, "Alqamah Bin Alatsah Pernah Bersama Rasulullah, Kemudian Datang Bilal akan mengumandangkan adzan, kemudian Rasulullah Saw Bersabda, "Tunggu sebentar wahai bilal..!, Alqamah sedang makan sahur".
[Hadist ini dihasankan oleh Syaikh Al Albani]

"Dan Makan Dan Minumlah Kamu Hingga Terang Bagimu Benang Putih Dan Benang Hitam Yaitu Fajar". (QS Al Baqarah 2 : 187)

Jadi sahabatku,Batas Santap Sahur Adalah waktu FAJAR (saat adzan subuh/fajar), Bukan IMSAK.

"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah". (QS Al Hasyr 59 : 7)

Mohon sebarkan pesan ini, agar tidak makin tersebar kesalahan dan kekeliruan di masyarakat, terutama keluarga kita dalam melaksanakan amalan di bulan Ramadhan.
بَارَكَ اللهُ فِيْك

Kredit kepada penulis asal. Tidak dapat dikesan. Mohon maklum jika tahu.

Letih dan sakit kepala? Jom urut dengan Minyak Herba Asmak 😍


0135819100 Cikgu Basariah
Imsak tu apa sebenarnya? Imsak tu apa sebenarnya? Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Mei 25, 2018 Rating: 5

Motivasi 100 kegagalan

Khamis, Mei 24, 2018
Assalamualaikum

*Latihan 100 Kegagalan Untuk Berjaya*

Saya tak ada latarbelakang bisnes. Saya hanya memulakan bisnes ketika saya terdesak perlukan pendapatan tambahan ketika dihimpit tekanan kewangan. Masa saya baru nak belajar berbisnes kira-kira 13 tahun dulu, salah satu latihan yang mentor saya berikan ialah latihan “100 rejection”. Mentor saya berikan satu helaian kertas A4 dan tertulis nombor 1 – 100, dan saya perlu cari 100 orang yang menolak untuk membeli produk yang saya jual.

Setiap satu rejection yang saya terima, saya perlu tick satu nombor.

Sebagai seorang yang dapat kelulusan yang baik di universiti, bagi saya “rejection” itu adalah sebuah kegagalan. Setiap kesilapan juga dianggap gagal hingga pelajar-pelajar di universiti selalunya tak akan semak kesilapan menjawab exam sebaik sahaja selesai sesuatu exam sebab takut kecewa.

Setiap kesilapan (dan “rejection”) itu seolah-olah satu DOSA hingga ia perlu dielakkan sama sekali!

*Latihan Mengubah Kehidupan*

Pada mulanya saya tak faham kenapa mentor saya berikan latihan “100 rejection” itu. Tetapi lepas saya dapat 50 rejection, saya sudah KEBAL dengan rejection. Sebelum latihan itu, success rate saya hanyalah 10%. Kalau saya berjumpa 10 orang, hanya seorang sahaja akan membeli, tetapi lepas hadapi 50 rejection, success rate saya meningkat hingga 80%! (Alhamdulillah)

Bagi Robert Kiyosaki, latihan begini dianggap sebagai “life-changing business education”. Inilah antara bentuk latihan bisnes yang boleh mengubah kehidupan kita. Latihan begini tidak diajar di sekolah mahupun di universiti, tetapi inilah latihan yang bakal mengubah kehidupan kita yang sebenar.

*Tukar Kegagalan Menjadi Kejayaan*

Memang benar, latihan itu mengubah perspektif saya tentang kegagalan dan kejayaan;

(1) Setiap kegagalan adalah PELAJARAN BARU dalam hidup, ia bukanlah satu ‘DOSA’ yang perlu dielakkan sama sekali. Saya boleh katakan hampir kesemua orang yang berjaya pernah lalui kegagalan samada besar ataupun kecil.

(2) Setiap kegagalan yang kita lalui, sebenarnya kita sedang mengumpul POINT UNTUK BERJAYA. Ia hanyalah sebahagian daripada proses mencapai kejayaan. Dalam latihan itu, kalau berjaya, kita dianggap berjaya. Kalau dapat rejection pun, itu juga kejayaan sebab saya diberi tugasan untuk dapatkan  rejection.

(3) Setiap kegagalan itu membuatkan JIWA KITA 100SEMAKIN KEBAL. Kita bukan kalah, bahkan kita semakin kuat untuk menang. Sekiranya orang berkata “NO” kepada saya, maka dalam hati saya akan berkata “NEXT”. Saya akan cari orang lain sehingga saya berjumpa “YES” yang saya mahukan itu.

*Belajar Terima Kegagalan*

Yang paling penting, latihan itu membina KEUPAYAAN UNTUK BANGKIT dengan cara mengubah kegagalan menjadi sumber motivasi untuk berjaya tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain.

