Seo Services

KISAH AKU, SI DIA DAN BISNES

Jumaat, November 30, 2018
Assalamualaikum

Entah dari mana nak mula cerita pon cikgu tak tau. Kami dua orang bukan ada asas bisnes pon. Si dia ni ada gakla amik prinsip akaun zaman belajaq dia. Macam cikgu ni langsung takdak apa asas.

Tapi tak sangka cikgu yang lebih beria-ria bab berniaga ni. Dalam pada tu, si dia sentiasa memberi sokongan. Kalau bab pos barang memang serah kat dia. Balutan dia memang kemas. Cikgu bab marketing dan follow up pelanggan.

Alhamdulillah susah senang kami bersama. Dia tulang belakang cikgu. Kalau si dia tak bantu, memang banyak yang terbantut. Syukur sangat dapat suami yang menyokong bisnes ni.

Terima kasih buat semua keluarga dan rakan yang sapot bisnes kami suami isteri dari dlu sampai sekarang. Semoga Allah mengurniakan kita semua rezeki yang melimpah ruah dan kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur.


Terima kasih buat semua yang menyokong bisnes cikgu dan suami selama ini 😄

#AsmakCoupleChallenge
#KisahAkuSiDiaDanBisnes
#LeaderAsmak
#Asmak4u057
#057gempur
#misiRM10k

#AsmakDiamond

Berminat menyertai keluarga besar pengedar Asmak? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
KISAH AKU, SI DIA DAN BISNES KISAH AKU, SI DIA DAN BISNES Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 30, 2018 Rating: 5

Kenapa Anak Asma Perlu Sokongan Kuat Dari Anda

Khamis, November 29, 2018
Assalamualaikum

Anak adalah anugerah terindah buat ibu bapa

Pernah terfikir, betapa besarnya tanggungjawab ayah dan ibu terhadap anak yang menghidap asma?

Selain dianugerahkan Tuhan sebagai ujian kepada ibubapa, anak asma juga adalah sebagai penghapus dosa bagi ibu dan bapa tersebut. Tapi itu semua dengan syarat ibu dan bapa tersebut perlu bersabar seboleh yang mungkin.

Sesekali perlu ingatkan diri kita sendiri, jika kita rasa susah dengan adanya anak yang menghidap asma, sesungguhnya mereka juga tak pernah meminta dilahirkan dengan yang sedemikian. Dan yang pastinya, mereka juga menanggung derita yang jauh lebih besar dari kita.

Pernah dengar pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”? Begitulah yang terjadi kepada anak asma. Mereka yang rasa, mereka yang derita. Malah mereka tak pernah menyalahkan ibu bapa yang melahirkan mereka, apatah lagi menyalahkan takdir yang menimpa mereka.

Jadi, jika anak anda didapati menghidap asma, maka bersabarlah wahai ibu dan bapa sekalian. Ganjaran yang besar menanti anda melebihi ibu bapa lain!
.
.

#MHAMSB #MinyakHerbaAsmak

0135819100 Cikgu Basariah
Kenapa Anak Asma Perlu Sokongan Kuat Dari Anda Kenapa Anak Asma Perlu Sokongan Kuat Dari Anda Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, November 29, 2018 Rating: 5

Ada masalah kulit pon boleh glamer 😎

Rabu, November 28, 2018
Assalamualaikum

Tau tak korang, ramai sebenarnya selebriti yang ada masalah kulit? Walaupon ada masalah, itu bukan penghalang untuk menjadi glamer tau. Hehehe.

12 Selebriti Terkenal Luar Negara Yang Mengalami Masalah Psoriasis
.
Siapa kata penyakit psoriasis menghalang seseorang untuk berjaya dan terkenal?
.
Psoriasis berlaku apabila sel-sel kulit terbina dengan laju lebih dari orang biasa. Hasilnya, kulit akan kering dan bersisik (kulit mati).
.
Siapa selebriti tersebut? Jom tengok satu persatu.


.
✅ Kim Kardashian (Penyanyi/Model)
✅ CariDee English (Model)
✅ Art Garfunkel (Penyanyi)
✅ Dara Torres (Perenang/Pemenang 12 pingat Olimpik)
✅ Jon Lovitz (Aktor Komedi)
✅ LeAnn Rimes (Penyanyi/Pemenang Grammy Awards)
✅ Stacy London (Model)
✅ John Updike (Novelis terkenal)
✅ Mabelynn Capelui (Ratu Cantik 2013)
✅ Phil Michelson (Ahli Sukan Golf)
✅ Eli Roth (Pengarah Filem – kacak orangnya)
✅ Jerry Mathers (Pelakon)
.
Nampak tak? Walaupun ada masalah kulit, mereka tak pernah duduk diam. Siap ada yang jadi pemenang Ratu Cantik giteww..Jadi, jika anda mengalami nasib yang sama, jangan berputus asa tau. Gunalah Bedak Asmak keluaran MHAMSB. Mudah-mudahan berkesan ;)
.
.

#InfobyMHAMSB #BedakAsmak

0135819100 Cikgu Basariah
Ada masalah kulit pon boleh glamer 😎 Ada masalah kulit pon boleh glamer 😎 Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, November 28, 2018 Rating: 5

Intermittent fasting

Selasa, November 27, 2018
Assalamualaikum

Apa khabar korang?

