Seo Services

Safari Wonderland A Famosa Melaka

Assalamualaikum

Entri ni khas cikgu buat sebagai kenangan untuk cikgu sekeluarga. Semoga boleh juga jadi panduan buat yang nak ke Safari Wonderland Melaka ni nanti.

Pertama kali kita cerita tentang tiket. Harga tiket kalau walk in ke kaunter boleh tahan mahal juga jadi disarankan beli secara online atau beli masa Matta Fair. Cikgu beli masa Matta Fair rm40 satu kepala termasuk makan untuk tengahari. Kalau nak beli makanan kat dalam tu rm19 satu set.

Untuk dewasa dan kanak-kanak, tiket yang dibeli masa Matta Fair ni sama je harga dia. Kanak-kanak bawah 3 tahun masuk percuma je. Kiranya cikgu beli 4 tiket je kali ni. Nurin masuk percuma. Jimatla sket. Hehe.

Best tak Safari ni? Bagi cikgu yang biasa dok p Zoo Taiping je, rasa yang Safari Wonderland ni sangat best. Banyak haiwan dia, siap boleh pegang lagi. Gajah pon memang live depan mata jinak boleh pegang lagi. Siap gajah tu buat macam-macam persembahan. Anak-anak memang enjoy sebab boleh pula bagi gajah tu makan. Cuma belila makanan dia sebekas rm10.

Dalam Safari juga ada 6 ke 7 persembahan haiwan disusun ikut masa. Ada pagi dan petang. Cikgu sekeluarga masuk jam 9.45 pagi dan keluar hampir jam 4 petang. Kami dok dalam tu 6 jam. Tapi puasla sebab boleh jalan puas-puas dan tengok semua persembahan dalam tu.

Pastu kan, kat dalam Safari ni juga ada Monkey Island. Korang wajib cuba ni! Nak ke Monkey Island tu kena tunggu kat jeti, pakai life jacket dan baik rakit. Tak la jauh perjalanan dalam 5 minit je. Kat pulau tu ada kambing yang jinak-jinak, serta monyet comel yang jinak. So hangpa bolehla nak pegang depa kat situ.

Lagi yang cikgu suka kat dalam ni ada anak-anak ayam jinak yang hangpa boleh pegang-pegang, arnab, kuda kecil dan banyak lagilah haiwan-haiwan comel. Unta pon ada boleh pegang-pegang. Tapir yang nak pupus tu pon ada 2 ekoq jinak je kalau nak pegang.

Satu pengalaman yang tak boleh lupa, kat sini ada perkhidmatan naik trak berkunci untuk hangpa tengok haiwan-haiwan liar macam harimau dan singa dari dekat. Memang betoi-betoi macam safari la. Singa dan harimau dok tepi korang je. Best gila!

Bagi cikgu, kalau nak bawak anak-anak bercuti tengok haiwan, datang ke Safari Wonderland ni sangat berbaloi. Pastikan hangpa kekal cergas dan dah biasakan diri berjalan jauh. Haha. Jangan lupa standby Minyak Herba Asmak dan Fresh n Cool dalam beg tau! 😆












0135819100 Cikgu Basariah
Safari Wonderland A Famosa Melaka Safari Wonderland A Famosa Melaka Reviewed by Teacher Basariah on Ahad, Julai 07, 2019 Rating: 5

4 ulasan:

  1. Wah. Menarik.
    Aida org Melaka pon x sampai sini lagi.

    BalasPadam
  2. Lama dah tak sampai Melaka, masa duduk Banting dulu memang kerap gi Melaka😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melaka banyak tempat menarik. Safari ni memang best. Anak-anak suka sangat

      Padam

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.