Kegagalan bukanlah sebenar-benar kegagalan selagi ianya bukan satu DOSA, sebaliknya ia hanyalah BATU LONCATAN untuk kita menikmati kejayaan pada masa depan, insyaAllah.

```[ Artikel dari blog penulis buku "Zero Hutang" , "Misi Bebas Hutang"(Zero Hutang 2.0) dan buku "Wang Emas", En Mohd Zulkifli Shafie (www.mohdzulkifli.com) ]```

Daripada buang masa memikirkan kegagalan anda, baik terus bangkit dan berusaha untuk berjaya


0135819100 Cikgu Basariah
Motivasi 100 kegagalan Motivasi 100 kegagalan Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 24, 2018 Rating: 5

Menu 30 hari ramadan

Rabu, Mei 23, 2018
📚 *30 Cadangan Selama Sebulan*

HARI PERTAMA : KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan
- 250g ketam (dibersihkan)
- 7 biji cili hijau
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu besar garam secukup rasa
- ½ sudu kecil perasa

Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.

HARI KEDUA : AYAM SOS LEMON MADU

Bahan-bahan
- dada ayam 500g (potong ikut suka)
- tepung serbaguna (secukupnya)
- telur sebiji (kacau)
- madu 4 sudu besar
- lemon 2 biji (ambil jus)

Cara-cara memasak
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!

HARI KETIGA : PARI ASAM PEDAS

Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

HARI KEEMPAT : SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA

Bahan-bahan
- sotong (direbus)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
- sedikit air asam jawa
- garam dan sedikit gula

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.

HARI KELIMA : SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI

Bahan-bahan
- ikan bilis 300g
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
- cili merah sebiji (ditumbuk)
- cili padi 20 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan garam, gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!

HARI KEENAM : AYAM PAPRIK

Bahan-bahan
- 4 ketul ayam - dihiris kecil
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
- 1 biji cili merah - dihiris serong
- 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
- 2 helai daun limau purut - disiat-siat
- bunga kobis - dihiris kecil
- 2 biji putik jagung - dihiris serong
- 1/2 biji karot - dihiris serong
- 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan tomato sos
-1 sudu makan sos tiram
- garam
- 1 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.

HARI KETUJUH : TOM YAM THAI

Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang

HARI KELAPAN : SAMBAL TUMIS DAGING

Bahan-bahan
- daging
- bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- air asam jawa
- sedikit gula dan garam

Cara-cara memasak
1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.
3. Masukkan gula, kacau.
4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.

HARI KESEMBILAN : AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

HARI KESEPULUH : SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan
- ikan merah
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- kayu manis, bunga lawang dan pelaga
- lada hitam biji - tumbuk
- sup bunjut ikan Adabi

Cara-cara memasak
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
4. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.

HARI KESEBELAS : SOTONG MASAK LEMAK PADANG

Bahan-bahan
- 1 kg sotong - cuci bersih dan potong
- 3 biji bawang besar - belah 4
- 2 biji tomato - belah 4
- 2 batang serai - di titik
- 3 biji ubi kentang - belah 4
- 3 camca minyak untuk menumis
- 500 ml santan
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inc kunyit hidup
- 2 inc halia
- 5 tangkai cili merah

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
4. Kacau biar sebati
5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.

HARI KEDUA BELAS : AYAM GORENG MADU

*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.

Bahan-bahan
- ayam 8 ketul (direbus)
- bawang merah 5 biji (dikisar)
- bawang putih 6 ulas (dikisar)
- halia 1 inch (dikisar)
- kicap cair 1 sudu besar
- kicap pekat 1 sudu besar
- sos tiram 1 sudu besar
- madu 1 sudu besar
- minyak untuk menggoreng.

Cara-cara memasak
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam
sudah separuh masak.
5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

HARI KETIGA BELAS : TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI

Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.

Bahan-bahan
- telur 3 biji
