Seo Services

Review MAPS Ipoh, Perak

Assalamualaikum

Alhamdulillah kali ni cikgu sekeluarga berpeluang mengunjungi MAPS di Ipoh. Tiket kami sekeluarga kali ni sorang rm40 sebab ada kawan belikan masa di stadium ipoh sempena SUKMA tempoh hari.

Kami bertolak dari teluk intan lebih kurang jam 10 pagi dan sampai di sana jam 11.30 pagi. Masa tu perasan orang dah ramai dan kena beratur agak panjang juga untuk pemeriksaan beg. Nak masuk MAPS ni tak boleh bawa sebarang makanan dan minuman tau. Air mineral pon tak boleh.





Dari pusat pemeriksaan ke MAPS umpama melangkah ke pulau yang berbeza. Disambung oleh sebuah jambatan yang panjang. Anak-anak cikgu dah excited sangat time ni.

Sampai ke 'pulau' MAPS ni, kami masuk ke coral place dlu. Kat dalam ni ada tempat mainan panjat-panjat. Ada cafe juga. Cikgu bagi peluang anak-anak main panjat-panjat kat sini dalam 20 minit. Pastu kami bergerak ke sebelah tempat tu ada aeroplane ride dan animal ride. Cikgu naik dengan nurin, razin naik dengan rafif manakala suami cikgu tolong amik gambar time ni 😂













Best juga naik ni. Beratur nak naik ni lebih kurang 30minit jugalah. Lepas tu, kami panjat ke treasure cave. Ada batuan dan simulasi macam piramid camtu. Kecil ja tempat dia tapi kat atas tu boleh panjat dan ada menara macam menara kawalan kapal.

Dah puas panjat memanjat dan bergambar, kami turun dan bergerak ke kawasan utama dalam MAPS ni. Kat sini ada macam hall, pastu ada kedai cenderamata, ikut jenis watak2 kartun. Ada tempat mainan smurfs. Kat sini, beratur dalam 30minit juga nak bagi rafif dan nurin bawa kereta elektrik. Seronok Nurin dapat bawa sendiri kereta. Kat sini had tinggi dia 100cm ke bawah.










Pastu kami keluar dari tempat smurfs, masuk ke tempat ala-ala macam galaxy. Dalam ni menarik juga. Banyak elemen sains dan ada efek kabus camtu. Paling besr bila sampai part yang cahaya uv tu. Nampak glowing2 floresent baju.

Seleps dari tu kami bergerak ke bangunan macam kapal. Ramai juga orang kat sini. Sini ada tempat makan. Rasa tak lapar lagi. Kami keluar dlu dan cari tempat seterusnya. Ada satu tempat ni tengok orang beratur panjang sangat. Matahari dan tegak atas kepala. Jadi kami tak rasa nak beratur sekali. Kami patah balik ke tempat makan. Teringat ada nampak kedai makan luar sebelum kapal yang jual nasi ayam.

Sampai je kat situ kecewa jap sebab nasi ayam dah habis. Ramai sangat orang katanya. Sepanjang kami berjalan perasan juga ramai budak sekolah. Rasa ada 5, 6 buah sekolah juga buat rombongan. Sementara nak dapat mood kembali ke kapal, kami cadang makan aiskrim dlu. Masa ni cikgu terserempak dengan rakan sekerja. Terkejut juga tak sangka dia pob datang ke Maps hari ni. 😂

















Lama juga tunggu suami cikgu beratur beli aiskrim. Rasa adala dalam 15 minit camtu. Berebut anak-anak makan aiskrim dalam mangkuk. Kami kongsi je. Semangkuk aiskrim tu pon dah rm10. Mujur sedap. Lupa pula nak bagitau, masa masuk tadi sempat kami beli air mineral dan popcorn. Air mineral kat sini 500ml rm3 manakala 600ml rm3.50.  Popcorn pula rm9.

Kami juga sempat singgah ke Tok Aba Kokotiam. Mahai yakmat makanan dia. Bayangkan air coklat pon rm8 satu cup 😭 Rabak poket.

Dah penat jalan,perut pon lapar. Maka kali ni kami naik lift pula masuk dalam kapal ni. Tadi dah datang panjat tangga. Kali kedua ni, naik lif la plak. Tak lalu tengok si Nurin main tangga. Kat sini, memang menduga betoi. Menunggu beratur untuk dapat beli makanan hampir 2 jam! Makanan sampai dah hilang nikmat sedap. Satu set nasi beriayani dengan air coke dan aiskrim berharga rm16. Suami cikgu beli 3 set sahaja. Kami makan macam orang kebuluran 😆

Selesai makan, kami turun balik. Rafif dah tak tahan nak ke tandas pula. Masa ni bergilirlah kami anak beranak ke tandas. Si Nurin plak membuang air besar masa ni. Mujurlah banyak tandas dalam Maps ni. Selepas tu, kami cari surau untuk solat jamak dan bagi razin dan rafif main bumper car.  Punyalah lama razin dan rafif beratur, rasa dalam 1 jam lebih. Cikgu dan suami siap boleh selesai gilir pergi solat. Boleh jamak sebab dari Ipoh ke Teluk Intan ni lebih 90km.




























