Seo Services

Rahsia kulit cantik

MAKIN BERSERI KULIT MUKA SAYANG,  PAKAI APA YER SEJAK AKHIR-AKHIR NI?

Eewah eewahhh, tersipu - sipu kita tau. Teringat lak, masa mula-mula awak ajak kita jadi makmum dulu 🤗. Haaa, Bukan senang tau cik husben nak puji Kak Siti tau.
Hurmmm. Boleh buat lagi ni., 🤔


Lemon, telur dan madu. Bahan semua dah ada ni, apa lagi baik buat masker muka. Weekend ni, sesuai terapi diri untuk mak-mak seperti Kak Siti ni. Kasi tepek- tepek kat muka then cuci. Bila anak dok membebel tanya, eh eh banyak tanya pulokss. Belasah tempek kat muka diorang sekali. Kikiki 😂

Apa rasanya? Best giler kot. Rasa FRESH and TEGANG wajah dibuatnya. Bak orang kata, kalo semut 🐜 loncat ke pipi boleh terpelanting balik taw.

Korang kan, bila kalau dah masuk 40 series kenalah jaga baik baik muka tu. Sekali-sekala leh try cara SEMULAJADI. 

InsyaAllah, menjadi. Bior umur bertambah, IMAN dalam diri bertambah, tapii kedutan di wajah jangan bagi tambah wokey. Hahahaha. Yang penting, wajah kita maintain 20an. Kann betui tak!  

3 LANGKAH MUDAH UNTUK MENGANJALKAN KULIT WAJAH CANTIK MACAM LISA SURIHANI
======================================
Jangan tanya nape Lisa Surihani, korang nak tukar Nelydia Senrose ker, Nabila Huda ker pun boleh. 😁

Kak Siti kalo tips yang susah, memang malas yakmatt nak buat. Kali ni, nak share tips yang SIMPLE dan MUDAH. Mesti korang suka kan.

Tak Percaya? Meh kita Cuba.
Masker DIY ini boleh disediakan dalam masa kurang dari 2 minit jek. Lepas korang dah bersihkan muka dan keringkan. Confirm kulit akan kelihatan tegang dan berseri! Siap ada pantulan macam porcelain.

Jangan tak tau. #DIY_RM1 ni Setaraf perkhidmatan 'facelift mini' di salon mahal gitewww.

BAHAN UTAMA
============
1 biji putih telur (yang putih jer, kuning tak mau)
Sedikit Jus lemon/limau nipis (korang jgn letak cuka pulak)
1 sudu teh #madu_asli_asmak

Tiga bahan utama yang mudah didapati

Cara-caranya.
===========
1.Pecah telur putih ke dalam mangkuk bersaiz sederhana dan pukul sehingga berbuih. 

2. Campurkan air lemon dan pukul lagi. Kemudian, letakkan madu asli dan pukul lagi. 

3.Sapu di bahagian muka dan leher yang telah dibersihkan. Biarkan selama 20-25 minit. Dan bersihkan dengan air sejuk, kerana air sejuk akan menutup lubang yang baru diketatkan.

Macam Mana #BAHAN_RM1 boleh memberikan hasil yang SUPERB macam ni ?

Meh kak Siti share khasiatnya.

#Putih_telur adalah agen semulajadi yang mengurangkan sebum dan minyak, sambil mengetatkan kulit dan mengurangkan saiz liang. Putih telur juga melicinkan kedutan dan juga boleh mengeluarkan sedikit rambut halus.

#Lemon atau #limau membantu mengelupas, menghilangkan sel-sel kulit mati, sementara juga membasmi kuman dan mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan / atau parut.

#Madu_asli pula berfungsi sebagai pembersih antibakteria serta pelembap, jadi kulit anda tetap bersih dan lembab dengan baik.

Haaa cuba tau, jangan tak cuba! Sebaiknya, gunakan madu yang benar-benar asli okey. Nak tempek kat muka kan. Barulah hasilnya KEBABOOOM.

Nie nak tanya, kat rumah ada stok madu belum ker belum? Kalo belum, better korang guna madu asli asmak jur. Dah tahu kan, ia betul-betul asli. Pasai pa nak cari hat lain. 😊

Madu Asli asmak 100% asli tanpa campuran gula dan bahan lain tau 😊

Tak tahu nak kat mana? Piyem aje cikgu. I tunggu u di hujung talian. 😉


#ProdukAsmakMujarab #ProdukSemulajadi #AsmakbyMhamsb #MaduAsliAsmak #maduoriginal #maduori #maduasli #original

Kredit stori Siti Kadir

0135819100 Cikgu Basariah
Rahsia kulit cantik Rahsia kulit cantik Reviewed by Teacher Basariah on Selasa, November 13, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.