- bawang besar sebiji (dihiris)
- cili padi 8 biji (belah 2)
- kicap secukupnya
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!

HARI KEEMPAT BELAS : MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cipi padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan

Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.

HARI KELIMA BELAS : SIAKAP STIM LIMAU NIPIS

Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji Lada bengala
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap

HARI KEENAM BELAS :UDANG KICAP PEDAS

Bahan-bahan
- 400 gram udang
- 1 biji (kisar) bawang besar
- 2 biji (kisar) bawang putih
- 1/2 inci (kisar) halia
- 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
- 1 biji cili merah
- 4 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu gula
- secukup rasa (jika perlu) garam
- 1/4 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.

HARI KETUJUH BELAS : AYAM PERCIK BAKAR

Bahan-bahan
- ayam
- cili kering (suka pedas lebihkan)
- bawang kecik
- bawang putih
- halia
- lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar)

- serai (titik)
- 3 serangkai
- santan
- gula
- garam kasar
- asam keping

Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.

HARI KELAPAN BELAS :  IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI

*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.

Bahan-bahan
- ikan selar 8 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!

HARI KESEMBILAN BELAS :  DAGING MASAK BLACK PEPPER

*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

Bahan-bahan
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

HARI KEDUA PULUH : SAMBAL TUMIS KERANG

Bahan-bahan
- 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu.

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

HARI KEDUA PULUH SATU : UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN

Bahan-bahan
- 500 gm udang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 15 biji cili padi - dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin - direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

HARI KEDUA PULUH DUA : KARI AYAM NYONYA

Bahan-bahan
- ayam 1/2 ekor
- santan 1 bungkus kecil
- bawang merah 6 ulas
- bawang putih 4 ulas
- serai 3 batang hiris
- lengkuas 1 inci
- halia 1 inci
- kunyit hidup 1 inci
- buah keras 4 biji
- cili kering ikut pedas
- cili masak 2
- serbuk rempah daging 1 sudu besar

Cara-cara memasak
1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
4. Siap untuk dihidangkan.

HARI KEDUA PULUH TIGA : SINGGANG SOTONG

Bahan-bahan
- 10-13 ekor sotong
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2-3 biji cili hijau
- garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.
2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.

HARI KEDUA PULUH EMPAT : SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahannya

Untuk Ikan:
- 2 ekor ikan siakap
- tepung jagung untuk dilumur pada ikan
- serbuk Pasti Sedap Knoor
- minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
- 2 biji bawang besar - dipotong dadu
- 6 biji bawang putih - dititik
- 10 biji cili padi - dipotong kecil
- 1 inci halia - dihiris halus
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
- kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
- 4 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 batang serai - dititik
- beberapa helai daun limau purut
- daun sup/daun bawang untuk hiasan
- garam secukup rasa
- ajinomoto secukup rasa
- gula secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

HARI KEDUA PULUH LIMA : SUP TELUR

Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 2 biji kentang (potong kecil)
- 1 batang carrot (potong kecil)
- 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
- air secukupnya
- minyak
- garam

Bahan tumis (tumbuk kasar)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 s/k lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.

HARI KEDUA PULUH ENAM : DAGING GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan
- 250 g daging lembu (dipotong)
- 1 labu bawang besar (saiz kecil)
- 1/2 inci halia (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu makan penuh serbuk kari
- 1 biji tomato (potong 6)
- daun bawang (dipotong)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- sedikit minyak

Cara-cara memasak
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.

