Seo Services

Review Lubuk Timah - famili day SEMASA 2018

Assalamualaikum

Buat pe tu? Cikgu baru sampai Kedah petang tadi.

Pagi tadi ada famili day warga sekolah kat lubuk timah, simpang pulai, perak ni. Menarik betoi tempat ni rupanya.

Awatla cikgu tak pernah tau tentang tempat ni sebelum ni? Haha..patutla tak dapat pindah balik kedah lagi 😜

Kat Lubuk Timah ni rupanya ada air sungai yang bersih dan agak tenang. Ada kolam air panas, juga ada kemudahan gazebo serta chalet untuk disewa. Harga tiket masuk seorang dewasa rm5. Kanak-kanak 4 tahun ke atas rm3.

Yang lagi tak sangka, ada ponny ride. Rm5 satu pusingan. Okla..suka budak-budak kalau boleh naik ni.

Ok, ni sedikit gambar yang sempat cikgu capture tadi.

Nurin takut dengan kuda ni. Terpaksa tangkap gambar jauh-jauh ja

Ada dua ekor kuda yang comel

Belakang ni ada sungai. Air tak dalam sangat..tapi tengok gakla kawasan. Kena hati-hati

Nampak tak gazebo kat belakang tu? Boleh disewa. Setiap gazebo siap ada kilas lagi

Sempena hari keluarga, diorang hias pentas. Ada cabutan bertuah tadi

Suka tiga beradik ni bergambar depan pentas. Mat Rafif ralit dengan telefon la plak

Bang chaq pulun makan ja. Nurin suka bergambar

Hiasan pentas yang ringkas tapi cantik

So far, cikgu bagi 4.5 bintang. Paling best, tandas dia bersih sangat 😍 lepas ni, boleh masuk tempat ni dalam senarai tempat akan dilawati lagi. In shaa Allah.

Letih badan. Kena sapu fresh n cool nampaknya. Segar, selesa dan wangi. Sesuai untuk sakit-sakit sendi. Nak cuba, pm cikgu ikut nombor bawah ni ya 😁



0135819100 Cikgu Basariah
Review Lubuk Timah - famili day SEMASA 2018 Review Lubuk Timah - famili day SEMASA 2018 Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, November 04, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.