Seo Services

Resepi Acar Limau

Assalamualaikum

Hari ni kali kedua cikgu buat acar limau. Kebetulan ada limau yang dah lama dijeruk oleh arwah mak. Sayang tengok tak disentuh dan dimakan, maka cikgu buatla acar ni.

Acar Limau ni sedap dimakan dengan nasi panas-panas dan ikan masin. Pergh terangkat baq hang!

Resepi ni cikgu jumpa kat group fb Masak Apa Hari Ni dan cikgu olah ikut suka hati cikgu la ye. Alhamdulillah rasanya sedap. Walaupon bukan peminat acar limau, tapi boleh pulak makan ni.

Jom cekidout resepi acar limau ni.

RESEPI ACAR LIMAU

Bahan A

3 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
2 sudu halba campur
2 sudu biji sawi
Daun kari secukupnya
3 senduk minyak masak
3 sudu besar serbuk cili
1 botol cuka (anggaran 1 1/2 cawan)

Bahan B

Segenggam cili padi
Halia dihiris (lebih kurang 4 sudu makan)
15 biji kurma (lebih pon takpe)
2 genggam kismis 
1 genggam lobak masin dihiris
Limau yang telah direbus lembut(pastikan buang biji dan isi dalam dia selepas dah rebus lembut tu)
3 sudu bijan disangai
4 senduk gula pasir
2 sudu garam halus
10 ulas bawang merah dibelah dua (letak banyak pon boleh)
10 ulang bawang putih (kalau peminat bawang putih boleh letak lebih)

Langkah-langkah:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halba, biji sawi serta daun kari.
2. Dah naik bau, masukkan serbuk cili.
3. Seterusnya masukkan cuka.
4. Masukkan pula gula dan garam.
5. Masukkan kurma dan kismis.
6. Masukkan kulit limau. Biarkan mereneh 10 minit.
7. Masukkan halia, lobak masin, cili padi, bawang merah dan bawang putih yang sebiji-sebiji ni. Biarkan merenih lagi dalam 10 minit.
8. Akhir sekali masukkan bijan yang dah disangai. Kacau sebati. Biarkan seketika dan tutup api.

Siap. Selamat mencuba!



Mencari penawar batuk, asma, semput atau stevia pengganti gula? Hubungi:
0135819100 Cikgu Basariah
Resepi Acar Limau Resepi Acar Limau Reviewed by Teacher Basariah on Jumaat, Mei 29, 2020 Rating: 5

Tiada ulasan:

ads 728x90 B
Imej tema oleh simonox. Dikuasakan oleh Blogger.