HARI KEDUA PULUH TUJUH : TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.

HARI KEDUA PULUH LAPAN : IKAN PERCIK

Bahan-bahan
- ikan kembung/bawal
- santan pekat
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1 keping asam keping
- kunyit
- garam
- gula

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan santan.
3. Masakkan di dalam kuali/periuk
4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.

HARI KEDUA PULUH SEMBILAN : GULAI DAGING KERISIK

Bahan-bahan
- 450gm daging | hiris nipis
- 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang merah | tumbuk
- 2 ulas bawang putih | tumbuk
- 1/4cm halia | dipotong panjang
- air secukupnya
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 sudu kerisik
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis

Cara-cara memasak
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.

HARI KETIGA PULUH : AYAM GORENG LEMON

Bahan-bahan
- 3 sudu minyak zaitun
- 6 ketul peha ayam
- garam & lada hitam
- 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 6 biji kentang (dihiris halus)
- 1 cawan air rebusan ayam
- ½ epal cider
- 2 sudu perahan lemon
- beberapa batang rosemery
- herba thyme

Bahan perhiasan
- ½ hirisan keju parmesan
- 6 – 10 hirisan lemon

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kac
au sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Kredit kepada penulis asal resepi. Semoga beroleh pahala yang berpanjangan.


Nak mudah lagi? Order je sambal hitam pahang mereciq. Sedap baq hang!
0135819100 Cikgu Basariah
Menu 30 hari ramadan Menu 30 hari ramadan Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 23, 2018 Rating: 5

Mereciq

Selasa, Mei 22, 2018
Anda mencari-cari menu yang sedap, mudah serta menepati CIRI-CIRI di bawah 👇👇👇
👉 Rasa yang super sedap
👉 Ready made ( Tinggal makan je tak yah panaskan)
👉 Tahan lama ( tak perlu masuk peti ais pon )
👉 Tanpa pengawet
👉 Homemade
.
.
MEMPERKENALKAN MERECIQ #Sambal #Hitam #Pahang #Original
.
Didatangkan dengan 3 perisa
🔹Super Hot 🌶🌶🌶
🔹Mild Hot 🌶
🔹Added with Bunga Kantan 👍👍 

Sambal hitam pahang by mereciq, pekena sekali mesti nak lagi

Boleh teringat-ingat. Paling sedap dimakan bersama nasi panas. Haa.  Takkan hari-hari nak sahur megi je kan. Kena jaga kesihatan k.


Info lanjut klik je link ni 

0135819100 Cikgu Basariah
Mereciq Mereciq Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mei 22, 2018 Rating: 5

Harga kek kukus buah

Isnin, Mei 21, 2018
Assalamualaikum

Kek Kukus Buah Cranberry
- 600g : RM53
- 1 kg : RM69





Kek Kukus Buah Original

- 400g : RM27
- 600g : RM39
- 1kg : RM57
- 1.3kg : RM73




Cikgu jual semua ni
Nak cuba untuk makan sendiri atau jadi agen makanan ni, boleh hubungi cikgu ya.
0135819100 Cikgu Basariah
Harga kek kukus buah Harga kek kukus buah Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 21, 2018 Rating: 5

Menu sahur ringkas tapi sedap

Ahad, Mei 20, 2018
Assalamualaikum

Sahur adalah masa cikgu paling liat nak bangun masak. Mujur ada sambal hitam pahang ni. Nasi, sambal hitam dan telur mata dah cukup membuatkan menu sahur menyelerakan. Yummy!

Kombinasi rasa ikan bilis berkualiti, cili serta belimbing buluhnya seimbang dan sangat enak. Tak sedar boleh bertambah dua pinggan.

Jom dapatkan sambal hitam original dari pahang!

Kini ada dalam 3 versi

Versi original 100g rm15, 300g rm39, 500g rm60, 1000g rm110
Versi bunga kantan 100g rm17
Versi extra hot 100g rm16




Nak order? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Menu sahur ringkas tapi sedap Menu sahur ringkas tapi sedap Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mei 20, 2018 Rating: 5

Lawak santai

Sabtu, Mei 19, 2018
Assalamualaikum

Terima sebuah lawak di petang yang indah 😂

Semalam gi isi minyak kete. Ada sorang akak yg tukang isi minyak ni tegur saya. 

Makcik Pam Minyak : Awak keje kerajaan kan? 

Saya : Ye kak.. (Sy pakai jaket Kastam.)

Makcik Pam Minyak : Kan kita dah ada PM baru, kenapa awak tak dibuang keje lagi?? 

Saya : Aik.. Kenapa kak? 

Makcik Pam Minyak : Yela, kita kan dah bertukar kerajaan. Kenapa awak masih keje kerajaan? Bukan ke dah dibubarkan kerajaan yg lama?? 

Saya : Kalau betul semua pekerja awam dibuang kerja sebab PM baru, takde lah polis nak eskot Tun M selepas g angkat sumpah nanti kak. 😂

Makcik Pam Minyak : Patutnya kan, bila kerajaan dah bertukar baru, semua pekerja kerajaan sebelum ni kena diberhentikan. Cari pekerja baru plk. Tak adil la mcm tu kan.. Bg la kt org lain plk keje kerajaan. 