Sejak dua menjak ni, kerap pula cikgu dengar pasal diet IF. Ada member cikgu sorang tu, berat badan dia memang berkurang dengan pantas. Bila cikgu tanya dia bagitau dia amalkan diet IF dan atkins.

Apa dia IF ni? Jom cekidout!

IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIeT terbaik. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins , Mediterranean etc.. tapi my personal opinion, kita ada sunnah .

Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa , dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.

Nak buat puasa Nabi Daud , macam tak mampu. Sebab iman nipis.
Setiap hari ada pasar malam , pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan.Macam 20 tahun x makan. Padahal baru minggu lepaih pi beli. Kan kan. Sape sentap memang kita sama la.

IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12 - 14 jam. So terpulang u olls nak mula jam bape. Kalau start 630 pm, esok jam 930 am baru breakfast.
Kalau 830 malam - 1130 pagi baru start makan/breakfast.

Apa kebaikan IF??

Banyak!!

Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”

Biar betul Doktor?

Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 630 pm.

‘Berpuasa’ dalam ertikata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD” di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK Kilo!

Di dalam Journal Cell Metabolisme , kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari,

Kumpulan Pertama dibenarkan makan & makan malam dan siang (Healthy,controlled diet ) dan

Kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet,  dan hasilnya menunjukkan:

“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle) dan

Kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”

Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16?jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 930 /1030pagi!

Tatacaranya banyak :

As newbie - Kak Siti advice buat 12 jam dulu . Ie kita start last dinner kul 630 pm, esok bekfes 630 pagi.

Bila dah ok ,buat 14 jam . Ie 630 pm dinner dan 830 am bekfes

Lepas tu , teruskan perjuangan 16 jam .Ie dinner 630 pm , bekfes merangkap lunch kul 1030.

Sebaiknya 14-16 jam berpuasa .

Its fleksible . Buat ikut keperluan . Cth , smlm ada kenduri makan kul 830 pm , esok tu xyah bekfes, terus lunch!

Lapar ?

In between tu , anda boleh untuk

1. Minum air masak
2. Minum air garam - garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral
3. Green Tea
4. Coffee
5. Tea

No 3,4,5 semua without sugar or susu yek. Kang Kak Siti cakap xboleh gula , boleh la pi mamak mintak teh sarbat ! Abab nanti !

Pastu , IF ni boleh la buat EOD dulu ie Alternate Day . Satu hari IF satu hari FeedDay ! Tapi No Refined Sugar and Processed Food !

Lepas dah ok buat Daily .

*IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas / Craving / Ketagihan / Sifat nak mengunyah yang tak habis habis tu....

Kredit: Siti Aniza Basir

Ni cadangan kaedah pertama..hijau tu masa makan. Makanlah sepuas hati 😂

Ni plak kaedah leangains. Masa makan singkat tapi boleh makan sepuasnya

Ni plak kaedah ketiga. Selang seli hari yang IF dan biasa.


#MasterMyHormones

Kalau tanya cikgu lagi prefer diet kalori. Sambil kira kalori sambil bersenam. Badan pon fit. Tapi tak salah pon nak ikut mana-mana jenis diet janji sesuai dengan badan dan kita boleh konsisten. Bak kata sifu cikgu, ustaz Fitness, diet tak boleh stress. Kalau stress, biasa diet tak berjaya. 😘

0135819100 Cikgu Basariah
Intermittent fasting Intermittent fasting Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, November 27, 2018 Rating: 5

Tuntutan khairat kematian

Isnin, November 26, 2018
Assalamualaikum

Tiada orang berfikiran waras yang minta nak mati cepat. Betul tak? Tapi ajal maut tu di tangan tuhan. Buat ahli keluarga yang ditinggalkan, usahlah bersedih. Kehidupan perlu diteruskan.

Tahu tak? Kat Malaysia ni, selepas kematian ahli keluarga layak menuntut sedikit bantuan yang kita panggil sebagai khairat kematian.

Rupanya Ada Lebih 10 Tempat Tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !

Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10k. Rugikan !

Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.

Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?

Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)

Sini saya kongsikan 11 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.

1. Khairat Kematian Khariah Masjid
▪Sekitar Rm 500 - Rm 5,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian Bank Rakyat
▪RM 3000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

6. Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 - RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian Skim Takaful
▪RM 2,000 - RM 5,000
▪Syarat: si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
▪RM 500 - RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi

9. Khairat Kematian Pencen
▪RM3000

10. Khairat kematian ahli RCC Global Sdn Bhd
Sekiranya anda pengguna setia stevia dari syarikat RCC, anda layak menuntut khairat kematian samada bagi diri sendiri atau ahli keluarga kandung. Bagi kematian ahli, jumlah tuntutan sehingga rm3000, manakala bagi ahli keluarga sehingga rm1000. Bagaimanapun jumlah tuntutan bergantung kepada baki semasa tabung khairat yang disediakan syarikat serta terma dan syarat ditetapkan.

11. Lain-lain
▪Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.

▪Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

Macam mana nak tuntut?

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

Kredit: Sfatyma Idris

Ambil cakna untuk mudahkan waris-waris.

Silakan #share supaya lebih ramai tahu kewujudan khairat pusaka ni.

Bagi yang berminat menjadi pengguna stevia atau ahli RCC Global Sdn Bhd, boleh hubungi cikgu ya.

0135819100 Cikgu Basariah
Tuntutan khairat kematian Tuntutan khairat kematian Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, November 26, 2018 Rating: 5

Ada yang nak review produk Asmak tak?

