Seo Services

Restu ibu bapa



[ BARAKAH IBU BAPA MU ]

Ibu bapa yang melahirkan & menjaga kamu, lebih baik kamu bertanyakan khabar mereka hari-hari.

Seseorang berkata, "Eh, hari-hari?". Ya, sepertimana kamu hari-hari mesej dengan kawan-kawan, sahabat-sahabat dan isteri-isteri mu. Mesej lah ibu bapa kamu juga.

Nak ke mana-mana hantarlah mesej kepada ibu bapa mu. "Saya di restoran", "Saya di office".

Kenapa tak nak buat dengan ibu bapa kamu macam ni? "Mak, saya nak pergi kerja, doakan saya". Tak perlu call, mesej sahaja.

Kalau mereka tiada handphone, belikan lah untuk mereka macam handphone isterimu. Buat untuknya whatsapp.

Supaya hari-hari boleh mintak doa dari ibumu. Barakah! Barakah! Ulama kata, orang yang ibu bapanya masih hidup tak perlu dia mintak doa daripada sesiapa pun. Tidak perlu.

Malaikat Allah berkata kepada anak Adam yang ibu bapanya masih hidup. "Wahai anak Adam, jalanlah sahaja. Maka sesungguhnya Allah memeliharamu dengan barakah doa ibu bapamu."

Tetapi apabila ibu bapamu sudah meninggal, para malaikat berkata kepadamu, "Wahai anak Adam, berusahalah sungguh-sungguh. Buat kebaikan dan mintalah doa daripada orang-orang soleh dan para ulama. Maka sesungguhnya pintu doamu sudah tertutup. Maka buatlah pintu yang lain."

Maknanya apabila seseorang hendak keluar daripada rumahnya, bermusafir atau pergi kerja. Telefon ibumu. "Mak doakan saya."

Saya nampak Habib Umar hari-hari sebelum dia buat apa-apa selepas Qiammulail, solat Subuh, Wirdul Latif kalau dia musafir dia akan call ibunya. Hari-hari call ibu dia. "Sihat? Apa khabar? Doakan saya...saya di tempat sekian...". Lebih daripada isteri-isterinya.

Ibu bapa barakah! Doa mereka makbul. Dan ulama kata, kalau seseorang ibu bapanya masih hidup, dia masih kecil walaupun umurnya sudah 100 tahun.

Saya pernah dalam satu kelas dengan Habib Masyhur. Habib Masyhur adalah abang kepada Habib Umar yang berumur 70 tahun keatas dan ketika itu ibunya masih hidup. Suatu hari kami sedang belajar dengan beliau, kitab Fiqih.

Dia berkata, "Tahukah kamu sebenarnya saya masih kecil. Walaupun saya sudah berumur tetapi hakikatnya saya masih kecil. Selagi ibu saya hidup, saya masih kecil." Benar, apabila dia duduk dengan ibunya, Subhanallah. Memang macam kanak-kanak, cium tangan, cium lutut dan kaki ibunya. Duduk macam kanak-kanak dengan ibunya.

Barakah! Pintu syurga di bawah kaki ibu. Doa ibu makbul. Tiada hijab antara doanya dengan Allah SWT. Ambillah peluang!

Bagi orang yang ibu bapanya masih hidup, pintu syurga di sisi mereka. Rahmat Allah SWT di sisi mereka! Pintu rezeki zahir dan batin di sisi mereka!

Sebelum pergi mana-mana kalau malu nak call, hantarlah mesej. "Ibu tolong doakan saya, saya nak pergi kerja", "Ibu tolong doakan saya, saya di sini", "Ibu, Alhamdulillah saya sudah balik daripada kerja"

Kita buat dengan isteri kita macam ni. Pergi restoran hantar mesej. Pergi kerja hantar mesej. "Sudah makan ke?", "Makan apa?", "Tengah buat apa?" tetapi ibu bapa kita lupakan. Tak bolehlah macam ni.

Macam mana yang kamu buat dengan isterimu, buatlah dengan ibumu. Barakah! Allah memeliharamu dengan barakah ibu bapamu.

Kepada yang ibu bapa masih hidup, semoga Allah panjangkan umur mereka InshaAllah. Semoga Allah berikan kesihatan dan keafiatan kepada mereka. Kepada ibu bapa yang sudah meninggal, semoga Allah jadikan ruh-ruh mereka bersama para syuhada, siddiqin dan ariff. InshaAllah


[ SHEIKH ABDULLAH MYHAMMAD SALIM AL JAHAF HAFIDZOHULLAH ]
Restu ibu bapa Restu ibu bapa Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, September 07, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.