Saya : Bukan senang nak rekrut pekerja baru kak. Pekerja awam berjuta kot 😂 Nanti sape nak interview pekerja baru kalau semua dibuang keje? Hihi.. Kucar kacir Malaysia xde polis, xde tentera. 

Makcik Pam Minyak : Kan ada list siapa rakyat Malaysia. Hantar je la surat kat rumah masing2 kata dijemput jadi pekerja awam. 

Saya : Sape yg nk taip surat juta2 tu kak? 

Makcik Pam Minyak : Ehh Tun M la taip. 

Saya : 😑😑😑😑😑😑 (Aku salah berdebat dgn org yg "special" daaaaa..) 😂

#PenatAkuMelayan 😜

Copy paste

Testimoni minyak asmak untuk tonsil

Nak beli minyak asmak? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Lawak santai Lawak santai Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Mei 19, 2018 Rating: 5

Jom berSPA rambut

Jumaat, Mei 18, 2018
Assalamualaikum

RAWAT RAMBUT ROSAK MACAM DALAM SALON

➤ Naik mereyam rambut ni sebab gatal #KELEMUMUR dengan rambut #GUGUR. Bila nak sikat sakit kepala sebab #KUSUT. Guna #SHAMPOO #BUNGA #RAYA selesai masalah semua.
.
❝ Shampoo ok, wangi. Kelemumur pun dah banyak kurang lepas guna #ShampooBungaRaya. Best sangat❞~ Dr. Pajit, KL
.
❝ Rambut rasa lembut dan wangi. Mudah sikat, sebelum ni rambut saya kering. Sekarang nampak sihat dan bersinar. ❞~Syazaliana, Melaka
.
=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.==.=.=.=.=.=.=.=
#SHAMPOO_BUNGA_RAYA_ sesuai_ untuk :
=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.==.=.=.=.=.=.=.=

👍 Keguguran Rambut
👍 Kegatalan Kepala
👍 Anti kelumumur
👍 Elak rambut Bercabang
👍 Melebatkan, menghitamkan,  & melembutkan rambut
.
=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=
#SHAMPOO #BUNGA #RAYA

👍 500ml : RM39
=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=

Enam Bahan Dalam Shampoo Bunga Raya :
✔ ️Bunga raya
✔️ Jojoba oil
✔️ Acerola
✔️ Tea tree oil
✔️ Babbassu oil
✔️ Coconut oil
.
#Bunga_Raya dalam #ShampooBungaRaya membantu_ untuk menguatkan rambut_ menggalakkan pertumbuhan rambut_ mengurangkan gatal_dan kekusutan rambut.

Sangat sesuai dipadankan bersama #SevenisHairOil atau #HairMoisturizerWithSerum untuk hasil yang lebih #BERKESAN
.
~..~..~..~..~..~..~..~..
1 MHAM 1 FAMILY
~..~..~..~..~..~..~..~..

Tolong KLIK LINK ni 👇👇 untuk dapatkan SHAMPOO BUNGA RAYA dari kami 😍😍

==>http://SpaRambutAsmak.wasap.my
==>http://SpaRambutAsmak.wasap.my
==>http://SpaRambutAsmak.wasap.my

#AsmakByMhamsb
#ReviewShampoo
#ShampooSemulajadi
#CodTelukIntan
#Poslaju

Gandingan SHAMPOO BUNGA RAYA dan SEVENIS HAIR OIL untuk rambut gugur

Gandingan SHAMPOO BUNGA RAYA dan HAIR MOISTURIZER untuk rambut beruban dan aneka masalah rambut



0135819100 Cikgu Basariah
Jom berSPA rambut Jom berSPA rambut Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Mei 18, 2018 Rating: 5

Tips diet di bulan puasa

Khamis, Mei 17, 2018
Assalamualaikum

Hari ni cikgu nak kongsi tips diet dari coach diet cikgu. Semoga tips n membantu kita semua kekal cergas dan fit sepanjang ramadhan ini.

😄😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃

Seperti yang dijanjikan abang akan kongsi dengan kau orang bagaimana diet yang abang buat sewaktu di Bulan Ramadhan.

Tip ini berdasarkan pengalaman abang dan ia sangat sesuai untuk kempiskan perut dan kurangkan berat. Kau boleh baca, share dan terus amal ya.

1. Jangan tinggal sahur

Ini antara asas di dalam diet. Sahur amat memainkan peranan penting sebagai sumber tenaga permulaan kau untuk berjuang tanpa makanan dan minuman sepanjang hari. Bersahurlah walau hanya dengan sebiji kurma. Kerana pada sahur ada keberkatannya. Sunnah.

2. Makanan rendah kalori

Jika tak mahu bersahur dengan kurma. Boleh juga pelbagaikan dengan menu-menu yang lain. Roti, nasi berlauk atau apa sahaja makanan. Namun kriterianya pula mestilah yang boleh kau jimat-jimatkan kalorinya. Bagaimana?

Kurangkan kuah dalam nasi dan elakkan lauk pauk kau dengan makanan yang tinggi kandungan garam. Seperti ikan masin, telur masin, sardin, kicap sos dan seumpamanya. Walaupun benda ini kau rasa makanan paling ringkas dan menjimatkan. Namun diingatkan kandungan garamnya juga tinggi. Tak bagus untuk diet.

3. Pengambilan nasi / bihun / mee

Tidak ada masalah untuk ambil nasi/ bihun/ mee/ kuetiow semasa sahur. Asalkan jumlahnya masih segenggam tapak tangan kau. Namun untuk jimatkan lagi kalori semasa sahur kau boleh ambil karbo kompleks yang lain. Sama ada roti wholemeal, oat, kurma, pisang dan seumpamanya. Nak makan overnite oat waktu ini pun boleh.