Ahad, November 25, 2018
Assalamualaikum

Hai kawan-kawan blogger. Ada yang nak review produk Asmak tak?

Cikgu tengah cari sorang atau dua yang nak tolong review. Bagitau ja barang yang korang nak try dan review. Nanti cikgu pos kat korang.

Tinggalkan link blog atau nombor wasap kat komen ya.

Kalau korang free nak wasap cikgu dlu sangatlah dialu-alukan.

Yang nak jadi agen pon boleh. Sekarang sampai 2 disember ni promosi diskaun jadi agen. Asal rm300, sepanjang promosi cuma rm150 ja.

Ni antara produk Asmak. Pilihla nak yang mana. Bagitau kat komen boleh, nak pm kat wasap pon boleh. Jangan malu-malu tau 😘

Aneka produk Asmak. Kegunaan luaran pon ada, untuk kesihatan dalaman pon ada

Yang sekarang takde stok cuma Asmak Queen ja. Yang lain boleh nak cuba dan buat review 😊

0135819100 Cikgu Basariah
Ada yang nak review produk Asmak tak? Ada yang nak review produk Asmak tak? Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, November 25, 2018 Rating: 5

Shampoo Terbaik Untuk Atasi Kelemumur

Sabtu, November 24, 2018
Assalamualaikum

Trobek, dua malam lepas agen mai restok shampoo.

Shampoo Bunga Raya berkesan menyelesaikan masalah rambut gugur, berkelemumur dan kusut 😊

Dia habaq ada customer dia jatuh cinta dengan shampoo ni. Lepas guna shampoo bunga raya ni, rambut kusut yang sebelum ni boleh patahkan sikat terus jadi lembut. Ajaib sungguh! 😂

Incik husben dia plak komplen rambut cepat sangat panjang. Setiap minggu nak kena p potong rambut katanya. Hihi.

Hangpa yang ada masalah rambut tu, baik lekaih cuba shampoo bunga raya ni. Rugi tak terai! 😎

Hangpa tau dak lagi ni? Promosi jadi agen Asmak sedang berlangsung ni. Modal asal rm300 diskaun sampai rm150 ja. Jom pm cikgu lekaih 😃

Promosi jadi agen bayar rm150 dapat barang harga agen rm150 😍


#ShampooBungaRayaPlus
#057gempur
#misiRM10k
#AsmakDiamond

0135819100 Cikgu Basariah
Shampoo Terbaik Untuk Atasi Kelemumur Shampoo Terbaik Untuk Atasi Kelemumur Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, November 24, 2018 Rating: 5

NAK TAHU SUSAH ATAU SENANG BISNES? MULAKAN DARI BAWAH 😎

Jumaat, November 23, 2018
Assalamualaikum

Masa mula cikgu kenal minyak herba ni harga jualan memang dah rm39. Masa tu tahun 2015. Rasa memang mahai betoi la tapi nekad nak cuba jugak sebab tak sanggup rasanya nak bagi anak makan ubat batuk dan selesema.

Masa tu, boleh dikatakan sebulan sekali mesti anak-anak kena batuk atau selesema. Serasi betul anak cikgu masa tu dengan minyak ni. Sapu je mudah keluar kahak. Batuk dan selesema terus hilang. Cikgu nekad nak jual kat kawan-kawan.

Dlu cikgu ingat lagi jadi agen mhamsb dengan modal rm2++ je masa tu. Tu pon rasa banyak sangat dah. Ye la dapat minyak 10 botol je pon. Rasa memang mahal minyak 30ml harga sampai rm30+. Tapi sebab tahu memang 'rare' minyak boleh legakan batuk ni, cikgu pon melaburlah.

Dari rm2++ dah boleh restok rm5++. Masa tu HQ dah mula offer siapa nak upgrade superagen dan bina team. Takut mulanya, tapi rasa rugi kalau tak ambil peluang. Cikgu upgrade dan mula bina team. Mula nak dapat modal upgrade tu, cikgu jenuh gakla menabung. Padah sebab tak pandai lagi rolling modal masa tu. Dapat duit untung je campur sekali dan terguna untuk kegunaan lain. Bila nak upgrade menggagau la jugak. Haha.

Tak lama lepas tu, ada agen nak upgrade ke superagen. Kira tempoh masa jadi superagen ni dalam setahun kot. Cikgu kena upgrade ke Stokis Daerah untuk kekalkan mereka dalam team. Susah payah nak kumpul RM4k+ masa tu nak upgrade. Masa ni cikgu nekad pajak barang kemas untuk upgrade. Sedih tau tapi memang target mesti tebus barang dalam pajak paling lama 5 bulan.

Kali ni cikgu dah belajar dari kesilapan. Duit modal cepat cikgu rolling beli barang dan sediakan bahagian untuk kegunaan bisnes termasuk untuk upgrade (masa ni cikgu dah letak target nak jadi Stokis Premium tahun 2019)

Syukur selepas upgrade Stokis Daerah tu, cikgu dapat konsisten restok rm3-4k sebulan tanpa gagal. Walhal, sebelum upgrade rasa nak capai rm2k pon mengah 😅

Dalam lebih kurang 7 bulan jadi Stokis Daerah, salah seorang superagen cikgu menyuarakan hasrat nak upgrade. Masa ni cikgu macam tak bersedia juga sebab target nak upgrade tahun 2019. Tapi, cikgu cabar diri. Mesti cuba upgrade supaya boleh beri semangat kepada anak buah.

