APA ITU KERAK KEPALA

Assalamualaikum


Kerak kepala kelihatan seperti keadaan kelemumur yang teruk. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dibuang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat.

Kadangkala kerak kepala boleh menutupi seluruh kulit kepala tetapi ia juga boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung, di tempat-tempat ini ia diberi nama ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala.

Kerak kepala kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama pembesaran bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi.

Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi berjalan. Walaupun keadaan itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak berbahaya dan tidak perlu dibimbangkan.


Hari tu Nurin jadi kerak kepala camni. Cikgu tuang sevenis oil bagi kerak lembut jap pastu sikat. Alhamdulillah habis keluar. Sampai sekarang dah takde dah kerak kepala tu.


#InfoByMhamsb #MinyakHerbaAsmak

0135819100 Cikgu Basariah
APA ITU KERAK KEPALA APA ITU KERAK KEPALA Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Januari 13, 2019 Rating: 5

4 ulasan:

  1. masa anak baby adala...ubat dia pakai baby oil je... masa anak first...gigih pergi korek kat kepala anak tu sampai merah merah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Geram tengoknya kan? Orang tua-tua letak santan ja bagi dia kembang

      Padam
  2. Luth pun ada kerak ni. Sekarang baru ada. DUlu masa baby takde. Sevenis oil tu apa.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sevenis oil tu minyak rambut daripada 7 jenis minyak terpilih. Memang lembut dan sejuk untuk kulit kepala baby 😀

      Padam

Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.