4. Minuman manis

Haa. Ini antara cabaran yang terbesar juga pernah abang buat. Ber- Ramadhan tanpa minuman manis. Hehe. Dengar pun dah macam susahkan. Kahkah. Sebenarnya cara terbaik untuk jimatkan kalori sewaktu Ramadhan adalah dengan tinggalkan minuman manis pada waktu sahur dan juga berbuka.

Ada juga yang risau kalau-kalau badannya akan lemah sebab tak dapat teh tarik, air bandung, coconut shake dan sebagainya. Tak cukup gula katanya.

Kau tak perlu risau, selagi masih makan nasi, ada lauk pauk yang lain dan berbuka dengan kurma kau dah tak perlu pun air manis. Inisiatif lain untuk elak minuman bergula ni ialah dengan buat jus buah tanpa gula. Tak perlu campur dengan susu atau gula tambahan.

Namun kalau nak minum juga teh ais dan air manis tu boleh. Tapi dalam kuantiti yang terkawal. Banyak mana? Setengah gelas paling banyak. Hihihi.

5. Kuantiti makanan semasa berbuka

Semasa berbuka pula, tidak ada masalah untuk ambil makanan yang lebih banyak berbanding semasa sahur. Namun pastikan makanan itu makanan yang berkualiti. Bukan nasi goreng, charkuetiow, roti canai atau murtabak.

Masa berbuka ini boleh makan lebih yang bagaimana?

Mungkin waktu sahur tak ada kuih muih maka sewaktu berbuka bolehlah kau makan kuih muih jika teringin. Kuih yang manis-manis pun boleh. Cuma hadkan dalam sebiji dua sahaja. Dah nama diet, jangan kau ekstrim sangat diet sampai berbuka pun nak makan oat sahaja. Huhu.

Makanlah nikmat yang Allah beri itu dengan sederhana.

6. Lauk pauk berbuka.

Seperti biasa utamakan makanan yang tinggi protin, namun rendah lemak dan garam. Ayam panggang, ikan bakar, masak singgang, asam pedas, dalca dan seumpamanya boleh jadi pilihan. Kalau nak makan ayam dahulukan bahagian dada dan jangan sesekali jadikan paha, sayap atau kaki sebagai pilihan utama. Ingat. Bahagian ini antara tinggi lemak.

Kuah masa berbuka ni tak perlu banjir-banjir, yang kering-kering sahaja.

Cuba cari makanan yang lebih mesra diet. Rebus, sambal kering sikit-sikit, kari pun boleh cuma kawal saja kuantiti kuahnya.

Psst, kalau kau pawer, cubalah tak sentuh langsung lauk bergoreng. Itu kalau pawerlah. Haha. Macam abang  dulu pawer tau. Lauk bergoreng ini hanya seminggu sekali. Ada berani? Jom!

8. Sayur dan buah-buahan

Samaada suka atau tidak sayur dan buah-buahan antara menu yang wajib kau makan sepanjang Ramadhan. Tak kisah samaada mahu digabung sewaktu berbuka atau dijadikan sebagai snek di malam hari.

Untuk sihat dan kurangkan berat badan serat memainkan peranan penting begitu juga dengan vitamin dari buah-buahan. Ingat kembali matlamat kau diet. Rugi hanya sasarkan kurus sedangkan badan tidak bertenaga dan kurang zat vitamin.

Gabungkan dalam juadah kau sayur-sayur ini pastikan ia jadi seimbang. Sayur pula boleh ambil dari ulam, rebus atau pilihan terakhir adalah dari yang bergoreng. Ini apa yang abang buat.

9. Moreh Ramadhan

Moreh adalah bahasa popular waktu Ramadhan. Bahasa mudahnya adalah snek malam. Tak ada masalah selepas terawikh kau nak makan moreh ni. Habuan nak mengunyah. Namun diingatkan makanan berat macam kau makan sewaktu berbuka itu adalah dilarang sama sekali.

Masa moreh kau boleh ambil snek-snek ringan macam buah epal, kekacang yang tidak tinggi garam, susu oat, kek atau pun kuih muih sebiji dua. Nak jimat lagi kau minum air kosong saja dan terus masuk bilik tidur.

10. Bersenam di bulan Ramadhan

Seperti atlit, ada waktu mereka berehat begitu juga dengan kita. Pada waktu Ramadhan senaman agak terbatas dan abang pun tak buat senaman intensiti tinggi.

Jika kau terlalu sibuk untuk raikan pesta ibadah ini cukuplah aktifkan diri pada siang hari seperti berjalan kaki, lakukan kerja rumah, dan aktiviti lain yang tidaklah terlalu tinggi intensiti senamannya.

Kalau kau rajin lagi, masa nak beli lauk berbuka tu di bazar tu kau pusing dua tiga pusingan dulu. Kemudia baru beli juadahnya. Hehe. Ingat, berjalan kaki juga tetap satu senaman membakar kalori. Bagi kau yang mahu aktif dengan senaman intensiti tinggi tak ada masalah. Kau boleh buat pada sebelah malam. Biasa dulu abang buat senaman begini selepas terawikh. Sekitar 45 minit sudah memadai.

Ini apa yang abang buat sewaktu diet dahulu. Percayalah jika boleh konsisten dengan garis panduan ini, insyaallah kau juga boleh fit tanpa perlu nak beli ubat kurus itu ini.