Alhamdulillah, tanggal 20 Ogos 2018, cikgu secara rasminya menjadi Stokis Premium bermodalkan rm9k+. Sekarang misi cikgu dan team, untuk memastikan restok bulanan kami mencapai rm10k+ setiap bulan.

Hari ni target misi Rm10k+ untuk bulan ni dah tercapai. Syukur kepada Allah. Terima kasih buat semua yang membantu samada secara langsung atau tidak langsung. Tahniah team #Asmak4u057! Tahniah buat semua yang berjaya capai target bulanan masing-masing. Setakat ni dah 3 orang berjaya capai target masing-masing. In shaa Allah ada yang bakal menyusul tak lama lagi.

'Asmak4u057-Excellent Together'
GO TEAM!

Jom sertai kami. Promosi menjadi pengedar dengan modal serendah rm150 dah bermula dan bakal tamat 2 Disember 2018 tau! 😘

Jom sertai cikgu menjana pendapatan bersama Asmak By Mhamsb. Hubungi 0135819100 Cikgu Basariah


#LeaderAsmak
#057gempur
#misiRM10K
#AsmakDiamond

0135819100 Cikgu Basariah
NAK TAHU SUSAH ATAU SENANG BISNES? MULAKAN DARI BAWAH 😎 NAK TAHU SUSAH ATAU SENANG BISNES?  MULAKAN DARI BAWAH 😎 Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 23, 2018 Rating: 5

Penawar resdung dari alam

Khamis, November 22, 2018
Assalamualaikum

Nak cerita sikit pasal kawan saya, Kak Lin. Kak Lin setiap kali bangun pagi ada rasa pening-pening dan berat kepala. Dia pun pergi lah klinik.

Doktor kata dia kena jangkitan bakteria pada bahagian sinus (dalam hidung). Atau pun penyakit ni dikenali sebagai resdung. Doktor bagi antibiotic untuk dia habiskan. Memanglah ada ok sikit lepas makan antibiotic tu, tapi kepas tu masalah dia berulang kembali.

Dia pun buntu macamana nak solve masalah dia, sebab bila kene resdung ni kepala pening, mata gatal, pendek kata susah nak buat kerja seharian.

Kak lin tau saya adalah pengedar asmak. Dia Tanya saya ada apa-apa ubat yang sesuai tak? Saya suggest lah Pil Resdung Asmak Herbs. Lagipun Pil Asmak Herbs mendapat kelulusan Meditag KKM. Bahan-bahan dia memang selamat.

Lepas Kak Lin Cuba Asmak Herbs, Alhamdulillah Resdung dia semakin berkurang dan hilang. Baru-baru ni dia call saya cakap terima kasih. Alhamdulillah syukur dapat berkongsi kebaikan dengan Kak Lin.

Kredit Mohd Rafhan

Kepada sesiapa yang ada masalah resdung boleh roger Cikgu ye, risik risik penawar semulajadi ni 😁




0135819100 Cikgu Basariah
Penawar resdung dari alam Penawar resdung dari alam Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, November 22, 2018 Rating: 5

Tips Awet Muda dan Sihat

Rabu, November 21, 2018
Assalamualaikum 😊

Cikgu dapat dari group wasap. Menarik untuk diamalkan. Jom cuba!














Semoga bermanfaat!

Inginkan ju kesihatan gabungan lemon dan 11 jenis herba? Jom cuba Jus Asmsk Gold. Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Tips Awet Muda dan Sihat Tips Awet Muda dan Sihat Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, November 21, 2018 Rating: 5

Salam Maulidurrasul 1440H

Selasa, November 20, 2018
Assalamualaikum dan selamat pagi.

Salam Maulidur Rasul buat semua.


Jadikan Baginda sebagai contoh terbaik dalam apa jua yang kita lakukan.😊

Rasulullah ikutan terbaik sepanjang zaman

Mencari penawar asma, batuk dan semput? Produk Asmak kan ada?
0135819100 Basariah

Salam Maulidurrasul 1440H Salam Maulidurrasul 1440H Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, November 20, 2018 Rating: 5

Ini kisah Kami #Asmak4u057

Isnin, November 19, 2018
Assalamualaikum

Team Cikgu Asmak4u057

Team kami tak besar. Ada di kalangan kami yang bekerja, ada suri rumah sepenuh masa.

Dulu cikgu tak yakin nak besarkan team. Ingat boleh nak gerak sorang-sorang. Lama-lama cikgu rasa penat. Sampai bila macam ni?

Produk Asmak ni produk yang bagus. Rugilah kalau tak ramai orang tahu.

Agen pertama dan kedua cikgu ialah kakak ipar cikgu sendiri Kak Rose dan Kak Ida. Alhamdulillah sampai sekarang mereka masih setia menjadi pengguna produk Asmak.

