Seo Services

Hadiah Istimewa di Hari Guru

Assalamualaikum

Tibanya 16 Mei hari yang dinantikan buat seorang yang bergelar pendidik.

Dlu cikgu ingat, masa bergelar pelajar pon, suka sangat tunggu hari guru. Tak sabar nak bagi hadiah dan ucap Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu. Paling suka boleh nyanyi lagu Kami Guru Malaysia dengan cikgu-cikgu. Semangatla nak jadi cikgu bila menyanyi lagu tu.

Semakin lama minat jadi cikgu tu hampir padam bila masuk U. Siap amik bidang yang jauh je bunyinya dari bidang perguruan tu. Punyalah tak mau jadi cikgu.

Tapi kita merancang, Allah jua merancang, berkat doa seorang ibu laluan menjadi guru itu sangat mudah buatk cikgu. Dari seorang yang tak minat mengajar kononnya, jadi jatuh cinta pula dengan kerjaya ini. Suatu kerjaya yang bagi cikgu membuat diri rasa bertenaga dan muda.

Awal-awal tahun mengajar, semangat lain macam. Dapat pula sekolah yang pelajarnya beradab serta hormat kepada cikgu.  Seronoknya mengajar apabila pelajar memang bersedia untuk diajar.

Setelah 12 tahun berlalu, sekolah pon dah berganti. Pelajar lagilah silih berganti datang dan pergi. Seiring dengan zaman teknologi dan aneka gajet kini, adab pelajar kepada cikgu pon semakin berkurang. Salah siapakah kini? Adakah cikgu sendiri semakin kurang menekankan bab adab dek kerana sibuk mengejar perkembangan semasa hari ini?

Tugas cikgu semakin sukar dari hari ke hari. Hanya satu hadiah yang sangat dinanti, jagalah adab dengan cikgu. Jangan tinggikan suara, jangan melawan kata cikgu. Keberkatan ilmu dalam kehidupan kalian akan datang sendiri. Bukan wang ringgit, intan berlian, hadiah mahal yang cikgu minta, dengarlah sentiasa nasihat dari guru tua ini. Selagi mana nasihat dan ilmu cikgu beri tidak melanggar peraturan Illahi.

Indahnya hari apabila sampai sekolah pagi-pagi ada pelajar yang menyapa sambil menawarkan diri menabur bakti. Berapa ramaikah lagi pelajar yang ada adab sebegini?

Selamat Hari Guru buat semua guru-guruku yang disanjungi dari tadika sehingga tamat pengajian tinggi. Semoga hidup kalian sentiasa dalam restu naungan Illahi.

Terima kasih cikgu! ❤️

Catatan dari hati,
Cikgu Basariah



0135819100 Cikgu Basariah
Hadiah Istimewa di Hari Guru Hadiah Istimewa di Hari Guru Reviewed by Teacher Basariah on Khamis, Mei 16, 2019 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.