Tak ada masalah jika Ramadhan ini kau niat sebagai titik permulaan untuk hijrah ke arah yang lebih baik.

Apa saja pekerjaan adalah ibadah jika kau niatkan ia kerana Allah.

Okeyh. Terima kasih sudi baca sampai habis. Harap ia bermanfaat. Silakan share untuk manfaat kawan-kawan yang lain ya.

Arif Sukri
Ustaz Fitness Kebangsaan.

Tips diet di bulan puasa Tips diet di bulan puasa Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 17, 2018 Rating: 5

Rawatan pantas kena minyak panas

Rabu, Mei 16, 2018
KISAH BENAR

Testimoni anak Rohayu Abd Ghani yang menggunakan BEDAK ASMAK.. cuti raya cina baru2 ni tapak tangan anaknya seperti terkena benda panas..

Masa awal kena


Tapi, ayahnya cakap naik badam (sejenis pnyakit) bengkak & mengeluarkan air bisa seperti dlm pic pertama. #Buntu seketika nak letak ubat apa..nak bagi makan antibiotik memang tak boleh sebab si anak ni memang payah sangat makan ubat.

Malam tu saya try sapu minyak herba asmak.. tapi risau pulak kang tengah2 tido tertenyeh pulak mata..kan minyak tu berangin😂..

Baru teringat BEDAK ASMAK kan ada !!! Siang malam saya sapu bedak asmak + Air Zam zam. Memang tak risaulah kalau jari terkena mulut pun. Bedak ni tak beracun, bahannya dari tanah liat putih je.

Selepas konsisten guna seminggu


Kini..parut pon tiada. Alhamdulillah


Hampir 2 minggu lebih sapu2 bedak asmak ni.. Alhamdulillah, kini tapak tangan anak saya semakin pulih..

Terbaiklah BEDAK ASMAK.. kurang kerisauan mama..😊😊😊

Harga mampu milik untuk yang tersayang.



Kredit Heriyanty Bais

Nak cuba klik 👇👇

0135819100 Cikgu Basariah
Rawatan pantas kena minyak panas Rawatan pantas kena minyak panas Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, Mei 16, 2018 Rating: 5

Awra Norfa, bawal ekslusif anggun

Selasa, Mei 15, 2018
Assalamualaikum

Memperkenalkan koleksi tudung bawal premium lagi anggun



🍁 Keistimewaan Awra Norfa - Tudung Bawal Premium🍁

1. Diperbuat dari material berkualiti tinggi dan tidak ada dijual di pasar malam mahupun pasaraya.
2. Sedap dipakai,lembut dan jenis kain yang paling tak jarang dalam kategori bawal printed.
3.Sejuk dan si pemakai akan merasa sangat selesa.
4. Mudah dibentuk dan anda tidak memerlukan pengeras tudung.
5.Tidak mudah kedut
6. Didatangkan dalam kotak keras yang esklusif,dengan kad khas mengandungi kod dan no id
7. Direka oleh 5 designer lama dan baru dengan konsep yang ditentukan oleh pengasas sendiri
8. Setiap design adalah limited dan anda tidak perlu risau lagi masalah bertembung dengan orang yang pakai tudung sama seperti anda.
9.Bidang 48,iaitu bidang yang boleh dipakai oleh mereka yang dah biasa dengan bidang 45 dan 50.Ia akan membantu anda menutup aurat dengan sempurna.
10. Jaminan jika tidak berpuas hati,boleh pulangkan tudung dan wang akan dikembalikan 100%.


Awra Norfa
Cover Your Aurah Perfectly


Ingin melihat lebih design menarik?
Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Awra Norfa, bawal ekslusif anggun Awra Norfa, bawal ekslusif anggun Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, Mei 15, 2018 Rating: 5

Resepi Roti john mudah, ringkas, sedap

Isnin, Mei 14, 2018
Assalamualaikum

Sarapan roti john di pagi yang permai.
😊 Selamat pagi negaraku 😊

Bahan:
Telur 3 biji
2 keping daging oblong
Sebiji bawang besar dipotong dadu
Serbuk lada
Sos cili

Cara:
Kacau sebati telur, daging, bawang besar dan serbuk lada.
Tuang dalam kuali non stik.
Potong dua roti sosej dan tempek atas adunan tadi.
Dah masak bahagian bawah, alihkan sekejap utk bahagian atas pula dipanaskan.
Letakkan sos dan siap.

Resepi ni untuk 5 biji roti john ye.

Comot tapi sedap

Mencari penawar batuk, asma dan semput? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Roti john mudah, ringkas, sedap Resepi Roti john mudah, ringkas, sedap Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, Mei 14, 2018 Rating: 5

Selamat hari ibu

Ahad, Mei 13, 2018


Khas buat ibuku

Hajah Bidah Bt Rejab

Dan ibu mentuaku

Aminah bt Saad

SELAMAT HARI IBU
DIKAULAH RATU HATIKU

Semoga ibu sentiasa sihat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Jasa ibu buat anakanda tidak akan dilupa selamanya.

Juga ucapan khas buat kekandaku yang dikasihi

MOHAMAD FIRDAUS BIN NOMAWI
Selamat Hari Lahir
Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki sentiasa