Agen keempat cikgu, merupakan kawan cikgu sejak zaman matrik. Lama juga kami terputus hubungan  namun bertemu semua di muka buku. Mulanya dia beli sebagai pengguna sahaja. Kerana keserasian terus menjadi agen. Kini,  Norli merupakan Stokis Daerah dalam team cikgu ni. Tahniah sahabat! I'm very proud of you 😍

Masa mula membesarkan team ni, cikgu hanya guide agen dari kalangan individu bekerja sahaja. Takut sebenarnya nak guide suri rumah ni. Selepas personal coaching dengan cikgu Fazilah, ceo Mhamsb, cikgu mendapat semangat luar biasa untuk bantu suri rumah. Buktinya, salah seorang agen cikgu, Nadia yang merupakan suri rumah sepenuh masa berjaya diguide sehingga menjadi superagen. Alhamdulillah. Tahniah Nadia. Cikgu bangga dengan Nadia.

Banyak lagi pencapaian ahli team cikgu yang sangat cikgu banggakan. Azuwa, Aini, Hayati, Ain dan ramai lagi. Ada masa nanti cikgu cerita lagi.

Buat yang berkira-kira nak merubah masa depan anda, jom sertai Asmak, khususnya team Asmak4u057. In shaa Allah cikgu bantu anda From Zero To Hero.

Nak dengan tak nak saja. 😃

#LeaderAsmak
#057gempur
#misiRM10k
#AsmakDiamond



0135819100 Cikgu Basariah
Ini kisah Kami #Asmak4u057 Ini kisah Kami #Asmak4u057 Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, November 19, 2018 Rating: 5

Promosi Harga Runtuh Berakhir Hari Ini

Ahad, November 18, 2018
Assalamualaikum

Pakej Promosi Birthday (16-18/11/18)

*KOMBO RM50*

1 mham 30ml + 1 mham 10ml
 @
1 asmak herbs + 1 mham 10ml
@
1 bedak asmak 150g + 1 mham 10ml
@
3 mham 10ml
@
1 shampoo bunga raya + 1 mham 10ml
@
1 set mini spa rambut + 1 mham 10ml
@
1 set asmak baby mini + 1 mham 10ml
@
1 ba 50g + 1 sbrp mini + 1 mham 10ml


*KOMBO RM100*

3 mham 30ml
@
2 mham 30ml + 2 mham 10ml
@
2 mham 50ml
@
6 mham 10ml
@
2 mham 30ml, 1 mham 10ml, 1 sbrp mini
@
1 mham 30ml, 1 ba 150g, 1 sbrp 500ml
@
1 hms + 1 sbrp 500ml
@
1 spa rambut mini + 1 abc mini + 1 mham 30ml
@
1 kaisa trial + 1 sabun kopi
@
3 madu asli asmak
@
1 jag + 1 mham 50ml + 1 sbrp mini
@
1 jag + 1 madu halia bentong
@
1 sakura bw + 1 ba 50g + 1 mham 30ml

*KOMBO RM150*

1 set lengkap asmak baby care + 1 mham 10ml
@
1 set kaisa full set + 1 sabun kopi
@
1 mham 50ml + 1 set spa rambut mini + 1 set abc mini + 1 mham 10ml
@
1 set kaisa trial + 1 sabun kopi + 1 set rambut mini + 1 mham 10ml

*Mham - minyak herba asmak*
*Ba - bedak asmak*
*Ah - asmak herbs*
*Abc - asmak baby care*
*Jag - jus asmak gold*
*Sbrp - shampoo bunga raya*

Hari ni last tau. Pm cikgu lekaih!

Set Kombo ni sangat berbaloi. Jimat RM7!

0135819100 Cikgu Basariah
Promosi Harga Runtuh Berakhir Hari Ini Promosi Harga Runtuh Berakhir Hari Ini Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, November 18, 2018 Rating: 5

Promosi diteruskan untuk hari kedua 😱

Sabtu, November 17, 2018
Assalamualaikum

Jangan lepaskan peluang harga diskaun sempena hari lahir ini!







0135819100 Cikgu Basariah
Promosi diteruskan untuk hari kedua 😱 Promosi diteruskan untuk hari kedua 😱 Reviewed by Teacher Basariah on Sabtu, November 17, 2018 Rating: 5

Promosi Hari Lahir 16-18/11/2018

Jumaat, November 16, 2018
Assalamualaikum

Jom cepat dapatkan produk Asmak pada harga promosi sempena hari lahir cikgu ni 😘

Jimat sehingga RM17 tau. Jom beli!

Harga asal RM59. Jimat rm9 you!

Beli 3 Rm100. Jimat sehingga RM17! 😱


0135819100 Cikgu Basariah
Promosi Hari Lahir 16-18/11/2018 Promosi Hari Lahir 16-18/11/2018 Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, November 16, 2018 Rating: 5

Hari Usahawan SMKSA 2018

Khamis, November 15, 2018
Assalamualaikum dan selamat pagi 😘

Esok hari usahawan kat SMK SULTAN ABDULLAH, CHENDERONG BALAI.

Warga Chenderong Balai,Langkap, Air Kuning, Tapah, Teluk Intan dan yang berhampiran dijemput hadir memeriahkan.

Cikgu buka booth Asmak. Ada promosi istimewa tau sempena birthday bulan ni. Nak cuba test bau, rasa dan tengok live semua produk Asmak depan mata pon boleh tau.

Jemputlah datang beramai-ramai ye 😘

#Share post ni ya. Semoga program esok berjalan lancar. Aamiiin

Temui cikgu dan produk Asmak di sana ya 😃


0135819100 Cikgu Basariah
Hari Usahawan SMKSA 2018 Hari Usahawan SMKSA 2018 Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, November 15, 2018 Rating: 5

Jom masak guna madu 😘

Rabu, November 14, 2018
Assalamualaikum

Hangpa tengah fikir nak masak menu apa ke tengahari ni?