Selepas penantian penuh penyiksaan tu, dapat jugalah si razin dan rafif ni main bumper car tu. Seronok betoi depa walaupon mainnya tak sampai 5 minit selepas beratur lebih sejam tu. Huhu.

Teringat rumah hantu dah nak buka jam 5 ptg. Apa lagi beratur pulak nak masuk rumah hantu. Kat sini, dua jam kami beratur. Naik sakit kaki dan lenguh pinggang. Tapi pengalaman masuk dalam tu memuaskan juga. Mujur banyak 'hantu' kat dalam tu. Haha. Rafif keluar sambil menangis. Razin dan Nurin cool ja. Tu pon sebelum masuk tu, suami cikgu dah calit kami semua dengan kasturi. Kalau tak, sebelum masuk, semua dah ajak patah balik. Padahal beratur 2 jam kot😫

Kami keluar tu dah maghrib dah. Kami cari surau sekali lagi kali ni bagi razin solat jamak takhir asar dan zohor.  Cikgu dan suami pula cadang solat jamak takhir jr maghrib dan isyak nanti. Kami cari tempat makan. Masa ni dah perasan Maps dah makin lengang. Kelibat pelajar sekolah dah berkurang. Dah bersedia nak balik dah agaknya. Kat Maps ni, tandas banyak tapi surau ada satu je. Kecik dan sempit plak tu. Sedih betul. Masa cikgu solat tadi, rasa macam sesak nafas je sebab pengudaraan kat surau ni tak bagus.

Selepas tu, kami ke wayang 4d boboiboy dan rezeki kami baik sebab dapat terus masuk. Alhamdulillah. Wayang ni best giler. Pakai cermin mata 3d dan ada efek macam real sangat. Siap ada air percik dan gerakan pada kerusi. Rasa macam masuk dalam filem boboiboy!

Pastu kami cari tempat makan dan jumpa Maps Diner. Dapatla makan dalam keadaan tenang. Kat sini makanan rasa dapat dinikmati dan lebih puas. Cikgu order satu set Beef Burger rm15 (dalam set ni ada burger yang besar dan kentang goreng), serta 2 set fried chicken juga rm15 satu set(ala2 ayam kfc dengan bun dan kentang besar) setiap set dapat air coke percuma. Nak tukar air lain pon xdapat sebab dah habis. Huhu.



















Selesai makan, kami ke tempat yang orang beratur panjang tadi tu. Rupanya dah takde orang. Best juga kat situ, ada mainan tembak-tempat. Naik kereta bergerak sambil tembak objek hijau. Bila tembak tu akan keluar gimik dan dalam ni macam ala-ala rumah hantu gak tapi takdela seram sangat sebab semua hantu kartun.

Seterusnya kami jalan-jalan lagi dan beratur sekejap untuk masuk ke stadium untuk aksi stunt kereta dan motor. Yang ni memang rasa seolah-olah tengok filem KL drift dan initial D. Berpusing-pusing kereta kat situ dan lagak memang seram macam nak berlanggar je. Persembahan ambil masa lebih kurang 40 minit.

Selesai tu, kami patah balik bawa anak-anak main animal dan aeroplane ride. Tak gaduh nak beratur dan time ni. Dah lengang ja. Suami cikgu dah ajak balik tapi Rafif macam nak main lagi. So, cikgu bagi peluanh last dia baik buayan berputar tu. Naikla rafif dan razin. Seronok tengok mereka happy.

Kami keluar meninggalkan Maps sekitar jam 9.30 malam. Letih betul. Sampai rumah jam 12 tengah malam. Beberapa kali juga cikgu tertidur tapi tidur ayam sebab lena jadi copilot.












Alhamdulillah tercapai juga impian nak bawa anak-anak ke MAPS. Secara keseluruhannya, dari 5 bintang, cikgu bagi 3 bintang 😊

Opps sebelum cikgu terlupa, kat dalam ni boleh main kat semua tempat tak perlu buat bayaran dah tau.


Letih seharian berjalan, sapuan Fresh n Cool sangat membantu. Segar, nyaman dan melegakan. Nak cuba? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Review MAPS Ipoh, Perak Review MAPS Ipoh, Perak Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, November 11, 2018 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Tempat nya nampak menarik..tapi, Aduh penat jugak tu...baca je pun dah penat terasa... Nampak gaya macam masalah pada makan dan minum. Mungkin next time kena plan pada waktu yang bukan cuti sekolah untuk elak kejadian beratur beli makanan sampai 2 jam..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Kalau kena time takde orang lebih puas hati. Rasa masa banyak terbuang sebab menunggu saja. Huhu

      Padam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.