Mencari hadiah buat ibu kesayangan?
Produk Asmak kan ada..hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Selamat hari ibu Selamat hari ibu Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Mei 13, 2018 Rating: 5

Selamat hari jururawat

Sabtu, Mei 12, 2018
Assalamualaikum

Dalam keadaan berita yang panas sekarang ni tentang politik negara, jangan kita lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada insan yang banyak berjasa dalam hidup kita.

Terima kasih duhai para jururawat.

Anda wira tidak didendang kami.

Terima kasih misi. Kalian wira kami!


0135819100 Cikgu Basariah
Selamat hari jururawat Selamat hari jururawat Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, Mei 12, 2018 Rating: 5

Nasihat yang indah

Jumaat, Mei 11, 2018
Assalamualaikum

Indahnya kata-kata ni

Empat orang ini janganlah engkau Jauhi:
1. ayahmu
2. Ibumu
3. Saudara lelakimu
4. Saudara perempuanmu

Empat perkara ini hendaknya kamu berlindung daripadanya:

1. Galau
2. Sedih
3. Lemah
4. Pelit

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka :

1. Yatim
2. Miskin
3. Faqir
4. Orang Sakit

Empat perkara yang memperindah dirimu :

1. Sabar
2. Tabah
3. Ilmu
4. Dermawan

Empat orang yang hendaknya kamu dekati :

1. Orang yg Ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg Dermawan
4. Orang yg jujur

Empat orang yg hendaknya jangan kamu jadikan teman:

1. Tukang bohong
2. Tukang Colong
3. Tukang Hasud
4. Tukang Adu domba

Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:

1. Istrimu
2. anak2 mu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu

Empat hal yg hendaknya kamu Kurangi:

1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara

Empat hal yang jangan kamu putus :

1. Sholat
2. Qur'an
3. Zikir
4. Silaturahmi

Kredit kepada penulis asal. Mohon maklumkan jika tahu

Jom amalkan madu halia bentong. Sangat bagus untuk peredaran darah dalam badan anda.

Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah
Nasihat yang indah Nasihat yang indah Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Mei 11, 2018 Rating: 5

Selamat pagi negaraku

Khamis, Mei 10, 2018
Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Hari ini berada bawah kepimpinan baru pula. Semoga yang indah dan terbaik buat negaraku Malaysia.

Bukti cikgu dah jalankan tanggungjawab

Ucapan sunnah mendengar berita kemenangan atau kekalahan PRU 14

1. Ucapan apabila menang

Apabila kita mendengar berita kemenangan calon atau parti kita di sesuatu kawasan maka ucapan yang sunnah untuk diucapkan ialah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

'Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya menyempurnakan segala kebaikan.'

2. Ucapan apabila kalah

Apabila kita mendengar berita kekalahan calon atau parti kita di sesuatu kawasan maka ucapan yang sunnah untuk disebut ialah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

' Segala puji hanya bagi Allah pada setiap keadaan.'

Kedua ucapan di atas diambil daripada hadith Aisyah RA (wafat 57 H) yang menyebut;

 كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ ‏”‏ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ‏”‏ ‏.‏ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ ‏”‏ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ‏”‏

'Apabila Rasulullah salallahualaihiwassalam melihat perkara yang baginda sukai, baginda akan berkata:  Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya, amal kebaikan menjadi sempurna. Apabila baginda melihat perkara yang baginda tidak suka, baginda akan berkata: Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan.'

[HR. Ibn Majah, Kitab al-Adab no: 3803]

3. Ucapan apabila mendapati orang yang buruk memenangi jawatan kepimpinan

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي فِي مُصِيبَتِي ، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

'Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Nya kita akan kembali, Ya Allah berikan aku pahala untuk musibah yang menimpaku, dan gantikanlah apa yang lebih baik daripadanya.'

Doa dan ucapan ini pula diambil daripada hadith riwayat Muslim, no. 1531.

Jom biasakan diri kita mengikuti al-Sunnah, moga mendapat keampunan dan rahmat Allah!

0135819100 Cikgu Basariah
Selamat pagi negaraku Selamat pagi negaraku Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 10, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.