Jomla cuba resepi ayam madu. Hangpa boleh google ja resepi dia. Sedap tau tambah lagi bila guna madu asli kami ni. Dijamin bebas gula. Sesuai sangat untuk hangpa yang memang jaga pemakanan kan.

Madu makanan sunnah yang baik kan. Hangpa suka madu asli ke madu halia? Madu halia bentong ni sedapnya. Halia boleh dikunyah-kunyah lagi tau.

Bila hangpa nak cuba resepi guna madu ni hangpa roger cikgu tau 😘

Kelebihan madu


0135819100 Cikgu Basariah
Jom masak guna madu 😘 Jom masak guna madu 😘 Reviewed by Teacher Basariah on Rabu, November 14, 2018 Rating: 5

Rahsia kulit cantik

Selasa, November 13, 2018
MAKIN BERSERI KULIT MUKA SAYANG,  PAKAI APA YER SEJAK AKHIR-AKHIR NI?

Eewah eewahhh, tersipu - sipu kita tau. Teringat lak, masa mula-mula awak ajak kita jadi makmum dulu 🤗. Haaa, Bukan senang tau cik husben nak puji Kak Siti tau.
Hurmmm. Boleh buat lagi ni., 🤔


Lemon, telur dan madu. Bahan semua dah ada ni, apa lagi baik buat masker muka. Weekend ni, sesuai terapi diri untuk mak-mak seperti Kak Siti ni. Kasi tepek- tepek kat muka then cuci. Bila anak dok membebel tanya, eh eh banyak tanya pulokss. Belasah tempek kat muka diorang sekali. Kikiki 😂

Apa rasanya? Best giler kot. Rasa FRESH and TEGANG wajah dibuatnya. Bak orang kata, kalo semut 🐜 loncat ke pipi boleh terpelanting balik taw.

Korang kan, bila kalau dah masuk 40 series kenalah jaga baik baik muka tu. Sekali-sekala leh try cara SEMULAJADI. 

InsyaAllah, menjadi. Bior umur bertambah, IMAN dalam diri bertambah, tapii kedutan di wajah jangan bagi tambah wokey. Hahahaha. Yang penting, wajah kita maintain 20an. Kann betui tak!  

3 LANGKAH MUDAH UNTUK MENGANJALKAN KULIT WAJAH CANTIK MACAM LISA SURIHANI
======================================
Jangan tanya nape Lisa Surihani, korang nak tukar Nelydia Senrose ker, Nabila Huda ker pun boleh. 😁

Kak Siti kalo tips yang susah, memang malas yakmatt nak buat. Kali ni, nak share tips yang SIMPLE dan MUDAH. Mesti korang suka kan.

Tak Percaya? Meh kita Cuba.
Masker DIY ini boleh disediakan dalam masa kurang dari 2 minit jek. Lepas korang dah bersihkan muka dan keringkan. Confirm kulit akan kelihatan tegang dan berseri! Siap ada pantulan macam porcelain.

Jangan tak tau. #DIY_RM1 ni Setaraf perkhidmatan 'facelift mini' di salon mahal gitewww.

BAHAN UTAMA
============
1 biji putih telur (yang putih jer, kuning tak mau)
Sedikit Jus lemon/limau nipis (korang jgn letak cuka pulak)
1 sudu teh #madu_asli_asmak

Tiga bahan utama yang mudah didapati

Cara-caranya.
===========
1.Pecah telur putih ke dalam mangkuk bersaiz sederhana dan pukul sehingga berbuih. 

2. Campurkan air lemon dan pukul lagi. Kemudian, letakkan madu asli dan pukul lagi. 

3.Sapu di bahagian muka dan leher yang telah dibersihkan. Biarkan selama 20-25 minit. Dan bersihkan dengan air sejuk, kerana air sejuk akan menutup lubang yang baru diketatkan.

Macam Mana #BAHAN_RM1 boleh memberikan hasil yang SUPERB macam ni ?

Meh kak Siti share khasiatnya.

#Putih_telur adalah agen semulajadi yang mengurangkan sebum dan minyak, sambil mengetatkan kulit dan mengurangkan saiz liang. Putih telur juga melicinkan kedutan dan juga boleh mengeluarkan sedikit rambut halus.

#Lemon atau #limau membantu mengelupas, menghilangkan sel-sel kulit mati, sementara juga membasmi kuman dan mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan / atau parut.

#Madu_asli pula berfungsi sebagai pembersih antibakteria serta pelembap, jadi kulit anda tetap bersih dan lembab dengan baik.

Haaa cuba tau, jangan tak cuba! Sebaiknya, gunakan madu yang benar-benar asli okey. Nak tempek kat muka kan. Barulah hasilnya KEBABOOOM.

Nie nak tanya, kat rumah ada stok madu belum ker belum? Kalo belum, better korang guna madu asli asmak jur. Dah tahu kan, ia betul-betul asli. Pasai pa nak cari hat lain. 😊

Madu Asli asmak 100% asli tanpa campuran gula dan bahan lain tau 😊

Tak tahu nak kat mana? Piyem aje cikgu. I tunggu u di hujung talian. 😉


#ProdukAsmakMujarab #ProdukSemulajadi #AsmakbyMhamsb #MaduAsliAsmak #maduoriginal #maduori #maduasli #original

Kredit stori Siti Kadir

0135819100 Cikgu Basariah
Rahsia kulit cantik Rahsia kulit cantik Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, November 13, 2018 Rating: 5

Kurap kat kucing pon boleh sembuh tau

Isnin, November 12, 2018
Assalamualaikum

Semalam sajalah cikgu pm salah sorang agen cikgu ni tanya khabar.

Dengan girangnya dia bagitau nak kongsi testimoni. Katanya kucing dia dah beberapa lama kena kurap. Tak tau nak sapu apa.

Dia pernah dengar yang minyak asmak ni sesuai untuk kurap. Makanya, dia pon cubalah sapu.

Alhamdulillah dengan izin Allah, sembuh kurap kucing dia tu. Siapa sangka, minyak hitam ni boleh pelbagai guna? Dari manusia sehingga haiwan semuanya serasi. Jomlah cuba!

Dah cantik dah telinga kucing ni. Alhamdulillah 😃

Tak tahu mana nak cari? Hubungi cikgu ya:
0135819100 Cikgu Basariah
Kurap kat kucing pon boleh sembuh tau Kurap kat kucing pon boleh sembuh tau Reviewed by Teacher Basariah on Isnin, November 12, 2018 Rating: 5

Review MAPS Ipoh, Perak

Ahad, November 11, 2018
Assalamualaikum

Alhamdulillah kali ni cikgu sekeluarga berpeluang mengunjungi MAPS di Ipoh. Tiket kami sekeluarga kali ni sorang rm40 sebab ada kawan belikan masa di stadium ipoh sempena SUKMA tempoh hari.

Kami bertolak dari teluk intan lebih kurang jam 10 pagi dan sampai di sana jam 11.30 pagi. Masa tu perasan orang dah ramai dan kena beratur agak panjang juga untuk pemeriksaan beg. Nak masuk MAPS ni tak boleh bawa sebarang makanan dan minuman tau. Air mineral pon tak boleh.





Dari pusat pemeriksaan ke MAPS umpama melangkah ke pulau yang berbeza. Disambung oleh sebuah jambatan yang panjang. Anak-anak cikgu dah excited sangat time ni.

Sampai ke 'pulau' MAPS ni, kami masuk ke coral place dlu. Kat dalam ni ada tempat mainan panjat-panjat. Ada cafe juga. Cikgu bagi peluang anak-anak main panjat-panjat kat sini dalam 20 minit. Pastu kami bergerak ke sebelah tempat tu ada aeroplane ride dan animal ride. Cikgu naik dengan nurin, razin naik dengan rafif manakala suami cikgu tolong amik gambar time ni 😂













Best juga naik ni. Beratur nak naik ni lebih kurang 30minit jugalah. Lepas tu, kami panjat ke treasure cave. Ada batuan dan simulasi macam piramid camtu. Kecil ja tempat dia tapi kat atas tu boleh panjat dan ada menara macam menara kawalan kapal.

Dah puas panjat memanjat dan bergambar, kami turun dan bergerak ke kawasan utama dalam MAPS ni. Kat sini ada macam hall, pastu ada kedai cenderamata, ikut jenis watak2 kartun. Ada tempat mainan smurfs. Kat sini, beratur dalam 30minit juga nak bagi rafif dan nurin bawa kereta elektrik. Seronok Nurin dapat bawa sendiri kereta. Kat sini had tinggi dia 100cm ke bawah.










Pastu kami keluar dari tempat smurfs, masuk ke tempat ala-ala macam galaxy. Dalam ni menarik juga. Banyak elemen sains dan ada efek kabus camtu. Paling besr bila sampai part yang cahaya uv tu. Nampak glowing2 floresent baju.

Seleps dari tu kami bergerak ke bangunan macam kapal. Ramai juga orang kat sini. Sini ada tempat makan. Rasa tak lapar lagi. Kami keluar dlu dan cari tempat seterusnya. Ada satu tempat ni tengok orang beratur panjang sangat. Matahari dan tegak atas kepala. Jadi kami tak rasa nak beratur sekali. Kami patah balik ke tempat makan. Teringat ada nampak kedai makan luar sebelum kapal yang jual nasi ayam.

Sampai je kat situ kecewa jap sebab nasi ayam dah habis. Ramai sangat orang katanya. Sepanjang kami berjalan perasan juga ramai budak sekolah. Rasa ada 5, 6 buah sekolah juga buat rombongan. Sementara nak dapat mood kembali ke kapal, kami cadang makan aiskrim dlu. Masa ni cikgu terserempak dengan rakan sekerja. Terkejut juga tak sangka dia pob datang ke Maps hari ni. 😂

















Lama juga tunggu suami cikgu beratur beli aiskrim. Rasa adala dalam 15 minit camtu. Berebut anak-anak makan aiskrim dalam mangkuk. Kami kongsi je. Semangkuk aiskrim tu pon dah rm10. Mujur sedap. Lupa pula nak bagitau, masa masuk tadi sempat kami beli air mineral dan popcorn. Air mineral kat sini 500ml rm3 manakala 600ml rm3.50.  Popcorn pula rm9.

Kami juga sempat singgah ke Tok Aba Kokotiam. Mahai yakmat makanan dia. Bayangkan air coklat pon rm8 satu cup 😭 Rabak poket.

Dah penat jalan,perut pon lapar. Maka kali ni kami naik lift pula masuk dalam kapal ni. Tadi dah datang panjat tangga. Kali kedua ni, naik lif la plak. Tak lalu tengok si Nurin main tangga. Kat sini, memang menduga betoi. Menunggu beratur untuk dapat beli makanan hampir 2 jam! Makanan sampai dah hilang nikmat sedap. Satu set nasi beriayani dengan air coke dan aiskrim berharga rm16. Suami cikgu beli 3 set sahaja. Kami makan macam orang kebuluran 😆

Selesai makan, kami turun balik. Rafif dah tak tahan nak ke tandas pula. Masa ni bergilirlah kami anak beranak ke tandas. Si Nurin plak membuang air besar masa ni. Mujurlah banyak tandas dalam Maps ni. Selepas tu, kami cari surau untuk solat jamak dan bagi razin dan rafif main bumper car.  Punyalah lama razin dan rafif beratur, rasa dalam 1 jam lebih. Cikgu dan suami siap boleh selesai gilir pergi solat. Boleh jamak sebab dari Ipoh ke Teluk Intan ni lebih 90km.




























Selepas penantian penuh penyiksaan tu, dapat jugalah si razin dan rafif ni main bumper car tu. Seronok betoi depa walaupon mainnya tak sampai 5 minit selepas beratur lebih sejam tu. Huhu.

Teringat rumah hantu dah nak buka jam 5 ptg. Apa lagi beratur pulak nak masuk rumah hantu. Kat sini, dua jam kami beratur. Naik sakit kaki dan lenguh pinggang. Tapi pengalaman masuk dalam tu memuaskan juga. Mujur banyak 'hantu' kat dalam tu. Haha. Rafif keluar sambil menangis. Razin dan Nurin cool ja. Tu pon sebelum masuk tu, suami cikgu dah calit kami semua dengan kasturi. Kalau tak, sebelum masuk, semua dah ajak patah balik. Padahal beratur 2 jam kot😫

Kami keluar tu dah maghrib dah. Kami cari surau sekali lagi kali ni bagi razin solat jamak takhir asar dan zohor.  Cikgu dan suami pula cadang solat jamak takhir jr maghrib dan isyak nanti. Kami cari tempat makan. Masa ni dah perasan Maps dah makin lengang. Kelibat pelajar sekolah dah berkurang. Dah bersedia nak balik dah agaknya. Kat Maps ni, tandas banyak tapi surau ada satu je. Kecik dan sempit plak tu. Sedih betul. Masa cikgu solat tadi, rasa macam sesak nafas je sebab pengudaraan kat surau ni tak bagus.

Selepas tu, kami ke wayang 4d boboiboy dan rezeki kami baik sebab dapat terus masuk. Alhamdulillah. Wayang ni best giler. Pakai cermin mata 3d dan ada efek macam real sangat. Siap ada air percik dan gerakan pada kerusi. Rasa macam masuk dalam filem boboiboy!

Pastu kami cari tempat makan dan jumpa Maps Diner. Dapatla makan dalam keadaan tenang. Kat sini makanan rasa dapat dinikmati dan lebih puas. Cikgu order satu set Beef Burger rm15 (dalam set ni ada burger yang besar dan kentang goreng), serta 2 set fried chicken juga rm15 satu set(ala2 ayam kfc dengan bun dan kentang besar) setiap set dapat air coke percuma. Nak tukar air lain pon xdapat sebab dah habis. Huhu.



















Selesai makan, kami ke tempat yang orang beratur panjang tadi tu. Rupanya dah takde orang. Best juga kat situ, ada mainan tembak-tempat. Naik kereta bergerak sambil tembak objek hijau. Bila tembak tu akan keluar gimik dan dalam ni macam ala-ala rumah hantu gak tapi takdela seram sangat sebab semua hantu kartun.

Seterusnya kami jalan-jalan lagi dan beratur sekejap untuk masuk ke stadium untuk aksi stunt kereta dan motor. Yang ni memang rasa seolah-olah tengok filem KL drift dan initial D. Berpusing-pusing kereta kat situ dan lagak memang seram macam nak berlanggar je. Persembahan ambil masa lebih kurang 40 minit.

Selesai tu, kami patah balik bawa anak-anak main animal dan aeroplane ride. Tak gaduh nak beratur dan time ni. Dah lengang ja. Suami cikgu dah ajak balik tapi Rafif macam nak main lagi. So, cikgu bagi peluanh last dia baik buayan berputar tu. Naikla rafif dan razin. Seronok tengok mereka happy.

Kami keluar meninggalkan Maps sekitar jam 9.30 malam. Letih betul. Sampai rumah jam 12 tengah malam. Beberapa kali juga cikgu tertidur tapi tidur ayam sebab lena jadi copilot.












Alhamdulillah tercapai juga impian nak bawa anak-anak ke MAPS. Secara keseluruhannya, dari 5 bintang, cikgu bagi 3 bintang 😊

Opps sebelum cikgu terlupa, kat dalam ni boleh main kat semua tempat tak perlu buat bayaran dah tau.


Letih seharian berjalan, sapuan Fresh n Cool sangat membantu. Segar, nyaman dan melegakan. Nak cuba? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Review MAPS Ipoh, Perak Review MAPS Ipoh, Perak Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, November 11, 2018 Rating: 5
ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.